http://netlog.com/tipahvoguetipah voguevoguetipahtipahvoguehttp://en.netlogstatic.com/p/tt/004/027/4027902.jpgMalaysiaWilayah Persekutuan tipahvogue's profile page

tipahvogue

female - 30 years, Kuala Lumpur, Malaysia


RSS feed

Blog 9

Dunno what to write...


  • Haluuuuuuu...

    Elo everybody!! How are u?!?!

    Dah lama giler rasanya tak meng'update' blog di sini. Asek beri tumpuan pada blog di Blogspot dan Multiply jek, sampaikan kat Netlog nih pon terabai bersawang.

    Hmmm....Kepada sesapa yang slalu bagi email kat netlog nih, tapi tak pernah terima balasan dari Tipah, Tipah mintak maaf bebanyak la ek! Sebenarnya, selain ada 3 blog, Tipah jugak ada 3 email yang nak kena pantau tetiap ari. Jenuh wooh nak check email2 yang masuk setiap hari.

    So, sesapa yang ada kelapangan tu, moh la rerajinkan diri jengah kehidupan Tipah di blog2 yang tersebut di bawah ye.

    Blogspot - Here I Am
    &
    Multiply - Hear Your Heart & Feel Your Soul

    Till then, take care everybody!!!

  • Jangan lupa ek...

    Esok petang jam 6.30pm, bukak RTM1, rancangan Siaran Khas Dari Jakim, tengok Tipah berlakon memalu kucing! Muahahaha....

  • Tipah 'ter'eksiden....

    Petang tadi, gi jumpa Dr. Hishamuddin, bincang pasal tesis akhir, seblom gi JB untuk presentation Khamis ni. Balik, seperti biasa, bawak motor, lalu ikut Keramat, on da way nak gi umah kakak kat TM.

    Tengah syiok2 layan angin petang, ternampak Myvi Hitam yang tamak haloba, duduk tengah2 lane. Bawak slow giler plak tu. Aku pon, tanpa pikir panjang, cilok seblah kiri keta Myvi tu. Dan tanpa disangka-sangka, keta tu himpit aku. Kelam-kabut aku picit hon, tapi dah terlambat. Akhirnya aku tertiarap kat jalan tar yang keras berbatu2 betul2 depan Stesyen Putra Setiawangsa.

    Kaki kiri sempat menahan dari terseret ke tanah, tangan plak menahan kepala dari tersembam, tapi terlupa tentang kaki kanan. Kaki kanan terseret dan tertimpa motor. Sakit bukan kepalang! Perit!

    Orang ramai mula berhenti, tapi bukan nak tolong. Sekadar memerhati. Terkial-kial aku angkat motor yang menimpa kaki, berjalan tercengkot2 pergi ke tepi. Duduk! Terkejut belum hilang. Tengok kaki, nah, kulit tersiat, kuku berdarah, lutut berdenyut-denyut. Sib baik tak patah. Phew!!!

    Tunggu pemandu Myvi datang. Tapi yang keluar, penumpang sebelahnya, lelaki tua. Tanpa tanya khabar, terus dia sound aku. Aku masih diam sebab kaki masih perit. Tak boleh nak berkata-kata. Blank!

    Pehtu keluar plak pemandu Myvi tu, pompuan! Dasar lady's driver btoi!! Mencik!!! Attitude, memang ZERO!! Hampeh!!

    Dia salahkan aku sebab memotong seblah kiri. Aku plak salahkan dia sebab tak bagi signal, sia2 jek pakai side mirror. Bila aku tunjukkan kaki aku yang dah berdarah2, motor yang dah rosak, tanya apa yang nak dibuat sekarang, taw apa dia jawab!??!

    "I DON'T CARE!!!"

    Nauzubillahiminzalik!!!! Aku dah la tengah sakit, bertambah sakit bila tengok muka kerek minah tu! Sib baik la tengah sakit, kalo idak, mau aku bagi lempang sedas dua! Sungguh 'berbudi bahasa' btoi orang KL nih!!!

    Aku malas nak berkompromi dengan orang yang berlagak di bumi Tuhan nih. Aku angkat motor, aku pegi kat manusia yang tak berhati perut tu, aku sound baekkkkkkk punya;

    "Allah tu Maha Mengetahui. Takpelah. Awak buat kat saya camni, biar Tuhan saja yang balas. Memang tak selamat la hidup awak ni, kalo tak kat dunia nih, mungkin kat akhirat nanti."

    Pehtu terus aku blah. Kaki terus berdenyut2. Sakit!! Rasa nak nangis pon ada, tapi aku tahan. Sampai kat traffic light, capai hp dalam beg, terus tipon kakak, mintak dia gi Klinik Idzham. Sesampai kat klinik, mintak kat nurse nak masuk jumpa doktor awal, tak tahan sangat dah.

    Nurse cuci luka, buang batu2 yang melekat kat isi, gunting kulit yang terkopek, buatkan aku rasa cam nak terajang jek nurse tu! Sakit!! Huwaaaaaaaaaaaaa...Sakit asthma pon tak sesakit time nurse tu cuci luka. Adeh!!! Pehtu doktor datang check urat sendi aku, kot2 ada cedera sebelah dalam ke apa ke, tapi alhamdulillah, sumer ok!

    Keluar, amek ubat, dapat MC dari doktor untuk kelas esok. Motor aku tinggalkan depan klinik, balik naik keta. Gi umah kakak.

    Tipon mak, kengkunun nak mengadu domba, tapi takut. Last2 kakak yang bitaw kat mak. Mak punya bebel tak hengat kata kakak. Hehehe...Sib baik aku tak dengar, kalo tak, bertambah blank otak aku jadinya.

    Silap aku cuma satu, tak amek nombor plate keta tu. Tak pun ajak dewang gi ripot polis. Biar setel cara adil. Tapi aku mana pernah ada experience kena langgar gini. Tetambah aku sesoang ja kat situ, terkial2 tahan sakit dan kena maki dengan manusia dua e*or tu, buatkan aku jadi tensi! Huwaaaaaaaaaaaaaaaaa.....Mencik! Mencik!

    Ari Isnin nih doktor soh datang lagi ke klinik, nak cuci luka. Isk! Sure sakit lagi nih! Hadoih la....

    Bisuk, walopon dapat MC, tapi rasanya terpaksa gak gi skolah, banyak assignment yang nak kena submit, pehtu nak kena present plak depan lecturer. Hadoihla...cane nak panjat tangga tingkat 4 dalam keadaan kaki berbalut nih. Adeh!! Dugaan btoi arh! Huhuhuhu...

    Tido malam nih sure tak lena sebab terbayang-bayang muka 2 umat tadi nih! Saket ati! Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

    Nota kaki <s>cagu</s>: Minah rempit sejati kena la merasa pengalaman eksiden kan? Kalo tak, mana bleh dapat title 'minah rempit sejati', ye dak?! Huhuhuhu....

  • It's my birthday!!!

    Terkejut bila login netlog malam ni. Dapat email menimbun, dapat notification beratus-ratus, semuanya ucapan besdei dari kengkawan netlog yang happening!! Cayalah koang, memang 'advance' dan concern btoi! Terharu rasa di hati!!!

    Neway, toche memanyak for da wishes ye!! Really-really appreciate it!! Cayang koang sumer! :)

    Azam sempena bertambah setahun lagi?

    Hmm...Tanak toleh ke belakang lagi, tanak kenang kisah sedih2 dah. Nak hidup hepi-hepi cam sekarang! Semoga kebahagiaan kali nih berkekalan selamanya.

    Doakan Tipah sihat-sihat sokmo ya! :)

  • I'm on tv!!

    Jangan lupo Hari Raya ke 4 nanti, tunggu depan tv, bukak channel RTM2, jam 6.30pm ek!! Tengok rancangan Siaran Khas Dari Jakim yek...Tipah jadi 'compere' dan berlakon drama sebabak yang teramat pendeknye! Hehehehe... :)

  • Dag dig dug

    Gayat nak tunggu ari Jumaat ni. Mana taknya, Dr. Chan dah bagi warning, kalo masih belum sihat, aku akan 'dipaksa' untuk masuk Tawakal Hospital sekali lagi. Huhuhu...tak relaaaaaaaaaaaaaa!!!!

    Doakan yang baik2 aja yuk!!!

  • Ahkak busan arh!!!

    :)

    Cuti2 gini, lepak kat umah, memang sungguh membosankan! Sib baik abah kasi pinjam keta! Bila dah ada keta, kaki pon melangkah 'panjang' sikit la.

    Semalam, Sabtu [11/8/2007], mengangkut anak2 buah gi merayau2 ke Taman Tasik Titiwangsa, tapi tak besh pon! Last2 merayau ke playground KLCC. Lepak 2 jam kat situ, biar anak2 buah gi merayau main sampai penat, jam 7 baru balik umah. Singgah pasar malam, beli makanan dan balik. Sampai umah, diserang sakit pala yang teramat, terus menidurkan diri seawal minit pertama jam 9pm. Isk!!

    Pagi tadi plak, Ahad [12/8/2007], gi berpiknik kat jeram Taman Melawati dengan Kakak's family. Besh banget sih!!! Tangkap anak ikan guna bakul. Dapat 9 ekor ikan, tapi semua terlepas sebab Irfan dok memain dengan ikan2 tu. Huhuhu..Sekian.

    Jam 3pm, merempit [pinjam motor skuter abg Farid] gi U*M, jumpa Dr. Hishamuddin, berdiskusi tentang tesis akhir. Alhamdulillah, so far, Dr. Hisham stuju dengan borang kaji selidik yang aku dah buat. Hmm..Tinggal nak finalised pehtu key in data untuk buat SPSS jek lagi. Harap2 semuanya takde masalah.

    Till then...daaaa...

  • Eh! Eh!

    Tetiba datang mood rajin nak meng'update' blog kat netlog nih pulak! Selalu update kat blogspot jek, ntah angin pus pus mana datang pun tak taw la ari nih!

    Mungkin sebab rasa bosan kot, seharian duduk kat umah, esok pun dok umah lagi [dapat MC daaaa sebab saket] buatkan aku rasa busan plak.

    Hmm...nak citer tentang apa ek kat blog nih? Takde idea la....Isk!

    Sambung sok lusa la plak update blog nih [tu pon kalo rajin la yek!] Muehehehe...

    Till then, have a nice day!

    Jangan lupo singgah ke http://tipahvogue.blogspot.com blog lagi satu nih ek!

    :)

  • Wanna know me a lil' bit more?

    Juz click here -------> http://tipahvogue.blogspot.com and have fun ya! :) :) :)