Continue to Netlog

more seconds

syedmokhtar

male - 49 years, Malaysia
559 visitors

Blog / Menangani Kudis Buta

Wednesday, 6 January 2010 at 05:48

Kudis Buta
Apa itu kudis buta?
Kudis buta ialah keadaan kegatalan pada kulit yang disebabkan oleh gigitan kutu yang
bernama Sarcoptes Scabiei.
Perihal Sarcoptes Scabies :
• Ianya berbadan bulat dan mempunyai lapan kaki yang panjang.
• Kutu ini berukuran 0.4 mm panjang setiap satu.
• Kutu betina akan mengorek masuk kedalam kulit, mengeluarkan telur dan mati.
• Telur-telur akan menetas menjadi kutu dan hidup selama 30 hari.
Kudis buta bukanlah tanda-tanda kurangnya penjagaan kebersihan. Walaubagaimanapun,
ianya cenderung berlaku ditempat-tempat tinggal yang sesak sepeti asrama dan rumah
asuhan.

Apakah tanda-tanda dan gejala kudis buta?
Kudis buta biasanya berkait dengan :
1. Kegatalan kulit yang teramat sangat, yang mana ianya lebih teruk diwaktu malam dan
selepas mandi air panas.
2. tanda-tanda calar kesan daripada menggaru.
3. Bintik merah – seperti ruam terutama dikawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki.
4. Garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (tempat korekkan kutu)

Nota: Kegatalan adalah disebabkan oleh reaksi alahan kepada kutu.

Kawasan yang biasa dijangkiti
Tempat-tempat yang biasa ialah :
• Dicelah-celah jari.
Kudis buta yang menjangkiti kawasan dicelah-celah jari
• Tapak tangan
• Bahagian dalam pergelangan tangan
Kawasan-kawasan lain termasuk :
• Kawasan kemaluan.
• Punggung
• Sekitar pusat.
• Celah-celah ketiak.
• Siku
• Kaki dan buku lali.

Bagaimana ianya merebak?
Kudis buta senang merebak dari seorang ke seorang yang lain melalui:
• Sentuhan kulit ke kulit.
• Menyentuh pakaian atau cadar yang dijangkiti (jarang)
Apakah rawatan untuk kudis buta?
Ubatan yang boleh membunuh kutu dinamakan scabicides. Ianya berbentuk krim atau losyen
disapu pada kulit. Ini termasuk:
• Losyen benzyl benzoate
• Krim gamma benzene hexachloride
• Losyen malathion
Dimana ianya disapu?
• Daripada bawah dagu hingga kehujung jari-jari kaki.
• Semua kawasan yang terlibat, termasuk kawasan dicelah-celah jari, bawah kuku dan
kemaluan.
Bagaimana ianya disapu?
• Ubatan disapu dan biarkan semalaman sebelum membilasnya esok pagi.
• Rawatan perlu diambil untuk 1-3 malam berturut-turut mengikut nasihat doktor.
Pakaian dan cadar perlu dibasuh dengan air panas.
Semua ahli keluarga perlu dirawat pada masa yang sama, tidak kira samada mereka
ada rasa gatal atau tidak.
Kegatalan mungkin berterusan untuk beberapa minggu selepas rawatan berhasil. Ubatan
untuk mengurangkan kegatalan mungkin perlu diteruskan untuk beberapa minggu.

Pencegahan dari merebak kepada orang lain
1. Jauhi kanak-kanak yang dijangkiti dari sekolah/taman kanak-kanak sehingga selesai
rawatan.
2. Rawat seluruh ahli keluarga serentak.
Elakkan bersentuhan dengan pesakit atau jika menghidapi kudis buta, ubati segera dan seelok-eloknya jauhkan diri daripada orang lain.

3. Pastikan kebersihan diri.

Jangan berkongsi pakaian atau barangan peribadi seperti tuala.
Rendam pakaian dalam air panas.
Jemur tilam, bantal dan permaidani di bawah terik matahari.

Kaedah Tradisional
1) Bunga Tanjung Ubati Kudis Buta
Spanish cherry atau bunga tanjung sejenis tumbuhan yang berasal dari keluarga Sapotaceae. Pokok itu yang tumbuh sehingga paras 20 meter akan mengeluarkan bunga-bunga kecil yang berbau harum yang bertindak sebagai perangsang dari segi perubatan.

Kulit pokok bunga tanjung direbus untuk dibuat tonik yang pedar dan pahit rasanya. Ia digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati demam, kudis buta dan penyakit kulit yang dikenali sebagai exzema.

Di samping itu, kulit dan daun pokok bunga tanjung ditumbuk lumat untuk digunakan sebagai ubat sapu untuk menghilangkan bisa akibat dipatuk ular. Di Indonesia, daun bunga tanjung digunakan sebagai satu kaedah perubatan tradisional untuk merawat asma, tonsillitis, vertigo dan angin.

Dari segi saintifiknya, pokok bunga tanjung dikenali sebagai Mimusops Elengi. Ia juga mengeluarkan buah-buah kecil yang berkesan untuk merawat penyakit disentri iaitu berak berdarah.

2) Peria
Jika menghadapi masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah, fungus peria boleh mengatasinya dengan cara mencampurkan segelas jus peria dan sudu kecil jus limau. Ia hendaklah diamalkan sedikit demi sedikit dalam jangkamasa empat ke enam bulan. Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daripada daunnya. Ia juga boleh mengatasi masalah hati kesan daripada pengamblan alkohol.
Walaupun peria tidak di minati kerana kepahitannya tetapi ia banyak membawa manfaat kepada orang yang mengemarinya. Rasa pahitnya akan hilang dengan cara merendam di dalam air garam sebelum di masak. Di India, biji daripada buahnya yang telah di masak ranum pula di jadikan sebagai bahan perasa

3) Guna Belerang

Panaskan belerang tersebut dalam periuk serta dicampur dengan bunga dan sapu suam2 kat tempat yang kena kudis itu.Cuba amalkan 2 hingga 3 kali sehari.Insyaallah hilang la kudis tu.

4) Guna Daun Mengkuang

Bakar daun mengkuang tersebut dan ambik dia punya abu.Sebelum letak abu tu dekat kudis,pecahkan kudis yang ada kuning-kuning(nanah) terlebih dahulu dan lepas tu baru rendam tempat kudis tu dalam air garam suam2.Insyaallah jika diamalkan petua ni,mungkin dapat menghilangkan parut2 kudis tu

5) Guna Daun Jambu Batu
Cari 5 atau 6 helai daun jambu batu, giling hingga lumat.Ia kemudian dicampurkan dengan santan dari segengam kelapa parut perah.Kemudian dibungkus dalam kain jarang dan digosokkan pada kudis buta itu.

6.Guna daun gelenggang
1. Ambil beberapa helai daun gelenggang dan bersihkannya.
2. Tumbuk daun gelenggang tadi hingga lumat. Pada masa yang sama, tambahkan sikit minyak tanah.3. Sapukan daun yang telah lumat ke bahagian yang dijangkiti penyakit kulit.
Ulangi 3 langkah yang dinyatakan sehinggalah penyakit panau, kurap atau kudis buta anda sembuh. Mudah-mudahan anda sentiasa sabar sebelum menikmati hasilnya.


Comment

You need to log in to post a comment. If you don't have an account yet, register now!
Your rating: 0
no rating