Continue to Netlog

more seconds

syedmokhtar

male - 49 years, Malaysia
560 visitors

Blog / Petua Rawatan Penyakit C. Bahagian Telinga, Hidung, Mulut

Monday, 26 October 2009 at 16:42

BENGKAK DI BAWAH TELINGA (BEGUK)
Ambil sedikit nila buku kemudian campurkannya dengan sedikit cuka makan.Cairkan nila ini lalu sapukan pada bahagian yang bengkak itu. Ulangi menyapunya sehinggalah bengkak itu menunjukkan tanda-tanda akan surut.

Telinga Dimasuki Air
Jika telinga kiri anda dimasuki air, mengiringlah ke sebelah kiri. Lakukan juga seperti ini sekiranya telinga kanan anda dimasuki air.

Telinga Dimasuki Serangga
1.Tutup hidung dan telinga yang tidak dimasuki semut. Hembuskan nafas sekuat-kuatnya sehingga serangga keluar.
2.Masukkan minyak kelapa pada telinga yang dimasuki semut

Telinga bernanah
Ambil kunyit tua sebesar ibu jari kaki, diparut dan diambil airnya dan ditambahkan dengan satu sudu teh.Masukkan ke dalam telinga yang bernanah secara terus menerus selama 1 minggu.

Mengelakkan Kepedihan Ketika Mengupas Bawang
Mengupas bawang kadangkala memedihkan mata. Untuk mengelakkannya, rendamkan bawang tersebut terlebih dahulu. Kemudian barulah dikupas kulitnya.

Merawat Hidung Berdarah
Layurkan sehelai daun sirih. Gulungkan menjadi kecil dan sumbatkan pada hidung yang berdarah. Pada waktu yang sama, ambillah ketulan ais lalu dibungkus ke dalam kain atau tuala. Kemudian letakkan di atas dahi.

Selesema
1.Ambil secawan air didihan beras (sewaktu mendidih). Biarkan suam barulah diminum. Amalkan selalu sehingga rasa gatal atau kering pada tekak itu sembuh.
2.Letakkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih di atas sehiris limau. Panggang dan perah airnya. Kemudian minum sekali sehari.
3.Selesema pada musin hujan atau panas terik boleh diubati dengan cara membasahkan ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.
4.Mandilah dengan air suam pada waktu petang dan elakkan mandi malam. Amalkan minum air halia seminggu sekali

Bayi Selesema
Sapukan sedikit minyak kelapa pada hidung bayi. Biarkan kering. Jika tidak sembuh, dapatkan rawatan selanjutnya dari pakar/doktor.
Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

Resdung
Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.

Penyakit gagap
Madu yang dicampurkan dengan garam kemudian diletakkan di bawah lidah serta digosokkan ke atasnya, ia boleh mengubati penyakit kepada mereka yang mempunyai masalah di dalam percakapan.

Bengkak Pipi Akibat Sakit Gigi
Tumbuk lumat segenggam daun bunga raya. Letakkan pada pipi yang bengkak. Biarkan sehingga sakit gigi lega.

Menyembuhkan sakit gigi
Ramuannya;Tempurung kelapa,garam,bunga cengkih dan madu lebah.Tempurung dibakar hingga menjadi arang kemudian ditumbuk bersama-sama dengan garam dan dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah digunakan untuk menggosok gigi pada setiap hari.Bunga cengkih dapat menyembuhkan sakit pada gusi.Garam dapat menahan pengaliran darah.

Mengubati Sakit Mulut
Anak anda mengalami sakit mulut. Rawatilah dengan cara berikut.
•Masak santan dari sebiji kelapa dengan satu cawan air.
•Bila hampir menjadi minyak, masukkan dua atau tiga tangkai daun pucuk manis sehingga warnanya putih.
•Angkat dan sejukkan. Sapukan dalam mulut anak anda.

Mengubati Sakit Mulut
Anak anda mengalami sakit mulut. Rawatilah dengan cara berikut.

* Masak santan dari sebiji kelapa dengan satu cawan air.
* Bila hampir menjadi minyak, masukkan dua atau tiga tangkai daun pucuk manis sehingga warnanya putih.
* Angkat dan sejukkan. Sapukan dalam mulut anak anda.

Bibir atau Lidah Pecah Akibat Tergigit
1.Sapukan getah pokok sena yang berwarna merah ke tempat yang pecah. Dalam masa dua hari, luka akan sembuh.
2.Sapukan garam atau marjerin cair pada tempat yang sakit. Rasanya agak pedih sedikit.

Gusi Berdarah
Terdapat dua cara di sini untuk merawati gusi berdarah :

1. Ambil segelas air suam. Campur dengan setengah sudu teh garam. Kemudian berkumur. Lakukan setiap kali bangun tidur selama tiga hari berturut-turut. Insya-Allah gusi tidak berdarah lagi.
2. Rebus dua helai daun bacang dan daun inai dalam periuk. Apabila mengelegak, campurkan sedikit asam gelugur dan garam. Biarkan seketika. Apabila suam berkumurlah. Amalkan setiap pagi dan malam

Bau mulut
Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan berkumur.Buatlah selama beberapa hari.

Bibir Pecah Akibat Kepanasan
Campurkan segelas air kelapa muda dan sebiji telur ayam kampung. Kacau sehingga rata. Selepas itu, minumlah ketika cuaca panas.

Hentikan Muntah
Muntah biasanya terjadi akibat salah makan. Ini akan menyebabkan badan penat dan terasa sakit. Langkah yang sebaik-baiknya ialah mengambil buah pelaga yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air panas. Berikan kepada yang sedang muntah untuk diminum.

Cairkan Lendir di Tekak
Makan anggur tiga kali seminggu untuk mencairkan lendir di tekak.

Merawat Sakit Tekak
Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak anda akan sembuh seperti sediakala.

Melegakan Tekak Perit
Rendamkan sebiji buah kembang semangkuk dan rendamkan ke dalam sebuah mangkuk. Biarkan seketika. Kemudian minum airnya.

Menghilangkan Rasa Gatal di Tekak
Perah tiga atau empat biji limau kasturi. Campurkan dengan sebiji garam jantan, minum tiga kali sehari.

Menyedapkan Suara
Jika suara anda mengalami gangguan, rawatilah dengan menyediakan secawan air pada waktu malam. Biarkan semalaman dan kemudian apabila bangun pagi, minum air tersebut tanpa perlu membasuh muka dahulu.

Khasiat buah betik ubat sedu
Cincang sepohon buah pepaya yang sudah cukup masak, kemudian dicampur dengan satu sudu air limau nipis serta 2 setengah sudu madu asli.Makan sedikit demi sedikit . Lakukan 2 kali sehari.Satu cara lagi ialah dengan mengasapkan lapan lembar daun sawi tanah dan terus dimakan 3 kali sehari.


Comment

You need to log in to post a comment. If you don't have an account yet, register now!
Your rating: 0
no rating