sms3rd
female - 28 years, Puchong, Malaysia
Blog 50
-
LAWAK KIRIMAN SAHABAT-BACA JE LA
SAM: Kenapa kau cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.
============ ========= ========= =====
SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit!!
============ ========= ========= =====
SAM: Kau kata ikan emas peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku jumpa ia mati dalam air!
============ ========= ========= =====
SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....
============ ========= ========= =====
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!
============ ========= ========= =====
SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: kena marah adalah! Api rumah aku dah kena potong lah, lupa nak bayar bil elektrik!
============ ========= ========= =====
SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...
============ ========= ========= =====
SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat Batuk dengan lebih baik lagi.
============ ========= ========= =====
SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"...degil! -
12 PERKARA TENTANG CINTA
1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.
2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.
3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.
4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.
6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.
7. Persahabatanbiasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.
8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.
9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.
10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.
11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.
12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati. -
PETANDA JODOH
SETIAP makhluk diciptakan berpasangan
dan jangan bersedih jika anda masih
sendirian, belum bertemu pasangan
bersesuaian.
Jika baru memulakan persahabatan dengan
seseorang, tiba-tiba telefon berdering
dan menerima panggilan daripada si dia,
apakah itu dianggap satu kebetulan?
Dua manusia yang berasa diri mereka
bagaikan ada jodoh, pasti memiliki
ikatan emosi, kerohanian dan fizikal
antara kedua-duanya. Hanya dengan
menatap mata atau mendengar suara, sudah
dirasa getaran dan seolah-olah ingin
terus bersamanya. Benarkah begitu?
Apakah petanda lainnya si dia itu jodoh
kita atau sebaliknya? Barangkali petanda
berikut boleh dijadikan panduan.
- Rahsia sepasang kekasih memiliki usia
hubungan yang panjang adalah adanya
sikap saling bekerjasama. Anda dan dia
selalu dapat saling membantu dalam
urusan remeh atau besar.
Paling penting adalah anda berdua selalu
dapat melalui segala aspek kehidupan
bersama-sama. Semuanya terasa amat
menyenangkan meskipun tanpa membabitkan
orang lain. Adakah ia berlaku pada diri
anda?
Jika ya, selamat kerana ada harapan si
dia calon pendamping hidup anda.
- Salah satu kriteria yang menentukan
sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh
adalah kemampuannya bersikap bersahaja
di depan anda. Cuba perhatikan
gerak-gerinya, cara berpakaian, gaya
rambut, cara berbicara serta tawanya.
Apakah setiap ucapannya selalu tampak
spontan dan tidak dibuat-buat? Jika
tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan
jodoh anda.
- Adanya deria batiniah seolah dapat
dibaca oleh si dia? Apabila anda atau si
dia dapat saling membaca fikiran dan
menduga reaksi serta perasaan antara
satu sama lain pada situasi tertentu,
mungkin dialah kebahagiaan yang dicari.
- Bersamanya dapat membuatkan perasaan
menjadi tenang, selesa dan tanpa rasa
tekanan yang membebankan. Berjam-jam
bersamanya malah setiap waktu dan setiap
hari langsung tidak mencetus rasa bosan,
itulah petanda anda berdua kelak akan
saling terikat.
- Dia sering di sisi dalam apa saja
situasi. Dia juga sering memahami suka
duka yang anda alami. Percayalah,
pasangan yang mempunyai jodoh pasti
tidak takut mengalami pasang surut dan
suka duka saat bersama.
Ingat kembali, adakah dia orang pertama
yang datang memberi bantuan tatkala anda
dirundung musibah? Dia selalu faham saat
emosi anda terganggu? Dia tahu
keadaannya waktu anda sakit? Jika ya,
tidak salah lagi, dialah orangnya.
- Dia tidak terlalu peduli dengan masa
lalu keluarga anda, juga tidak peduli
masa lalu anda bersama kekasih
terdahulu. Dia juga tidak malu-malu
menceritakan masa lalunya. Nah, jika
begitu ini bererti dia sudah siap
menerima anda seadanya.
- Setiap orang pasti memiliki kekurangan
dan anda tidak malu memperlihatkannya
pada si dia. Si dia pula tidak segan
menceritakan kelemahan dan kekurangannya
pada anda. Anda dan si dia barangkali
memang ditakdirkan untuk bersama. -
HATI SEORANG WANITA
1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorangyang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
10. Seks : SEKs bukanlah segala - galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.
** "Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk disayangi dan dikasihi, bukan untuk dikasari. Maka lelaki seharuslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA sbg , kawan, teman, sahabat kekasih, isteri, ibu, dsb…… -
HADIAH & MAKSUDNYA
Setiap hadiah yang anda beri kepada kawan/kekasih/ isteri/suami anda mempunyai maksud yang tersirat...
JAM TANGAN...... ..Tanda mengingati setiap masa dan waktu.
CINCIN...... ......Tanda ikatan kasih yang abadi.
GELANG...... ......Tanda mesra
RANTAI LEHER....... Ikatan cinta yang perlu perhatian.
SUBANG...... ......Tanda penghargaan dan penghormatan.
KASUT....... ......Sentiasa mengambil berat/prihatin.
PAKAIAN/KAIN. .....Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.
PAYUNG...... ......Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.
MINYAK WANGI....... Tanda cinta
BINGKAI GAMBAR.....Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.
BUKU........ ...... Bersifat terbuka dan bertolak ansur.
BUNGA....... .......Tanda perkenalan dan tanda sayang
COKELAT ....... semanis cintamu.
LAGU/CD/KAD UCAPAN...... ... mengabadikan cinta
SEJADAH DAN ALQURAN..... ....tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.
PssssTT..heheeheehe he... Satu lagi.... zaman mellinieum ni....
HANDPHONE... tandanya.... kau jangan lari dari ku!!!!......aku Kan cari mu walau dimanapun...
melainkan kalau handphone tu ditutup.....[kuang kuang kuang]
*HADIAH PALING BERHARGA DALAM DUNIA!!
MASUK MEMINANG....tandanya dia serius dan betul2 seriuss..!!!! -
EGO buah hati ku dicuri org....
malam tadi...lebih kurang kul 9.30mlm...tgh buat keje kat opis...adik aku dtg...tanya mana moto...terkezut cipan bila moto dah takde kat tpt parking...hampehhhhhhhhh...nam jahanam sungguh org yg ambik moto aku tu...nak lempang pun tak boleh...tak tau saper yg ambiknyer....
tapi tak pe la...dah nasib aku agaknyer moto tu nak hilang...sabar je la kan...
-
MENARUH HARAPAN
MENARUH HARAPAN
by Zaitun Sameon
Sepanjang perjalanan ini
Lembah dan lurah ku lewati
Ketenangan yang ku cari
Belum ku temui
Ku menghimpun doa bertahun
Mencari pepohon yang rimbun
Bertemu dahan yang rapuh
Tempat ku berteduh
( korus )
Dulu aku sendiri
Kini masih sendiri
Hadapi hidup ini
Susah senang diri ku
Tak bertempat mengadu
Seperti burung kepatahan sayap...
Dihati kecil ku menaruh harapan...
Selagi hidup belum sudah
Aku akan terus melangkah
Ku yakin rahmat buat ku
Di hadapan menunggu...
**touching habih la lagu ni...apsal la cam sama pulak ngan idup aku....isk....
-
Hilang – Diddy AF4
Hilang – Diddy AF4
Tiada pernah aku menduga
Kasih kau pergi tinggalku sendiri
Dusta cinta mengeruh jiwa
Pedihnya mencengkam dihatiku yang sepi
Sangkaku kasih selamanya
Janjimu setia di hatiku
Seribu penyesalan
Hilang harapan ku impikan
Bahagia kuidam bersamamu
Kasih yang kuserahkan
Hilang meredah luka dalam
Hatiku luluh parah keranamu
Malam dingin ku sendirian
Berteman rindu mimpi yang keliru
Sayang musnah tak kesampaian
Hanya derita rundung duka membelenggu
Sangkaku kasih selamanya
Janjimu setia di hatiku
Seribu penyesalan
Hilang harapan ku impikan
Bahagia kuidam bersamamu
Kasih yang kuserahkan
Hilang meredah luka dalam
Hatiku luluh parah keranamu
Akan ku ubati ooo
Kasih yang pergi dari sisi
Takkan ku biarkan ia
Terus terluka, musnah dan hilang
Bahagia kuidam bersamamu
Sangkaku kasih selamanya
Janjimu setia di hatiku
Seribu penyesalan
Hilang harapan ku impikan
Bahagia kuidam bersamamu
Kasih yang kuserahkan
Hilang meredah luka dalam
Hatiku luluh parah keranamu
hmm...hampeh lagu ni...kena tepat kat batang idung aku...haha...apa pun aku suka sangat lagu ni...dah jadik lagu semangat untuk aku lupakan kisah lama yg cam hampeh tu...hidup harus diteruskan...dan aku akan buktikan yg aku lebih kuat dan berjaya tanpa dia... -
PERILAKU BERDASARKAN TARIKH LAHIR ISLAM...
HIJRAH
Sekiranya anda mengetahui pada bula n Hijrah anda dilahirkan, menurut
pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri
terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan
MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika
tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik
dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar
cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada
dalam selamat.
SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu
mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak,
kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu,
sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya
ianya akan mendatangkan hasil.
RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjad i
orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang
suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan
mudah marah.
RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah,
buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya.
Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh
kesukaran dalam mendidiknya.
JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad,
kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu,
keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang
menemui kegagalan juga.
JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada
padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah
mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan
tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya
dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika
betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya
dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika
sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu
menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun
hidupnya selamat dan sentosa.
SYA'ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus.
Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapa t
rezeki.
RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman
yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu
selamat.
SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh
orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah
mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika
tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia
selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.
ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi
buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan
mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak
berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya
bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang
memuaskan.
ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia
sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal
perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh
kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar
mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal
kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan
**Yang mana satu bulan kelahiran korang...
-
LELAKI vs PEREMPUAN
Lelaki yang cantik adalah :-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah, adalah :-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Sabda Rasulullah SAW:-
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" Surah Al-Ahzab: Ayat 71
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
Blog tags
No tags used