http://netlog.com/sanggorokone oneoneonesanggorokhttp://en.netlogstatic.com/p/tt/026/974/26974184.jpgMalaysiaTerengganu sanggorok's profile page

sanggorok

male - 29 years, Kuala terengganu, Malaysia


Blog / terlebih zat

Friday, 16 October 2009 at 15:06

Pak Yob (bukan nama sebenar) merupakan seorang penternak yang berjaya.Beliau disegani penduduk kampung kerana kegigihannya membesarkan kesemua anaknya hingga ke menara gading.Selain itu,beliau juga sangat terkenal dengan sikap panas barannya.Anak dan isterinya faham sangat dengan sikap Pak Yob dan takut bila kena marah.
Pak Yob tinggal berdua dengan isterinya sahaja di rumah.Anak-anak ada yang sudah kerja dan sedang belajar.Pada suatu hari,beliau tergesa-gesa bersiap untuk keluar rumah kerana perlu hadir berjumpa doktor di klinik.Sebotol kecil berisi air kencing telah beliau sediakan untuk pemeriksaan.Beliau meletakkan botol itu di tepi dinding dalam rumahnya.Sementara itu,beliau pun pergi mandi.
Sedang isteri Pak Yob seperti biasa mengemas rumah.Secara tidak sengaja,botol berisi air kencing suaminya tertumpah ketika dia menyapu lantai.Hanya tinggal suku sahaja yang berjaya diselamatkan.Dia cepat-cepat cari akalan agar tidak dimaki hamun oleh suaminya yang panas baran tu.
Setelah siap,Pak Yob pun turun dari rumah dan menujulah beliau ke klinik.Tiba gilirannya,Pak Yob menyerahkan botol yang berisi hampir penuh air kencing sebagaimana yang diminta oleh doktor sebelum ini.Sementara menunggu keputusan,beliau baca surat khabar.Tidak lama kemudian,nama Pak Yob dipanggil.Beliau mengadap doktor tadi tapi kali ni air muka doktor seperti kehairanan memandang Pak Yob.Kenapa doktor?Apa sakit saya?tanya Pak Yob.Doktor tiba-tiba tersenyum.Pak cik tak ada sakit apa-apa..kesihatan pak cik cukup bagus.Jarang ada orang umur seperti pak cik tiada sebarang penyakit.Cuma...........kalau boleh,pakcik kurangkan sedikit makan rumput ya?Bimbang terlebih zat.kata doktor sambil tersenyum sinis.Pak Yob menganggukkan kepala dalam kebingungan dan keluar dari klinik.
Setibanya dirumah,Pak Yob duduk di tangga sambil memikirkan apa yang doktor beritahu.Untuk kepastian,beliau ceritakan semula apa yang berlaku kepada isterinya.Isterinya hanya berdiam diri dan di dalam hatinya perasaan geli hati bercampur takut kerana dia tahu itu semua gara-garanya menggantikan air kencing suaminya yang tertumpah dengan air kencing lembu yang kebetulan sedang kencing di depan rumahnya.

Tags:


Your rating: 0
no rating
RSS feed

Comments

No comments have been posted yet in English...

Post a comment:

You need to be logged in to post a comment.