sanggorok
male - 29 years, Kuala terengganu, Malaysia
Blog 11
-
terlebih zat
Pak Yob (bukan nama sebenar) merupakan seorang penternak yang berjaya.Beliau disegani penduduk kampung kerana kegigihannya membesarkan kesemua anaknya hingga ke menara gading.Selain itu,beliau juga sangat terkenal dengan sikap panas barannya.Anak dan isterinya faham sangat dengan sikap Pak Yob dan takut bila kena marah.
Pak Yob tinggal berdua dengan isterinya sahaja di rumah.Anak-anak ada yang sudah kerja dan sedang belajar.Pada suatu hari,beliau tergesa-gesa bersiap untuk keluar rumah kerana perlu hadir berjumpa doktor di klinik.Sebotol kecil berisi air kencing telah beliau sediakan untuk pemeriksaan.Beliau meletakkan botol itu di tepi dinding dalam rumahnya.Sementara itu,beliau pun pergi mandi.
Sedang isteri Pak Yob seperti biasa mengemas rumah.Secara tidak sengaja,botol berisi air kencing suaminya tertumpah ketika dia menyapu lantai.Hanya tinggal suku sahaja yang berjaya diselamatkan.Dia cepat-cepat cari akalan agar tidak dimaki hamun oleh suaminya yang panas baran tu.
Setelah siap,Pak Yob pun turun dari rumah dan menujulah beliau ke klinik.Tiba gilirannya,Pak Yob menyerahkan botol yang berisi hampir penuh air kencing sebagaimana yang diminta oleh doktor sebelum ini.Sementara menunggu keputusan,beliau baca surat khabar.Tidak lama kemudian,nama Pak Yob dipanggil.Beliau mengadap doktor tadi tapi kali ni air muka doktor seperti kehairanan memandang Pak Yob.Kenapa doktor?Apa sakit saya?tanya Pak Yob.Doktor tiba-tiba tersenyum.Pak cik tak ada sakit apa-apa..kesihatan pak cik cukup bagus.Jarang ada orang umur seperti pak cik tiada sebarang penyakit.Cuma...........kalau boleh,pakcik kurangkan sedikit makan rumput ya?Bimbang terlebih zat.kata doktor sambil tersenyum sinis.Pak Yob menganggukkan kepala dalam kebingungan dan keluar dari klinik.
Setibanya dirumah,Pak Yob duduk di tangga sambil memikirkan apa yang doktor beritahu.Untuk kepastian,beliau ceritakan semula apa yang berlaku kepada isterinya.Isterinya hanya berdiam diri dan di dalam hatinya perasaan geli hati bercampur takut kerana dia tahu itu semua gara-garanya menggantikan air kencing suaminya yang tertumpah dengan air kencing lembu yang kebetulan sedang kencing di depan rumahnya. -
-raya-
Ku Pohon Restu Ayah Bonda
( ...Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata... )
Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya
Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku
Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu
Kesalahan diri ku...
Satu Hari Di Hari Raya
Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia
Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa
Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya
Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan
Dendang Perantau
Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku
Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia
Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya
Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dan lagu
Dendang perantau
Dari Jauh Kupohon Maaf
Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa
Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama
Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia
Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu
Restu ayah bonda kuharap selalu
Demi anakmu yang kini jauh -
akibat permainkan perasaan seseorang
ini hanyalah sebuah cerita dan tiada kena mengena dengan yg hidup ataupun mati...sekadar untuk dikongsikan dan ambil yang baik...buang yang buruk....begini ceritanya...
iz...bukan nama sebenar merupakan seorang pelajar yg pendiam dan perwatakan sivik atau sopan.namun iz mempunyai masalah peribadi di rumahnya.so,bila di rumah tentu ada saja tekanan.dalam keadaan jiwa yg kacau tu..muncul seorang gadis yg ketika itu di tingkatan 3 dan iz tingkatan 4.gadis itu cantik kiut dan perwatakan manja.suatu hari mereka dipertemukan ketika sama 2 ada kelas tambahan.seperti biasa iz suka termenung dan wani yg manja tu cuba menarik perhatian iz.iz seperti mendapat smangat baru bila berkenalan dgn wani.hubungan mereka sgt mesra.wani semakin manja membuatkan iz xsenang bila xmelihat wani.setahun perhubungan mereka,iz tidak menyimpan prasangka sehinggalah suatu hari kawannya mengingatkan iz supaya berhati dgn wani.rupa2nya benar...wani mengaku selama ini dia hanya baiting si iz..bukan setakat itu..wani juga sudah mempunyai lbh dari satu kekasih dan suka memilih yang berada.iz merasakan satu kepedihan yg sekaligus meninggalkan kesan yg xkan hilang dalam hidupnya.iz rasa tertipu dan diperbodohkan oleh seorang wanita yg manja dan lemah.jiwa iz meronta tapi iman yg masih ada akhirnya membantu iz untuk berjaya dalam spm walaupun keputusannya lebih teruk dari yg sebelumnya.masa berubah...dan iz pun menghadapi perubahan tingkah laku setelah memasuki kolej.dia lebih senang menjadi seorang kasanova.beberapa gadis ditinggalkan begitu sahaja setelah bercinta sehinggakan tiga org dalam satu masa.iz cuba untuk setia tetapi bila teringatkan apa yg wani lakukan...dia akan putuskan segala cintanya.kini iz telah bekerjaya dan iz lebih senang dgn kurniaan yg Allah berikan.tp iz masih tidak berubah dgn sikapnya.semakin ramai wanita dikecewakan.hanya seorang sahaja yang mampu bertahan.wani muncul kali kedua dalam hidup iz dalam keadaan yg tersiksa setelah diceraikan oleh suaminya dan dihalau bersama seorang cahaya mata.wani amat terseksa dgn kerja hanya tukang cuci di pejabat dan terpaksa menanggung anaknya.wani tidak mampu lg kerja lain kerana dia abaikan pendidikan.iz cuba mendekati wani dan anaknya..ternyata sambutan sangat baik walaupun pada permulaannya wani agak malu kerana apa yg telah dia lakukan pada iz dahulu.dia menyesali dan bersyukur kerana dipertemukan dgn iz semula.setahun iz menjaga wani dan juga anaknya...dan segala persiapan telah dilakukan untuk majlis perkahwinan.keluarga wani juga amat gembira kerana iz telah mengembalikan keceriaan anaknya.walaupun keluarga wani agak miskin tetapi mereka berusaha utk menyiapkan majlis sebaiknya.akhirnya iz meninggalkan wani dgn begitu sahaja tanpa sbb dan pada hari akad nikah wani pengsan kerana terkejut dan malu.pada mulanya keluarga wani marah tetapi wani mengakui kesilapan masa lalunya.anak wani juga tidak sihat kerana rindukan iz kerana mereka sangat rapat.kini iz telah berkahwin dengan satu2nya kekasih yg setia walaupun susah senang bersama iz.iz tidak akan melukakan isterinya lagi kerana keikhlasan yg telah ditunjukkan isterinya selama 12 tahun mereka kenal.
moral.....
jangan permainkan perasaan org lain.
ikhlas dalam perhubungan.
jangan berdendam antara satu sama lain. -
kisah benar yang menyayat hati
assalamualaikum pembuka bicara...
ketenangan malam seperti ini mengajak sy untuk menaipkan sesuatu untuk dikongsikan bersama kawan-kawan.ini adalah kisah benar yang baru sahaja berlaku.pertama sekali haruslah diingat cerita ini bukanlah bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak samada yang masih hidup mahupun yang telah dijemput Ilahi,tetapi sebagai pengajaran kepada kita yang masih bernafas di bumi Allah ini.Sebelum itu...kita setkan minda kita dalam keadaan tenang dan positif tanpa sebarang emosional dan kesangsian.
Tidak perlu untuk sy menyebut nama sesiapa dalam cerita ini.Yang penting,cerita ini bukanlah satu rekaan.Ianya benar2 berlaku.Begini kisahnya bermula...
Baru-baru ini sy dikhabarkan berita sedih dari kampung halaman.Malangnya sy tidak sempat untuk pulang pada kadar waktu segera.Tapi yang nyata sy rasa terkilan kerana apa yang berlaku tanpa diduga.Sy dikhabarkan jiran sy telah meninggal dunia.Arwah merupakan seorang wanita yang masih muda.Namun sebagaimana yang kita tahu..ajal xkira tua muda.Punca kematian ialah HIV.Arwah mendapat HIV selepas berkahwin dan berkongsi hidup dengan suami pertama yang xdiduga seorang penagih dadah.Sehinggalah dikurniakan cahaya mata.Takdir Allah,suaminya terlebih dahulu meninggal dunia.Tidak lama kemudian,takdir Allah juga arwah berkahwin lagi.Kali ini sebagai isteri kedua.Alhamdulillah kerana direstui oleh isteri pertama dan diterima oleh anak-anak madunya.Kehidupan lebih bahagia dan bermakna dari perkahwinan pertama.Namun tanpa disangka,jangkitan HIV dari suami pertama semakin ketara.Namun begitu suami kedua dan madu masih boleh terima bahkan merupakan org yang selalu disisi arwah sehingga hembusan nafas terahir.Anak sendiri dan juga anak2 madunya tidak ketinggalan untuk mengucup arwah untuk kali terakhir kerana mereka semua amat akrab.Tidak dinafikan,dari apa yang sy kenal..arwah seorang yang peramah.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah.
So tinggalkan dulu cerita tu...dan fikirkan sejenak beberapa perkara...
=> Kenalpasti bakal isteri atau bakal suami...jangan kerana cinta kita seperti di awan awangan sehingga terlupa untuk mengkaji siapa pasangan kita.Kerana cinta itu sangat mangasyikkan.Kadang2 cinta itu memerangkap kita untuk terima apa sahaja setelah segalanya diserahkan.Setelah berkahwin,baru kita tahu siapa pasangan kita,pada ketika itu nasi sudah jadi basi.kalau bubur boleh makan lagi.
=>Selain itu,carilah pasangan yang bukan sahaja cantik/hensem di mata, tetapi apa yang penting mampu mendidik generasi akan datang xkira dari segi yang dunia mahupun akhirat kerana kita penentu generasi akan datang.Kurang didikan dan punca makanan atau rezeki adalah penyebab anak2 semakin hilang nilai moral.Sesetengah org lebih suka pasangan dressing ranggi dan brutal dari pasangan yg penampilan biasa2 dan bersederhana.Alasannya...org tengok xhebat la brader...berapa lama hebat itu?adakah masih hebat bila Tuhan cabut nyawa kita?
=>Kadang2 persepsi manusia hari ini beranggapan menjadi isteri kedua lebih hina dari berkahwin dengan lelaki yang xmatang dan xbertanggungjawab.Setujukah anda?
Fikirkanlah...selepas berkahwin,kita dikurniakan anak...dan anak adalah penyambung generasi..sekiranya kita bangga dengan tingkah laku atau fesyen buruk kita skrg..xmustahil anak2 kita nanti pun ikut sama dan akan berlanjutan.
Masih banyak perkara yang kita perlu fikirkan.Walaupun belum masanya atau x berlaku ke atas kita...tp fikirkanlah generasi seterusnya.
Wassalam.PEACE!! -
lambang kejantanannya!
Sebuah kereta meluncur laju di sebatang jalan kampung yang agak sunyi.Hanya beberapa buah kenderaan yang sedang melalui kawasan itu.Bunyi ekzos seperti halilintar membelah langit.Lagak pemanduannya tidak ubah seperti aksi pelagak ngeri di dalam sesebuah cerita.Sekejap memotong kiri..sekejap memotong kanan.Tiba-tiba bunyi brek yang menarik perhatian beberapa jemaah yang baru turun dari masjid selepas menunaikan solat Zohor.Di dalam fikiran mereka sudah tentu berlaku kemalangan di luar sana.Sebuah kereta agak mewah tersadai di birai jalan.Kesan hitam dari getah tayar amat jelas sekali.Bau hangit boleh dihidu di sekitar kawasan itu.Namun tiada sebarang perlanggaran berlaku.Hanya seorang pakcik tua yang kelihatan pucat dan terketar-ketar menggenggam kopiah usang disamping basikal tuanya betul-betul di hadapan pagar masjid.
Daun pintu kereta dibuka.Kelihatan seorang lelaki muda dengan muka yang merah padam seperti singa kelaparan.Rambutnya sudah tidak hitam lagi.Di leher dan tangannya berkilauan rantai dan gelang perak seolah-olah itu lah lambang kejantanannya.Langkah marahnya tadi terhenti tepat di hadapan pakcik tua yang seperti kebingunan itu.Dengan bercekak pinggang,pemuda itu bersuara dengan nada yang tinggi.
‘Orang tua!dah nak mati ke?’…’dah tahu tua duk rumah sajelah…suruh anak-anak jaga!’pemuda itu mengherdik orang tua itu.
‘Maafkan pakcik nak…pakcik nak keseberang balik rumah pakcik’..orang tua itu menjawab dengan suara yang terketar-ketar.
‘Nasib baik aku sempat brek.Kalau tidak dah tentu kau mati katak!’.’Menyusahkan orang!!’.herdik pemuda itu lagi.
Orang tua itu tertunduk dan meminta maaf berkali-kali.Tiba-tiba keluar seorang gadis dari kereta itu.Berambut perang dan berbaju ketat.Di lehernya kelihatan beberapa kesan lebam dan kemerah-merahan.Tatu kecil berbentuk rama-rama di dadanya yang putih melepak.Gadis itu memegang erat tangan pemuda itu dan dengan sinis berkata.
‘Orang tua…lain kali nak melintas,pandang kiri kanan dulu…jangan duk tercegat di tepi jalan macam tiang lampu.!!’
‘Lembu pun tahu lintas jalan!!..bukan macam kau orang tua!!!...herdiknya lagi.
Beberapa jemaah mula menghampiri mereka apabila melihatkan keadaan semakin tegang.Pasangan muda itu menuju ke kereta dan memecut dengan begitu angkuh sekali.Beberapa jemaah kelihatan menggeleng-gelengkan kepala mereka.
Beberapa orang saksi yang melihat kejadian tersebut memberitahu bahawa orang tua itu tidak bersalah kerana dia berada di luar garisan putih dan menunggu untuk melintas jalan.Sedangkan kereta itu dipandu laju dan cuba memotong di sebelah kiri jalan.
Seperti biasa,Tok Leh melakukan kerja-kerja rutinnya di kawasan perkuburan.Dia bersandar di sebatang pokok berhampiran dengan pagar.Dia perlu berehat seketika setelah penat menggali kubur.Walaupun Tok Leh semakin uzur namun dia masih mampu menjaga kawasan perkuburan tersebut.Penduduk kampung juga senang hati dengan Tok Leh kerana bukan sahaja dia suka menolong orang,dia juga tidak pernah meninggikan suara kepada sesiapa dan selalu ke masjid.Malangnya Tok Leh hanya sebatang kara setelah kematian isteri tercinta sepuluh tahun yang lalu.Anak-anak Tokleh semuanya berjawatan tinggi tetapi sudah lama tidak menjenguknya di kampung melainkan anak perempuan bongsunya yang sebulan sekali pulang bersama suami dan anak-anak.Tok Leh redha semuanya itu,asalkan dia mampu manyara hidup sendiri dan jauh sekali menyusahkan anak-anaknya.
Beberapa pemuda kampung menghampiri Tok Leh memberitahu bahawa jenazah akan sampai sekejap lagi dan meminta Tok Leh bersedia.Setengah jam kemudian kelihatan beberapa orang mengusung jenazah dan bilangan mereka tidak sampai sepuluh orang menuju masuk ke kawasan perkuburan diketuai imam.Separuh dari mereka adalah penduduk kampung dan separuh lagi mungkin ahli keluarga jenazah.Ketika menurunkan jenazah,hanya dua orang yang sanggup menyambut jenazah dari dalam kubur manakala beberapa orang yang hadir hanya memandang dari jauh.Tok Leh tanpa berlengah turut masuk ke dalam kubur .Ketika menurunkan jenazah Tok Leh,memeluk dengan amat berhati-hati dan kebetulan dia berada di bahagian kepala jenazah.Tok Leh dapat lihat masih ada kesan-kesan darah.Dalam keadaan tergesa-gesa itu,Tok Leh seperti terdengar suara seseorang berkata.
‘Pakcik..ampunkan saya!’..suara itu sayup kedengaran beberapa kali namun hanya Tok Leh sahaja yang mendengarnya.Tok Leh tidak menghiraukan suara itu dan menganggap ianya hanyalah satu khayalan.Setelah hampir sejam,semua orang yang hadir mula meninggalkan perkuburan.Seorang lelaki dalam pertengahan abad mengucapkan penghargaan di atas bantuan dari penduduk kampung.Tok Leh tidak terkecuali.Kemudian lelaki itu kelihatan membincangkan sesuatu dengan imam.
Hari berikutnya,Tok Leh singgah berbual dengan beberapa orang pemuda kampung.Mereka memberitahu bahawa jenazah itu merupakan seorang anak muda di awal dua puluhan merupakan dari keluarga orang kaya dan baru berpindah ke kampung bersebelahan.Ketika kemalangan,pemuda itu bersama seorang gadis dikatakan baru sampai ke kampung.Akibat dipandu dengan laju,kereta mewahnya dikatakan terbabas ketika mengelak seekor lembu melintas lalu melanggar tiang lampu jalan.Kedua-duanya mati serta merta di tempat kejadian dan mayat gadis itu telah dituntut oleh keluarganya dan dibawa pulang ke kota.Tok Leh meminta diri.Dia mengayuh basikal tuanya menuju ke masjid.Dalam fikirannya,dia teringat peristiwa dia hampir dilanggar oleh sebuah kereta.Manakala kemalangan ngeri itu berlaku setengah jam kemudian.Tok Leh memohon keampunan pada yang Esa agar dosanya dan dosa pemuda serta gadis itu diampunkan.
moralnya...
-Tok Leh yang kena herdik tu juga yang menyambutnya dan meletakkannya ke dalam liang lahad...so,jgn le angkuh atas muka bumi ni
-hebat,gagah,hensem,kaya,macho,ganas,cantik,cun,an- ggun,seksi,cerdik,samseng mcmana sekalipun akan kaku bila sampai masanya -
uda dan dara
pada suatu hari,si uda nak gi dating dengan si dara yg
...punyela gembira...dalam perjalanan dia asyik ter
tanpa disedari dia terlanggar batu dan terjatuh,dia rasa sangat
dan
kat batu tu.ade seorang
terpandang uda jatuh lalu dia
....tapi uda dengan selamba
kononnyer xde apa berlaku lalu teruskan perjalanan.cuaca panas...lalu uda pakai
...akhirnya uda sampai di tempat yg dijanjikan
uda
kesegenap ruang dan mencari si dara.si dara tiada di situ.uda menanti sambil
..dah sejam menunggu..cuaca yg cerah dah bertukar mendung...angin yg bertiup sungguh
..uda mula berasa
..uda akan rasa
dan
kalau dipermainkan..tiba2 uda ter
bila ada org berdiri xjauh dari situ..mata uda x ber
melihat lembaga itu..uda
lembaga itu org ke
...uda sudah sedia untuk
lembaga tu...uda
dan
semula tapi lembaga itu semakin menghampirinya.uda mula nak
namun tiba2 lembaga itu
kat uda dan siap
sekali...rupa2nya seorang
yg dia tunggu iaitu dara.uda rasa dirinya mcm
kerana terpaksa menunggu lama di situ..lalu si uda
dara.dara hanya
je...lalu si uda memberikan dara
dan berkata uda
dara...lalu si dara
.....alamak...xhabis jugak smiley...dah kering idea la...ntah apa2 le citer ni...
-
kuiz teka teki teka tekuk
soalan teka teki hari ini.
-ketika berjalan berkaki dua,bila berhenti berkaki satu!
apo kobondonyo tu?
kalau rasa tau jawapannya...jawab le..pastu kunci jawapan anda -
sELANgKaH Ke ALAm MisTeRi 2 (kaki pancing)
Aku ni memang minat gila memancing…senang kata gila memancing dari kecil sampai ler ke besar.asal pun kat kawasan kampung berhampiran sungai utama..selepas tu pindah pula kat kawasan pantai.hobi memancing ni dah macam rutin Cuma skrg ni masa untuk memancing terbatas dengan tugas2 harian.Namun aku tetap mencari ruang untuk melepaskan rindu pada keindahan sungai,pantai,laut,kolam dan sebagainya.Bagi org yg xsuka memancing,ada yg sinis mengatakan aku buat kerja bodoh,berjam2 duk dlm semak dgn nyamuk,kulit kemerahan dimamah mentari,risiko haiwan berbahaya….bukan ke lebih elok kalau beli je kat pasar..pilih je nak ikan ape.bukannya xde duit,setakat nak beli ikan tu..apela sgt….tapi pengalaman tu yg susah nak dibayar dgn wang ringgit.kalau sebelum pergi dah tahu ikan apa yg kita dapat..ramai ler yg pergi memancing…xyah kuar modal.tapi disebabkan xtau rezeki apa yg tuhan akan beri pada hari tersebut itulah yg menjadi cabaran dan semangat untuk memancing.apatah lagi bila dapat main tarik tali dgn ikan yg besar.alhamdulillah setakat ni byk juga hasil yg berjaya dinaikkan seperti pari,baung,semilang,kerapu,siakap putih/merah,kerisi,tilam,kalui dan mcm2 lagi.kalau nak senarai tu,rasanya panjang lebar lg la citer ni.
Sebagai seorang yg suka memancing,xleh lari dari kenangan2 lucu,gembira,teruja,sedih dan x kurang juga gangguan dari makhluk Allah juga yg suka mengganggu anak cucu Adam.Setakat ini dah byk pengalaman yg pernah aku lalui…dari dengar,rasa dan lihat.setakat ini alhamdulillah semua tu sekadar nak menguji iman dan perasaan kita.pernah sekali aku lihat cahaya bergerak2 di dalam air…kain putih terbang di depan mata,bunyi2an yg pelik dan ada juga yg menyamar sebagai kawan.pernah aku demam yg aneh selama hamper sebulan yg ada kaitan dgn kesilapanku semasa memancing.kalau nak cerita semuanya,xtau bila nak habis citer ni.dalam banyak2 tu…satu je yg aku paling xleh lupakan.
Kawan semasa sekolah dulu datang ke rumah.Katanya dia dalam cuti.Seminggu je,lepas tu balik le semula ke tempat kerjanya di Perak.Mengenang kembali nostalgia2 lama di zaman persekolahan dulu,tercetuslah satu idea untuk memancing kerana dia sudah lama tak pegang joran,asyik pegang pen dengan benda2 lain je.kami pun rancang untuk sediakan untuk sediakan alatan dan umpan.Oleh kerana masa x mengizinkan,kami hanya ada kelapangan pada keesokan hari iaitu hari Jumaat dan kami memilih lokasi tepi pantai yang mana jaraknya dengan rumah lebih kurang 5 km sahaja.
Tiba pada hari Jumaat yang dijanjikan,kawan ku datang bersama adiknya.kami memasukkan semua perkakas dan umpan beserta lampu suluh dan sedikit makanan ke dalam kereta.kami menyusuri jalan pantai dan meletakkan kereta di satu kawasan yg agak selamat.Kami terus menurunkan semula semua barang yg dibawa dan berjalan kaki menuju ke tepi pantai.Langit pada malam itu sungguh cerah dengan sinaran bulan purnama.Walaupun lokasi yg dekat,aku pernah menaikkan kerapu,pari dan semilang di situ tidak lama dahulu.Pengalaman ini membuatkan kawanku tidak sabar2 untuk mencampakkan umpannya apatah lagi sebelum kami bertolak aku berseloroh kepada mereka yg aku mengidam nak naikkan pari yg besar.Aku x menyangka pada masa yg sama aku sudah langgar pantang larang.Tak apelah..aku bukannya sengaja.
Jam sudah pukul 12.30 pagi.sudah 2 jam kami memancing..belum dapat seekor pun ikan bahkan tiada tanda2 umpan disentuh.kami semua mengeluh resah,rokok dah berbatang2,makanan pun dah nak habis.Aku cuba tenteramkan sambil dalam hati aku berdoa agar kami x pulang dengan hampa.Langit yang tadi cerah kini sudah bertukar redup.Tiba2 kawan ku berteriak kepada ku memberitahu joran ku di tarik sesuatu dengan kuat.Ya memang betul,aku dapat lihat bentuk joran ku sudah jadi macam bulan sabit.Mujur x tercabut dari pancangnyer.Lantas aku menyentak dengan agak kuat tapi dibalas dengan tarikan yg kuat juga.kedua2 kawan ku tadi terus meletakkan pancing mereka untuk melihat sendiri perhitungan yang sedang berlaku.segala keresahan terus hilang dan kami masing berteka-teki tentang mangsa yg bakal kami daratkan.setengah jam bertarung,tanganku mula kebas.anggaran mangsa ku itu seberat 20 kilo.kemungkinan ianya seekor pari.tiba2 mangsa ku tidak melawan lagi.dapat ku rasakan ia seolah2 diam sahaja.aku menunggu sehingga 15 minit lagi sebelum kawanku mencadangkan untuk memotong tangsi kerana tidak terdaya untuk menunggu lagi..tapi aku membuat keputusan untuk menarik juga tangsi walaupun putus.
Lega bila ia datang sedikit demi sedikit walau masih rasa berat.Maka masa yg diambil agak lama untuk menaikkannya.kami semakin tidak sabar bila sudah banyak tangsi yg digulung bermakna ikan itu semakin hampir dengan jarak lebih kurang sepuluh depa.tanpa disangka,kejadian yang di luar dugaan berlaku apabila satu lembaga hitam yang besar timbul perlahan2 dari permukaan air dan menampakkan sehingga paras pinggang dan sebahagiannya lagi di dalam air.aku mencapai pisau dan terus memotong tangsi dan tanpa sebarang kata kami mencapai semua barang yg penting dan berjalan pantas menuju ke kereta tanpa menoleh ke belakang lagi.kami xputus mebaca ayat2 suci al-quran.sampai je ke rumah..kilat dan petir sabung menyabung disusuli angin yang kuat.aku menasihati kawan ku untuk berteduh sementara di rumahku tetapi dia mahu segera sampai ke rumah.selepas kawanku pulang,aku segera naik ke rumah dan mandi.Ketika itu jam sudah melebihi pukul 2 pagi.
Pada keesokannya aku menceritakan kepada beberapa orang tua tentang kejadian itu.Mereka seperti terkejut tapi menyatakan itu perkara biasa berlaku pada kaki pancing.mengenai ribut petir yang secara tiba2 berlaku itu mereka dan beberapa penduduk kampung pada ketika itu sedang menguruskan jenazah mangsa bunuh yg sudah seminggu berada di hospital.tapi aku langsung x kaitkan kedua2 peristiwa tersebut walaupun ia berlaku secara serentak.Aku menefon kawan ku untuk bertanyakan khabar nya dan bertanya samada dia nak pergi lagi memancing ataupun tidak dan dia manjawab….
“aku dah serik memancing!”
Aku hanya ketawa. -
seLaNgkAh kE aLam miSteRi 1
ini kisah benar yg gua alami tidak lama dahulu,time tu gua masih lagi bergelar student kolej.seingat2 gua le dah hampir 9 tahun kejadian ni berlaku.kebetulan pada ketika itu cuti semester,so ape lagi..ini le masanyer nak melepaskan rindu kat kampung halaman.nak dijadikan cerita...pada suatu malam ketika di kampung...
.........jemaah lain ramai yang dah turun dari masjid,tinggal gua dan beberapa orang lagi yg masih di perkarangan masjid selepas menunaikan solat Isyak.Biasala balik jareng2 mcm ni,pantang jumpa orang kampung mesti nak berbual.on the way nak balik,tiba2 gua terdengar suara org memanggil nama gua..gua berhenti kat tepi jalan.gua intai..intai..intai..(bukan skodeng..haha)..xnampak orang pun..tetiba sekali lagi suara itu memanggil tapi dengan lebih jelas..'woi..aku kat sini la,ni kat wakaf ni'...ler..member lepak aku rupanya.patut le xnampak,dia duk dalam gelap...aku lak duk bawah sinaran lampu jalan.kami pun rancak ler berbual,mcm2 topik dari isu politik sampai le memori silam,dari isu memancing melerek lak sampai ke cerita seram...dia kata minggu lepas teruk dia kena sakat..sampai demam.masa tu dia balik kerja lewat,dalam 12 tgh malam.on the way nak balik tu,dia lalu le ikut lorong pasar.dari sinaran lampu motor buruknyer tu..nampak kelibat orang bertenggek atas meja pasar.rasa mcm kenal la mamat ni...dia pun berhenti betul2 depan budak tu.ler...kau?kau?...rupa2nya kawan dia yang dah mati lebih kurang 5 tahun dulu tersengih kat dia.Ape lagi..spontan dia pecut motor,sampai rumah terus demam.
Ape punyer geng,tengah2 malam gini lak kau citer hantu.dah le rumah aku jauh lagi..ko xper la dah dekat.aku bukannyer berani sgt.ah,aku belah dulu le...sebelum gua chaw,gua sempat bagi nasihat kat geng gua tu...ingat2 le kat member yg dah xder...sedekahkan al fatihah...bye..assalamualaikum
gua terus tonggang kapcai bapak gua sambil karaoke sebab xmau fikir pasal citer tadi.Lama kelamaan jantung gua kembali normal.tapi gua hairan bin ajaib betul la,malam jumaat yang indah ini mcm xde org lalu je..sunyi sepi walhal jam baru kul 11 malam.gua tengok atas,xde bintang...mcm nak hujan je.
gua belok masuk lorong,dalam samar2 tu gua tengok ade org berjalan.ler..org perempuan rupanyer,tapi kategori kakak ler.gua tanya dia nak pi mana..dia kata nak balik rumah.jauh ke?..dia kata depan tu..gua pun pelawa le nak hantar.dia setuju,pastu naik motor gua.alamak...punyerla sejuk badan gua masa dia naik.gua teruskan misi menghantar kak tu balik.dalam hati,terfikir jugak,dari mana kakak tu jalan tengah malam sorang2 lak tu...ah..pedulikan,yg penting dia selamat balik rumah.dia bagi isyarat rumah dia kena belok ke lorong kanan.aiseyman..lorong ni bukan ke lalu ikut kawasan kubur?..gua cuba x fikir yang bukan2.dari jauh gua nampak cahaya lampu jalan.kat situ adela beberapa rumah orang kampung.tiba2 akak tu suruh gua berhenti.apesal kak?..bukan rumah kakak depan tu ke?..dalam samar2 gua nampak dia senyum dan geleng2 kepala.dia kata kat sini rumah dia.hah?...kat sini?..mana ada rumah..batu nesan ade la....tetiba jer jantung gua berdegup kencang.kakak tu masih tercegat di tepi gua,siap tanya lagi bila lak boleh jumpa...gua pun dengan kelam kabut cakap kat dia..xpe kak,sy nak cepat ni..gua terus pecut motor sampai ke rumah.alhamdulillah,malam tu xder ape yang x diingini berlaku.gua xceritakan terus kepada sesiapa...sampai le berhari2 baru gua ceritakan kat orang lain...
sampai ke hari ni...gua masih kompius...kakak yang tumpang gua malam tu siapa?..orang ke..bukan orang?.... -
kedut sejuta memori
lama x jenguk kampung..teringat kat atuk yg duk sorang kat rumah dia.Semenjak kematian nenek 12 tahun yag lalu,macam tu ler keadaan dia..walau umur dah 70 lebih tapi masih mampu lagi buat aktiviti harian..kadang2 pergi jemput cicit dia di sekolah dengan beca nostalgia dia tu...kadang2 bersih laman rumah,kat kebun pisang xpun kemas rumah...biasala,bekas tentera disiplin kuat...rumah nak selalu bersih.yang anehnya dulu2 dia seorang yg garang dengan anak cucu...tapi kami sedikit pun x ambil hati dengan dia..dan aku le cucu yg paling rapat dengan dia.selalunyer..petang2 pergi lepak umah atuk...sampai depan rumah je dah nampak dia kat anjung rumah,duduk termenung.maybe baru lepas solat asar.yang sentimentalnyer..siap pasang radio lagi..kalau x dengar ceramah agama...dia pasang kaset 'L Ramli'...maybe dia nak hilangkan kebosanan xpun teringat kenangan lama lebih2 lagi dengan arwah nenek.mungkin sebab itulah dia dah banyak kali tolak pelawaan anak2 untuk tinggal bersama.biasala org tua...semoga terbuka hatinya untuk tinggal dengan pakcik aku yang terdekat dengan dia...banyak nasihat yang dia beri setiap kali berbual dengan dia..sesekali aku renung muka dia..aku dapat rasa dari kedut di wajahnya...tersimpan sejuta memori
-bagi yang masih ader atuk dan nenek...jenguk2 lah yer..hehe