Contact Eddry on Twoo pujangga_malam's profile page

pujangga_malam

male - 36 years, Kedah, Malaysia
1 225 visitors

Blog / Tags / info

Show all blog messages

Blog messages with the tag 'info':


  • Kelebihan Jumaat

    JUMAAT

    Ada seorang soleh yang telah buta di minta dihantarkan ke satu perkuburan. Sesampainya di kubur dia mengucapkan salam. Tiba-tiba Allah mengizinkan roh dari salah seorang ahli kubur menjawab salam orang buta tersebut. katanya "Bertuahlah engkau wahai penduduk dunia, kerana kamu dapat menunaikan haji empat kali dalam sebulan." "Bagaimana caranya?" tanya sibuta. "Semuga Allah memberi rahmat kepada mu, caranya adalah solat Jumaat. Apakah kamu tidak mengetahui bahawa solat Jumaat itu sama dengan haji mabrur." jawab ahli kubur tersebut. Dan adapun kelebihan hari Jumaat itu sangat banyak..

    Kebaikan dan kelebihan hari Jumaat

    Sebaik-baik hari adalah hari Jumaat. Jika kita tahu akan kelebihannya maka kita tak akan mahu bekerja pada hari itu melainkan beribadat kepada Allah sepanjang-panjang harinya. Kadang-kadang kita tak mengerti kenapa masa kini orang lebih memuliakan hari Ahad kerana hari tersebut adalah hari orang-orang kristian pergi ke gereja dan seolah-olah memberi kesempatan kepada mereka pula untuk `beribadat`.

    Sedangkan kita umat Islam dibenarkan kerja pada hari Jumaat. Memanglah bekerja itu baik tetapi terlebih lampau baik jika kita dapat beribadat pada hari Jumaat. Alasan seperti jika cuti hari hari Jumaat pun bukan orang beribadat tetapi keluar bersantai jua tidak boleh dipakaiterima kerana ini hanyalah untuk orang-orang yang tidak mengenal kelebihan hari Jumaat itu. Bagaimana pula kepada mereka yang hendak beribadat pada hari Jumaat, kerana mereka ini tahu akan kelebihan Jumaat itu. Bukannya setelah tamat solat Jumaat tergesa-gesa ketempat kerja takutkan tak sempat untuk bekerja, takut majikan marah tetapi kita tak takut kepada kemurkaan Allah, bukankah dengan tergesa-gesa mementingkan urusan dunia itu keji dengan melupai akan rezeki yang diberi Allah kepada kita.

    Bukankah rezeki itu Allah yang beri, cuma diberi melalui majikan sahaja. Jika perkara ini pun kita tidak boleh memberi kelebihan kepada Allah, apatah lagi dengan perkara-perkara lain. Orang-orang yang selalu menggunakan pekerjaan itu sebagai ibadat tidak faham apa sebenarnya yang hendak diperlukan dahulu, bersyukur kepada Allah atau bekerja sahaja sehingga terlupa rezeki itu Allah yang kurniakan.

    Janganlah kita selalu terpedaya kepada mereka-mereka yang selalu mengucapkan perkataan sebegitu kerana turut mengheret kita kedalam dunia yang sementara ini tanpa memperdulikan akan hari akhirat.

    Fadzilat

    · Pada hari Jumaat itu pahalanya lebih daripada hari-hari lainnya.

    · Sepanjang 24 jam yakni dari petang Khamis sehinggalah ke petang hari Jumaat itu sangat dimakbul doanya dan dalam 24 jam itu terdapat satu masa yang sangat-sangat dimakbul oleh Allah yang tidak diketahui oleh manusia. (sebagai contoh Allah tidak nyatakan bila itu Lailatul Qadar pada bulan puasa) sesetengah pendapat ada mengatakan bahawa waktu paling dimakbul doa adalah antara 2 khutbah (seperti 10 hari terakhir pada bulan puasa, lailatul Qadar itu berada).

    · Sesiapa yang mati pada hari Jumaat terlepas dari siksaan kubur.

    · Nabi Adam dijadikan pada hari Jumaat dan hari Jumaat dimasukan kedalam syurga dan dikeluarkan jua pada hari Jumaat.

    · Sesiapa yang ambil wudu` dengan sempurna dan datang kemasjid, dengar khatib membaca khutbah dan diam tanpa berkata-kata maka diampun dosanya 10 hari.

    · Hendaklah khusu` mendengar khutbah dengan tidak bergerak banyak memandang kesana kesini kerana dengan berbuat demikian maka hilanglah pahanya kerana mendengar khutbah itu jua seperti membuat sembahyang sunat 2 rakaat.

    · hendaklah menyegerakan sunat tahayatul masjid itu kerana fadzilatnya besar. Jika kita datang ke masjid dan terus duduk maka terputuslah fadzilat sunat tahayatul masjid itu.

    · Hendaklah datang jua ke masjid hari Jumaat itu kerana fadzilat itu sangat besar.

    · Jika mendengar orang bercakap jangan ditegur orang itu kerana ia juga akan menghilangkan pahala Jumaat kita.

    · Jika tidak sembahyang Jumaat (jua waktu) akan dibutakan hatinya oleh Allah. Yang selalu meninggalkan sembahyang akan dimetrikan hatinya, jadilah mereka orang-orang yang lalai.

    · Setelah terbit fajar mandilah sunat hari Jumaat.

    · Setelah habis solat Jumaat itu sembahyanglah sunat selepas Jumaat pun begitulah biarlah kita bersama-sama berdoa dan berzikir memuji Allah, bersama imam dan janganlah setelah tamat kita terus bangun tanpa adapun pujian dan kesyukuran kepadaNya.

    Jika kita melihat dan merenung akan semua ini adakah kita patut lebih melebihi dunia ini dari berbakti kepada Allah. Tidakkah pada petangnya ingin kita mengucapkan zikir kepadaNya setelah sekian 6 hari itu bekerja di atas muka bumi ini. Tidakkah berasa dihati kita untuk mengucapkan terima kasih kepadaNya.

  • Lelaki Haram Bergelang Tangan

    Kejahilan dan kedangkalan utk tidak mendalami ilmu agama boleh
    menyebabkan seseorang itu terikiut-ikut dengan tindakan, penerampilan
    cara hidup orang kafir.

    Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.
    Hakikatnya banyak cara lain yang boelh di gunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t.,apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.

    Larangan memakai gelang tangan wlpun untuk tujuan kesihatan, telah
    ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w.:

    Hadis Imran bin Hussein r.a.,
    bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang
    lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.
    "Apakah bendanya ini"?Lelaki itu berkata,"Ia adalah gelang perubatan".
    Rasulullah bersabda,"Sesungguhnya benda itu tidak memberi
    apa-apa(faedah wlpun utk tujuan perubatan),buangkan benda itu drp. diri
    anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka
    anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya." Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad.

    Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz2,pegawai2 kerajaan,
    menteri2 bahkan perdana menteri sekali pun...sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.

    Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai
    hadiah orang yang baru balik dari Mekah.Sekarang ini dibenarkan oleh
    Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya
    faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb.

    Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-
    1) Gelang Kayu koka
    2) Gelang Kristal
    3) Gelang Tasbih
    4) Gelang Getah plastik
    5) Gelang Besi magnet
    6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)

    Jenis2 gelang yang diharuskan:-
    1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan
    wad)
    2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di
    tangkap polis)
    3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.

    Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha
    menjadi salah satu daripada 3 golongan ini.

    Wallahualam.

    Ustaz Zainuddin Hashim

  • MENGUAP MENURUT ISLAM

    Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!'.

    Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari)

    Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka." Riwayat Imam Muslim

    Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu. " Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

    Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin." Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

    Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:

    1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.

    2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.

    3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.

    4. Sunat ketika bersin mengucapkan
    "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan "Yarhamukallah" .

    5. Sunat mengucapkan "Astaghfirullah" selepas menguap.

    Sekian, wallahu a'lam

  • Tanda-tanda Lelaki Merajuk

    >> > > a) Diam Seribu Bahasa
    >> > > * Dia diam je sepanjang ada dengan kita.. Walaupun kita bercakap
    >> > > dengannya, dia hanya mengiayakan / dia anggukkan kepalanya je. Dia
    >> > > sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ni. Jika benda ni
    > berlaku
    >> > > sah lah tu dia merajuk dengan kita.
    >> > >
    >> > > :) Buat Tak Tahu
    >> > > * Dia akan buat tak tau dengan kita. Jika kita minta tolong dengan
    > dia
    >> > > seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je.Paling teruk, dia
    >> > > buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes
    >> > > yang paling teruk sebab ia bukan je buat kita geram tapi buat
    >> > > seolah-olah kita ni tak wujud.
    >> > >
    >> > > c) Menolak Untuk Makan Bersama
    >> > > * Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to
    > face
    >> > > dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu,saya
    >> > > kenyang lagi la..lagipun,saya dah makan denagn kawan saya tadi"
    >> > >
    >> > > d) Masam Muka
    >> > > * Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah
    >> > > tak
    >> > > nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati
    > la
    >> > > konon.
    >> > > Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je!
    >> > >
    >> > > e) Baca Surat Khabar
    >> > > * Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu
    > dibaca
    >> > > banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu
    >> > > yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam
    >> > > buta.
    >> > >
    >> > > f) Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
    >> > > * Dia akan tengok tv tu sampai larut malam walaupun rancangan tu
    >> > > bukan
    >> > > rancangan kegemaran dia. Mata dia di tv tapi hatinya ke lain. Kita
    >> > > kena peka beb!
    >> > >
    >> > > g) Keluar Rumah Tanpa Beritahu
    >> > > * Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak
    >> > > protes
    >> > > la tu kononnye. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita
    >> > > kerana confirm dia akan buat dek je!
    >> > >
    >> > > h) Matikan Telefon Bimbit
    >> > > * Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila
    > perasaannya
    >> > > tengah marah. Untuk mengelakkan kita menggangu dia, dia akan matikan
    >> > > telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je,
    >> > > dia
    >> > > tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa,
    >> > > bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

  • Hakikat Seorang Wanita

    Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki
    akan resah. Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap
    rindukan hawa.
    Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya
    lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
    Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa
    oleh Allah.
    Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana
    nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka
    akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.
    Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
    Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman.
    Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.
    Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab. Bisikkan ke
    telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Ia bukan diskriminasi Allah.Sebaliknya di
    situlah kasih dan sayang Allah...
    Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan. Tanpa
    iman, ilmu dan akhlak, mereka tidak akan lurus, Bahkan akan semakin membengkok. Itulah hakikatnya
    andai wanita tidak kenal Rabbnya...
    Bila wanita menjadi derhaka,pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara. Lelaki pula janganlah
    mengharapkan ketaatan semata-mata! Tapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum wanita menuju ilahi,
    pimpinlah diri kepadanya. Jinakkan diri kepada Allah. Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah
    pimpinanmu. Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' Seandainya dirimu tidak
    sehebat saidina Ali karamallahuwajhah.
    BaCk
    Page 1 of Hakikat Seorang Wanita 1

  • Masih Suami Isterikah Di Alam Akhirat?

    1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
    Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

    2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
    Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

    3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
    Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

    4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
    Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

    5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
    Wanita ini akan tetal bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

    6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
    Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.

    Rasullullah SAW bersabda. "Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

    Wallahualam ...

  • KESERASIAN

    Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.
    Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:

    · Sulung dengan sulung
    Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

    · Sulung - Tengah
    Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.
    Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

    · Sulung - Bongsu
    Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

    · Tengah - Tengah
    Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.
    Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.

    · Tengah - Bongsu
    Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

    · Bongsu - Bongsu
    Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.

  • Original Mobile

    Would you like to know if your mobile is original or not ?????

    Press the following on your mobile*#06# and the-international mobile equipment identity number appears. Then check the 7th and 8th numbers:

    1
    2
    3
    4
    5
    6
    7 th
    8 th
    9
    10
    11
    12
    13
    14
    15

    Phone serial no.
    x
    x
    x
    x
    x
    x
    ?
    ?
    x
    x
    x
    x
    x
    x
    x

    IF the Seventh & Eighth digits are 0, 2 or 2, 0 this means your cell phone was assembled in Emirates which is very Bad quality

    IF the Seventh & Eighth digits are 0 , 8 or 8 , 0 this means your cell phone was manufactured in Germany which is fair quality

    IF the Seventh & Eighth digits are 0, 1 or 1, 0 this means your cell phone was manufactured in Finland which is very Good

    IF the Seventh & Eighth digits are 0, 0 this means your cell phone was manufactured in original factory which is the best Mobile Quality

    IF the Seventh & Eighth digits are 1, 3 this mea! ns your cell phone was assembled in Azerbaijan which is very Bad quality and also dangerous for your health

  • Tazkirah Mandi

    Mandi

    KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

    Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

    Mengeluarkan racun:
    Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

    Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

    Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

    Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

    Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

  • Lipstick Information ***important pls read***

    Ahhhhhh Avon isn't on this list :)

    You might find this important.

    LIPSTICK INFORMATION:

    Something to consider
    Next time you go shopping for
    Lipstick.... ..

    This comes from someone
    Who works in the breast cancer unit at
    Mt. Sinai Hospital , in Toronto

    From: Dr. Nahid Neman
    If there is a female you care anything about,
    Share this with her. I did!!!!!
    I am also sharing this with the males on my e-mail list,
    Because they need to tell the females
    THEY care about as well!

    Recently a lipstick brand called "Red Earth"
    Decreased their prices from
    $67 to $9.90.

    It contained lead.
    Lead is a chemical which causes cancer.
    The lipstick brands that contain lead are:

    CHRISTIAN DIOR

    LANCOME

    CLINIQUE

    Y.S.L

    ESTEE LAUDER

    SHISEIDO

    RED EARTH (Lip Gloss)

    CHANEL (Lip Conditioner)

    MARKET AMERICA-MOTNES LIPSTICK.

    The higher the lead content,
    The greater the chance of causing cancer.

    After doing a test on lipsticks,
    It was found that the Y.S.L. Lipstick
    Contained the most amount of lead.
    Watch out for those lipsticks
    Which are supposed to stay longer.
    If your lipstick stays longer, it is
    Because of the higher content of lead.

    Here is the test you can do yourself:

    1. Put some lipstick on your hand.

    2. Use a Gold ring to scratch on the lipstick.
    3. If the lipstick color changes to black,
    Then you know the lipstick contains lead.

    Please send this information to all your girlfriends,
    Wives and female family members.

    This information is being circulated at
    Walter Reed Army Medical

    Dioxin Carcinogens cause cancer,
    Especially breast cancer

1 2