mrssazali
female - 32 years, TERENGGANU, Malaysia
Blog / Nabi Muhammad Kata, Sains Kata..
Tuesday, 8 April 2008 at 14:53
TIDUR YG BAIK
Sunnah ;
Beberapa hadis Nabi telah meriwayatkan tentang cara tidur yang baik dan keji yang perlu diambilkira oleh seseorang:
“Nabi telah melihat seorang lelaki tidursambil meniarap, lantas Bagindapun bersabda: Inilah cara berbaring yangdibenci Allah.” (Tarmuzi)
“Apabila kamu mendatangi tempat tidurmuhendaklah kamu mengambil wuduk seperti wuduk untuk bersembahyang.Kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Bukhari-Muslim)
Berkata ‘Abbad ibn Tamim: “Aku melihatRasulullah di dalam masjid tidur menelentang sambil menyilangkan kakiBaginda.” (Bukhari-Muslim)
Ibn Qaiyim telah merumuskan bahawa Nabi tidaktidur dalam kekenyangan. Baginda berbaring berlapikkan bantal,mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah,sehingga tidur.(At-Thib An-Nabawi oleh Ibn Qaiyim hal. 297)
Dapat disimpulkan bahawa Nabi suka tidurmengiring ke sebelah kanan dan kadangkala secara menelentang. Bagindatidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secarameniarap. Dalam semua keadaan, zikir tidak pernah Baginda lupakan.
Sains Kata ;
Sains terpaksa akur tentangkebaikan cara tidur yang diamalkan Nabi ini. Saintis-saintis telahmendapati bahawa cara berbaring ketika tidur (sleeping postures) bolehmemberi kesan kepada kesihatan. Untuk merihatkan badan di sampingmenjaga kesihatan tulang leher (cervical spine), pakar-pakar perubatanmencadangkan dua kedudukan ketika tidur:
Mengiring ke lembung dengan meluruskan tulang belakang atau
Menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atasdengan menjaga bengkokan tulang leher. (Intermountain Spine Institute(1999); ‘Spine Self Care')
Kedua-dua cara ini akan mencegah tulang leherdaripada terseliuh (subluxation or mis-alignment of the neck). Disamping itu, dengan berlapikkan bantal yang sesuai ketika tidur, sakitleher, sakit belakang, tekanan saraf (pinched nerves) dan kerosakankepada tulang belakang (wear of vertebrae and spinal column) akan dapatdicegah.
Meniarap merupakan cara tidur yang bolehmenimbulkan tekanan ke atas belakang dan leher seseorang. Tidur beginiboleh menyebabkan serangan sakit urat saraf dan otot. (Spine Self Care;Ibid)
Comments
No comments have been posted yet in English...
Post a comment: