mrssazali
female - 32 years, TERENGGANU, Malaysia
Blog / Ilmu Al-Quran mendahului zaman
Sunday, 6 April 2008 at 03:40
AL-QURAN adalah mukjizat terbesar yang dikurniakan Allah s.w.t kepadaNabi Muhammad s.a.w selain kitab wahyu terakhir yang masih kekalterpelihara sehingga kini.
Isi kandungan al-Quran yang tidakpernah berubah dan sentiasa relevan dengan setiap perubahan zaman,malahan ilmu yang terdapat di dalamnya melampaui zaman ia diturunkan.
Inikerana pada zaman al-Quran diturunkan iaitu pada abad keenam, masihbelum ada kajian sains mengenai alam semula jadi yang dilakukanmenyebabkan masyarakat belum mengetahui mengenai ilmu sains danteknologi.
Kajian mengenai pelbagai rahsia alam hanya bermulakira-kira abad ke-19 dan ketika itu didapati bahawa segala fakta sainsyang ditemui adalah selaras dengan maklumat asas daripada al-Quran.
Pelbagaipenemuan baru sains dan teknologi pada masa kini yang berasaskan kepadaayat al-Quran adalah bukti bahawa setiap ayat dalam kitab samawiterakhir ini bukan rekaan manusia.
Sebaliknya, penemuan iniseharusnya menambahkan keimanan umat Islam bahawa ayat al-Quran itudatangnya daripada Allah s.w.t seperti firman-Nya dalam surahas-Syu’araa’, ayat ke-192:
“Dan sesungguhnya al- Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam.”
Selainayat berkenaan, ayat lain yang menunjukkan al-Quran diturunkan Allahadalah menerusi ayat pertama dari surah al-Qadr iaitu: “SesungguhnyaKami menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar.”
Al-Quranyang mengandungi 114 surah diturunkan secara berperingkat selama 23tahun iaitu 13 tahun di Makkah (1,456 ayat) dan sepuluh tahun diMadinah (4,780 ayat).
Ayat al-Quran dikatakan memiliki rahsiatersendiri mengenai kehidupan yang disampaikan kepada manusia secarajelas atau memerlukan kajian mendalam.
Hal ini diakui Allahsendiri menerusi firman-Nya: “Inilah ayat-ayat al-Quran yangmengandungi hikmah.” (Surah Yunus, ayat pertama).
Ayat lainadalah daripada surah al-Hijr, juga ayat pertama: “(Surah) ini adalah(sebahagian daripada) ayat-ayat al-Kitab (yang sempurna) iaitu(ayat-ayat) al-Quran yang memberi penjelasan.”
Pada zamanRasulullah s.a.w yang dikenali zaman jahilliah, Allah menerangkansecara jelas kepada manusia mengenai pelbagai fakta sains yangmelampaui batas pemikiran manusia ketika itu.
Antara fakta sainsyang ditemui dan terdapat dalam al-Quran adalah semua cakerawalabergerak secara terapung (Yaasiin: 40), bumi bergerak (An-Naml: 88),pokok menghasilkan bahan bakar (Yaasiin: 80), atom adalah bendaterkecil (Yunus: 61) dan semakin tinggi semakin sukar bernafas(Al-An’aam: 125).
Fakta lain adalah semua makhluk berpasangan(Adz-Dzaariyaat: 49), proses kejadian manusia (Al-Mu’minuun), kegunaanbesi (Al-Hadiid: 25) dan langit yang terkawal (Al-Anbiyaa’: 32).
Selainditerangkan secara jelas, kajian mendalam terhadap al-Quran mendapatikitab ini juga mampu merungkai rahsia kejadian di masa akan datangseperti kebangkitan kembali bangsa Rumawi selepas dikalahkan bangsaParsi.
Ketika berlakunya kekalahan itu iaitu kira-kira tahun614, turunlah ayat pertama hingga keempat dari surah ar-Ruum yangmenyatakan bahawa bangsa itu akan kembali menang dalam tempoh beberapatahun kemudian dan kemenangan itu benar-benar terjadi iaitu kira-kiralapan tahun kemudian.
Terbaru, kejadian runtuhan bangunanpencakar langit, World Trade Center (WTC), New York, Amerika Syarikatpada 11 September 2001 dikatakan seolah-olah sudah digambarkan dalamal-Quran.
Kajian yang dijalankan seorang ulama Mesir, Dr ZaghlulNajjar, mendapati bahawa ayat ke-110 dari surah at-Taubah sepertimemberi isyarat awal mengenai kejadian ini.
Ayat berkenaanbermaksud: “Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu senantiasamenjadi pangkal keraguan dalam hati mereka, kecuali bila hati merekaitu sudah hancur. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
Kajianitu mendapati beberapa fakta mengenai kejadian runtuhan WTC salingberkait dengan ayat berkenaan antaranya bangunan WTC setinggi 110tingkat dan peristiwa itu berlaku pada bulan kesembilan Masihi(September) manakala ayat al-Quran berkenaan adalah ayat ke-110 darisurah ke sembilan (at-Taubah).
Persamaan lain adalah peristiwaitu berlaku pada 11 haribulan (ayat berkenaan berada dalam juzuk ke-11)dan pada 2001 (huruf terakhir ayat adalah huruf ke-2001).
Selainitu, kajian lain yang dijalankan bagi mencari keajaiban al-Quranmendapati bahawa jumlah sesetengah perkataan berbahasa Arab di dalamkitab itu adalah saling berlawanan.
Antara perkataan berkenaanadalah; dunia yang disebut sebanyak 115 kali manakala akhirat yangturut disebut sebanyak 115 kali, malaikat dan syaitan (88 kali), hidupdan mati (145 kali), faedah dan kerugian (50 kali), kesusahan dankesabaran (114 kali) serta lelaki dan perempuan (24 kali).
Perkataanlain adalah ummah dan penyampai (50 kali), iblis dan memohonperlindungan daripada iblis (11 kali), musibah dan bersyukur (75 kali),bersedekah dan berpuas hati (73 kali) serta zakat dan berkat (32 kali).
Golonganmuslimin dan jihad (41 kali), orang yang sesat dan meninggal dunia (17kali), emas dan kemurahan hidup (lapan kali), keajaiban dan fitnah (60kali), minda dan nur (49 kali), lidah dan sumpah (25 kali), nafsu danketakutan (lapan kali), bercakap di khalayak ramai dan berdakwah (18kali).
Jumlah perkataan lain yang dianggap ajaib dijumpai adalahsolat (lima kali), bulan (12 kali), tahun (365), lautan (32 kali) dandaratan (13 kali).
Jumlah lautan dan daratan ini apabila ditukardalam bentuk peratus adalah bersamaan dengan jumlah sebenar kawasanlaut dan darat yang terdapat di dunia ketika ini iaitu 71.111 peratusdan 28.889 peratus.
Misteri yang terkandung dalam ayat-ayatal-Quran ini membuktikan kitab berkenaan bukan rekaan seorang manusiamelainkan ia dihasilkan oleh suatu kuasa yang mentadbir seluruh alamini yakni Allah s.w.t.
Comments 9 Sort comments:
Only comments in English are currently displayed. Display all comments
HASLINDA ARIFFIN (Monday, 7 April 2008 at 19:15)
- flipside_hush:
alangkah baiknya jika Ummah mempunyai pemimpin-pemimpin yang menumpukan perhatian mereka kepada kandungan-kandungan al-Quran seperti disebutkan... sememangnya harus tumpuan diberikan kepada hukum syarak, tetapi ilmu-ilmu yang lain, terutama sekali ilmu sains, tidak harus diketepikan... kerana di zaman ini, kemajuan masyarakat banyak berlandaskan sains dan teknologi... lagipun, zaman keemasan Islam yang lampau berteraskan ilmu-ilmu sekular, terutama sekali sains dan matematik... banyak penemuan sains seperti alkohol dan alkali, dan juga penemuan matematik seperti algebra dan algorithm, semuanya dicapai oleh saintis-saintis Muslim...
kerana itu kita seharusnya berbalik semula pada sumber yg asal iatu alquran dan hadis
flipside_hush? (Monday, 7 April 2008 at 18:31)
alangkah baiknya jika Ummah mempunyai pemimpin-pemimpin yang menumpukan perhatian mereka kepada kandungan-kandungan al-Quran seperti disebutkan... sememangnya harus tumpuan diberikan kepada hukum syarak, tetapi ilmu-ilmu yang lain, terutama sekali ilmu sains, tidak harus diketepikan... kerana di zaman ini, kemajuan masyarakat banyak berlandaskan sains dan teknologi... lagipun, zaman keemasan Islam yang lampau berteraskan ilmu-ilmu sekular, terutama sekali sains dan matematik... banyak penemuan sains seperti alkohol dan alkali, dan juga penemuan matematik seperti algebra dan algorithm, semuanya dicapai oleh saintis-saintis Muslim...
HASLINDA ARIFFIN (Monday, 7 April 2008 at 15:45)
- mrsnurul:
semoga kehidupan yang kita lalui ini berlandaskan AL-QURAN dan HADIS....
moga perjalanan hidup kita takkan SESAT.....insyaALLAH...
Insyallah msnurul...semoga kita sama2 beroleh keberkatan
Qaseh_Adam (Monday, 7 April 2008 at 14:52)
semoga kehidupan yang kita lalui ini berlandaskan AL-QURAN dan HADIS....
moga perjalanan hidup kita takkan SESAT.....insyaALLAH...
HASLINDA ARIFFIN (Monday, 7 April 2008 at 14:01)
- violetdashjackjack:
..
thank you, sis.... obviously, i do not know all these.....
somebody somewhere Trust (Monday, 7 April 2008 at 08:32)
thank you, sis.... obviously, i do not know all these.....
HASLINDA ARIFFIN (Monday, 7 April 2008 at 02:48)
- nashe64:
- mrssazali:
- kucing_gemuk:
sis, sy ckp kat kwn mat saleh, telah disebut dlm quran..ada golongn yg brebut emas hitam di lembah furat ( iraq ) ..depa tak caya...
biasa la kak depa mana boleh terima kebenaran....org yg senantiasa takut akan selalu cuba untuk menjatuhkan org yg punya kelebihan.....Kelebihan kita ialah kita ada alquran untuk dijadikan panduan...Mereka cuma ada kitab yg telah dicipta dan digubah oleh manusia......
TAKBIR...dak GANU...kamu mmg baguih....leh copy x dn baca lam file AYAHANDA wak2 rehat...minta d perkenankn..
sile2 ayahanda moga beroleh keberkatan
nashe64 (Sunday, 6 April 2008 at 18:17)
- mrssazali:
- kucing_gemuk:
sis, sy ckp kat kwn mat saleh, telah disebut dlm quran..ada golongn yg brebut emas hitam di lembah furat ( iraq ) ..depa tak caya...
biasa la kak depa mana boleh terima kebenaran....org yg senantiasa takut akan selalu cuba untuk menjatuhkan org yg punya kelebihan.....Kelebihan kita ialah kita ada alquran untuk dijadikan panduan...Mereka cuma ada kitab yg telah dicipta dan digubah oleh manusia......
TAKBIR...dak GANU...kamu mmg baguih....leh copy x dn baca lam file AYAHANDA wak2 rehat...minta d perkenankn..
HASLINDA ARIFFIN (Sunday, 6 April 2008 at 16:07)
- kucing_gemuk:
sis, sy ckp kat kwn mat saleh, telah disebut dlm quran..ada golongn yg brebut emas hitam di lembah furat ( iraq ) ..depa tak caya...
biasa la kak depa mana boleh terima kebenaran....org yg senantiasa takut akan selalu cuba untuk menjatuhkan org yg punya kelebihan.....Kelebihan kita ialah kita ada alquran untuk dijadikan panduan...Mereka cuma ada kitab yg telah dicipta dan digubah oleh manusia......
Post a comment: