http://netlog.com/mrssazaliHASLINDA ARIFFINARIFFINHASLINDAmrssazalihttp://en.netlogstatic.com/p/tt/012/560/12560747.jpgMalaysiaTerengganu mrssazali's profile page

mrssazali

female - 32 years, TERENGGANU, Malaysia


RSS feed

Blog 56

Welcome to my Blog.....The place where I can write a story about my ordinary life, my extraordinary battle against my heart disease, my journey of searching the true meaning of 'Iman and Takwa and about my angels and true love in my heart. Hopefully people don't judge me from the way i wrote my stories but by the way i feel and accept me as a normal human being. I'm just a typical aries women.


  • Mencari

    Kasih berlalu tanpa aku sedari
    Tinggalkan aku tercari-cari
    Dimana aku nak cari ganti?
    Pada angin aku berbisik
    Pada awan aku merintih
    Pada hujan aku bersedih

    Cinta berlalu tanpa sempat aku nikmati
    Tinggalkan aku termimpi-mimpi
    Dimana aku nak cari ganti?
    Pada angin aku berbisik
    Pada mentari aku berkasih
    Pada bulan aku merindu

    Sayang berlalu tanpa aku dekati
    Tinggalkan aku berlari-lari
    Dimana aku nak cari ganti?
    Pada angin aku berbisik
    Pada alam aku menagih
    Pada khayalan aku meminta

    Apa kesudahan hidup ku ini
    Saban hari ternanti-nanti
    Akan cinta yang tak pasti
    Siapakah milikku yang abadi
    Siapakah pencinta yang hakiki
    Dimanakah dikau bersembunyi?

  • Musafir

    :)

    Aku musafir lalu
    Mencari sesuatu yang tak pasti
    Menagih pada mereka yang tak sudi
    Merintih pada mereka yang membenci

    Aku musafir lalu
    Berjalan diatas paksi realiti
    Mencari sesuatu yang hakiki
    Menagih pada mereka yang tak mengerti
    Merintih pada mereka yang menyisih

    Aku musafir lalu
    Mencari sesuatu yang tak tahu dimana
    Menagih pada mereka yang tak kukasihi
    Merintih pada mereka yang tak kukenali

    Aku musafir lalu
    Berjalan diatas paksi Ilahi
    Mencari Kasih yang abadi
    Menagih pada Pencinta Abadi
    Merintih pada Pencipta hakiki

    Ya Rahman Ya Rahim
    Engkaulah Pencintaku yang setia.....

  • kerjaya

    :) semua wanita ingin ada kerjaya sendiri. Bagi wanita yang tak bekerja seperti saya, pendapatan bergantung pada suami. nak minta shopping ke ape ke, jika suami bagi 'green light' baru boleh nak berbelanja. Kadang kala rasa bosan juga bergantung harap pada orang ni. Tak de tril :) hehehe...

    Oprah winfrey pernah melabelkan kerja yang paling susah dalam dunia ni ialah menjadi surirumah sepenuh masa. Memang aku akui apa yang dikatakan oprah itu. Bukan mudah untuk seorang wanita, menghabiskan masa seharian menjaga rumahtangga. Rutin setiap pagi lebih kurang sama. Selama tujuh tahun aku jadi surirumah. Dahulu sebelum berkahwin aku bekerja. Pendapatan lumayan juga. Ibuku tidak bersetuju aku menjadi surirumah. Katanya seorang wanita mesti berdikari. Jangan terlalu berharap pada orang lain keran kita tidak tahu untung nasib kita di kemudian hari. Selama 7 tahun aku menjaga rumahtangga. Pada usia aku yang ke 30 ni aku seolah dapat satu semangat untuk memulakan sesuatu yang baru. Suami aku pada mulanya agak terkejut juga. tiba-tiba saja aku nak melibatkan diri dalam bisnes.

    Selama 7 tahun aku jadi surirumah aku amat berpuas hati kerana aku dapat menyusukan kedua-dua anak aku. Aku berjaya mendidik mereka. Walaupun pencapaian aku di ukur setakat lingkungan 7 tahun, aku cukup berpuas hati. Aku bercadang nak buat sesuatu yang tiada di Terengganu. bundle, kedai makan, kedai runcit, butik, terlalu banyak di sini. Malah di kawasan perumahan aku ni saja terdapat hampir 10 buah butik pakaian. Kedai makan, baju bundle x terkira banyaknya. Kawan aku pada mulanya nak promosi bisnes anak buahnya. Entah macam mana aku terfikir nak buat bisnes ni. Idea datang secara spontan.
    Dahulu rumah aku tiada internet. Pendek kata sudah tujuh tahu aku tak menyentuh komputer. Aku seolah - olah jahil pada teknologi masakini. Berbekalkan modal yang sederhana aku baiki komputer aku yang sudah tujuh tahun tersadai. Daftar internet. Aku mengajak rakan baikkku untuk menjadi rakan kongsi. Pada mulanya aku tidak tahu di mana aku nak mulakan. Bagaimana nak mendirikan sebuah laman web. Aku mengambil masa berjam-jam untuk membuat kajian. Laman web aku yang pertama di fotopages, kemudian aku beralih ke blogspot. Selepas itu aku beralih pula ke 'windows live'. 'Windows live' ini banyak kelebihannya. Di sini ada 'photo album' dimana kita boleh display produk kita dengan lebih jelas. Masalahnya dengan 'windows live' ni macam xa happening. Feature oky tapi macam lesu jek. Akhir sekali aku daftar di plazacentre. Bayaran yg dikenakan RM100 setahun. Berbaloi sebab dia sediakan program yang ada template, photo album dan sebagainya. Tak perlu susah payah nak set up. Cuma ikut jek apa yang disediakan. Sesuai untuk orang yang tidak mahir macam aku ni. :)

    Bukan mudah nak memperkenalkan produk kita. Aku masuk bermacam-macam jenis forum, menjadi ahli bermacam-macam jenis kumpulan. Sehingga aku sendiri keliru :) .

    Buat masa ni alhamdullillah bisnes ok. Aku mesti berusaha lebih lagi untuk memastikan bisnes aku berjaya. Alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan:)

    Kawan-kawan doakan aku ya.
    :)

  • CINTA

    :) APA ITU CINTA? CINTA MEMBAWA MAKSUD SAYANG DAN KASIH. AKU PERNAH MENONTON SATU DOKUMENTARI DI DISCOVERY CHANNEL YANG BUAT KAJIAN SAINTIFIK BAGAIMANA PROSES CINTA TU TERHASIL. MEMANG BENAR KATA ORANG TUA CINTA DARI MATA TURUN KE HATI. DIPERJELASKAN JUGA HORMON DAN TINDAK BALAS KIMIA YANG BERLAKU BILA KITA JATUH CINTA. KITA MANUSIA BISA MENGHURAIKAN 'CINTA' DARI PELBAGAI SUDUT PEMIKIRAN. :)

    KETIKA MABUK BERCINTA SEMUA YANG BURUK MENJADI INDAH BELAKA. CINTA MEMBUTA TULI MENYEBABKAN KITA MENYERAHKAN APA SAHAJA. PENDEK KATA DIK TERLALU MELAYAN CINTA MARUAH TERGADAI. AKU BICARA TENTANG CINTA DARI SUDUT PANDANGAN AKU. PANDANGAN SEORANG WANITA.
    :)

    SEORANG PENULIS YANG AKU HORMATI MENGHURAIKAN CINTA SEORANG LELAKI DENGAN BEGITU HALUS SEKALI. SECARA UMUM CINTA LELAKI TERBAHAGI KEPADA TIGA BAHAGIAN. PERTAMA CINTA DIFIKIRAN. RAMAI LELAKI YANG MELETAKKAN CINTA SEKADAR DI KOTAK FIKIRAN MEREKA SAHAJA. LELAKI BEGINI TIDAK SERIUS MALAH TIADA KOMITMEN LANGSUNG PADA PASANGANNYA. CINTA SEBEGINILAH YANG MENYEBABKAN RAMAI WANITA TERGADAI MARUAH DEK KERANA PUJUK RAYU KEKAKSIH MEREKA. JIKA SESEORANG LELAKI SAYANGKAN PASANGANNYA DIA TIDAK AKAN SENTUH WALAU SEINCI PUN KERANA DIA TAHU KEKASIHNYA BELUM MENJADI MILIKKNYA YANG SAH. DENGAN KATA LAIN BELUM SAH MENJADI ISTERINYA. CINTA SEBEGINI YANG BUAT RAMAI WANITA TERTIPU DAN MENDERITA. KEDUA CINTA DIHATI. LELAKI SEBEGINI SEMEMANGNYA MENGASIHI PASANGANNYA, MALAH ADA NIAT UNTUK MEMPERISTERIKAN PASANGANNYA. NAMUN DIA MASIH MEMBUKA HATINYA PADA CINTA BARU. PENDEK KATA JIKALAU DIA KECEWA DIA MASIH PUNYA SEPARUH LAGI HATINYA UNTUK DIBERIKAN PADA CINTA BARU. KETIGA CINTA DISANUBARI. CINTA YANG KEKAL ABADI. CONTOHNYA SEPERTI CINTA RASULLULAH PADA ISTERINYA KHADIJAH, CINTA ROMEO DAN JULIET, UDA DAN DARA, LAILA MAJNUN DAN SEBAGAINYA. LELAKI YANG MENARUHKAN CINTA DISANUBARI SEMEMANGNYA SERIUS BERCINTA DAN MENGANGAP CINTANYA HANYA UNTUK SEORANG WANITA SAHAJA. TIADA APA YANG DAPAT MEMISAHKAN DIA DAN KEKASIHNYA MELAINKAN ALLAH MENTAKDIRKAN MEREKA BERPISAH. SAMADA BERPISAH HIDUP ATAU MATI.

    BEGITULAH HURAIAN CINTA PADA PANDANGAN SAYA. KITA JANGAN LUPA BAHAWA CINTA YANG KEKAL HANYA PADA ALLAH S.W.T. JANGAN JADI HAMBA NAFSU KERANA CINTA. CONTOHILAH CINTA RASULLULAH PADA ISTERINYA KHADIJAH DAN AISYAH.
    :)

  • HIDAYAH ALLAH

    :)

    AKU MENJADI SEBAK BILA MEMBACA CORETAN SEORANG SAHABAT YG MENCERITAKAN PENGALAMAN SEORANG WANITA MELALUI ALAM KUBUR. BAGAIMANA DIA DISEKSA KERANA KELALAIANNYA MENUNAIKAN SURUHAN ALLAH. MENGINSAFKAN AKU YANG MASIH TERCARI - CARI.

    AKU PERNAH MELALUI PENGALAMAN YG SERUPA. AKU MERASAI BAGAIMANA NYAWA DICABUT DARI JASAD. TAK DAPAT KU BAYANGKAN BETAPA SAKIT DAN PERITNYA KETIKA ROH NAK BERPISAH DARI JASAD. SEJAK KECIL LAGI AKU SERING MENGALAMI MIMPI-MIMPI YANG ANEH. AKU MASIH INGAT LAGI KETIKA UMURKU BELASAN TAHUN AKU BERMIMPI MELIHAT KEPINGAN-KEPINGAN LANGIT JATU SATU PERSATU MENAMPAKKAN ISINYA. AKU DAPAT MELIHAT KETULAN - KETULAN PERMATA YG TIADA DI ALAM INI. AKU TERPEGUN MELIHATNYA. INGIN KUCAPAI TAPI TAK KESAMPAIAN. TIBA-TIBA AKU DENGAR SATU SUARA YG BEGITU LANTANG BERKATA - KATA. "JIKA KAU MAHU MILIKI APA YANG KAU LIHAT, PATUHI PERINTAH ALLAH, TINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA. DALAM SEKELIP MATA KEPINGAN KEPINGAN LANGIT BERCANTUM SEMULA. AKU JUGA PERNAH MENGALAMI MIMPI DI MANA AKU BERADA DALAM KEADAAN BEGITU KOTOR. MUNCUL SEORANG TUA BERJUBAH PUTIH. WARAK PERWATAKAN BERSIH AIR MUKANYA. DIA MEMINTA AKU MEMUNTAHKAN SEGALA YANG ADA DALAM ISI PERUTKU. AKU MEMUNTAH KAN PELBAGAI KOTORAN YANG TAK DAPAT AKU GAMBARKAN. ORANG TUA ITU MENYURUH AKU MEMBERSIHKAN DIRI. DEKATKAN DIRIKU PADA ALLAH NESCAYA AKU AKAN MENJADI BERSIH BERSERI. ALLAH MEMANG SAYANGKAN AKU, JIKA AKU DALAM KEKUSUTAN KEKECEWAAN ATAU BILA AKU MULA JAUH DARI PANDANGANNYA, ADA SATU SUARA SEOLAH-OLAH MENGINGATKAN AKU SUPAYA KEMBALI PADA ALLAH. AKU DITAKDIRKAN TUHAN MENGIDAP PENYAKIT YANG TIADA KESUDAHANNYA. SABAN HARI MENANGGUNG KESAKITAN HANYA ALLAH SAJA YANG TAHU. ALLAH BERI KEKUATAN AKU MENGANDUNG DUA ORANG ANAK, WALAUPUN DOKTOR TIDAK MENGGALAKKAN. AKU MELAHIRKAN ANAK DALAM KEADAAN BEGITU MUDAH WALAUPUN MESIN YANG DIPASANGKAN KETUBUH KU BERBUNYI TANDA AMARAN. AKU SYUKUR KEPADA ALLAH KERAN SAYANGKAN AKU. AKU SYUKUR KEPADA ALLAH KERAN BENARKAN AKU BERNAFAS SEHINGGA KEHARI INI. AKU DIBERI KEBOLEHAN MENGHAFAL ALQURAN DENGAN BEGITU MUDAH SEKALI. HATI KU TERANG LIDAHKU LANCAR MENUTURKAN SETIAP BAIT AYAT KITAB ALLAH. KADANG KALA AKU TERFIKIR MENGAPA AKU TIK MENJADI SEORANG PENGHAFAZ AL QURAN..
    ENTAHLAH......

    ALLAH MASIH SAYANGKAN AKU SEHINGGA HARI INI. DIA TIDAK PERNAH LUPAKAN AKU. ALLAH SENANTIASA BERADA DIDALAM SETIAP INCI TUBUHKU. JIKA AKU KEJAUHAN DIA MEMANGGIL AKU KEMBALI. JIKA AKU KESUNYIAN DIA HADIR DISISI. KETIKA AKU HILANG HARAPAN DIA BERI AKU KEKUATAN.
    SAJAK BERJUDUL TAKWA ADALAH LUAHAN HATI AKU.... :) :)

  • PANTUN JEPUN

    Pulau Hokkaido jauh ketengah
    Gunung Fuji bercabang tiga
    Hancur Raksaser dikandung tanah
    Ultraman yg baik dikenang jua.

    Dua tiga Raksaser berlari
    Maner nak samer Raksaser Kero
    Dua tiga Ultraman boleh kucari
    Maner nak samer Ultraman Taro.

    Kalau roboh Kota Narita
    Papan di Tokyo Ultraman dirikan
    Kalau sungguh itu keje Raksasa
    Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan.

    Kajang Ultraman kajang berlipat
    Kajang Raksaser mengkuang layu
    Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
    Ultraman Neos datang membantu.

    Buai laju-laju
    Sampai Pokok Sena
    Apa dalam baju?
    Lampu Ultraman nyaler.

    Mengata dulang paku serpih
    Mengata Raksaser
    Ultraman pulak yang lebih-lebih.

    Sudah gaharu cendana pula
    Sudahlah kalah di'fire' pula.

    Orang berbudi kiter berbahaser
    'Fire' diberi pada raksaser.

    HAHAHAHAAHHAHHAHHA! !!!

    pantun ini difowardkan oleh sahabat saya

  • RENUNGAN BERSAMA

    Arwah ibu lawat mayat anak

    Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

    Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.

    Jenazah bertukar menjadi hitam.

    Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

    Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

    Wanita Tua

    Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut.. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.

    Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul. " kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat..

    Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.

    Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.

    Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya .

    Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."

    Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi..... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

    Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?

    CERITA INI DIKIRIMKAN OLEH SEORANG TEMAN... :)

  • KAPASITOR.NET

    KAPASITOR LAMAN WEB YG MENYIARKAN KARYA PENULIS PENULIS AMATUR. SUPPLIER AKU ADIK NURZA YG MEMPERKENALKAN AKU PADA LAMAN WEB INI. BAGUS ANAK MUDA MELAYU MEREALISASIKAN SATU LAMAN WEB UNTUK MEREKA YANG BARU BERJINAK-JINAK DALAM ALAM PENULISAN. AKU MMG SUKA MENULIS PUISI. ITU MEMANG KEPAKARAN AKU. DARI ZAMAN SEKOLAH SAMPAI LA KE ZAMAN KOLEJ AKU BANYAK MENGHASILKAN KARYA. KETIKA ITU AKU JARANG SIARKAN SAJAK AKU. hANYA SEKADAR DI MAJALAH SEKOLAH/KOLEJ. MY BEST BUDDY, NORMAH PEMINAT SETIA SAJAK-SAJAK AKU.
    AKU SERTAI KAPASITOR DALAM BULAN OGOS 2007. BANYAK JUGA KARYA YANG AKU HASILKAN.
    AKU PERNAH BELAJAR SERBA SEDIKIT SENI SAJAK NI DENGAN AHLI-AHLI GAPENA. ANTARANYA DATUK ABDULLAH HUSSEIN, PROFESSOR ISMAIL HUSSEIN DAN RAMAI LAGI. KETIKA ITU MUMMY AKU RAPAT DENGAN ORANG GAPENA. BANYAK PERKARA YANG AKU BELAJAR DARI MEREKA. BERKAT TUNJK AJAR MEREKA AKU BERTAMBAH MAHIR DALAM MENYUSUN KANDUNGAN SESEBUAH SAJAK. TERIMA KASIH ORANG GAPENA :)
    SUDAH LAMA AKU TAK BERKUNJUNG KE RUMAH GAPENA. SEMENJAK BERKAHWIN NI AKU SEMACAM SUDAH ADA DUNIA SENDIRI. DULU AKU IKUT SAHAJA KEMANA MAMMY AKU PERGI. KEBELAKANGAN NI IDEA AKU AGAK KERING SEDIKIT. MUNGKIN KERANA AKU TAK BERAPA SIHAT. MAKLUMLAH AKU NI BERPENYAKIT.

    AKU CUBA LOG IN KE KAPASITOR. TAK BOLEH VIEW LAK WEBSITE NYA. ADA MASALAHLAH TU. CEPATLAH PULIH KAPASITOR NI.. AKU NAK MASUKKAN SAJAK AKU YG TERBARU SBELUM IDEA AKU KERING TAHAP CIPAN ANGKASA
    :) :) . OKAYLAH CUKUP SETAKAT INI. AKU ADA HAL NAK DI SELESAIKAN. LAIN KALI AKU TULIS CITE PASAL ARWAH ATUK AKU..

  • JUMAAT

    HARI INI DAH PLAN NGAN GENG MUMMY 1 ABBAS NAK PERGI RUMAH CIKGU KELAS ANAK-ANAK KAMI. CIKGU HAYATI BUAT KENDURI DOA SELAMAT SEMPENA PEMERGIANNYA KE TANAH SUCI. SERONOKNYA :) .
    MUDA MUDA LAGI CIKGU INI DAH MAMPU NAK KE MEKAH. AKU BILA LAGI. KADANG KALA AKU TERFIKIR JUGA DENGAN KEADAAN AKU INI SEMPATKAH AKU MENUNAIKAN HAJI. AKU MOHON SESANGAT PADA ALLAH AGAR DIPANJANGKAN USIA AKU AGAR AKU BOLEH TERBANG KE SANA BAGI MENUNAIKAN RUKUN ISLAM YG KE LIMA....INSYALLAH...OK DAH NAK SIAP SIAP NI...HUBBY X LEH IKUT DIA SIBUK. ARI NI SUME KEJE AKU HOLD DULU BALIK KARANG BARU SAMBUNG BALIK.
    TENSIONNNYERRRR KAPASITOR TAK LEH BUKAK.... :)

  • CUTI.........

    HARI INI LAST DAY SEKOLAH KAT TERENGGANU NIH. JADIKNYA LEPAS NI KENA PREPARE LAK KELENGKAPAN BARU UNTUK NISA. TAHUN DEPAN DIA MASUK DARJAH DUA. STILL KEKAL DIKELAS YG SAMA. KELAS BEBUDAK BIJAK. ALHAMDULLILAH....MINTAK MINTAK NEXT YEAR DIA DAPAT MASUK PROGRAM ULUL ALBAB. BAGUS PROGRAM TU.

    DALAM PERANCANGAN, NAK DAFTAR DANIALKE KELAS TADIKA UNTUK BUDAK 4 TAHUN. KESIAN LAK. AWAL SANGAT HANTAR TAKUT DIA BORING NANTI. YELAH BELAJAR BENDA YANG SAMA JEK. :) .

    TENGOKLAH MACAM MANA NANTI. AKU INGAT CUTI NI NAK AMBIL LESEN KETE. HOPEFULLY JADILAH...BANYAK KALI DAH TERTANGGUH...FOBIA PUNYA PASAL. DUA TAHUN LEPAS KAMI SEKELUARGA KEMALANGAN DI JALAN RAYA TIMUR BARAT DI KEMUNCAK BANJARAN TITIWANGSA. NGERI DOWWWW
    SAMPAI SEKARANG NI AKU FOBIA. MASA TU BULAN PUASA. HUJAN RENYAI2. HUBBY BAWAK KETE TIME TU TAK LA LAJU SGT. KENA ANGIN LINTANG BERPUSING 4 KALI. CAM GASING TUUUU. NASIB BAIK TAK HENTAM KETE LAIN. DANIAL CEDERA. :)
    DATANGLAH SATU HAMBA ALLAH NI ENTAH DARI CERUK MANA MENGUBATI DANIAL YG KETIKA ITU CEDERA DIKEPALA. DARAH YANG MENGALIR DERAS BERHENTI SECARA TIBA-TIBA HANYA DENGAN DUA KALI HEMBUS. ALLAH MELINDUNGI KAMI SEKELUARGA....ALHAMDULLILAH..HAMBA ALLAH ITU PERGI TANPA SEMPAT KAMI MENGUCAPKAN TERIMA KASIH...SIAPAKAH HAMBA ALLAH ITU KAMI SENDIRI TIDAK TAHU. HANYA ALLAH ADA JAWAPANNYA....WALLAHUALAM

« ... 3 4 5 6