mrssazali
female - 32 years, TERENGGANU, Malaysia
Blog 56
Welcome to my Blog.....The place where I can write a story about my ordinary life, my extraordinary battle against my heart disease, my journey of searching the true meaning of 'Iman and Takwa and about my angels and true love in my heart. Hopefully people don't judge me from the way i wrote my stories but by the way i feel and accept me as a normal human being. I'm just a typical aries women.
-
Marilah Bangsaku
Marilah bangsaku
Ayuh pimpin tanganku
Teruskan perjalanan memahat namamu
Jangan toleh kebelakang walau terdetik hatimu
Menangis hatiku melihat kaumku leka berlagu
Marilah bangsaku
Ayuh pimpin tanganku
Jangan kamu menangis akibat kekesalanku
Teruskan misimu menjajah Tanahku
Pilu hatiku melihat kaumku leka berlagu
Marilah bangsaku
Ayuh pimpin tanganku
Jangan kamu leka akan tanggugjawabmu
Di sana ada mereka yang bakal memusnahkanmu
Sayu hatiku melihat kaumku leka berlagu
Marilah bangsaku
Ayuh pimpin tanganku
Jangan kamu lupa akan kekalahanmu
Teruskan cita-cita melalui wawasanmu
Kecewa hatiku melihat kaumku leka berlagu
Marilah bangsaku
Ayuh pimpin tanganku
Jangan kamu lupa akan kesilapanmu
Di sana ada sinar menantimu
Teruskan misi menyatu kaummu
Moga kaumku tidak leka berlagu -
Apa sudah jadi?
Apa sudah jadi?. Rakyat mula memberontak gara-gara kerajan yang dikuasai kroni dan nepotisme. Adakah legasi Tun Mahathir sudah berakhir? Orang Melayu mula sedar dan muak dengan komponen pentadbiran yg di kuasai kroni dan politik wang. Pak Lah gagal dalam konsep Islam Hadharinya. Hakikat yang harus pihak kerajaan sedar bahawa rakyat mula terasa terhimpit dengan keadaan ekonomi yang semakin mendesak.Isu kenaikan harga petrol, kenaikan harga barang keperluan dan inflasi menyebabkan rakyat merasakan pengurusan ekonomi yg digarapkan oleh Pak Lah tidak berjaya sepenuhnya. Orang Melayu dalam Umno sendiri sudah mula berbelah bagi. Tun Mahathir telah meletakkan asa yang kukuh untuk Pak Lah menerajui tampuk pemerintahan. Apa yang dirancang oleh Tun diperlecehkan. Keputusan Pilihan Raya kali ini memberi tamparan hebat apabila kuasa majoriti 2/3 kerjaaan dinafikan. Kroni-kroni dalam kerajaan ibarat cacing kepanasan. 4 negeri secara langsung dikuasai Pembangkang. Amaran tegas rakyat Malaysia yang tidak boleh menerima etika-etika songsang dalam pemerintahan.
Adakah rakyat jelas akan keputusan mereka ini? Orang Melayu khususnya akan kehilangan sedikit demi sedikit hak yang telah disuratkan dalam perlembagaan. Sedarlah wahai orang Melayu, silap percaturan buruk padahnya. Sia-sia usaha pemimpin terdahulu, yg mematrikan hak keistimewaan orang Melayu dlam perlembagaan. Secara peribadi, saya amat terperanjat dengan kekalahan teruk barisan nasional khususnya UMNO. Orang Melayu sudah terbahagi pada kolompok-kolompok berbeza. Kaum cina mula menganggap DAP sebagai Parti yang mampu memperjuangakan nasib mereka. MCA dan Gerakan mula kehilangan taring. Rakyat India mula beralih arah akibat isu Hindraf. Orang Melayu perlu menerima hakikat akan suatu ketika dimana Hak kita akan sama seperti Hak bukan melayu. Harus kita didik generasi muda untuk sedar akan hakikat yang pastinya akan melanda suatu hari nanti. Sedarlah wahai Orang Melayu. Kita banyak leka dengan kemalasan berusaha, khayal akan dadah, taksub akan parti. Kita lupa perjuangan sebenar membela nasib bangsa kita agar terus menjaga legasi Melayu di Tanah milik Orang Melayu. Kaum cina dan India sudah mula mempersoalkan hak mereka. Sedarkah kita bahawa hanya di Tanah Bertuah ini Melayu berkuasa. Jika kita kehilangannya dimanakah lagi kita boleh bertapak. Bangun wahai orang melayu. Sedar dari kelekaan yang merugikan kita. Generasi muda ayuh kita bengkit membina legasi melayu baru. Jadikan wawasan Tun sebagai panduan.Hanya Tun yang layak memimpin orang melayu.
-
BILA NAK SAKSI
Bila nak saksi
Barisan naik ke bulan dengan roket
Demi keadilan?
Demi kebebasan?
Demi maruah?
Demi kertas yg bergelar ringgit?
Bila nak saksi
Barisan mengejar roket
Barisan nak capai bulan
Barisan menegakkan keadilan
Bila nak saksi
Barisan sedar akan hakikat
Barisan sedar akan keangkuhan
Barisan sedar akan kepura-puraan
Barisan sedar bukan mudah nak mencapai bulan
Barisan sedar bukan mudah mengejar roket yg pantas bergerak
Barisan sedar bahawa keadilan tidak ada dalam misi
Bila nak saksi
Barisan akui kesilapan
kerana...
Barisan dipimpin mereka yang angkuh
Barisan disanjungi mereka yang jahil
Barisan dipelopori kroni dan mereka yang gila kuasa
Bila nak saksi
Barisan menaiki roket menuju ke bulan demi keadilan?
Hanya masa dan ketika penentu segala
Mereka yg ibarat diatas pagar
Hanya menanti dan terus menanti
Bila nak saksi -
بيبس
اكو...
بوسن ڤد كرينه مريك يڠ ايڠكر
بنچي ڤد مريك يڠ دورحكا
مواق ڤد مريك يڠ هيدوڤ كڤورا-ڤوراان
اكو...
منيتي لوروڠ-لوروڠ كبيبسن
مڠماتي بايت بايت ڤڽسالن
ممهمي كات-كات ڤنجلسن
اكو...
ايڠين تربڠ بيبس
بيبس دري مأنسي-مأنسي جيلمأن
ايڠين اكو تموي
مريك
يڠ جوجور ڤد كهندق
يڠ إخلاص ڤد كهيدوڤن
يڠ سدر اكن رياليتي دان حقيقة -
BEBAS
Aku...
Bosan pada kerenah mereka yang ingkar
Benci pada mereka yang durhaka
Muak pada mereka yang hidup kepura-puraan
Aku...
Meniti lorong-lorong kebebasan
Mengamati bait bait penyesalan
Memahami kata-kata penjelasan
Aku...
Ingin terbang bebas
Bebas dari manusia-manusia jelmaan
Ingin aku temui
Mereka
Yang jujur pada kehendak
Yang ikhlas pada kehidupan
Yang sedar akan realiti dan hakikat
ليناريفف -
DIA ...YA RAHMAN
DIA...Ya Rahman
Menduga kerana DIA kasih
Menguji kerana DIA sayang
Menangguhkan doa kerana DIA cinta
Memanjangkan derita kerana DIA mengerti
Sabarku keranaMu
Imanku hanya untukMU
Fitrahku kehendakMU
Shahadahku MilikMU
DIA...Ya Rahman
Pengampun segala dosa
Pengasih segala nikmat
Penunjuk melalui hidayahNYA
Pemurah melalui rezekiNYA
DIA ...Ya Rahman
Mengerti akan kegagalanku
Memahami akan konflik imanku
Menunggu akan taubatku
Agar aku bebas dari onar dan mungkar
Supaya aku bisa mengakhiri hidupku
dikelilingi cahaya ImanNYA
linariff -
MISTERI....
TERPERANJAT BILA TGK KLIP NI.....MENGENAI MASJID KRISTAL DITERENGGANU...BETUL ATAU TDK ALLAH SHJ YG TAHU.....WALLAHUALAM
http://www.youtube.com/watch?v=5Rmpx0qk-Ks -
DIA YG SATU
Terdampar pada alam
Kehebatan yang tiada tandingan
Kenikmatan yang tiada kesudahan
Aku bernafas atas KehendakkNya
Aku berjalan atas SuratanNYA
Aku bertakwa atas AjaranNYA
Dikirmkan pada Alam Kalammullah
Dikirimkan pada Alam Rasullulah
Dikirimkan pada Alam senjata makrifat
Dikirimkan pada Alam Ujian dan dugaan
Terdampar pada alam
Kehebatan yang tiada tandingan
Kenikmatan yang tiada kesudahan
Ku nyanyikan bait-bait Kalamullah
Buat hiasan hati yang kelam
Ku terjemahkan pada perbuatan
Ku sulami pesanan Rasullulah
Dikirimkan pada alam Cinta dan KasihNYA
Dikirimkan pada Alam berkat kekuasaanNYA
Dikirimkan pada alam Nikmat KebesaranNYA
Dikirimkan pada Alam Pembimbing MakhlukNYA -
Iman
Aku mencari iman ku yang pudar
Dimana nak kucari?
Di lubuk hatikku?
Di dalam jiwa raga ku?
Di celah kekesalanku?
Aku mencari iman ku yg pudar
Kemana pergi takwaku ?
kemana pergi shahadahku?
Kemana pergi tempat sujudku....?
Aku mencari imanku yang pudar
Takwaku di hujung penantian
Sujudku di genting harapan
Tahajudku di akhir garisan
Shahadahku apa kesudahan???
Aku mencari imanku yang pudar
Kepada siapa nak kuadukan
Kepada siapa nak kuluahkan
Kepada siapa nak kusampaikan...
Aku mencari imanku yang pudar
Hidayahku silih berganti
Saban waktu, setiap minit jantungku berdegup
Adakah aku sedar
Tuhan sayangkan aku
Tuhan cintakan aku
Tuhan kasihkan aku
Aku mencari imanku yang pudar
Ya Rahman....menyampaikan pesan
Ya Rahim...mengirimkan hidayah
Adakah aku sedar?
Adakah aku biarkan ia belalu pergi?
Mengapa aku begini?
Ya Allah,
Kaulah PenciptaKU
Kaulah Penentu Hidupkku
Ku pohon PadaMU
Jangan KAU tinggalkan aku
Jangan KAU sisihkan aku
Aku berlindung berkat kasih sayang MU -
WAN MUHAMMAD DANIAL - 6JULAI 2004
Child profile
Cancer
The Cancer child is the homebody of the Zodiac, a shy and sensitive sort who would rather play in their room than face the brave new world. Emotional as well, this child will cry easily if things aren't going their way, or if there is some upset going on in the family. A peaceful place is what this babe craves! Staying close to home, the Cancer child can be expected to tug on Mom's apron strings regularly. This can be a good thing, though, as this child loves to be helpful. Maternal in nature, the Cancer child is also a good choice to look after the younger kids in the family. These children are natural baby-sitters and can keep the neighborhood kids happy for hours with games and other domestic pursuits. As this child is possessed of an excellent memory, studying and test-taking will come easily. Occasionally moody, it's best to give the Cancer child room when feeling blue. While this child might at times start to feel sorry for themselves and even get lazy, it won't last for long. It's much more fun, after all, to be involved! Most of all, the Cancer child appreciates family, so expect this youngster to revel in family reunions and any and all family adventures