lady_elly
female - 30 years, Kota Bharu, Malaysia
Blog 177
Semoga terhibur membaca blog messages ni...

-
Suami Mithali Idaman Isteri
SEBAGAI lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi? Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua - disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?
Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita.
Jika anda mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjad i lelaki yang sesempurna mungkin.
Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa.
Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.
Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda.
Tentu anda bakal diburu oleh wanita mendambakan lelaki seperti dimaksudkan.
1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik.
Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.
2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan.
Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3. Suami 'mithali' menjadi kebanggaan isteri.
Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibang gakan isteri anda.
4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari.
Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?
5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat.
Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja.
Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri.
Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra.
Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
9. Amalkan makan bersama setiap hari.
Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala.
Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri...
11. Bantu isteri melakukan kerja rumah.
Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.
12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin.
Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria.
Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?
14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah.
Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami.
Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
16. Jadikan penawar hati kepada isteri.
Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera...
17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri.
Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri.
Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?
20. Be ntuk sifat cemburu yang positif.
Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
21. Jadilah suami yang pemaaf.
Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang.
Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
23. Gunakan Nabi Muhammad s..a.w sebagai 'role model'.
Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain.. Ini adalah tertib memberi khidmat.
Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain.
Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
26. Cintai isteri sepenuh hati...
Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.
27. Sentiasa berubah secara positif.
Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga.
Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka. Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.
29. Pamer kematangan yang tinggi.
Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya.
Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
"Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya" -
Indahkah wanita?
Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila dia berada di antara lelaki yang dicintainya & yang mencintainya. Lumrahnya begitulah, seorang wanita akan disukai & dicintai oleh ramai lelaki berbanding seorang lelaki biasanya untuk dicintai seorang wanita pun payah.
Wanita ibarat bunga. Bunga biasanya cantik & harum. Jarang ditemui bunga yang busuk walaupun ada. Begitulah wanita, biasanya dianggap cantik oleh orang yang mengaguminya. Boleh dikatakan kita tidak akan jumpa bunga yang tidak memukau perhatian kita. Kalau pun ia kurang cantik, ia tetap unik & menyebabkan kita mahu mendekatinya, membelek, menyentuh & mengkaji.
Apabila dia didekati oleh terlalu ramai lelaki dia akan keliru sebab rasa cintanya hanya satu. Wanita bernafsu banyak, maka dia tidak begitu sempat untuk mempelbagaikan cintanya untuk ramai lelaki. Berbeza lelaki, nafsunya satu, justeru dia tidak pandai membahagikan keghairahannya itu kepada benda-benda lain. Dia amat teransang apabila melihat wanita. Soal cantik atau tidak bukanlah masalah besar baginya yang penting pandai mengambil hati & bermanja-manja.
Nafsu wanita telah dipelbagaikan untuk pelbagai hal dalam kehidupan. Dia bernafsu terhadap gelang, rantai, cincin, rumah, kereta, baju, langsir, sofa & segala macam lagi, maka keghairahannya terhadap lelaki amat kurang. Rasa cintanya akan menjadi satu. Sebab itu biasanya wanita lebih setia berbanding lelaki.
Lelaki boleh mencintai sepuluh wanita dalam masa yang sama sedangkan wanita tidak akan berupaya berbuat begitu. Yang paling menjadi masalah apabila dia digilai oleh ramai lelaki. Payah sungguh dia nak mengatakan, dia tidak mencintai kesemuanya kecuali satu. dan tidak sukar baginya untuk mengatakan, "Abang, walaupun ramai yang mahukan saya di luar sana, abang tetap pilihan hati."
Selalunya wanita lebih mudah membuat pilihan berbanding lelaki. Apabila seseorang wanita telah memilih seorang lelaki sebagai mahkota hatinya dia akan setia dengan pilihannya itu. Lelaki pula, selalunya lebih banyak mencuba nasib dengan mencintai ramai wanita untuk mencari yang terbaik. Dia selalunya pandai bermain kata-kata. Wanita pula mudah lemas dengan lelaki yang pandai bermain kata-kata. Sebab itulah wanita akan lemas berada di tengah-tengah lelaki yang dicintainya meskipun satu-satunya lelaki yang dicintainya itu masih teguh kukuh di sanubarinya.
Kebanyakan wanita akan taat dengan pilihannya mulai di alam perkenalan, percintaan hinggalah perkahwinan. Jarang yang berlaku curang. Jika curang memang dia jenis 'perempuan gatal' atau tidak mampu lagi bertahan dek cabaran-cabaran pasangan.
Sebagaimana bunga, jarang yang merosakkan alam. Kalau ada pun, itu sebab dipetik orang lalu dibiarkan. Atau gugur sendiri setelah tangkainya tidak dapat bertahan. Bunga akan selamanya jadi penghias alam. Bunga akan selamanya memukau perhatian orang & adakalanya haiwan.
Begitulah tamsilannya wanita. Dia indah & akan selamanya indah. Tiada wanita yang tidak indah. Selagi namanya wanita, pasti ada yang mengaguminya atas keindahan-keindahannya itu. Tamsilan indah seorang wanita itu pula bukan sekadar wajah tapi keseluruhannya hingga layak digelar wanita. -
Mari tgk anda nombor berape...
Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9
no.1
----
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.
no.2
----
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.
no.3
----
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.
no.4
----
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.
no.5
----
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.
no.6
----
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.
no.7
----
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.
no.8
----
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.
no.9
----
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6. -
Jin Cerek Ajaib..
seorang pemuda yang sdang terdesak di padang pasir yang panas terik,menginginkan sebuah rumah untuknya berteduh... tetiba lak terjumper satu cerek..(lampu ajaib la konon).nak dijadikan cerita, bermula la dialog antara dua makhluk tuh.
pemuda 2 pun gosok la cerek 2...
(tetiba kuar asap bekepul2 dari cerek tuh)
JIN:ei!! ape gosok2 nih!! geli taw!!
pemuda : ek'eleh..kan slalu cengitu.
jin : aku jin beriman lar.kasi la salam
Pemuda : assalamualaikum jin
jin : walaikumsalam.ha mcmtu la.So,ko nak aper nih?cepat sket,aku tgh main psp ni
Pemuda : aku nak sebuah rumah.
JIN : Hampeh ko! aku pun tinggal kat dalam cerek,ko senang2 je nak mintak rumah.tendang kang,padan muke ngko. -
Suami melepas...
Dalam keheningam malam penuh syahdu, a ramli masuk kekamar kerana mengantuk.(kemungkinan ada juga rasa yg lain - paham2 je lah.. pengantin baru! ) Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki. "Malu agaknya. Maklumlah malam pertama..." bisik hati a ramli. Dimatikanya lampu dan ia pun berbaring di katil.
Dicelah2 saura kodok menyeru pasanganya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?" "Dah, apa citer ni ?" tanya ramli dlm hati. Separuh malam dia terbaring berfikir. "Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. Sian.. sampai mengigau ? Takpelah, biarlah dia tidur" bisik hatinya penuh understanding. mlm ke2 adengan yg sama cuma dialognya agak berbeza. bisik isteri "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?" "kesianya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !" ramli bertekad. Esok harinya, ramli bercerita pada ayah yg kebetulan datang untuk bertanya khabar `pengantin baru' "Lah.." keluh ayah a ramli, "aku antar belajar sampai Uni, benda cam ni pun kau tak paham?" Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet...(yg relevan untuk pegantin baru je!) Sepatah cakap orang putih "about the birds & the bees". "oh. cam tu." sengih a ramli, "baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni!" Malam yg sangat ditunggu2 a ramli pun tiba...adengan sama dikamar tidur. cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa. "lah.. nape pulak senyap. takkan dia give up" tertanya2 si ramli. Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, ramli pun berkata, "Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?" Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun... "Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?" pun..masih takde jawaban...a ramli mencuba lagi. "Juruterbang dah siap sedia... boleh pesawat turun mendarat ?" Sayu sekali jawaban si isteri dari bawah selimut, "Maaf tuan... Landasanya baru saje banjir...! -
21 Facts to Know
1. Chewing on gum while cutting onions can help a person from stop producing tears. Try it next time you chop onions.
2. Until babies are six months old, they can breathe and swallow at the same time. Indeed convenient!
3. Offered a new pen to write with, 97% of all people will write their own name.
4. Male mosquitoes are vegetarians. Only females bite.
5. The average person's field of vision encompasses a 200-degree wide angle.
6. To find out if a watermelon is ripe, knock it, and if it sounds hollow then it is ripe.
7. Canadians can send letters with personalized postage stamps showing their own photos on each stamp.
8. Babies' eyes do not produce tears until the baby is approximately six to eight weeks old.
9. It snowed in the Sahara Desert in February of 1979.
10. Plants watered with warm water grow larger and more quickly than plants watered with cold water.
11. Wearing headphones for just an hour will increase the bacteria in your ear by 700 times.
12. Grapes explode when you put them in the microwave.
13. Those stars and colours you see when you rub your eyes are called phosphenes.
14. Our eyes are always the same size from birth, but our nose and ears never stop growing.
15. Everyone's tongue print is different, like fingerprints.
16. Contrary to popular belief, a swallowed chewing gum doesn't stay in the gut. It will pass through the system and be excreted.
17. At 40 Centigrade a person loses about 14.4 calories per hour by breathing.
18. There is a hotel in Sweden built entirely out of ice; it is rebuilt every year.
19. Cats, camels and giraffes are the only animals in the world that walk right foot, right foot, left foot, left foot, rather than right foot, left foot .
20. Onions help reduce cholesterol if eaten after a fatty meal.
21. The sound you hear when you crack your knuckles is actually the sound of nitrogen gas bubbles bursting. -
Pahala terakhir seorang isteri...
Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering
datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya
selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang
telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya
mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari
ini.
Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan
anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup.
Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan
saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi
keterlaluan jika dikatakan
saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat
berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan
rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah
saya
abaikan.
Kami di anggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat
memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang
untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain
sifat yang
baik ada pada dirinya. Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan
waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang
berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan
memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang
bertakwa.
Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami
akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri
terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam dan
menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan
kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang
kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas
mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas
nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.
Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat
dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur
kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur,
hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan
sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain
kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan
masing-masing.
Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya
ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan
hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa
orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan
pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke
rumah.
Penat dan letih tidak dapat digambarkan.
Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat.
Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak,
bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada
petang itu.
Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu
jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar
saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak
memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan
laut di pinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya.
Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa
tidaknya, kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan
usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak, suami
sayalah
orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap
pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di
katil. Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun
hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar
tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya
hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata
kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya
menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.
Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada
saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu
tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi.
Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.
Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti
ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak
berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali -
panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam
kemalangan
dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital,
tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan
saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami,
tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya
kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini.
Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan
yang
lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu,
maka saya tidak berpeluang lagi untuk meinta maaf daripadanya.
Sabda Rasulullah s.a.w, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada
seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur,
tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan
murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya." Sehingga kini,
setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi.
Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara
saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak
agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada
ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai
isterinya.
Itulah harapan saya ...semoga Allah perkenankannya.
Kisah benar- petikan dari majalah NUR- cahaya keinsafan -
PETUA IBU...
Ini ada satu petua dari ibu saya
1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.
2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali
3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.
4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.
5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.
Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.
Selamat mencuba......
bestkan jadi seorang ibu.... -
KAWAN...
1) kawan tu bkn mcm main FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..
2)kawan tu bkn mcm main SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak...
3)kawan tu bkn mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
4)kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..
5)kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
6)kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..
7)kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..
8)kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. kejap ade kejap takde..
9)kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.
10)lagi.....kawan tu mcm ape ye???? Haa..kawan tu mcm AWAK LA. . bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis.
Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya..
-
Retired Couple
A retired couple is lying in bed one night and are discussing all aspects of their future.
"What will you do if I die before you do?" husband asked wife.
After some thought, she said, "I'd probably look for a house sharing situation with three other single or widowed women who might be a little younger than herself, since she is so active for her age."
Then wife asked husband, "What will you do if I die first?"
He replied, "Probably the same thing."