Forum / Archives / Terkejut Jumpa Telur Dalam Telur
Tuesday, 7 August 2007 at 23:05
FriendLy_81
Klang - Seorang pengamal perubatan tradisional di sini, Baharuddin Osman atau Pak Raden terkejut apabila mendapati dua biji telur ayam kampung yang ditemui di luar rumahnya di sini, agak pelik.
Ini kerana, kedua - dua biji telur yang ditemui di atas almari di luar rumahnya itu, mempunyai telur lain di dalamnya.
Menceritakan kisah tersebut, Pak Raden memberitahu, dua biji telur pelik itu dijumpai bersama lapan biji telur lain di atas sebuah almari ketika sedang mengemaskan rumahnya.
Jelasnya, telur ayam kampung tersebut dijumpai dalam keadaan kulit luarnya terkopek dan menampakkan selapis lagi kulit telur.
“Kalau telur ayam kosong bila dipecahkan biasa saya jumpa tetapi telur sebegini, kali pertama saya tengok,” katanya yang tidak menyangka menjumpai telur pelik tersebut petang kelmarin.
Tambah Pak Raden, empat daripada lapan biji telur yang dijumpai bersama telur pelik tersebut setelah dipecahkan telah menjadi busuk seperti telur tembelang manakala empat yang lain masih baik.
Pak Raden ketika ditanya sama ada ingin menjual telur tersebut atau sebaliknya memberitahu: “Jika ada yang ingin membuat kajian, saya akan berikan satu daripadanya,” katanya yang akan menyimpan sebiji daripadanya.
Comments 1
nor fazilah (Monday, 8 October 2007 at 21:03)
dah tu ada yang nak bt kajian tak... ke simpan muzium jer
Post a comment: