Blog 14
hai kawan2...
thanx kerana sudi menjenguk blog saya yg tak seberapa nie.. hav a nice day.. smoga korunk2 enjoy di sini..
Sudi-sudilah baca blog kite nie ye...

-
Cerpen : Dalam Benci Ada Sayang (Ep.14)
Semenjak dari peristiwa itu, aku seboleh yang mungkin mengelak dari bertemu dengan Fariez. Menjauhi dirinya sejauh yang mungkin. Segala teguran dan panggilan telefon tidak ku endahkan. Bahkan di dalam bilik kuliah sekalipun aku mengambil tempat yang lebih jauh dari pandangannya. Entah mengapa dalam sakitku memikirkan perlakuannya terhadap aku, mempermainkan diriku ini tetapi hati ini tetap dipagut rindu untuk mendengar suaranya seperti selalu. Argh.. pening! Aku perlu menepis segala perasaan yang ketika ini selalu membelenggu diriku. Malu pun ada mengenangkan nasib diri yang seperti mengharap pada kasih orang yang entahkan sudi entahkan tidak. Kenapa semua ini terjadi? Adakah aku terlalu mengharap pada kasihnya? Adakah aku sayang padanya? Aku keliru. Fikiranku buntu.
Tok!! Tok!!
Ketukan pintu dibilikku mematikan lamunan dan kesedihanku. Aku lantas menyeka air mata yang bergenang di bibir mataku.
“Eira dah tidur ke?” kata Ibu sebaik saja memasuki bilikku dan aku hanya menggeleng.
“Ada call dari kawan Eira. Cepat dah lama dia tunggu,” beritahu ibu. Aku terdiam. Siapa?
“Siapa bu?” tanyaku penuh persoalan.
“Kawan kamu. Ibu tak tanya nama dia. Pergilah,”
“Lelaki?”
“Iyelah, lelaki. Banyak tanya ni kenapa? Cepatlah kesian dia tertunggu-tunggu,” desak ibu.
“Malaslah,” kata bersahaja.
“Ya Allah, nak jadi apa Eira ni. Kawan call pun tak nak jawab. Eira...” suara ibu kedengaran sedikit tegas. Dengan malas aku bangun dan mendapatkan telefon. Kalau MK tu yang telefon siaplah. Menyusahkan aku jer. Kalau tak kerana ibu aku takkan jawab. Aku hanya memandang sepi gagang telefon yang berada di tanganku kini.
“Hurm... Hello,” mendatar saja suaraku.
“Eira.....” kata dihujung suara. MK!
“Ada apa?” Ingin saja aku meletakkan gagang ketika ini juga tetapi ibu memandangku dari ruang tamu yang berdekatan.
“Eira please.. Talk to me,” Hei, dia ni orang dari negara mana? Kan aku tengah bercakap dengan dia ni.
“Yelah! Tengah talk-talk la ni. Ada apa?” kataku yang mula rimas mendengar suaranya.
“Riez nak minta maaf kalau Riez ada silap but please tell me what have i done? I really-really need to know,” soalan yang sama setiap kali jumpa. Dia ni takde perasaan jemu ke??
“Beginilah Encik Fariez. Saya malas nak berbahas dengan awak pasal soalan tu. Baik awak lupakan jela. Saya takkan jawab soalan tu sampai bila-bila sebabnya awak sebenarnya tahu jawapannya. So jangan kacau hidup saya lagi!!” kataku panjang lebar dan sedikit tegas. Berharap dia mengerti dengan kata-kataku. Aku hendak dia lenyap dalam hidupku!!
Suasana hening seketika. Tiba-tiba saja tiada lagi suara Fariez dipendengaranku. Hanya deru nafasnya yang tidak teratur yang ku dengari. Dia terus membisu dan aku menunggu. Seminit....Dua.. Tiga... Dia ni nak bercakap ke tak ni??
“Dah ke belum? Eira letak kalau tak nak cakap lagi,” kataku sedikit mengugut.
“Nanti!!” Ha, ada pun. Ingatkan tidur tadi.
“Ada apa-apa lagi?”
“Eira... baiklah,” kata Fariez akhirnya setelah diam seketika. Nada suara yang cukup lemah di halwa telingaku. Baiklah? Apa yang baiklah?
“Baiklah?? Maksud Riez?” aku bertambah keliru apabila dia tidak menjawab pertanyaanku. Dia ada ke tak ni? atau dia sengaja nak permainkan aku lagi??
“Hello, Encik Tengku Fariez Shah!!” kataku sedikit kuat.
“Yes, I’m still here. Baiklah kalau itu permintaan Syazmira mulai hari ini saya akan pergi jauh dari hidup Syazmira walaupun hati ini amat payah untuk melakukannya. Tapi demi sayang saya pada awak, saya sanggup. Semoga awak bahagia,” dan talian putus selepas ayat itu bergema di cuping telingaku. Aku terduduk. Dia dah tiada. Tiada lagi dalam hidupku. Tidak lagi menggangguku? Betulkah apa yang ku dengar? Tapi, kenapa aku tak gembira? Bukan ini yang aku mahukan selama beberapa minggu ini. Tapi kenapa selepas aku mendengarnya sendiri dari mulutnya hati ini begitu sedih. Sedih sekali. Gembirakah aku?? Adakah ini air mata kegembiraan?? Tapi kenapa hatiku pedih sekali. Air mataku mula bergenang dan akhirnya aku teresak-esak disitu. Keliru dengan apa yang berlaku.
..Bersambung.. -
Cerpen : Dalam Benci Ada Sayang (Ep.13)
Ep. 13
Dari kejauhan aku terlihat kelibat seseorang. Aku cuba amati. Sipakah gerangan yang sedang menghampiriku. Ayah!! Aku terus meluru mendapatkan ayah dan memeluknya erat setelah pasti bahawa dialah ayah kandungku. Lelaki yang amat dan paling aku rindui selama ini. Terasa damai berada di dalam pelukan itu. Aku memandang ayah yang hanya tersenyum.
“Ayah, Eira nak ikut ayah,” kataku teresak-esak. Ayah membelai rambutku.
“Belum masanya sayang. Tempat Eira bersama ibu,” kata ayah tenang. Aku kembali memeluknya erat seakan tidak mahu melepaskannya. Aku teramat merinduinya. Selama 5 tahun aku tidak dapat merasai pelukan dan kasih sayang seorang ayah.
‘Ayah bawalah aku pergi bersama-samamu. Bawalah aku dan ibu bersama’ hatiku berbisik.
Ayah merenggangkan pelukanku.
“Eira jaga ibu baik-baik dan jangan lupa selalu berdoa kepada Allah,” kata ayah lalu berlalu dan menghilang disebalik kabus putih yang semakin tebal.
“Ayah!!!!”
Aku tersedar. Aku meraba pipiku yang basah. Ayah..... hatiku sebak. Aku menyeka air mata yang bergenangan lantas memandang sekeliling. Dimanakah aku?? Apa yang berlaku?? Aku cuba mengingati apa yang telah terjadi ke atas ku. Samar-samar wajah Julia yang berang menerjah ke kotak fikiranku. Fariez! Ya, disebabkan dia aku terlantar dibilik sakit ini. Aku mengeluh. Sungguh, hati ini teramat pedih bila memikirkan peristiwa tadi. Kepala pula semakin berat.
“Eira, are you okay?” terpa Fariez yang baru saja masuk ke bilik itu. Mungkin saja dia baru mendengar berita ini. Wajahnya penuh kerisauan.
Aku tidak menjawab. Hanya memandangnya kosong. Tiada lagi kasih yang boleh ku harapkan darinya. Hanya kebencian yang terbit di dalam diriku. Fariez cuba menyentuh tanganku. Aku menepis. Dia terkejut.
“Eira okay? Kenapa ni sayang?” tanya Fariez yang mungkin melihat reaksiku yang dingin terhadapnya. Huh, sayang?
“Sudahlah. Kau tak payah la baik-baik dengan aku Fariez. Aku jelak tau tak?” Fariez terpaku. Aku tersenyum sinis. Kau ingat selama-lamanya kau nak bohongi aku MK? Tidak sama sekali. Never!
“Kenapa ni sayang? Riez ada salah apa-apa ke?” Fariez masih lagi bertanya. Pura-pura tak tahu la pula.
“Sayang?? Sudahlah Fariez. Dah takde maknanya lagi. Antara kau dengan aku takde apa-apa so don’t you ever call me sayang!” kataku tegas. Aku cuba bangun dari katil. Akibat sikapku tergesa-gesa mahu beredar dari bilik itu, aku hampir terjelepuk di sisi katil. Aku merasakan bilik itu seakan-akan berpusing. Fariez memautku.
“Eira, kenapa ni? Please tell me what happen. Riez betul-betul tak paham,” aku melepaskan pegangannya dan mahu beredar. Fariez memegang pergelangan tanganku. Kejap.
Aku memandang wajahnya yang berkerut. Tak paham?? Tak paham kau kata? Eei, geramnya aku. Kalau aku ada tali pinggang hitam ni memang budak ni dah kena. Aku taekwando-taekwando kau sampai lumat.
“Lepaslah!!” Aku cuba meronta untuk melepaskan diri. Pegangan Fariez semakin kejap.
“Eira, please tell me. Please don’t be like this,” Fariez sudah mula memegang kedua belah tangan Eira. Rontaanku semakin kuat. Sakitnya....
Dan ketika kami sedang bergelut dengan kedegilan masing-masing Zackwan dan Maria masuk ke bilik. Mereka terpaku. Dengan segenap tenaga yang ada aku memijak kaki Fariez dengan kuat. Fariez terus melepaskan aku. Aku mendapatkan mereka berdua.
“Eira, sampai hati....” kata Fariez sambil menahan sakit.
“Kau jangan ganggu aku lagi lepas ni. We are nothing!! Dan untuk pengetahuan kau, Zack adalah pakwe aku. Paham!” kataku sedikit menengking. Fariez terdiam. Apatah lagi Maria dan lebih-lebih lagi Zack. Mereka terpinga-pinga. Aku lantas menarik Zack untuk beredar dari bilik yang telah sedia bahang itu. Langkahku terhenti. Fariez memaut lenganku dengan wajah berkerut menahan sakit.
“Eira, please.... Riez sayangkan Eira. Don’t leave me,” kata Fariez dengan sayu.
“Lepaskanlah!” kataku sambil merengus dan meronta.
“Riez takkan lepaskan kalau Eira tak nak beritahu perkara sebenar,” tegasnya lagi. aku memandangnya dengan perasaan geram dan marah. Tajam. Hati semakin panas. Kepala semakin sakit. Tiba-tiba Zack meleraikan pegangan Fariez. Aku tersentak. Begitu juga Fariez.
“Fariez, itu keputusan Eira. Kau tak boleh paksa dia,” kata Zack kepada Fariez.
Zackwan terus menarikku keluar dari bilik itu dan pergi. Sempat lagi aku memandang wajah pilu Fariez. Maafkan aku kalau kau rasa kecewa dengan tindakan aku. Kau bukan milikku. Dan antara kita hanya tersemai benih benci semata bukannya sayang. Maria terus memandu keretaku untuk menghantarku pulang memandangkan kesihatanku yang tidak mengizinkan untuk pulang sendirian. Sepanjang perjalanan itu air mata ini hanya mengalir menemaniku yang sedang keliru dan kecewa.
Terasa amat pedih hati ini bagai dihiris sembilu. Kenapa begini akhirnya terjadi. Perkenalan yang singkat ini ternyata membuatkan aku cukup merana. Sungguh, aku tak pernah mengharapkan kasih dia hadir dalam diri ini tetapi aku tidak tahu sejak bila ia bertapak di dalam hati ini. Aku tak tahu. Aku buntu. Aku tak nak jadi perampas. Aku tak nak kerana lelaki aku bergaduh sesama kaumku. Tidak! Aku takkan biarkan perkara ini terjadi. Dan aku tak nak sesiapa pun mempermainkan perasaan aku. Aku benci Fariez!! Benci!!! Biarlah aku mengalah. Semoga kau bahagia bersama gadis pilihanmu.....
..To Be Continue.. -
Cerpen : Dalam Benci Ada Sayang (Ep.12)
Ep. 12
Alahai, peningnya kepala aku hari ni. Serasa macam malas nak ke kuliah hari ini. Badan lemah semacam jer. Mungkin sebab aku ‘stay up’ malam tadi kot. Selalu tak pula macam ni. Mengada-ngada pula hari ni.
“Eira okay ke ni? Tak bermaya jer,” tegur ibu yang sedang menyenduk mee ke pinggan.
“Kepala pening la bu. Rasa macam tak sedap badan,” sebaik saja mendengar kata-kataku ibu terus memegang dahiku.
“Nanti lepas makan terus makan ubat. Kalau tak larat tak payah pergi kuliah hari ni,” ujar ibu.
“Tak boleh bu. Hari ni ada football match kat kuliah. Dah janji dengan kawan nak tengok dia main,” terangku.
“Kamu tu sakit. Jangan berpanas sangat. Lagipun bukan Eira yang main, cuma jadi penyokong jer,” leter ibu. Ha, kan da kena bebel. Ibu mana yang tak sayangkan anak??
“Ibu jangan risau yer. Tahulah Eira jaga diri Eira nanti ok? Eira pergi dulu dah lambat ni,” kataku selepas menghabiskan makanan dan memakan ubat. Setelah siap memakai sepatu aku menyalami ibu dan mencium pipinya.
“Sayang ibu. Eira pergi dulu yer,”
“Hati-hati ye sayang,”
Kelas Ekonomi habis pada masanya. Aku dan Maria berkemas dan berlalu keluar dari bilik kuliah menuju ke kafetaria. Kepala pula semakin berdenyut-denyut. Panadol yang ku telan pagi tadi ternyata hanya mampu bertahan untuk beberapa jam saja. Petang ni pula aku dah janji dengan Zack nak tengok perlawanan dia. Nampaknya kalau keadaan aku semakin teruk terpaksalah aku pulang lebih awal. Aku harap Zack faham.
“Eira, kau okay ke ni? Muka kau pucat tu,” tanya Maria sebaik saja mendapatkan aku lalu menghulurkan segelas aku kepadaku.
“Thanks. Aku okay. Petang ni temankan aku tengok football eh?” ajakku.
“Kau dah sakit-sakit macam ni pun nak tengok lagi match tu? Balik jelah berehat. Kau bukan sihat pun. Dah la kat luar tu panas terik,” bebel Maria.
“Kau ni bebel je. Kita tengok sekejap je. Tak tahan kite balik la. Lagipun nanti kita bawalah payung,” kataku.
“Kau ni memang degil la. Kalau Fariez ada mesti dia tak kasi,” aku hanya diam mendengar omelan Maria.
Bebel la Maria selagi kau boleh. Aku bukan apa, Zack tu berharap sangat aku dapat tengok. Dan aku selaku teman tak naklah mengecewakan teman sendiri. Fariez.. Ya, kalau dia ada mesti aku tak sedegil ini. Mesti aku terpaksa akur dengan kehendaknya. Entah mengapa walaupun hatiku sekeras batu dan sedegil umat tapi hati ni mudah lentur dengan pujukan Fariez. Kebetulan Fariez pergi berjumpa dengan Prof. Zaid kerana ada sedikit urusan. Dan peluang ini ku ambil untuk mengajak Maria untuk menemaniku nanti. Aku tahu walaupun Maria suka membebel dia tetap akan pergi juga.
Telefon bimbitku berbunyi. Aku melihat telefonku. Hanya tertera nombor saja. Siapa pula yang tukar nombor telefon ni.
“Assalamualaikum,” aku memulakan bicara.
“Hello, Eira right?” Uiks, minah saleh mana pula yang telefon aku. Jawab salam pun tidak.
“Yeah, it’s me. Who are you?”
“We need to talk. Can i see you?” Kenapa pula dengan minah ni? aku tanya semua tak berjawab. Makin pening kepala aku dibuatnya.
“Nak cakap pasal apa? You ni siapa?” tanyaku sedikit tegang. Geram dengan cara percakapan minah saleh itu yang kurang beradab.
“It’s important. See me at student’s parking,”
‘Klik’ talian diputuskan.
Uiks, siapa ni? Angin takde ribut pun takde tiba-tiba nak jumpa aku. Kalau ye pun nak jumpa aku cakap la elok-elok sikit. Ini tidak buat aku sakit hati jer. Aku terus mengajak Maria mengekoriku ke tempat yang ditetapkan. Tercari-cari kelibat perempuan ‘minah saleh’ yang cuba ku gambarkan. Tapi semua yang ku lihat hanya gadis melayu. Nak kata student cina takde pula lorat dia. India? Pun rasanya takde. Peningnya....
“Eira...” Kata satu suara dibelakangku. Aku dan Maria menoleh. Macam kenal...
“Oh, Julia kan? How are you?” kataku cuba berbasa-basi sambil menghulurkan salam.
‘Pang!’
Aku terkesima. Apatah lagi Maria yang berada disebelahku turut terkedu dengan kejadian tadi. Aku memegang pipiku yang terasa panas. Kepalaku semakin pusing. Kenapa?
“Woi, Julia! Kau apahal?” jerkah Maria di sisiku. Aku segera menegah Maria untuk berhadapan dengannya. Biar aku saja. Aku masih mampu.
“Eira, listen! Dont you dare to take Fariez from me!! He’s mine!!” kata Julia memberi amaran. Tegas.
Fariez?? Semua ni berkaitan dengan dia? Hatiku tersentak. Kecewa. Sanggup dia permainkan perasaan aku dan mungkin juga Julia. Dan mungkin ramai lagi. Aku tak tahu.
“I tak tahu pun you all bersama,” hanya itu yang mampu ku lafazkan. Lemah sekali. Lemah sekali diri ini bila terasa dikecewakan.
“Huh, for your information after he finish his study kami akan bertunang,” tegasnya lagi.
Bagaikan mahu luruh jantung ini mendengar pengakuan Julia. How could you Fariez.... I hate you. I really-really hate you!!!! Kata-kata itu hanya mampu bergema di dalam hatiku.
Aku hanya mampu melihat Julia berlalu dari pandanganku. Aku hanya mampu terpaku saja di situ. Di tempat aku berdiri sekarang. Baru kini ku sedar selama ini aku tidak berpijak di bumi yang nyata. Selama ini aku hanya berada di alam khayalan semata. Kenapa peritnya hati ini? Kenapa? Kini baru ku sedar yang aku bukan siapa-siapa dengan Fariez. Dia tidak pernah mengatakan aku miliknya. Dan kami tak pernah mempersetujui apa-apa mengenai hubungan kami. Silap aku. Silap aku kerana bermain dengan perasaan sendiri. Aku kalah akhirnya. Aku kalah dengan perasaanku sendiri.
“Eira, are you okay? Kenapa kau tak balas je apa yang Julia buat pada kau. Dia tu memang da melampau,” pertanyaan Maria menyedarkan aku.
“It’s okay. Memang betul pun tindakan dia. Aku yang silap,” kataku. Luluh hati ini bagai bisa yang telah meresapi di dalam diriku.
“Eiraaa.....” sayu Maria memanggil. Mungkin kasihan melihat keadaanku.
“Don’t worry. Aku Okay. Jomlah kita pergi tengok football and perkara ni kau jangan cerita kat siapa-siapa okay? Lebih-lebih lagi Fariez,” kataku lantas menarik Maria menuju ke padang bola. Maria hanya memandangku sayu. Mungkin juga faham dengan situasi ku sekarang.
Kami sama-sama mengambil tempat di tepi padang. Panas semakin terik. Akibat peristiwa yang baru berlaku sebentar tadi, aku terlupa hendak mengambil payung di keretaku. Sudahnya terpaksalah aku dan Maria berpanas di tepi padang menyaksikan perlawanan yang baru saja bermula.
Walaupun mataku menyaksikan perlawanan yang sedang berlangsung. Tetapi hakikatnya ingatanku masih teringatkan perkara tadi. Kata-kata Julia dan amaran Julia. Benarkah itu? Kenapa selama ini aku bodoh. Aku bodoh menilai orang. Aku buta. Padahal aku sudahpun melihat kemesraan mereka berdua satu ketika dulu. Tapi kenapa aku masih bermain dengan perasaan lagi? Inilah padahnya kalau terlalu mengikut hati dan perasaan. Sudahnya aku yang akan merana. Tapi mereka?
Pandanganku semakin berpinar. Kepalaku terasa semakin berat. Terasa dunia ni berpusing-pusing. Gelap. Selepas itu aku tidak ingat apa-apa lagi. Yang ku dengar sayup-sayup suara Maria memanggil namaku.
..To Be Continue.. -
Cerpen : Dalam Benci Ada Sayang (Ep.11)
Ep. 11
Setelah siap membersihkan diri dan menunaikan solat isyak aku merenung hadiah pemberian Fariez yang masih lagi berbalut kemas. Perlukah aku membukanya? Perlukah aku menerima pemberiannya? Patutkah aku pulangkan kepadanya kembali? Apakah hadiah yang dia berikan? Semua persoalan bermain di benak fikiranku. Aku keliru. Memikirkan aku dan dia masih lagi ditahap persahabatan lantas mematikan niatku untuk menerima hadiah pemberiannya. Takut pula aku dikatakan mempermainkan perasaan orang dan hanya mementingkan diri sendiri semata. Argh.. apa yang perlu aku buat. Lantas aku memberi mesej menggunakan khidmat pesanan ringkas kepada Maria.
“Maria, aku terima hadiah dari Fariez. What should i do?” 5 minit selepas itu aku menerima balasan dari Maria.
“Terima jelah. Orang da beri bukan kau yang minta kan?” aku hanya memandang kosong ke arah mesej itu. Ya, betul juga. Bukan aku yang minta, dia yang beri.
Aku mengikat rambut yang masih basah dengan tuala mandi lantas mendekati hadiah itu. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk membukanya. Perlahan-lahan tangan ini meleraikan sampul dari kotak hadiah. Aku tergamam!~
Bukan ke ini baju yang ku lihat siang tadi? Macamana dia.... boleh tahu? Aku lantas memegang dan mengenalpasti kembali baju ni. Ya, memang sah aku tak silap pandang. Baju ni yang aku berkenan siang tadi. Kenapa? Kenapa dia belikan? Aku terduduk dikatil sambil merenung baju yang masih berada di dalam peganganku. Aku terharu. Fariez.....
Aku mencuba blaus hitam ini. Baju ni tidak terlampau besar dan tidak terlampau kecil. Sedang-sedang dengan badan aku. Aku turun dan pergi mendapatkan ibu.
“Cantik baju Eira. Baru beli ke?” tanya ibu yang sedang menonton tv.
“Fariez belikan bu. Ibu rasa Eira patut terima ke?” tanyaku sambil duduk di sisi ibu.
“Eira sukakan Fariez?” tanya ibu sambil tersenyum.
“Entah la bu. Eira keliru,”
“Terpulanglah pada Eira nak terima atau pun tidak baju ni. Tapi jangan sampai Eira termakan budi orang susah nanti. Ibu tengok Fariez tu macam sayang sangat kat Eira,” Ibu perasan ke?
“Macamana ibu tau?” tanyaku. Berminat ingin tahu pendapat ibu.
“Ibu tahulah. Ibu dulu pun pernah muda macam kamu Eira. Kamu kalau suka pada dia, katakan suka kalau tidak jangan permainkan hati dia. Tak baik,” aku hanya mengangguk kata-kata ibu. Pokoknya sekarang aku masih keliru. Antara suka ataupun sebaliknya. Aku betul-betul tak tahu.
Setelah berborak sebentar dengan ibu, aku kembali ke bilikku. Hajat di hati ini menukar baju dan menemani ibu semula menonton tv bersama. Tiba-tiba telefon bimbitku berdering. Lantas ku jawab.
“Assalamualaikum,” kataku.
“Waalaikumsalam princess,” Fariez menjawab.
“Iye tuan putera. Tuan putera telefon malam-malam ada hajat apa?”
“Ingin memetik bunga di taman. Boleh?”
“Mahu bunga apa? Bunga melur ada, bunga raya ada, bunga kemboja ada. Mahu yang mana? Yang paling favourite bunga tahi ayam, paling banyak kat halaman rumah dinda,”
“Tahi ayam pun tahi ayam la. Asal bunga. Letak perfume karang wangi lah kan?” kami tergelak.
“Macamana Eira?” tanya Fariez kembali.
“Macamana apanya?” pelik. Takde angin takde ribut tiba-tiba tanya tanpa soalan.
“Present yang Riez beri tulah. Eira suka tak?” owh, baru la aku tau.
“Em.. Eira suka sangat. Thanks Riez. But i can’t accept it,”
“Why Eira? Eira tak suka ye hadiah Riez?”
“No, no. Bukan macam tu. Tapi hadiah ni mahal la. Eira takut nak terima,” terangku.
“It’s okay. Hadiah tu memang untuk Eira. Nobody else can wear that blaus accept you my dear. Harga tu tak penting. Yang penting Eira terima hadiah tu dan sudi memakainya bila bersama dengan Riez,” aku terdiam. Riez, janganlah buat Eira serba salah.
“Riez, thank you. But lepas ni jangan la bazirkan duit lagi ye? Kalau betul Eira nak barang tu Eira akan usahakan sendiri okay?” kataku akhirnya.
“Insyaallah. Tapi kalau Riez tengok Eira tengok je barang tu macam nak telan tapi tak beli lebih baik Riez belikan,” Fariez tergelak.
“Takde lain kali. Lepas ni Eira hati-hati dengan Riez. Bahaya tul Riez ni tau. Mana tahu Eira tak suka ke baju tu. Kan da membazir,”
“Kalau membazir pun takpe. Asalkan untuk yang tersayang,”
“Fariezzz.....” geramnya aku dengan budak ni.
“Iye, kenapa tak puas hati?”
“Takpe-takpe hari ni hari Riez. Esok hari Eira,”
“A’ah, hari ni hari Riez, esok hari Eira, esoknya hari Riez, esoknya lagi hari Riez dan selamanya hari Riez,” kata Fariez sambil tergelak besar. Geram dibuatnya.
“Fariezzzz.....shut up. You are getting crazy ha!”
“I’m crazy bout you dear,”
“Eee, malaslah la cakap dengan Riez. Okay goodnight,” lantas mematikan perbualan tersebut sebelum sempat Fariez membalas. Tanda protes dari aku. Biar dia tahu rasa.
..Continue.. -
Cerpen : Dalam Benci Ada Sayang (Ep.10)
Ep. 10
“Eira!! Kawan kamu dah sampai ni,” laung ibu yang berada di tingkat bawah.
Fariez!! Getus hatiku. Aku segera mempersiapkan diri yang sudah sedia siap. Untuk yang entah ke berapa kali aku membelek diriku dihadapan cermin. Aku tersenyum puas. Dalam pada itu, pelbagai perasaan bermain dibenakku. Rasa takut, cemas, malu dan sebagainya semua bersilih ganti. Dalam rasa takut-takut itu, hatiku tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan dirinya. Entah kenapa sejak berkawan dengannya aku selalu bermain dengan perasaanku sendiri. Seketika aku terdiam melihat katilku yang berselerak dengan pakaian-pakaianku. Mana tidaknya, semua baju aku cuba lagaknya macam nak berjumpa dengan putera raja saja. Uiks, kenapalah aku ni. Aku bukan nak jumpa orang lain tapi dengan Fariez. Dan hubungan aku dengan dia bukanlah apa-apa. We just a friend. Ya, itulah yang selalu ku katakan kepada diriku tetapi kadangkala diri ini degil seperti hati tuannya.
Aku bergegas turun dan sikapku yang tergesa-gesa itu hampir saja menyebabkan aku jatuh tangga. Nasib baik aku sempat berpaut dan nasib baik tiada yang melihat. Andai Fariez melihat sikap terburu-buruku tentu malu. Uih, tak mau aku jumpa dia.
Aku memandangnya. Cukup segak walaupun pemakaian dia simple dan bersahaja. Tapi aku suka. Aku segera menyalami ibu dan sebelum keluar aku sempat berbisik kepada ibu.
“Ibu jangan masuk bilik Eira tau,” ibu tersenyum mendengar kata-kataku. Mungkin pelik dan mungkin juga paham.
Di sepanjang perjalanan aku kelu. Aku hanya membisu. Tidak tau untuk berkata apa. Fariez turut mendiamkan diri. Uiks, dia yang ajak aku keluar dia yang membisu seribu bahasa. Tanyalah apa-apa. Takkan aku nak tanya pulak. Tanya lah aku da makan ke belum. Tadi kenapa lambat. Aku tinggal dengan ibu je ke? Tanyalah apa saja asal bercakap. Kalau camnilah lain kali aku tak nak la keluar dengan dia. Tak best langsung. Aku menjelingnya.
“Mengomel apa dari tadi tu?” Ha, bersuara juga dia akhirnya.
“Dia la. Ajak kita tapi tak bercakap pun,” luahku.
“Hehe.. Eira tak nak tanya Riez ke nak bawa Eira ke mana? Tak takut ke kalau Riez bawa ke tempat yang bukan-bukan?” pancingnya. Amboi, bukan main lagi dia ni.
“Aik, kite suruh dia, dia suruh kita pula. Saya tak takut pun. Lagipun ibu Eira dah cam Riez.” Kami terdiam semula. Aku menjelingnya lagi.
“Ai, dari tadi asyik jeling-jeling je. Rindu kat abang ke? Atau abang ni segak sangat?” perli Fariez. Alamak dia perasan ke?
“Abang??? Perasan. Tolonglah Eira takde masa nak berindu-rinduan dengan orang kat sebelah ni. Buang karen je,” aku membalas.
“Apa salahnye panggil abang. Riez lebih tua dari Eira kan?? Lagipun kalau dah kahwin kan kena panggil abang juga,” Kahwin?? Apa yang dia melalut ni??
“Eh, jangan nak buat lawak la Riez. Apa pun takde tiba-tiba nak kahwin. Kita ni tak sepadan macam anjing dengan kucing jer,”
“Siapa kata kita tak sepadan? Cuba Eira tengok pakaian kita ni. Ada persamaan kan?” tanya Fariez.
“Mana ada sama. Riez pakai t-shirt putih Eira pula pakai blaus put....” kata-kataku termati di situ. Oh-owh, alamak kenapalah aku tak perasan dari tadi. Aku dengan dia pakai baju sama warna!!! Patutlah dia senyum je bila aku turun dari tingkat atas tadi.
“Ala, kebetulan je ni. Itu tak boleh dikira sepadan tau,” kataku cuba menangkis kata-katanya tadi.
“Kebetulan terjadi sebab hati kita saling berbisik dan punya rasa yang sama,” kata Fariez sambil tersenyum. Indahnya bahasa. Dari mana dia belajar?
“Thanks Eira,” kata Fariez selepas beberapa minit aku mendiamkan diri.
“For what??”
“For give me an opportunity date with you dear,” aku mengangguk. Agaknya ucapan terima kasih yang dia ucapkan dulu tu pun mempunyai maksud yang sama. Kini aku faham.
Petang itu kami mengambil keputusan menonton wayang ‘Spiderman 3’ atas persetujuan masing-masing memandangkan kami tidak tahu mana yang mahu dilihat. Sementara menunggu masa untuk menonton kami berjalan ke kedai-kedai yang berdekatan. Kedai pakaian menjadi pilihanku sementara Fariez hanya mengikutiku tanpa bersoal jawab.
Aku membelek setiap pakaian yang ada. Kini aku lebih tertumpu kepada satu pakaian yang begitu menarik minatku. Cukup elegan. Baju blaus paras lutut berwarna hitam itu begitu menambat hatiku. Tapi aku tak mampu untuk mermbelinya. Harganya tidak mampu untuk menanggung bajet perbelanjaan bulanan aku. Sedihnya rasa hati. Tapi tak apalah. Mungkin bukan jodoh aku dengan baju ni. Aku mula mengangkat kaki keluar dari kedai tersebut.
“Eira tak nak beli apa-apa ke?” tanya Fariez. Mungkin setelah berlama-lamaan di kedai itu aku keluar dengan tangan kosong.
“Takde yang menariklah,” kataku. Tapi hakikatnya...
Setelah sudah menonton wayang kami membasahkan tekak di Mc Donald. Seronok sungguh cerita tadi. Rasa macam nak tengok lagi. Nanti balik nak suruh ibu beli la DVD superman 3 ni bila da keluar nanti. Mesti seronok tengok dengan ibu. Aku tersenyum sendirian.
“Kenapa senyum sorang-sorang ni?” tanya Fariez. Alamak, dia perasan ke?
“Takdelah. Ingat cerita tadi je. Best kan?”
“Mesti la best. Kalau tak best cerita tu takdelah Riez nak ajak Eira pergi tengok sama-sama,” Uik, bukan aku ke yang pilih nak tengok cerita tu?
“Yeke?? Uih, bestkan pandai Riez pilih. Eleh, banyak la. Eira yang ajak tengok cerita ni tau,” Fariez hanya tersenyum. Aku kembali menyedut minumanku yang masih berbaki.
“Eira, Riez nak ke tandas kejap eh?” katanya dan aku mengangguk.
Sambil menunggu kepulangan Fariez aku melihat sepasang kekasih yang duduk tidak jauh dari mejaku. Mesranya mereka. Pasangan dua sejoli. Cukup mesra dan manja. Terasa teringin memiliki saat-saat yang indah seperti itu. Makan bersuap, gelak tawa bersama, bertepuk tampar manja. Senyuman yang tidak pernah lekang dari pasangan itu. Si lelaki mengusap rambut si perempuan yang terurai dipipinya. Nanti aku bila da punya pasangan macamanalah ye? Macam tu ke?? Atau sebaliknya? Aku tersenyum sendirian. Tapi siapa pula yang nak jadi pasangan aku. Tiba-tiba aku terpikirkan Fariez. Dia ke?? Aku mampu tersenyum. Kalau la dia......
“Termenung ke cik adik?” sapa Fariez. Alahai, nape dengan aku ni? asyik mengelamun je. Buat malu betul la. Agaknya da lama dia tengok aku. Mesti dia kata aku ni suka berangan. Huhu..
“Eh, taklah. Tunggu awak la. Lama pergi tandas ni memerut eh?” dalihku.
“Yelah tu. Tersenyum sorang-sorang macam orang tak betul je. Nasib baik Eira cun kalau tak Riez pun lari. Takuuut,” aku membeliakkan mata. Dia kata aku tak betul. Kurang asam. Aku terus mencubitnya. Ha, rasakan!
“Aduh....”
“Tu la, lain kali sapa suruh usik Eira kan da kena,” kataku sambil tersenyum dan bersahaja. Tidak rasa bersalah.
“Yela lepas ni tak kacau lagi princess Riez ni. Garangnya,”
“Baru tau ke?” Princess??? Hehe...
“Eira ni untuk Eira,” sambil menghulurkan sebungkus hadiah yang sudah berbalut kemas. Uik, bila dia beli?
“Bila beli? Tadi bukan pergi tandas ke? Buat apa kasi Eira, hari ni bukan birthday atau hari apa-apa untuk Eira la. Riez ambil la. Membazir je tau,” kataku cuba menolak.
“Banyaknya tanya. Saja je Riez nak beri kat Eira. Hari ni mungkin bukan hari apa-apa bagi Eira tapi hari ni hari istimewa dalam hidup Riez. Riez gembira sangat Eira terima pelawaan Riez. Riez gembira sangat dapat keluar dengan Eira. Riez gembira sangat dapat keluar dengan orang yang Riez sayang. Terimalah,” aku terkedu mendengar kata-katanya. Betulkah dia begitu menghargai hari ini?? Diri aku??
Aku menerimanya walaupun hatiku masih merasa ragu. Kenapa dia buat semua ni untuk aku? Sayangkah dia padaku? Hatiku terharu. Hanya ucapan terima kasih yang mampu ku lafazkan ketika ini.
..To be continue.. -
Cerpen : Dalam Benci Ada Sayang (Ep.9)
Ep. 9
Semenjak dari peristiwa yang tak pernah disangka dek akal yang waras ini, hubungan aku dengan Fariez mulai rapat sedikit demi sedikit. Tiada lagi pergaduhan seperti sebelum-sebelum ini. Yang ada hanya bibit keindahan melangkah ke alam baru. Rasa indah. Walaupun hakikatnya tiada kata putus lagi yang aku boleh berikan kepada Fariez.
Aku keliru. Mahu menerimanya atau sebaliknya. Hati ini mula menyenangi sikapnya yang dulu amatlah ku benci. Dalam kenakalannya terserlah keprihatinan dan kasih sayang yang ikhlas lahir dari hatinya. Inikah cinta? Aku tak tak tahu. Apakah nikmatnya bercinta? Adakah cinta itu untuk menyayangi dan disayangi.. Atau cinta itu itu untuk menyakiti dan disakiti? Aku buntu.
Kenapa perkara ini datang tanpa di duga. Kusut rasanya. Tapi bila berjumpa dengan dia terasa perasaan yang kusut beransur hilang dibawa angin yang lalu. Patutkah aku menerimanya? Perlukah aku serahkan kasihku kepadanya?
“Hai, termenung jauh nampak,” tegur satu suara. Oh, Zack. Aku tersenyum. Alpa seketika lebih-lebih keadaan library yang senyap sunyi.
“Dah lama ke mengintai kita?” usikku.
“Adalah dekat sejam. Mengelamun sampai tak pandang kanan kiri. Apa yang difikirkan?“ tanya Zack. Bohong sangatlah sejam. Setengah jam pun tak sampai aku duduk kat sini.
“Pandainya dia. Kita baru sampai tau. Anyway, rajin ke library?“tanyaku. Dia tersenyum.
“Tak juga. Ni nak cari bahan baru terhegeh-hegeh masuk library,” terangnya.
“Anyway, next week ada football match. Jangan lupa tengok tau,”
“Yeke? Bila dan di mana? So patutlah nampak gelap sikit. Mesti training lebih ni,“ tanyaku lagi.
“Hari Khamis di kolej kita la. Jangan tak tengok tau. Kalau Eira tak tengok takde semangat nak main,“ guraunya.
“Eh, ada pula camtu. Tapi kawan punya pasal Insyaallah Eira akan turun padang berpanas dan berhujan,” aku dan dia sama-sama tergelak. Penuntut yang sedang menumpukan pada pembacaannya menjeling. Aku terus menutup mulut. Terlupa seketika yang kami berada di library.
“Oklah Eira. Orang pun da jelling-jeling. Zack keluar dulu ye. Ada banyak kerja nak buat,” kata Zack dan terus berlalu. Aku hanya memandangnya sambil tersenyum kemudian meneruskan pembacaanku yang tergendala.
Exam sudah dekat. Lagi sebulan je peperiksaan akan menjelang. Tiada masa lagi untuk aku main-main. Kalau tidak kerana exam hampir tiba, tidaklah aku terperuk di library yang sunyi dan sepi ini. Ketika aku menelaah tiba-tiba kosentrasiku terganggu. Seseorang duduk dihadapanku. Bauannya amat aku kenali. Aku memandangnya dan tersenyum.
‘’Ai Riez! Kenapa muka masam je nie?“ tanyaku pelik. Aik, biasanya depan aku tersenyum lebar jer. Kenapa? Tak sihat ke?
“Tadi borak apa jer dengan Zack. Bukan main rancak nampak. Dari jauh dah boleh dengar gelak korang,“ Oh-Owh, itukah namanya jealous?? Dia cemburu ke? Aku tersenyum.
“Owh, Riez mengintai Eira dari tadi la ni yer?“ dia hanya berdiam diri. Aku mengeleng-geleng kepala. Saya belum milik awak lagi la Fariez sayang.....
“Takkan Riez jeles kot?“ tanyaku ingin tahu.
“Kalau jeles tak salahkan?“ Aik, dia tanya kita balik.
“Owh, jeles la ni. Takkan dengan kawan pun nak jeles kot? Dah lama ke Riez ada kat library ni?”
“Lama tu taklah lama. Dia je tak perasaan kita,” katanya seakan-akan merajuk. Nak pujuk ke? Aku menutup semua buku-bukuku dan berkemas. Dia pelik.
“Ni nak ke mana pula ni?” tanya Fariez. Mungkin pelik seperti aku tak mengendahkannya.
“Jom kita ke kafe. Eira belanja Riez. Janganlah merajuk. Nanti muka tu macam betik benyek jer. Kalau jadi betik busuk nanti mak Eira reject tau,” kataku tersenyum lantas menarik tangannya untuk turut serta bersamaku ke kafe. Dalam pada itu aku sempat menjeling kepadanya. Dia mula tersenyum. Hatiku berbunga. Alhamdulillah.....
Aku tersenyum sendirian di bilik. Geli hati bila terfikirkan gelagat Fariez siang tadi. Nak tergelak pun ada. Tak sangka setelah rapat dengan dia, caranya dan layanannya kepada aku amat berbeza sekali. Kalau gaduh pun, gaduh-gaduh manja. Memang betul kata orang. Cinta itu indah.
Telefon bimbitku berdering. Aku mencapai dan melihat nama yang tertera di skrin. Fariez.....
“Assalamualaikum,” aku memulakan bicara.
“Waalaikumsalam. Tengah buat apa tu?” tanya Fariez dihujung talian.
“Tengah fikirkan seseorang,”
“Siapa? Riez ke??”
“Takdelah. Adalah seseorang tu,” aku tersenyum.
“Zackwan???” tanya sepantas kilat. Amboi!! Cepat betul membuat telahan.
“Kenapa? Tak boleh ke?” sengaja aku ingin mengusiknya.
“Oklah, takpelah macam tu. Maaf mengganggu,” katanya seperti hampa dan ingin memutuskan talian. Aku menegah.
“Alahai, baby besar ni da merajuk ke? Eira gurau jelah,” jelasku.
“Yelah, sapalah kita ni kan. Orang tak nak kat kita, takkan kita nak ganggu dia,” katanya masih dengan nada merajuk.
”Riez, kuatnya merajuk. Eira gurau jelah. Eira tak fikir apa-apa pun tadi. Lagipun Eira dengan Zack just a friend saja.” aku memberi penjelasan untuk meleraikan kekusutan Fariez. Dalam hati ni bergolak ingin sekali mengatakan ‘Eira asyik fikirkan Riez je’.
“Betul ni?”
“Iya. Kalau tak caya try cubit pipi tu. Rasa macam mimpi ke tak?” dia tergelak. Akhirnya...
“Eira ni nakal yer. Kalau ada kat sini Riez cubit-cubit pipi tu,” aku tergelak sama. Ada-ada ajelah dia ni.
“La, Eira memang nakal. Riez juga yang cakap kan?? Takkan lupa kot?”
“Eira, weekend ni kite tengok wayang nak?” tanya Fariez.
“Cerita apa?” nak keluar ke dengan dia? Nak ke tak nak ek??
“Tak tahu la cerita apa yang best sekarang ni. Janji dapat keluar dengan Eira. Camna?”
“Ermmmm........”
“Macam tak boleh jer,”
“Ok, kita keluar tapi Riez jemput Eira boleh? Sebab my mom guna kereta Eira la minggu ni,”
“Ok, takde hal. Yang tu jangan risau,” aku tersenyum mendengar suara Fariez yang girang.
“Riez hari pun dah malam. Esok kita borak lagi yer. Good night,” kataku sambil melihat jam. Hampir jam 11 malam.
“Eira...”
“Yer, ada apa?”
“Takde apa.”
“Good night Riez,”
“Eira....”
“Iyer, apa dia?”
“Tak ada apa-apalah,”
“Riez, main-main yer,” kataku geram.
“Eira.......”
“Riezz!!!!”
“Thanks sayang,” talian diputuskan. Aku termangu. Dia ni suka buat aku macam ni. Geramnya hati aku. Terima kasih kenapa? Sebab terima ajakan dia? Sebab jawab panggilan dia? Sebab aku baik dengan dia? Sebab aku pujuk dia? Sebab aku prihatin kat dia? Sebab apa? Eee.. geram aku dengan budak sorang ni. Siaplah dia esok.
..Continue.. -
Cerpen : Dalam Benci Ada Sayang (Ep. 8)
Ep. 8
Aku mula gelisah. Kereta aku tak dapat dihidupkan. Macamana nak pulang ni? Jam hampir menunjukkan ke angka 11. Telefon bimbit pula terlupa nak bawa. Mesti ibu risau aku masih tidak pulang-pulang lagi. Aku keluar rumah untuk membeli ubat batuk dan panadol memandangkan demam ibu semakin melarat. Dari semalam aku lihat ibu tidak sihat tetapi ibu tetap bertahan walaupun sudah ku gesa agar ke klinik. Sudahnya malam ini batuk ibu semakin menjadi-jadi. Badan ibu pula semakin panas.
Akhirnya aku mengambil keputusan meninggalkan keretaku di deretan kedai-kedai manakala aku pulang hanya dengan berjalan kaki. Malam kian berlabuh. Dalam pada itu hatiku turut risau. Jalan di sini amat gelap. Aku membelah kepekatan malam hanya berlampukan lampu jalanan yang suram. Dari rumah ke kedai mengambil masa selama 20 minit perjalanan dengan kereta tetapi dengan hanya berjalan kaki mungkin hampir 40 minit.
Ketika aku berjalan meredah arus kepekatan malam ini, aku dapat rasakan seperti diekori oleh seseorang. Hatiku semakin risau dan takut. Ku pandang ke belakang. Tiada sesiapa. Aku menpercepatkan langkahku.
Tiba-tiba seseorang menutup mulutku dan sebelah tangannya lagi menjerut leherku. Jatuh segala barang yang ku beli dari pegangan tanganku. Aku terkejut! Apa nie? Aku cuba meronta. Pegangannya kejap.
“Jangan menjerit kalau kau mahu selamat!!” katanya suara garau itu memberi arahan kepadaku.
Hatiku gusar. Perasaan takut mula menguasai diriku. Apa yang dia nak buat ke atasku? Apa yang akan terjadi kepada diriku? Ya Allah, bantulah hambamu ini....
Fikir.... Think.. Fikir Eira. Apa yang perlu kau buat?? Jangan biarkan lelaki itu melakukan apa-apa ke atas diri kau. Fikir Syazmira!! Bergema jeritan hatiku di dalam tubuhku ini.
Dengan segenap tenaga yang ada aku menumbuk perutnya dengan sikuku dan kemudian memijak kakinya sekuat hatiku ketika dia sedang berusaha mengheretku ke sebuah van putih. Dia tertunduk dan meraung. Kesempatan ini ku ambil dengan melepaskan diri daripadanya. Aku terus melarikan diri sekuat yang mampu. Aku tidak menoleh ke belakang lagi. Sepantas yang boleh sehingga tidak dapat dijejaki oleh lelaki buas itu. Ubat batuk dan panadol yang ku beli untuk ibu sudah hilang entah ke mana. Yang penting sekarang ni aku perlu selamatkan diri dan mencari seseorang untuk membantuku. Tapi di mana semua orang???!!! Tolonggggggggg.... kenapa disaat-saat genting ini tiada seseorang pun yang lalu lalang?
Sayup-sayup dibelakang terdengar suara itu menjerit ke arahku. Aku memejamkan mata. Takut dengan keadaan segenting itu. Apa yang harus ku buat?? Ya, Allah.. Berikanlah aku petunjuk...
Tiba-tiba dari jauh aku terpandang cahaya memancar datangnya seperti dari sebuah kereta. Aku lantas berlari ke arah cahaya itu dengan harapan tuan empunya kereta itu mampu membantuku.
Brek kecemasan kedengaran. Aku menjerit. Aku hampir saja dilanggar oleh kereta itu disebabkan tiba-tiba aku datang ke arahnya dan memandangkan malam yang kelam. Nasibku baik kerana pemandunya berjaya membuat brek kecemasan. Aku jatuh terjelupuk di hadapan kereta itu. Bermacam-macam perasaan yang bermain. Takut, penat, cemas, terkejut semuanya ada. Kenapa semua perkara ini terjadi kepadaku? Aku takut. Takut sekali. Ingin menangis tapi aku tak mampu untuk menangis bahkan untuk bersuara sekalipun.
“Cik, cik tak apa-apa?” kata pemandu itu sambil mendapatkanku yang tidak bermaya.
“Eh, Eira. Eira, kenapa nie???” aku memandangnya. Fariez!!!
“Eira tak apa-apa?” tanya Fariez lagi sambil memegang bahuku. Tanpa berfikir dan segan aku lantas memeluknya dan ketika itulah aku baru terasa boleh mengalirkan air mata dan bercakap. Ketika berada dipelukannya aku terasa selamat untuk seketika. Aku menangis teresak-esak akhirnya.
“ Eira, kenapa nie? Apa yang terjadi?” tanya Fariez gusar.
“Tolong..tolong. Eira tak...ut,” hanya itu yang mampu ku katakan.
“Hoiiii!!!” sergah satu suara garau. Fariez memandangnya. Dan pelukanku semakin kejap. Takut.
“Lepaskan perempuan itu,” kata lelaki itu lagi.
“Kenapa? Kau nak buat apa dengan dia?” tanya Fariez.
“Itu bukan urusan kau,” katanya dengan bongkak.
Fariez bangun dan mendapatkan lelaki itu. Satu tumbukan dilepaskan ke muka Fariez. Fariez tidak mengalah. Dia membalasnya dan pergelutan berlaku. Aku hanya mampu memandang. Tidak tahu untuk berbuat apa. Kepalaku terasa pening. Akhirnya, lelaki itu melarikan diri. Fariez kemudiannya mendapatkan aku kembali. Aku memandangnya sayu. Mukanya lebam dan berdarah. Dia memapahku ke keretanya dan menghulurkan sebotol air. Aku meneguknya sedikit untuk menghilangkan ketakutanku. Tanganku menggigil.
“Eira ok?” tanya Fariez. Aku mengangguk.
“Kita ke balai buat report ye?” kata Fariez lagi.
“Jangan!!” kataku lantas memegang tangannya.
“Kenapa? Eira takut? Riez ada temankan Eira. Kalau kita tak laporkan, dia akan bertindak pada orang lain. Kita pergi ya?” pujuk Fariez.
Betul juga. Takkan aku nak biarkan orang macam tu terlepas begitu saja. Aku tak boleh pentingkan diri. Dia harus ditangkap. Kalau dia masih tidak tertangkap, jenayah akan berleluasa. Dan ramai lagi yang akan menjadi mangsanya. Aku tak perlu gentar untuk menegakkan kebenaran! Aku setuju dan kami sama-sama ke balai untuk membuat laporan. Setelah itu Fariez membawaku pulang.
“Fariez, terima kasih,” kataku. Aku terhutang budi dengan kau Fariez.
“It’s ok. Yang paling penting Eira selamat,” katanya. Aku terharu. Setelah apa yang aku lakukan ke atasnya dia masih lagi mahu menyelamatkanku. Terasa berdosa diri ini setelah apa yang pernah ku lakukan ke atas dirinya. Aku malu. Kerdil sungguh diri ini dipandangan matanya.
Dari cahaya yang samar ku terpandang darah mengalir dari dahinya. Aku lantas mengambil tisu yang berada dihadapanku lalu mengelap darah di dahinya. Tindakanku yang drastik itu mengejutkan Fariez. Begitu juga dengan diriku. Aku terdiam.
“Fariez, maafkan Eira. Sebab Eira, Riez lalui semua ini,” kataku jujur meminta kemaafan darinya.
“It’s ok. Riez tak kisah sangat pasal diri ni. Yang penting Eira selamat.” Katanya lagi.
“Eira pun nak minta maaf atas segala perbuatan Eira selama ni,” kataku lagi.
“Takpe, Riez tak pernah ambil kisah sebaliknya Riez suka,” katanya. Cuba mengembalikan semula kegembiraanku. Aku tersenyum. Yela tu suka.
“Mungkin sekarang ni bukan masa yang sesuai tapi Riez rasa nilah saja masa yang ada untuk Riez katakan perkara ni,” aku tertanya-tanya. Dia memegang tanganku. Aku tergamam.
“Sebenarnya Riez sukakan Eira sejak pertama kali Riez mengenali Eira dan sejak pertama kali Eira kenakan Riez,” terangnya. Betulkah apa yang ku dengar? Hatiku bergetar.
“Riez tahu selama ni mungkin Eira tak suka dengan kehadiran Riez di sisi Eira. Riez tak tahu nak buat apa lagi untuk mendekati Eira,” tokoknya lagi.
“Bukan macam tu. Bukan Eira tak suka dengan Riez,” aku pantas menjawab. Entah, aku tak tau perasaan sebenarku.
“Maksudnya Eira menerima Riez?” dia menunggu jawapan dari ku. Apa yang perlu ku jawab??
“Maafkan Eira. Eira tak dapat nak jawab sekarang,” sedikit kekecewaan tergambar diwajahnya. Aku keliru. Adakah aku memang sukakannya?? Cintakannya? Ataupun aku hanya menganggapnya teman? Tapi bila dia bersama gadis lain kenapa hatiku rasa tidak tenteram. Seperti ada yang membelenggu jiwa ini. Dan tadi ketika aku berada di dalam pelukannya, hatiku sungguh tenang. Selesa dan selamat. Buat seketika aku lupa yang aku berada di dalam bahaya.
“Fariez, bukan bermaksud Eira tak beri jawapan Eira menolak Riez. Tidak sama sekali. Cuma fikiran Eira buntu sekarang ni,” terangku. Ternyata jawapan yang ku berikan ini mengukir senyumanan dibibirnya. Senyuman ini yang ku suka.
“Maaflah sebab Riez memberi lagi tekanan pada Eira. Eira rehatlah dulu. Esok kita jumpa di kolej ok?” aku mengangguk dan tersenyum.
“Good night sayang,” katanya kepadaku sebelum aku masuk ke rumah. Oh, indahnya kata-kata itu.
..To Be Continue.. -
Cerpen : Dalam Benci Ada Sayang (Ep. 7)
Ep. 7
Kini sudah hampir sebulan aku menerima surat misteri dari seseorang yang tidak dikenali dan seseorang yang bernama Mr. Zack. Siapakah dia? Setahu aku, aku tak pernah lagi mengenali rakan-rakan di kolej ni bernama Zack. Kehadiran dia membuatkan diri aku sentiasa tertanya-tanya. Sentiasa di dalam persoalan. Siapakah gerangan empunya diri? Pada mulanya aku malas nak melayan surat layang yang diberikannya. Tapi lama kelamaan surat itu semakin kerap ku terima. Sharifah pula seorang yang cukup berahsia. Sedikit pun dia tidak memberitahu siapakah orang itu. Sebarang klu berkaitan surat misteri itu langsung tidak diberikan kepadaku.
Hari ini surat yang ku terima berlainan sedikit dari yang sebelum-sebelumnya. Bukan warna yang berbeza tetapi isi kandungan yang berbeza. Tiada lagi madah berhelah yang selalu digunakan. Tetapi surat yang ini memang cukup mengejutkan aku. Aku sangkakan Mr. Zack ini hanya akan hadir di dalam dunia fantasi tetapi tidak untuk kali ini. Aku keliru. Ketika aku membelek surat dari Mr. Zack tiba-tiba seseorang merampasnya. Aku terkejut.
“Eh, apa ni? Pulangkanlah,” kataku Fariez. Geramnya. Malulah aku kalau dia baca isi kandungan tu.
“Surat? Wow, aku baca boleh?” katanya sambil mengngagah surat itu kepadaku.
“Berani bacalah! Wei, Fariez! Bagilah balik!” kataku yang mula risau. Aku mengejarnya untuk mendapatkan balik surat itu.
Tiba-tiba aku terpandang sekaki payung. Aku ambil lantas memukul belakangnya. Dia mengaduh. Dan aku terus mengambilnya dari pegangan tangannya lantas kembali duduk ditempatku.
“Apa ni? Mana aci main pukul-pukul?” katanya sambil duduk di sisiku.
“Siapa suruh kau main-main dengan aku. Padan muka,” kataku selamba. Yes, dapat juga aku kenakan dia.
“Sakitlah badan ni. Tolong urutkan?” kata Fariez sambil mengusap-ngusap belakangnya.
“Itulah jahat sangat. Kau ni mesti keturunan sinchan kan?”
“Eh, taklah. Sinchan yang keturunan aku. Lagipun da lama aku tak mengusik kau. Rindu,” eei, rindu? Gelinya aku dengar.
“Kau ni suka main wayang yerk, kalau suka sangat pergilah jadi artis,” tempelakku.
“Kalau kau ada aku joinlah,” aduih, apa hal mamat ni. Menyakitkan hati sungguh. Malas nak layan.
Dari pintu kelas kelihatan kelibat Maria yang sedang menuju ke arah kami. Lagaknya seperti baru lari 100meter. Termengah-mengah.
“Kau kenapa Maria? Masuk maraton ke?” tanyaku.
“huh, aku kena kejar anjing la tadi,” kata Maria yang masih termengah-mengah.
“La, takkan dalam kolej ada anjing??” tanyaku lagi. Pelik.
“Bukanlah, masa kat luar kolej. Dekat simpang tu tadi ada anjing,” jelas Maria.
“Eh, bukan Rizal jemput kau ke hari nie?”
“Aku gaduh dengan dia malam tadi,” kata Maria mendatar. Gaduh? Ni la yang susahnya kalau bercouple. Mesti gaduh.. gaduh dan gaduh jer. Entah bila nak aman. Hidup membujang lagi best.
“Kau dapat surat lagi ke?” tanya Maria bila terlihat surat ‘Mr. Zack’ berada di atas mejaku.
“A’ah, tapi kali ni buat aku risau la,”
“Kenapa?” tanya Maria pelik.
“Dia ajak keluar,” dan tiba-tiba sahaja Maria tergelak. Uik, lawak ke?
“Oklah tu. Boleh kita tahu siapa pengantarnya,”
“Aku malaslah. Lagipun aku tak nak la jumpa dia sorang-sorang,” jelasku.
“Aku kan ada. Teringin juga nak jumpa dia. Kat mana dia nak jumpa?” tanya Maria. Amboi, beria-ia benar makcik ni.
“Dekat midvalley, hari minggu ni jam 3 petang,”
“Ok, set. Nanti pagi tu kau jemput aku ok?”
“Eh, aku belum tentu nak pergila. Kau pula yang beria-ia ni kenapa? Nak cari spare part ke?”
“Hehe.. ala jumpa jela. Aku teman kau. Jangan tak nak pula. Tau?” uiks, ni aku yang nak jumpa ke budak Maria ni yang nak jumpa? Aduih, pelik aku.
Midvalley
Mana makcik ni? Dah dekat setengah jam tunggu tak juga muncul-muncul. Aku nak jemput kata nak pergi dengan Rizal. Al maklumlah mereka berdua tu baru berbaik semula. Hari ni duduk rumah lagi elok dari jumpa orang yang aku tak berminat nak kenal. Menyusahkan betullah.
Eh, betul ke apa yang aku pandang nie?? Aku tak silap pandang ke? Betul ke mamat ni? Biar betul? Pandanganku menangkap pada sepasang pasangan yang sedang menuju ke pawagam. Sah! Aku rasa memang sah. Memang sah dia. MK!!
Ke mana je aku pergi mesti nampak mamat ni. Macam hidup ni dah tak boleh lari dari mamat bernama Tengku Fariez Shah tu. Ish, nampak dia buat aku sakit hati jer. Ah, lantaklah. Bukan dia kacau aku pun kan?? Tapi... siapa gadis yang bersama dia tu? Seksi. Up to date la girl tu. Aku tengok pun hubungan mereka mesra. Gadis tu memaut lengan MK. Tiba-tiba entah mengapa aku merasakan kejadian yang berlaku dihadapan mataku ini begitu menyakitkan. Kenapa yer? Apa dah jadi dengan aku nie? Dia bukan kacau aku pun. Lantaklah...
“Eira, sorry lambat,” sapa Maria dan disisinya Rizal yang sedang tersenyum.
“Kenapa korang lambat?” tanyaku.
“Kitorang naik lrt la tadi. Tu yang lambat. Motor Rizal buat hal,” terang Maria. Aku hanya mengangguk. Tapi dalam pada itu mataku tetap meliar mencari kelibat pasangan tadi.
“Kau pandang apa Eira?? Dari tadi aku tengok mata kau meliar jer,” tanya Rizal. Aku terkejut. Alamak, diorang perasan ke?
“A’ah la, kau pandang apa? Kau nak tengok wayang ke?” tanya Maria.
“Eh, taklah. Bukan camtu. Err... Aku tengok-tengok kalau ada cerita yang menarik kat pawagam sekarang,”selindungku.
“Ye ke nie?” usik Maria.
“Iyelah. Eh, mana mamat Zack ni? Jomlah kita pergi minum dulu. Aku hauslah,” dalihku. Aku segera menarik Maria untuk minum di food court. Nasib baik mereka tak tanya lagi.
Jam menunjukkan hampir jam 3 petang. Tapi kelibat Mr. Zack masih tidak diketahui. Mataku meliar. Kalau-kalau aku ternampak rakan sekolejku. Sekurang-kurangnya dapat juga ku meneka mereka. Nampaknya seorang pun tidak ku kenali. Tiba-tiba....
“Assalamualaikum...” sapa suatu suara. Kami bertiga memandang. Inikah....
“Waalaikumsalam. Mr. Zack?”tanyaku.
“Ye, saya Zackwan. Salam perkenalan,” kami berjabat tangan. Zackwan aku persilakan duduk dihadapanku bersebelahan Rizal.
“La, kau rupanya Zackwan. Aku ingat siapalah peminat misteri si Eira ni,” kata Rizal sambil menepuk bahu Zackwan. Aku macam pernah tengok je Zackwan ni. Kat mana yer?
“Korang satu kelas ke??” tanya aku.
“Taklah. Tapi aku kenal si Zack ni. Takkan korang tak kenal. Dia kan pemain bola sepak kolej kita. Ayam tambatan,” jelas Rizal. Owh, patutlah macam kenal. Ai, dalam ramai-ramai pelajar kolej tu macamanalah dia boleh minat aku. Aku bukan sepopular dia pun.
“Wa, untung kau dapat kenal dia Eira. Bukan saja pandai main bola tapi berjiwa romantik,” ish, apa ni Maria. Memalukan aku je. Macam aku terhegeh-hegeh la pula. Aku menyiku Maria.
“Maafkan saya Eira sebab tak berterus terang dengan awak dari awal lagi,” terang Zackwan.
“It’s ok. Takde hal la. Anyway, thanks for all your card,” kataku sambil tersenyum.
“Ehem-ehem.. Hai,” tegur satu suara lagi. Aku rasa aku kenal benar suara yang satu ni. Aku berpaling.. oh, tidak!
“Kalau iye pun tutup la mulut tu,” kata Fariez yang melihatku terlopong. Macamana dia boleh terperasan kitorang kat sini?
“Eh, Fariez. Kau buat apa kat sini? Hari ni semua macam berjanji jer,” tanya Maria.
“Kitorang ingat nak tengok movie. Tapi semua fully booked la. Boleh kitorang join korang?”tanya Fariez. Nak join? Oh, please...
“Silakan. Lagi ramai lagi bagus,” kata Zackwan.
“Aku Fariez dan yang ni Julia,” kata Fariez sambil bersalaman dengan Zackwan. Sempat lagi dia menjeling aku dengan senyuman sinisnya. Nak buat hal lagi ke mamat ni? Kami memperkenalkan diri dan berjabat tangan dengan Julia.
“Lepas ni korang nak ke mana?” tanya Fariez.
“Apa lagi jalan-jalan la. Kita kasilah chance Zack dengan Eira kenal dengan lebih rapat,” uiks, kena lagi aku. Maria ni memang nak kena. Aku menyiku untuk yang kedua kalinya. Aku terperasan Fariez sedang memandangku.
“Eira, kau nak dating dengan Zack yer?” tanya Fariez memandangku tepat. Kenapa? Tak percaya? Kau ingat takde orang minat aku ke??
“Yela, aku nak juga kenal dengan si pengirim surat aku ni. Dah jumpa dia takkan nak berkepit dengan kau pula,” kataku sinis. Julia dan Zack terpinga-pinga.
“Korang berdua jangan cepat melatah. Mereka ni memang suka berbalah,” terang Maria.
“Oklah, kitorang gerak dulu la. Nak dating jap,” kata aku lantas mengajak Zack mengikutiku.
Makin lama aku duduk situ hatiku makin geram dan sakit. Tapi entah kenapa aku tak boleh tengok dia bersama gadis tu. Kenapa dengan aku nie?
..Continue.. -
Cerpen : Dalam Benci Ada Sayang (Ep. 6)
Ep.6
Sudah dua minggu Fariez tidak datang ke kolej sejak berlakunya insiden itu. Dengar kata kawan-kawan yang melawat Fariez, keadaan dirinya teruk seperti orang yang mengalami kemalangan jalan raya. Betul ke? Bila aku terdengar desas-desus begitu perasaan bersalahku semakin berleluasa. Kalau tidak kerana aku menolaknya dengan kuat, perkara macam ini tidak akan berlaku. Tapi kalau dia tak buat aku macam tu, aku takkan menolak dia dengan sekuat hatiku. Aku buntu. Hendak melawatnya hati ini, diri ini dan perasaan ini rasa takut, segan dan berbagai lagi rasa yang ada. Tapi mahu tak mahu aku memang kena datang untuk meminta maaf dan yang paling penting barang-barang camping dia termasuk beg pakaian masih ada lagi dengan aku. Mereka beranggapan aku dengan Fariez memiliki hubungan yang ‘istimewa’ lalu menyerahkan tanggungjawab memulangkan barang itu kepadaku bulat-bulat tanpa meminta persetujuan dari ku.
Huuhh~ Tanpa sedar aku mengeluh dalam diam.
“Kenapa ni Eira? Macam ada masalah je,” tanya Maria yang melihatku seperti orang ada masalah besar dari awal pagi tadi.
“Takde apa-apalah,” kataku sambil menyedut minumannya yang berbaki.
“Takkan dengan kawan pun nak berahsia?”
“Aku tak tau macamana nak pulangkan barang MK tu,” jelas aku akhirnya.
“La, patutlah dari pagi tadi aku tengok muka kau ni macam betik busuk je rupanya risaukan hal tu. Apa yang nak dirisaukan, kau hantar je ke rumah dia habis cerita. Bukan kau tak tau pun rumah dia,” bebel Maria. Ada ke kata muka aku macam betik busuk. Apa punya kawanlah.
“Aku takut la nak datang rumah dia, takut tak dialukan,” keluhku.
“Ala, jangan risaulah. Kau lah orang yang sentiasa dia alu-alukan tau. Lagi-lagi dah 2 minggu tak bertemu. Mesti rindu si abang sayang tu,” usik Maria.
“Amboi-amboi, ini dah lebih. Karang ada orang makan pinggan hari ni,” kataku dengan nada geram. Ada hati nak kenakan aku.
“Relax la. Aku saja je nak cheer up kau. Kau ni sejak dua menjak dia takde monyok je aku tengok. Rindukan dia ye?” tanya Maria mencungkil rahsia.
“Rindu?? Ei, tolong sikit. Setakat MK tu baik aku mimpi pakwe kau. Ok juga,” usikku. Maria mencubit lenganku.
“Jangan mengada-ngada nak mimpi pakwe aku tu. Aku cubit baru tau,” kata Maria memberi amaran. Aku tergelak.
“Eleh, da cubit baru nak cakap cubit. Apalah kau ni. Tengok aku baru usik kau, dah melenting. Lain kali jangan usik aku. Kalau tak..... oh, Rizal,” usikku lagi. Maria menjerit kecil dan mencebik. Alahai, takkanlah aku nak sakitkan perasaan kawan aku. Tidak sama sekali!
Setelah selesai makan kami menyusun langkah ke tempat letak kereta. Kelas untuk petang ini terpaksa dibatalkan kerana lecturer kurang sihat. Ketika aku dan Maria melangkah menuju ke kereta, kami telah didatangi oleh seorang penuntut dikolej itu.
“Hai, Eira! Hai, Maria. Dah nak balik ke?” tanya Sharifah.
“Yup. Mau pergi mana lagi. Baliklah, karang ibuku yang tercinta tu risau,” kataku.
“Kau nak tumpang ke?” tanya Maria. Uiks, macam dia tuan punya kereta la pula.
“Eh, taklah. Aku belum nak balik lagi la. Nak dating dulu. Cuma aku ada pesanan untuk Eira,” kata Sharifah lalu memberikan sepucuk surat kepada aku. Surat bertukar tangan. Aku pelik.
“Siapa yang beri?” tanyaku. Aik, takde angin takde ribut tiba-tiba terima surat layang.
“Maaflah, aku tak dapat nak beritahu. Ok, aku pergi dulu,” kata Sharifah lalu beredar. Sapa yang beri ni? Lantaklah, janji aku tak kacau orang.
“Wa, kawan aku ni ada admirer,” kata Maria mengusik.
“Admirer? Siapalah aku ni. Takde orang nak orang macam aku ni,” kataku merendah diri. Siapalah yang nak berutus-utus surat dengan aku. Admirer?? Eii, tak sesuai langsung. Apalah main-main surat. Zaman dah canggih la. Jiwa-jiwa betul orang ni.
“Ala, kau tu ramai orang yang nak kau je tak mahu. Cepatlah buka Eira. Aku tak sabar nie,” gesa Maria. Eh-eh, minah ni pulak yang terlebih excited. Aku lantas membukanya.
Dikau teristimewa Syazmira,
Adakah hatimu sudah dimiliki? Izinkan daku bertamu dihatimu...
Kerna tiap langkahmu menjadi igauan hatiku.... Hanya dikau
suri yang bertakhta dihati....
Mr. Zack
Alahai, berjiwang-jiwang la pula. Siapa ni yang nak permainkan aku? Geli aku nak membacanya. Takde masa nak layan mat jiwa-jiwa ni..
“Wah, bestnya! Kau ada peminat. Mr. Zack,” Kata Maria.
“Entah sapalah yang nak perdajalkan aku kali ni,” kataku.
“Eh, tak baik tau buruk sangka. Dia ikhlas tu suka kat kau. Terima jelah. Lagipun kau bukan ada siapa-siapa kan? Melainkan...” kata-kata Maria terhenti di situ.
“Melainkan apa?”
“Melainkan kau tunggu si abang Fariez kau tulah,” kata Maria sambil tersengih.
“Ha! Dia!? MK tu? Haha... Very funny. Malaslah aku nak layan benda ni. Balik rumah lagi best. Jom balik,” putusku. Maria tersengih sambil mengelengkan kepala. Tidak paham dengan soal hati dan perasaan Eira. Dia nak tunggu siapa lagi? Putera kayangan ke??
Aku menghempaskan tubuh di tilamku yang empuk. Sedapnya. Setelah penat seharian dikolej bila baring dikatil rasa macam nak terlena. Aku terpandang beg milik Fariez disatu sudut. Bila terpandangkan beg itu kepalaku rasa berserabut. Aku bangun mendapatkan beg itu dan kembali ke katil.
Ku belek-belek beg Fariez. Berat. Banyak juga barang yang dibawa. Macam bawa batu je. Nasib baik hari tu bukan aku yang punggah beg dia. Kalau tak mau sakit bahu seminggu pun tak baik-baik. Bila aku nak hantar beg dia? Macamana eksperasi dia bila aku melawatnya nanti? Apa aku nak cakap dengan dia? Dia nak jumpa aku ke? Macam-macam persoalan yang bermain dibenakku. Makin difikirkan rasanya makin buntu mindaku ini.
Aku mengangkat kembali beg itu untuk diletakkan ditempat asalnya. Tiba-tiba sesuatu terjatuh. Ku pandang. La, handphone dia rupanya. Nasib baik jatuh atas tilam kalau jatuh ke lantai berkecai. Tak pasal-pasal bertambah lagi satu masalah. Aku menghidupkan telefon yang dimatikan untuk membuat pemeriksaan. Manalah tau masa memunggah beg hari tu, mereka terhentak atau letak dengan kasar. Lagi-lagi aku. Hari tu je aku balik terus hempaskan beg ni ke sudut. Selepas dihidupkan handphone itu berbunyi. Aku terkejut.
Alamak, nak jawab ke tak ni? Macamana ni? Setelah agak lama telefon berdering aku memutuskan untuk menjawab.
“Wei, bro! Ke mana kau menghilang? Lama aku cari kau tau tak?” kata suara dihujung sana.
“Err.. Hello,”
“Eh, sapa ni? Ni bukan nombor Fariez ke?”
“Ni nombor dia tapi handset dia ada pada saya. Ada pesanan?” kataku sopan.
“Owh, girl dia. Beritahu dia minggu depan jumpa tempat biasa,”
Klik. Talian diputuskan.
Girl dia? Hehe.. Buat aku tergelak ajelah. Dah la tak beri salam main terjah jer. Em.. Memang patutlah. Sekepala dengan MK tu. Memang sesuai berkawan.
Rumah Tengku Fariez Shah
Aku berdiri memandang rumah yang tersergam indah dihadapanku. Memang besar dan indah. Hatiku masih ragu-ragu sama ada ingin masuk atau pulang semula. Ataupun campakkan beg ni dari luar dan lari. Tapi macam kurang ajar pula. Kalau ibu tau mesti dia bising. Ku tarik nafas sedalam-dalamnya dan mengatur langkah menuju ke rumahnya. Aku memberi salam dan kemudiannya di sambut oleh pembantu rumah tersebut, Makcik Zainab. Makcik Zainab meninggalkan aku dihadapan bilik Fariez. Sebelum pintu ku ketuk aku menarik nafas lagi.
“Masukla,” aku lantas masuk. Oh-owh, dia tak berbaju. Alamak malunya aku. Tak pasal-pasal terpandang dadanya yang bidang. Aku lantas membelakangkan Fariez yang sedang berbaring di atas katil sambil membelek majalah. Aku menarik nafas. Bisa tergoda aku. Oh, tidak!
“Kenapa pandang pintu? Kau nak melawat aku atau kau nak melawat pintu?” katanya selamba.
“Kau pakailah baju dulu,”
“kau tak nampak ke tangan aku ni. Macamana aku nak pakai baju melainkan kau tolong aku pakaikan,” kerana terkejut dan geram dengan kata-katanya aku berpaling dan berkata.
“What!! Aku ni tetamu. Dah sakit-sakit pun masih nak kenakan aku lagi?” Alamak, aku lupa dia tak pakai baju lagi. Aku segera memusingkan tubuhku kembali.
“Sekarang ni cuba cakap sapa yang menyebabkan aku jadi macam nie?” ish, tengok tu. Ambil kesempatan lagi.
“Aku tau silap aku. Aku datang nak minta maaf,”
“Maaf je tak cukup. Cepatlah pakaikan baju. Takkan kau nak pandang dinding je. Kau tak rindu ke tengok muka aku yang hensem nie?” hensem? Uwek, perasan.
“Cepatlah,” gesa Fariez. Aku merengus. Geramnya aku.
Nak tak nak terpaksa jugalah aku menyarungkan kemeja ke tubuhnya. Kalau tak selagi tu aku tak dapat kemaafan darinya. Terkedip-kedip mataku untuk menahan pandanganku dari menyinggah ke dadanya yang bidang itu. Siap.
“Melawat orang tak baik muka masam mencuka tau,” kata Fariez yang tersengih-sengih. Sukalah tu. Nak aje aku cekik-cekik si MK ni. Aku mengukir senyuman. Tapi kerana terpaksa. Puas hati?
“Aku datang nak pulangkan beg ni. Aku nak minta maaf pasal kejadian hari tu,” kataku. Malas nak bertelagah. Baik uruskan tujuan asal aku ke rumah ni.
“Maaf?? Erm... Aku kena fikirkan dulu,” katanya. Geramnya aku. Aku datang minta maaf dah kira baik tapi dia ni nak buat hal pula.
“Kauuu.....” aku mengetap bibir. Geram yang amat sangat.
Belum sempat aku meneruskan kata, makcik Zainab masuk ke bilik bersama-sama makanan tengahari. Untuk Fariez katanya dan berlalu keluar. Lagak macam anak raja je. Makan atas katil.
“Oklah, anak raja nak makan yer. Aku balik dulu,” kataku.
“Eh, nantilah dulu. Kau kata nak aku maafkan kau kan?” aik? Dia da tukar fikiran ke?? Ha, tau pun takut.
“Kau nak maafkan aku ke?” tanyaku seperti tak percaya.
“Aku boleh maafkan kau tapi dengan syarat,” Hah, nak bersyarat-syarat pula. Dia ni.. Sakitnya hati aku.
“Kau kena suapkan aku makan dulu. Boleh?” dia tersenyum.
“Apa?!! Ish, kau ni memang dah lebih. Aku datang sini nak minta maaf bukan nak jadi dayang kau,”
“Bolehla. Tangan kanan aku patah. Ni kaki aku pun berbalut tau. Retak. Takkan kau tak kesian kat aku,” alahai, minta simpati la pula. Ni yang buat aku lemah ni. Aku menarik nafas.
“Yela-yela. Lepas aku buat ni kira silap aku settle ok?” kataku sambil duduk disisinya.
Bukan main gembira aku tengok si Mk ni. Tersenyum lebar. Aku menyuapkan bubur nasi satu persatu sehingga licin. Sungguh berselera dia makan. Dia ni sakit ke tak sakit. Tapi dalam pada tu kesianku tumpah di situ. Kerana aku dia jadi begini. Aku ingatkan tangannya saja yang sakit rupa-rupanya kakinya juga turut mengalami kecederaan. Setelah siap memberi makan kepada ‘baby besar’ itu aku lantas meminta diri. Sebelum pulang sempat lagi aku berjumpa dengan makcik Zainab.
“Habis Fariez makan? Macam tak percaya jer,” kata makcik Zainab. Uik, tak percaya. Percaya la makcik. Tu pun dia minta tambah lagi tadi.
“Kenapa makcik? Selalu tak habis ke?” kataku saja mengorek rahsia.
“Aah, dia tu jarang makan. Kadang-kadang tak makan pun bila makcik hidangkan. Ada kamu tadi mestilah dia gembira,” aku hanya tersenyum mendengar kata-kata makcik Zainab. A’ah makcik. Dia memang seronok dan gembira berjumpa aku ni. Gembira sebab dapat kenakan aku memanglah best. Kataku di dalam hati.
..To Be Continue... -
Cerpen : Dalam Benci Ada Sayang (Ep. 5)
Ep. 5
Aku masih duduk dikhemahku. Keseorangan. Rakan-rakan yang lain sedang menjamu selera. Hatiku masih panas dengan kejadian tadi. Aku benci dia. Dia memang sengaja mengenakan aku dan mengambil kesempatan. Kalau aku tau berenang benda ni takkan terjadi. Macamana dia boleh berada di situ?? Dia selalu meninggalkan persoalan dalam diri aku nie.
Di hadapan aku terlihat satu kelibat sedang menuju ke arahku. Aku tidak dapat mengecam siapakah empunya diri memandangkan keadaan yang gelap. Setelah dia begitu hampir denganku barulah aku pasti bahawa musuhku yang berada dihadapanku kini. Dengan selamba dia terus melabuhkan diri di sisiku. Aku menjauhkan jarak dengan dirinya.
“Kenapa tak nak makan?” tanya lembut.
“Sukalah. Kenapa kau peduli?” kataku dalam nada marah.
“Marah lagi ke sayang?” dia tersenyum. Apa yang disenyumkan tak tau la aku.
“Memang aku marah,” kataku merengus.
“Kira bernasib baik tau aku selamatkan kau. Kenapa mesti marah?”
“Kau mengambil kesempatan ke atas aku,”
“Ambil kesempatan? Bila?” aku hanya mendiamkan diri. Malas nak melayan dirinya.
“Bila aku ambil kesempatan? Tadi aku cuma selamatkan kau. Lagipun kau yang peluk aku kan?” katanya lagi. Eeii.. geramnya aku.
“Yang kau tiba-tiba ada kat situ kenapa?” dia hanya tersenyum. Tidak menjawab. Hatiku panas. Aku bangun.
“Nak ke mana tu?” tanya Fariez.
“Tak hingin aku nak berdua-duaan dengan kau. Nanti kau kata aku ambil kesempatan,” aku terus berlalu mendapatkan rakan-rakan yang lain.
Burung Hantu
Sekarang tepat jam 3 pagi. Aktiviti kami seterusnya adalah aktiviti burung hantu. Kami akan dilepaskan secara berpasang-pasangan untuk menentang kepekatan arus malam. Kami diberi pilihan untuk memilih pasangan masing-masing. Dan malangnya Maria sudah pun memilih Rizal. Aku terpaksa memilih pasangan. Ketika aku sedang mencari pasangan seseorang menarikku. La, MK lagi.
“Apa tarik-tarik nie? Tak malu ke?” kataku sambil melepaskan pegangan tangannya dilenganku.
“Kau dengan aku. Kau tu bukan tau jaga diri pun,” katanya seperti memberi arahan. Eira geram. Dia ni kenapa? Apa masalah dia sebenarnya? Belum sempat Eira nak berlalu Fariez memegang tangannya erat.
“Hei, apa nie? Lepaslah,” tegasku sambil meronta-ronta.
“Jangan meronta nanti tangan sakit,” katanya selamba.
“Ok, semua sudah ada pasangan masing-masing kan? Sapa yang takde pasangan sila beritahu,” kata Muiz, fasilitator kami. Belum sempat aku bersuara semua sebulat suara berkata sudah memiliki pasangan sendiri. Aku geram. Buntu. Sakit hati dengan tindakan Fariez yang suka hati buat aku macam ni.
“Lepaslah. Takkan kau nak pegang tangan aku je. Tau lah tangan aku lembut,” sindirku.
“Tulah, tangan kau dengan aku macam ada magnet jerk,” geramnya. Pandai je dia nak balas. Aku merentap tangannya dan terus memeluk tubuh.
Kami dilepaskan setiap 5 minit. Kami perlu mencari jalan untuk keluar dari hutan tersebut iaitu semua perlu berkumpul di jalan raya. Sampai giliran aku dan dia dilepaskan. kami meneruskan perjalanan kami. Aku hanya mengikutinya dari belakang jauh hampir sedepa. Aku dan dia hanya diam membisu mencari jalan. Aku rasa tiada mood untuk mengikuti aktiviti ini pada ketika ini disebabkan oleh budak MK yang suka menyusahkan hidup aku. Hampir sepuluh minit aku mengikutinya.
“Cepatlah sikit cik kak, karang awak tertinggal susah pulak saya,” Uik, bila masa pulak bersaya berawak ni? Uwek, nak muntah aku.
“Aku belum rabun lagi lah. Aku nampak kau lagi,” kataku. Bila lah nak sampai ni. Bosan betul.
Fariez memberhentikan langkahnya. Aku turut terhenti. Kenapa berhenti?? Sesat ke? Dia memusingkan tubuhnya dan berjalan ke arahku. Berdiri di hadapanku tepat dan memandangku. Aku terpaku. Kenapa dengan dia? Kena sampuk ke? Dia hanya diam berdiri dihadapanku. Aku tidak keruan. Tolong.....
“Kenapa kau tak suka aku?” La, kau nak tanya tu rupanya. Buat cuak jer.
“Ada aku kata aku tak suka kau ke?” jawabku selamba.
“Jadi kau suka aku la nie?” katanya. Dalam kepekatan malam tu ternampak senyumannya. Entah kenapa aku dapat rasakan keindahan senyumannya. Eh, kenapa dengan aku ni??
“Suka kau??? Aku de kata eh? Tak perasan la plak,” kataku sambil mengalihkan pandanganku.
“Kau ni degil kan?? Tapi aku suka,” lalu merapatkan jarak antara kami. Aku gelisah. Dia nak buat apa?
Benakku terpikir. Sebelum dia berbuat apa-apa terhadapku baik aku selamatkan diri. Dengan segenap tenaga yang ada aku menolaknya. Dan dia tersadung akar yang berada dibelakangnya lalu jatuh. Harapanku agar dia hanya jatuh terduduk ternyata meleset. Dia terjatuh di curam. Ketika itu aku lupa yang kami berada di atas bukit walaupun bukit itu tidak terlalu tinggi tapi Fariez jatuh terguling-guling. Cukup menyakitkan bila jatuh ke bawah. Dia meraung. Aku segera mendapatkannya.
“Eh, kau ok tak nie?” tanyaku cemas.
“Aduh...”hanya itu yang mampu ku dengar. Apa nak buat nie? Aku menjerit-jerit meminta pertolongan. Nasib kami baik kerana kumpulan dibelakang kami tidak jauh daripada tempat kami. Sementara mereka membantu Fariez aku segera berlari mendapatkan fasilitator di tapak perkhemahan...
Aku dan Fariez tidak dapat meneruskan aktiviti kami pada pagi tadi kerana Fariez dikejarkan ke hospital. Kemungkinan tangannya patah. Itu yang aku dengar dari fasilitator kami. Aku rasa bersalah. Tapi nak buat macamana nasi sudah pun menjadi bubur. Lagipun aku takut kalalu dia apa-apakan aku saja.
“Eira, macamana boleh jadi macam tu?” tanya Rizal sambil duduk dihadapanku bersebelahan Maria.
“Silap aku. Aku tertolak dia,”kataku jujur. Mesti diorang semua salahkan aku. Tapi dengan mereka ni je aku dapat menceritakan keadaan sebenar.
“Macamana boleh jadi gitu?” tanya Maria pula.
“Abis dia cari pasal dengan aku. Lagipun aku tak expect dia akan jatuh seteruk itu,”
“Eira, Eira. Korang berdua ni sempat lagi bergurau senda.” Kata Rizal sambil mengelengkan kepala.
“Kitorang bukan bergurau senda. Dia tu suka sangat mengenakan aku. Geram tau tak?” luahku.
“Macamana aku nak menjawab dengan family dia nanti. Macamana aku nak berhadapan dengan dia?” inilah yang ku risaukan sebenarnya.
“Kau jangan risau. Aku rasa dia takde apa-apalah tu. Nanti dia da ok kau apologise je la,” kata Maria.
“Dah, jangan pikir lagi. Jomlah kita sarapan. Jap lagi dah nak kemas-kemas,” kata Rizal mematikan perbualan pagi itu.
Aku akur. Tapi dalam pada itu aku tetap rasa bersalah dan risau. Macamanalah agaknya Fariez di sana?? Janganlah dia apa-apa. Nyawa orang tu. Kalau tangan dia kena potong macamana? Jadi Fariez kudung. Oh, tidak aku tak sanggup nak menahan rasa bersalah tu seumur hidup. Tidak!!
..Bersambung..
Please wait...