fantagieruo
Trust female - 29 years, mane2 aje..bumi tuhan, Malaysia
Blog 23
-
~ banjir ~
ermmmm....2 3 hari nie ujan jer....
bangkit pg td cam biase la nk pegi keje....
pastu akak datang...bg th jambatan pok ngoh naik air.......
alamak...camner nie...keje banyak nk kene settle....duk pikir pikir nak keje separuh hari jer...
pastu ikut laluan alternatif...bukan laluan biase...jauh sikit...kene lalu jalan utama kuale ganu-kuantan....
kat medan selere kijal tuuu...air dah melintas jalan...cube gak redah...moge2 kete buruk aku tak kong...
dalam hati,dalam kepale duk pikir pikir duk ingat ingat..sampai opis jer nak jumpe boss nak mintak balik...nak angkut sumer keje yang perlu tu wat balik kat umah...
lambat la sampai opis...pukul 9 lebey...tp takper...janji akau masuk opis..tunjuk muker aku yang comel nie kat boss...ckp ngn boss nk balik sebab air da makin tinggi..taku kete aku kong lagi...( banjir sebelum raye aji tu kete aku da wat hal...kong tengah jalan...sebab tu takut....)
waaaa...tak sangke betul...boss aku bagi izin aku balik....aku pun cabut laa...lam pukul 10 aku keluar dari opis,lepas aku angkut fail fail masuk dalam kete....
tapi aku tersangkut dalam jem laa...satu jam...lenguh kepale lutut aku nie duk tekan kelassss....
betul la jangkean aku...air kat medan selere tu makin tinggi makin naik laaa.....aku cube gak gagah kan diri aku nie untuk meredah air tuuu...yessss...selamat..al-hamdulillah...kete aku ok lagi...
pukul 11.30++ aku sampai umah....
tp lam umah aku pun air masuk dr bawah lantai simen...air mate air daaaa.....kene cedok kerap kerap...kalo tak air tu merebak ke segenap rumah....
cik shima :....baru lepas cedok air....keje yang angkut dari opis belum terusik pun...
-
~ sELaGi aDa ~
Selagi Ada Bulan Mentari
Selagi Ada Berkasihani
Selagi Ada Bulan Dan Bintang
Selagi Ada Berkasih Sayang
Selagi Ada Ombak Dan Laut
Selagi Hatiku Terpaut
Selagi Ada Turunnya Hujan
Selagi Ada Rahmat Tuhan
Selagi Ada Langit Dan Bumi
Selagi Cintaku Bersemi
co
Selagi Ada Waktu
Selagi Ada Rindu
Biar Beribu Batu
Ingin Aku Bertemu
Oh Kasih (Oh Kasih)
Damailah (Damailah)
Engkau Disana
Ku Berdoa (Ku Berdoa)
Pada Tuhan (Pada Tuhan)
Agar Kau Bahagia
Lagu: Pak Long
Lirik: Pak Long -
~Kekasih Gelapku~
Kumencintaimu lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tau
Kumencintaimu sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku
Ku tahu ku takkan selalu ada untukmu
Disaat engkau merindukan diriku
Kutahu ku takkan bisa memberikanmu
Waktu yang panjang dalam hidupku
Yakinlah bahwa engkau adalah cintaku
Yang kucari s’lama ini dalam hidupku
Dan hanya padamu kuberikan sisa cintaku
Yang panjang dalam hidupku
Haaa hidupku haaa
Kumencintaimu lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tau
Kumencintaimu sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku
Hoo ooo
Woooww
Kumencintaimu sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku
Mencintaimu lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tau
Kumencintaimu sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku
Kekasih gelapku…
Huuu huu
~saje je aku nie....~ -
~ Fadhilat Seorang Wanita ~
1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk
daripada 1,000 lelakiyang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih
baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya
daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala
daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang
ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala
jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang
tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan
mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang
dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang
akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan
berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab
rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat
dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda
yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari
kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh
Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati
anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan
"bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa
keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan
bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan
mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada
suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga
dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada
siang hari.
16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada
malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun
solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya
Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas
bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan
mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh
(2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan
khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya
yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun
solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan
mendapat pahala 7tola emas dan jika wanita memicit
suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meniggal dun ia dengan keredhaan
suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan
mendapat pahala80 tahun ibadat.
Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk
menjejak Syurga.
Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup
dalam kejahilan?
Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga
sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat
hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang
belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada
kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika
ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka ..
Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab
dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.
Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa
pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa
Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?
Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam
mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman,
bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang
tumpul.
Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang
memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua,
dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup.
Lepas tu di kapak-kapak kankepala kita macam
tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan,
kaki, badan,etc...
Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan;
Januari 1992.
Hadis nabi mengenai wanita.
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut,
jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan
doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
Nilai Seorang wanita solehah
Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang
menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah -
mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan
memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam
dalam erti kata yang sebenarnya.
Insya - ALLAH.
"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat
jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik
dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur,
lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar
dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan
menzalimi suaminya".
Ath-Thabrani.
"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya
bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan
baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia
menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat
kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan
jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap
juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya
tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta
suaminya".
Ibnu-majah.
"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa
yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa
kehancuran, jangan kamu kahwini wanita ker ana hartanya
kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada
kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya,
seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama
sesungguhnya lebih baik"
sumber : emel daripada seorang rakan -
Nasihat Imam Syafie mencari sahabat
TEMAN ketawa memang mudah dicari, tetapi teman menangis tiada siapa yang sudi. Memang benar sukar mencari erti persahabatan sejati. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.Dalam hal ini, Imam al-Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.
Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.
Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.
Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.
Mencari sahabat pada waktu susah.
Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.
Jika suka melanda, aku sering bertanya: "Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?"Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun apabila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.
Pasang surut persahabatan.
Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.
Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.
Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.
Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.
Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.
Apabila tidak ketemu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.
sumber : emel dr seorang rakan yg sentiase dihati.... -
empat golongan lelaki yang ditarik oleh perempuan ke neraka
Pertama:- Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
Kedua:- Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.
Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
Keempat:- Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami /abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap,firman ALLAH S.W.T.:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA,DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda.Kesiankan lah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..
Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.semua kaum muslim masuk syurga.....janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.
SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA HISAB.
sumber : emel dr seorang rakan -
~sekadar untuk pedoman~
Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya tersenyum... si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya..
Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya. .telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan... satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya...si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang... si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu...si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anak terkesima... sungguh.. .bukan itu yg kuhajatkan.. .dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya....
Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan. ..amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak.. . ayah sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya. ..sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak...katanya keras...al-quran itu dihempaskan ke atas meja bacaan...si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesa'at utk si ayah bersuara...pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya. ...
10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta...punyai syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...cukup membahagiakan. ..namun hatinya tersentuh... Sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...sedang dia berkira2 hari...telefonnya berdering... dari peguam ayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta...Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...
Memerhati kanbanglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaannya... al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...perlahan2 langkahnya menuju ke situ .......mengambil al-quran itu..membelek2- nya dengan penuh keharuan...tiba- tiba...jatuh sesuatu dari al-quran itu...segugus kunci...di muka belakang al-quran itu...sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu... Kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya-tanya. ..nyata sekali...di dalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya... dibeli pada hari konvokesyennya.
Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah... sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku. ...
Air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang.. .namun semuanya sudah terlambat...Sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati....
wallahu'alam
sumber : emel dr seorang rakan -
~ hari ini dalam sejarah ~
10102001-10102009.....al-fatihah
ameen...
8 tahun telah berlalu...semue masih segar diingatan... -
bengongggg
bengong...
aku rase nok mencarut je sini...
setangg....
b**i....
bodoo
aku susoh payoh wat kije...kate aku dok wat plok...susoh payoh aku keluo masuk pejabat tnb tuuu..suke2 kate aku gi jalan...
aku punye la kejo nok masuk borang..aku tahu dorang nok bekalan cepat tp doh dorang bagi dokumen dok lengkapp...camner aku nok wat kije...dorang bagi aku dokumen name lain..nok submit name lain...mane boleyyy....
ok..ok...ok...aku wat jugok borang nie...aku akan submit jugok borang ni hari nie...tp lps ni mmg kompom kene rijek...tp aku takmo ejas...bia padan muke...
waaaaaaaaa.....aku rase nok nangis jer nih...... -
kembali rutin....
Petang nie...aku balik kerje...errrrmmm...umah aku kembali seperti sedia kale...
Tiade lagi riuh rendah gelak ketawe adik2 aku..diorang dah kembali ke perantauan..setelah pulang ke kampung untuk menyambut hari rayer bersame keluarge...sorang mencari rezeki kat shah alam...adik lelaki aku la tuu...petang semalam dia balik..singgah kat opis aku kejap..emmpphhh..mintak duit ngn aku rupenyer....sorang lagi menimbe ilmu kat sarawak...adik bongsu aku...pagi tadi aku anto dia nek bas ekspress..fligh dia pukol 7 malam....dah sampai sarawak agaknyer nih...
Aku...?aku masih di sini...setia ngn umah aku nie...jadi bibik abang2 aku..jadi supir family aku...berperang ngn anak buahku yang lasaknyer melampau lampau...tapi aku suker...RUMAHKU SYURGAKU....tak pernah ku bosan ngn umahku ini...