Continue to Netlog

more seconds
diklaila_93's profile page

diklaila_93

female - 21 years
431 visitors

Blog / PENGAJIAN AM KERTAS 2 ~TEKNOLOGI NUKLEAR~

Tuesday, 3 January 2012 at 07:24

PENDAHULUAN
-Tenaga nuklear, kadangkala disebut tenaga atom, ialah sejenis tenaga yang "mengikat"nukleus sesebuah atom.
-Tenaga ini boleh dibebaskan melalui tindakbalas nuklear seperti pereputan radioaktif serta pembelahan atau pelakuran nuklear.
-Selain itu, ia juga merujuk kepada teknologi atau industri tenaga nuklear yang membolehkan penjanaan tenaga sekunder sepertitenaga elektrik.
- Teknologi penggunaan sumber tenaga nuklear sudah tidak asing lagi.Antara negara yang mempunyai reaktor nuklear adalah Amerika Syarikat, Jepun, Iran, Perancis dan lain-lain.
- Ia juga digunakan dengan meluas dan negara maju seperti Korea Selatan, sejak beberapa tahun lalu dilaporkan sudah mempunyai 20 reaktor nuklear dan hampir 40 peratus bekalan elektrik disumbangkan oleh sektor berkenaan.
- Kepentingan nuklear kepada sesebuah negara sebagai sumber tenaga sebenarnya tidak dapat dipertikaikan, apatah lagi sumber bahan api seperti minyak, gas dan arang batu akan berakhir suatu masa nanti.

ISI
(KEBAIKAN/MANFAAT)

1-Menjana tenaga elektrik
-Permintaan yang tinggi terhadap tenaga elektrik telah menyebabkan banyak negara-negara maju memberi perhatian terhadap tenaga nuklear kerana ianya mampu menjana tenaga eleterik lebih daripada penjanaan daripada pembakaran arang batu.
- Jantung sebuah stesen kuasa nuklear terletak pada reaktornya.
-Berlaku satu tindak balas pembelahan nuklear terkawal yang menghasilkan banyak haba.
-Haba ini dibawa jauh oleh satu bahan pendingin yang beredar melalui teras reaktor dan digunakan untuk menjana stim dan kemudian memacu turbin untuk menjana tenaga elektrik.
-Kuasa nuklear menghasilkan 15 peratus kuasa elektrik yang dijanakan di dunia.
-Pada sesetengah negara, reaktor penyelidik hanya menyediakan sedikit sumbangan pada bekalan elektrik.
-Pada negara lain pula, kuasa nuklear adalah sumber tenaga elektrik yang utama.
-Pada stesen kuasa elektrik, satu tan uranium yang digunakan sebagai bahan api untuk reaktor nuklear, menghasilkan sama banyak tenaga dengan 20,000 tan arang batu yang dibakar.

2-Bidang perubatan
- Teknologi nuklear sudah digunakan dengan meluas di hospital seperti Magnetic Resonance Imaging (MRI) yang menggunakan sumber tenaga nuklear untuk pengesan penyakit berbahaya pada manusia
- Tenaga nuklear penting dalam bidang perubatan Radioisotop nuklear yang digunakan untuk membuat diagnosis penyakit.
- Hal ini membantu doktor mengesan penyakit seperti ketumbuhan otak, tiroid, kanser tulang, kanser buah pinggang,kanser jantung, dan kanser hati.
- Alat pengimbas CAT dan laser yang tercanggih juga melibatkan bahan radioaktif untuk membuat diagnosis penyakit.
- Kobalt-60 digunakan untuk membunuh sel kanser.
- Radioisotop fosforus dapat merawat tumor otak.
- Pensterilan alatan perubatan lebih sempurna.
- Semua perkara ini dapat meningkatkan taraf kesihatan manusia

3-Bidang pertanian
- Tenaga nuklear digunakan untuk mengesan pengambilan baja oleh tumbuh-tumbuhan.Hal ini membolehkan penghasilan baja serta kaedah membaja yang paling berkesan. Sinaran gamma dapat memandulkan serangga perosak jantan dalam bidang kawalan biologi.Apabila serangga ini mengawan, tiada zuriat akan dihasilkan. Dengan cara ini, bilangan serangga perosak dapat dikawal. Mutasi aruhan menghasilkan baka tanaman yang lebih baik. Sinaran nuklear dapat mengubah gen tanaman.

4-Bidang perindustrian
-Teknologi nuklear dapat mengesan kebocoran paip bawah tanah. Larutan radioaktif dimasukkan ke dalam paip yang disyaki bocor. Alat mengesan dapat mengesan kebocoran itu dari permukaan bumi.pengawalan ketebalan dan sambungan paip serta pengukuran kehausan enjin juga dapat dijalankan. Tenaga ini juga digunakan untuk mengukur kepadatan tembakau dan coklat. Alat komunikasi canggih seperti satelit dan internet turut memerlukan teknologi ini.Sekaligus, memberi sumbangan besar untuk menjaga persekitaran seperti dalam bidang marin dan pencemaran udara selain mengesan kebocoran atau paip tersumbat dalam industri minyak dan gas.

5-Bidang pembuatan
- Penggunaan teknologi nuklear membolehkan pengeluaran sarung tangan getah, resin dan sebagainya. Ia turut memberi sumbangan besar pada industri sarung tangan di Malaysia.

6-Bidang ketenteraan
-Teknologi nuklear sering dieksploitasi untuk membuat senjata nuklear.Contohnya, bom atom, bom nuklear, dan peluru berpandu nuklear. Di samping itu, kapal selam nuklear juga dapat dibina (kapal selam nuclear yang pertama telah di lancarkan oleh Rusia pada tahun 1954)

7-Bidang pendidikan
- Disiplin sains dan teknologi seperti kimia, genetik, fizik, biologi, biokimia, kejuruteraan dan sebagainya amat bergantung pada teknologi nuklear. Penyelidikan dan pembangunan bidang-bidang tersebut memerlukan teknologi nuklear.

8-Sebagai tenaga alternatif yang baik
- Dari segi kos seunit, tenaga nuklear lebih murah daripada petroleum
- Lojinya tidak memerlukan kawasan yang luas
- Di negara maju, tenaga nuklear digunakan dengan meluas
- Industri berat dapat dijalankan.

ISI (KEBURUKAN)

1-Bahan radioaktif daripada tenaga nuklear mengancam kesihatan manusia
- Kemalangan di loji nuklear akan menyebabkan kebocoran bahan radioaktif
- Manusia akan terdedah kepada bahaya radiasi
- Hal ini membahayakan nyawa manusia
- Orang yang terkena radiasi akan mati atau mengalami mutasi genetik
- Generasi muda yang dilahirkan menghidap penyakit kanser yang pelbagai
Sebagai contohnya, kebocoran bahan radioaktif diloji nuklear Chernobyl di Rusia pada tahun 1986 mendedahkan penduduk di sekitarnya kepada bahaya radiasi. Kedua,bsnyak penduduk kepulauan Polynesia menghidap barah otak akibat ujian nuklear yang dijalankan oleh Negara Perancis di kawasan tersebut.

2-Keselamatan dunia terancam akibat perlumbaan senjata nuklear
- Negara- negara berkuasa besar berlumba- lumba untuk menghasilkan senjata nuclear. Peluru berpandu nuklear di hasilkan dengan banyak.
- Senjata kimia yang digunakan semasa Perang Vietnam sudah cukup menakutkan manusia
- Peperangan dengan menggunakan senjata nuklear akan melenyapkan tamadun manusia di bumi
- Bom atom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki membawa kesengsaraan hidup serta kemusnahan yang teruk kepada alam sekitar, harta benda dan manusia.
- Kini bom neutron pasti lebih mendahsyat lagi.

PENUTUP/KESIMPULAN

- Penggunaan teknologi nuklear sebagai sumber tenaga pada masa depan wajar diteruskan selepas mengambil kira pelbagai aspek seperti keselamatan, pengurusan, penerangan dan kajian yang mendalam. Teknologi hanyalah alat yang diuruskan oleh manusia. Untuk menghindari risiko, manusia perlu diasuh dan diajar tentang bagaimana untuk menguruskan teknologi. Lebih banyak penerangan dan penjelasan perlu diberi kepada masyarakat untuk mereka memahami isu ini agar manfaat teknologi nuklear dapat di nikmati oleh semua


Comment

You need to log in to post a comment. If you don't have an account yet, register now!
Your rating: 0
no rating