diklaila_93's profile page

diklaila_93

female - 21 years
400 visitors

Blog 20


  • PENGAJIAN AM KERTAS 2 ~SKIZOFRENIA~

    PENDAHULUAN

    - Skizofrenia merupakan sejenis penyakit yang menggangu pemikiran seseorang.Penghidap Skizofrenia biasanya akan mengalami gangguan perasaan dan pemikiran yang boleh mempengaruhi tingkahlaku dan penyakit ini bukanlah didalam kategori penyakit yang berjangkit.
    -Skizofrenia adalah salah satu penyakit otak dan mental yang serius. Perkataan skizofrenia atau schizophrenia hanya kerap digunakan oleh para doktor.
    -Perkataan ini agak asing bagi orang ramai kerana ia jarang digunakan. Orang ramai biasanya menggunakan perkataan seperti “orang gila” , “orang sakit mental” atau "psycho" terhadap pesakit skizofrenia.
    -Namun penggunaan perkataan “gila” dan “sakit” ini adalah kadang-kadang disalah- ertikan kerana penyakit mental sebenarnya ada bermacam jenis dan tidak semuanya adalah skizofrenia.
    -Istilah "skizofrenia" diterjemah secara kasar sebagai "fikiran berkecai," dan berasal dari bahasa Greek schizo, iaitu"memecahkan" atau "membahagikan".
    -Bagi penyakit ini faktor usia tidak memainkan peranan. Sesiapa sahaja boleh menghidapnya. Penghidap Skizofrenia yang dikenalpasti seawal usia 12 hingga 45 tahun

    ISI

    1-Golongan yang cenderung menghidapinya (faktor)

    -Pengarug genetik: Ibu bapa yang menghidap skizofrenia, anak-anak juga berkemungkinan untu mendapat penyakit yang sama.
    -Trauma (kecederaan) pada otak sewaktu atau ketika di lahirkan.
    -Kesan pengasingan sosial ataupun tekanan
    -Penggunaan ubat secara berlebihan seperti cannabis, cocaine atau amphetamines.

    2-Tanda-tanda

    -Tanda-tanda positif (bertambah/lari dari seseorang yang normal)
    (i) Delusi (Delusion): kepercayaan yang tidak berdasarkan realiti dan sering menganggapnya sebagai perkara yang betul-betul berlaku. Kepercayaan yang salah ini tidak dapat dibetulkan dengan alasan berlaku tidak kira latar pendidikan atau budaya seseorang itu
    (ii) Halusinasi (Hallucination) : mendengar, melihat,atau merasa sesuatu yang tidak wujud.Mendengar suara berlaku lebih kerap pada pesakit skizofrenia
    (iii) Permasalahan pada pemikiran/idea (thought disorder)
    -Contoh: idea yang di sampaikan tidak berkait antara satu topik ke topik yang lain (loosening of association)
    (iv) Tingkah laku yang tidak teratur (Disorginazed behavior)
    -Tingkah laku yang di tunjukkan melalui pelbagai cara Hypoaktif seperti tidak sedar diri (stupor), mengambil gaya tertentu tanpa rasa penat (catatonia). Hyperaktif seperti mudah marah (irritability), suka menyerang (aggressive), mendesak (impulsive behavior)

    -Gejala negatif (berkurang/tiada pada seseorang yang normal)
    (i) Kemurungan
    (ii) Pengasingan diri (tidak bergaul/berkawan)
    (iii) Emosi yang tidak terkawal
    (iv) Hilang motivasi diri/hidup
    (v) Tidak boleh belajar atau bekerja dengan baik

    -Simpton kognitf (masalah berkaitan proses pemikiran)
    (i) Masalah dalam memberi tumpuan ketika melakukan sesuatu
    (ii) Ingatan menjadi lemah
    (iii) Proses pembelajaran menjadi sukar

    -Lain-lain tanda ( Berkelakuan ganjil seperti bercakap dan ketawa sendirian, lebih agresif, mengabaikan kesihatan diri,Insomia (tidur sering terganggu) merayau dan berkeliaran tanpa arah tujuan sekiranya tidak dikawal.

    3-Jenis-jenis skizofrenia

    (i)Jenis Paranoid: Pesakit percaya bahawa ada orang atau sesuatu mahu mengapa-apakn atau mencederakan mereka.
    (ii) Jenis Bercelaru: Pesakit mempunyai kelakuan dan pemikiran pelik serta sering kelihatan senyum atau gelak bersendirian.
    (iii) Jenis Katatonia: Pesakit menunjukkan gangguan fungsi motor iaitu, ada kalanya mereka diam, mengeraskan badan dan tidak memberikan sebarang respons, ataupun mereka mengekalkan postur badan mereka di dalam keadaan jangal untuk masa yang lama.
    (iv) Jenis Tiada Beza: Pesakit mempunyai penyakit ini tetapi simptom-simptomnya tidak dapat diklasifikasikan dengan jelas.

    4-Rawatan

    -Skizofrenia merupakan penyakit yang memerlukan rawatan seumur hidup.Rawatan yang diberikan dalam bentuk ubat ,elektrokonvulsif dan psikososial terapi.
    (i) Kemasukan ke hospital: Ketika krisis atau simptom menjadi lebih teruk, kemasukan ke hospital adalah perlu untuk memastikan keselamatan, pemakanan, tidur dan juga kebersihan terjaga.
    (ii) Anti-psikotik: Terdapat pelbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai ubat anti psikotik yang digunakan untuk rawatan skizofrenia. Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis. Sebahagian ubatan jenis ini mengambil masa yang agak lama sebelum memberi kesan Bagaimanapun, pengambilan ubat-ubatan jenis ini mestilah mendapat nasihat dari pengamal perubatan yang sah.
    (iii) Rawatan Elektrokonvulsif: Rawatan elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah merentasi otak seseorang. Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang serius,seseorang yang cuba untuk membunuh diri. Sebelum rawatan diberikan, seseorang itu akan diberi bius.
    (iv) Terapi psikologi dan sosial: Kaunseling boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan lebih mendalam. Rawatan ini diberikan secara pesakit luar. Seseorang itu mungkin memerlukan beberapa sesi kaunseling sebelum mendapat kesan rawatan. Jumlah sesi kaunseling bergantung kepada jenis penyakit dan keperluan individu.Selainitu,terapi pada keluarga juga penting.Melalui terapi ini,keluarga tersebut dapat memahami dengan lebih lanjut berkenaan penyakit ini dan mengenal pasti sebarang perubahan pada pesakit dengan lebih cepat.

    KESIMPULAN

    -Skizofrenia merupakan penyakit yang sangat berbahaya. Jika tidak di kawal masalah besar pasti akan timbul seperti masalah jenayah. Oleh itu semua pihak haruslah memainkan peranan penting dalam usaha meminimunkan gejala penyakit skizofrenia.

  • PENGAJIAN AM KERTAS 2 ~INSOMNIA~

    PENDAHULUAN

    -Ramai yang percaya, apabila usia semakin meningkat, keperluan untuk tidur semakin berkurangan. Sebetulnya, bukan usia yang menentukan sama ada seseorang itu perlu mengurangkan atau melebihkan masa tidur. Tetapi, kemampuan untuk tidur dalam tempoh jangka masa yang panjang menurun apabila usia meningkat.Tanpa kita sedari, secara puratanya hampir satu per tiga daripada hidup kita dihabiskan untuk tidur.
    -Ini kerana tidur yang `sihat' dan `berkualiti' penting untuk tubuh, terutama otak serta lain-lain organ untuk berfungsi secara optimum.Kajian saintifik oleh sepasukan penyelidik Jerman juga menyokong, tindak balas sistem pertahanan menjadi lebih kuat pada vaksin kepada mereka yang mempunyai tidur malam yang berkualiti.Sebaliknya, mereka yang tidak mendapat tidur yang mencukupi biasanya akan kelihatan tidak bermaya keesokan harinya.
    -Insomnia bukan merupakan penyakit tetapi Insomnia merupakan ganguan tidur pada waktu malam atau ketakupayaan bertidur dan/atau ketidakupayaan bertidur selama tempoh yang munasabah. Penghidap insomnia biasanya merungut kerana tidak berupaya menutup mata atau "merehatkan minda" buat melebihi beberapa minit setiap kali.
    -Insomnia dapat menyerang siapa saja tanpa mengira usia, kaya atau miskin.
    -Namun menurut tinjauan yang ada wanita serta golongan tua lebih banyak dan sering mengalami insomnia berbanding lelaki.

    ISI

    1-Faktor/Penyebab Insomnia

    -Penyusutan pada sel-sel otak.
    -Pengurangan aliran darah ke otak
    -Gangguan penyakit seperti penyakit ginjal,epilepsi (penyakit sawan) asma, gangguan hati, penyakit Parkinson. penyakit Fatal Familial Insomnia (FFI) iaitu sejenis penyakit genetik tetapi jarang berlaku,Rest leg syndrome, pedih hulu hati, high altitude insomnia, angin ahmar, penyakit alzheirmer, ketumbuhan otak dan migraine
    -Kesan sampingan ubat. Ubat ubatan untuk hipertensi, kolesterol, sakit kepala
    -Sindrom pernafasan terhenti (Sleep Apnea)
    -Masalah emosi/psikologi iaitu selalu tertekan.
    -Ketidakupayaan fizikal seperti penat, selsema dan lain-lain.
    -Perubahan kepada persekitaran iaitu perubahan cuaca yang tidak menentu.
    -Kekurangan aktiviti yang meransangkan pada siang hari.
    -Punca lain adalah di sebabkan faktor pelaku itu sendiri seperti minum minumah beralkohol (arak), sering minum kopi dengan kadar kafein yang cukup tinggi,merokok (kadar nikotin yang tinggi), waktu tidur siang yang berlebihan (pola tidur yang terbailk, tidur siang berjaga malam) dan gangguan tidur secara kerap dan tidak teratur.

    2-Tanda-tanda gangguan tidur

    -Sukar untuk melelapkan mata
    -Susah untuk mengekalkan kenyenyakan tidur.
    -Terjaga lebih awal dari lazimnya.
    -Masih merasa letih lesu pada keesokan harinya.

    3-Kesan Gangguan Tidur.

    -Letih lesu
    -Tidak berminat menguruskan diri
    -Gangguan tumpuan.
    -Kurang daya tahan sakit.
    -Keresahan dan gelisah
    -Perubahan emosi termasuk murung.

    4-Tahap Insomnia


    Ringan - Berlaku dalam tempoh beberapa hari, fungsi harian hanya sedikit atau langsung tidak terjejas.
    Sederhana - Ia berlanjutan kurang dari sebulan, menjejaskan fungsi harian, disertai rasa letih dan mudah tersinggung.
    Kronik - Masalah sukar tidur yang berlanjutan lebih sebulan, sekali gus menjejaskan fungsi harian. Individu terbabit akan berasa gelisah, mudah tersinggung, letih dan bimbang.

    5-Jenis Insomnia

    Insomnia primer- Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur tidak disebabkan oleh masalah kesihatan.
    Insomnia sekunder- Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur akibat masalah kesihatan yang dihidapinya. Ia mungkin disebabkan oleh penyakit psikiatri atau bukan psikiatri:
    (i)Psikiatri- Masalah kemurungan, skizofrenia
    (ii)Bukan psikiatri- Rujuk isi no 1 (berkaitan faktor)

    6-Jenis tempoh belakunya Insomnia

    Insomnia akut- Berlaku dalam jangka masa pendek. Tempohnya mungkin antara satu malam hingga beberapa minggu. Ia biasanya disebabkan gangguan pada emosi atau fizikal termasuklah:
    (i) Tekanan - bertukar atau kehilangan kerja, kematian orang yang disayangi, berpindah
    (ii) Sakit yang ringan
    (iii) Persekitaran - bunyi bising, cahaya, cuaca terlalu panas atau sejuk,
    (iv) Perubahan masa tidur - jet lag atau syif kerja.
    Insomnia kronik- Berlanjutan sekurang-kurangnya tiga malam seminggu dalam tempoh sebulan atau lebih. Ia berpunca daripada banyak sebab seperti kemurungan, tekanan yang kronik, sakit dan sebagainya.

    7-Rawatan menangani masalah tidur.

    Tanpa melibatkan penggunaan ubat-:
    -Doktor memerlukan maklumat lengkap mengenai punca kepada perubahan corak tidur seseorang sebelum sebarang cadangan dikemukakan
    -Rekodkan corak tidur di dalam diari tidur seperti yang disyorkan doktor
    - Amalkan latihan relaksasi sebelum masuk tidur
    - Belajar teknik amalan tidur yang berkesan
    - Kerap meminum susu sebelum tidur
    -Elakkan menggunakan bilik tidur untuk aktiviti selain dari tidur dan hubungan kelamin
    Rawatan menggunakan ubat khusus:
    - Doktor boleh membantu dengan memberi ubat khusus membantu seseorang tidur secara memuaskan.

    8-Tip lain dalam mengatasi masalah tidur

    - Mempelajari teknik merehatkan mental dan fizikal
    -Tidur pada waktu yang sama pada setiap hari
    - Elakkan tidur pada waktu tengah hari
    -Melakukan senaman dengan kerap
    -Bergantung kepada sesetengah individu, elakkan minuman yang merangsangkan otak seperti kopi atau teh pada lewat petang atau malam
    -Jangan merokok
    -Belajar menangani tekanan
    -Pastikan persekitaran bilik tidur selesa untuk tidur.

    KESIMPULAN

    Insomnia yang merupakan masalah tidur haruslah di elakkan dengan menjauhi perkara yang boleh mendatangkan insomnia kerana tidur yang cukup amat penting bagi manusia dalam menjalani kehidupan seharian.

  • PENGAJIAN AM KERTAS 2 ~TALASEMIA~

    PENDAHULUAN

    -Talasemia ialah satu penyakit keturunan di mana terdapat kekurangan kandungan hemoglobin dalam sel darah merah yang di kenali sbg anemia.
    -Talasemia diwarisi daripada ibubapa kepada anak dan melibatkan kedua-dua lelaki atau perempuan.
    -1 dalam 20 penduduk Malaysia adalah pembawa gen talasemia.
    -Kira-kira 90 peratus kanak-kanak talasemia lahir daripada ibu bapa yang tidak sedar status mereka sebagai pembawa.
    -Sabah, negeri yang mencatatkan pesakit talasemia major tertinggi di negara ini.
    -Kira-kira 4.5 peratus orang Cina di negara ini terdiri daripada pembawa penyakit ini, tetapi agak jarang di kalangan orang India.
    -Bagaimanapun, mereka yang berasal dari utara India berkecenderungan mempunyai status sebagai pembawa.

    ISI

    1-Punca Talasemia

    -Sebuah cacat dalam satu atau lebih gen menyebabkan talasemia.
    -Ini adalah kelainan darah yang diturunkan, lulus dari orang tua kepada anak.
    -Kedua orang tua harus membawa gen bagi penyakit dalam rangka untuk menyampaikan kepada anak mereka.

    2-Jenis-jenis Talasemia

    (i)Pembawa Talasemia (Talasemia Minor)
    -Tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalaah kesihatan.
    -Pengesanan hanya boleh diketahui melalu ujian saringan talasemia.
    -Seorang pembawa boleh menurunkan gen talasemia kepada anak-anaknya.
    -Jika salah seorang ibu atau bapa adalah pembawa, anaknya adalah 50% kemungkinan pembawa.
    -50% kemungkinan adalah normal
    - tiada anak yang menghidap talasemia.
    (ii)Pesakit Talasemia (Talasemia Major)
    -Kedua ibu dan bapa adalah pembawa talasemia
    -25% anak kemungkinan adalah pesakit talasemia.
    -50% anak kemungkinan adalah pembawa.
    -25% anak adalah normal
    (iii) Talasemia Intermedia
    -Individu yang tidak mempunyai gejala talasemia tetapi mungkin memerlukan pemindahan darah semasa hamil, jangkitan yang serius dan sebagainya.

    3-Tanda dan gejala penyakit Talasemia

    -Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan.
    -Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
    -Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.
    -Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
    -Jaundis
    -Tumbesarn terbantut
    -Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
    -Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).

    4-Rawatan penyakit talasemia

    -Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.
    -Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
    -Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
    -Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.
    #Pesakit talasemia memerlukan transfusi darah setiap bulan. Tanpa rawatan yang sempurna, beberapa konflikasi boleh berlaku dan lazimnya mereka akan meniggal dunia di usia remaja.


    5-Langkah menghindari talasemia

    (i)Saringan Talasemia
    -Saringan ujian darah untuk Talasemia boleh dijalankan di semua klinik dan hospital, sama ada kerajaan atau swasta.
    - Ujian darah tersebut untuk mengetahui status penyakit anda.
    -Sekiranya seseorang mempunyai ciri Talasemia dan ingin berkahwin, dia perlu bersikap terbuka dan berbincang mengenainya dengan pasangannya.
    -Bakal pasangannya juga perlu menjalani ujian darah untuk mengetahui sama ada dia juga mempunyai ciri Talasemia atau tidak.
    -Jika kedua-dua pasangan membawa ciri Talasemia, mereka perlu mendapatkan nasihat dan keterangan lanjut mengenainya dengan penghadiri kaunseling genetik .
    -Ini perlu kerana sekiranya kedua-dua pembawa gen Talasemia berkahwin, kemungkinan besar anak yang dilahirkan merupakan pesakit Talasemia major yang boleh membawa maut.

    (ii)Persatuan Talasemia Malaysia
    -Projek Persatuan Talasemia Malaysia untuk menghubungkan para pesakit talasemia, ibu bapa, dan penjaga dengan anggota komuniti terpinggir (contohnya, komuniti luar bandar).
    -Tujuannya untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang penyakit berkenaan, mewujudkan hubungan dua hala yang interaktif dengan mewujudkan pangkalan data yang memudahkan kajian dan pembentukan polisi.

    (iii)Kesedaran orang ramai tentang Talasemia
    Terdapat pelbagai kempen yang dijalankan untuk memberikan informasi mengenai Talasemia kepada orang ramai.
    -Namun, masih terdapat ramai lagi termasuklah pelajar institusi pengajian tinggi yang kurang pengetahuan tentang Talasemia.
    -Dalam usaha memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai Talasemia ini, corak penyampaiannya perlulah lebih kreatif dalam member informasi tentang Talasemia dan sekaligus menerangkan tentang langhkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasinya serta seterusnya dapat mencapai matlamat kempen.
    -Media elektronik seperti televisyen dan radio juga dilihat lebih sesuai sebagai medium penyampaian kerana lebih dekat dengan masyarakat.
    -Selain itu, kempen-kempen mengenai Talasemia ini juga perlu diadakan dengan kerap di sekolah-sekolah serta IPT seluruh Malaysia kerana rata-ratanya merupakan pelajar yang belum lagi menginjak ke isntitusi perkahwinan dan masih sempat untuk mengelakkan lahirnya anak yang menghidap Talasemia major.
    -Untuk menjayakan kempen ini, pelbagai pihak termasuklah badan kerajaan atau pun NGO perlu memainkan peranan penting dalam menjayakan kempen.

    (iv)Bantuan kepada Pesakit
    -Di samping kempen-kempen untuk mencegah Talasemia, bantuan kepada pesakit Talasemia juga perlu dihulurkan.
    -Pesakit Talasemia memerlukan rawatan transfusi darah selama 1 hingga 2 bulan seumur hidup dan rawatan ini memerlukan kos yang tinggi.
    -Satu daripada 20 rakyat negara ini merupakan pembawa Talasemia dan daftar Kementerian Kesihatan menunjukkan kira-kira 4,385 pesakit Talasemia sedang menjalani rawatan bulanan.
    -Daripada angka ini, untuk mengharapkan Persatuan Talasemia yang dinaungi oleh Datin Seri Rosmah Mansor sahaja unutk menghulurkan bantuan kewangan, agak sukar kerana sumber dana adalah terhad.
    -Sehubungan dengan itu, bantuan kewangan daripada pelbagai pihak samada NGO, badan kerajaan atau pun persendirian sangat digalakkan.

    (v) Sokongan Moral
    -Di samping bantuan kewangan, sokongan moral adalah yang paling diperlukan oleh pesakit Talasemia. Setiap manusia mempunyai talian persaudaraan sesama kita dan dengan sokongan moral yang diberikan, mereka akan berasa lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan.

    KESIMPULAN

    Berdasarkan penerangan-penerangan di atas, semua pihak perlu prihatin dalam mencegah Talasemia ini. Talasemia major merupakan penyakit yang serius dan jika tidak dirawat, boleh menyebabkan kematian kepada kanak-kanak yang berumur antara satu hingga lapan tahun. Sanggupkah kita melihat generasi yang bakal menerajui negara ini semakin berkurangan disebabkan oleh kelalaian kita sendiri yang mangambil mudah dalam ujian penyaringan darah? Oleh yang demikian, diharapkan kempen-kempen yang dijalankan dapat menyedarkan mesyarakat tentang risiko Talasemia dan pesakit-pesakit yang menghidap Talasemia dapat dibantu dengan sewajarnya agar dapat meneruskan kehidupan . Cegah sebelum parah

  • P.AM/2 ~PEMERDAGANGAN MANUSIA DAN PENYELUDUDPAN IMIGRANT~



    PENDAHULUAN

    - Pemerdagangan orang ertinya segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan, dan termasuklah perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang
    - Penyeludupan migrant pula bermaksud mengatur, memudahkan atau merancang, secara langsung atau tidak langsung, kemasukan seseorang secara tidak sah ke dalam atau melalui, atau pengeluaran seseorang secara tidak sah dari mana-mana Negara yang orang itu bukan warganegara atau pemastautin tetap sama ada dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kemasukan atau pengeluaran orang itu adalah tidak sah dan merekrut, mengangkut, memindahkan, menyembunyikan, melindungi atau menyediakan apa-apa bantuan atau perkhidmatan bagi tujuan tertentu. (Seksyen 2 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007
    -Aktiviti perdagangan manusia merupakan antara jenayah tertua. Ia juga dianggap sebagai suatu industri universal dan tidak tertakluk kepada satu-satu negara untuk beroperasi.
    -Mangsa-mangsa pemerdagangan manusia terdiri daripada perempuan, lelaki dan kanak-kanak atau remaja yang berumur tidak melebihi 18 tahun.
    -Kes jenayah seperti pemerdagangan manusia turut berlaku di Malaysia, dimana baru-baru ini Malaysia telah berjaya menyelamatkan 1,252 mangsa pemerdagangan manusia dari 18 negara dalam tempoh 2008 hingga 2010.

    ISI

    1-Tujuan Pemerdagangan manusia dan penyeludupan imigrant

    (i)Eksploitasi seks.
    - Pengeksploitan pemerdagangan manusia termasuk memaksa orang melakukan pelacuran atau bentuk eksploitasi seks lain, buruh paksa, hamba atau amalan yang sama seperti perhambaan. Bagi kanak-kanak, ekploitasi termasuk untuk tujuan pelacuran, pengambilan anak angkat antarabangsa yang tidak sah, perkahwinan kanak-kanak, atau pengambilan kanak-kanak sebagai tentera, pengemis dan tujuan permainan, atau untuk tujuan
    (ii) Buruh Terikat
    Mangsa yang diseludup secara haram dipaksa melakukan kerja melampaui keupayaan dan sekiranya mangsa menolak akan diugut diserahkan kepada pihak berkuasa. Mangsa akan dimanipulasi sepenuhnya dan berada di bawah pengawasan ketat. Biasanya akan didera dan tidak dibayar gaji.
    (iii)Pengabdian Domestik Secara Paksa
    Mangsa ialah pekerja -pekerja domestik yang dipaksa bekerja di tempat yang tidak formal dan tidak diberi bekerja dengan pekerja yang lain. Migran asing, biasanya wanita dan kanak-kanak direkrut dari negara-negara yang kurang membangun seperti Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika dan Amerika Latin. Wanita diarah bekerja sebagai pembantu rumah dan pengasuh manakala kanak-kanak akan dijadikan buruh atau pengemis. Mangsa akan ditempatkan di negara-negara maju seperti Eropah, Amerika Syarikat, Singapura, Taiwan dan Malaysia.
    (iv)Permindahan Organ
    -Pemindahan organ merupakan salah satu dari aktiviti pemerdagangan orang.
    -Organ kebanyakannya diperoleh dari negara-negara miskin dan mundur. Kegiatan ini melalui cara mengeksploitasi mangsa di dalam negara ataupun yang diseludup secara haram. Ia memberikan keuntungan yang tinggi di peringkat antarabangsa. Berdasarkan kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), dianggarkan 10 peratus dari 70,000 buah pinggang yang dipindahkan setahun mungkin berasal dari pasaran gelap.
    (v)Pemerdagangan Bayi
    -Bayi yang dijual di pasaran gelap juga memberikan pulangan yang lumayan kerana permintaannya yang tinggi (contohnya di Malaysia, bayi dijual dari harga RM10,000 hingga RM20,000 seorang). Bayi yang diperdagangangkan biasanya diculik, diseludup atau dibeli oleh individu atau kumpulan yang terlibat dengan sindiket ini. Bayi mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran gelap.

    2-Faktor berlaku

    (i)Faktor Individu yang Tiada Pegangan Agama
    -Individu yang tidak beragama tidak mempunyai petunjuk hidup dan mudah terjebak dalam masalah sosial. Setiap agama mengajar penganutnya tidak melakukan perkara yang berdosa. Mereka yang tidak mempunyai pegangan agama mudah terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral. Meraka sanggup melakukan apa-apa saja demi mengaut keuntungan yang maksimum walaupun melakukan hal yang menyalahi undang-undang. Mereka tidak mempercayai kewujudan tuhan dalam dunia ini. Seseorang yang mempunyai pegangan agama yang kukuh tidak akan melakukan perkara yang boleh merosakkan akhlak .
    (ii)Faktor Ekonomi
    -Melalui kajian daripada para pengkaji sosial, ditetapkan bahawa faktor ekonomi merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kes penyeludupan manusia berlaku. Pada zaman kini, masalah jurang pendapatan semakin serious di Asia Tenggara.Orang yang berpendapatan rendah agak susah untuk meneruskan kehidupan mereka pada zaman ini dengan menerima gaji yang sedikit.
    Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan walaupun jalan singkat tersebut menyalahi undang-undang.Akiviti pemerdagangan manusia akan mendatangkan pendapatan yang sangat lumayan.Ini telah mendorong peniaga manusia ledih giat dalam aktiviti haram ini dan bilangan kes pemerdagangan manusia di Malaysia semakin meningkat.
    (iii) Mencari pekerjaan yang menguntungkan di sebabkan kemiskinan
    -Proses globalisasi telah meningkatkan 'push-pull' faktor-faktor yang mendorong keinginan para migran untuk mencari pekerjaan yang lebih menguntungkan di luar negeri
    (iv)Faktor Kegagalan Kerajaan
    -Penguatkuasaan yang tak bersistematik merupakan faktor berlakunya masalah penyeludupan manusia. Walaupun kerajaan telah menggubal pelbagai undang-undang dan akta untuk membanteras masalah penyeludupan manusia, tetapi usaha ini tidak dilakukan secara berterusan dan menyeluruh. Contohnya, Amerika Syarikat telah meletakkan Malaysia dalam senarai negara yang tidak memerangi isu penyeludupan manusia dengan secukupnya. Hal ini demikian kerana terdapat beberapa orang pegawai Jabatan Imigresen telah didakwa terlibat dalam kes penyeludupan manusia. Maka, kelonggaran undang – undang ini telah menyebabkan kes penyeludupan manusia berterusan di negara Malaysia.

    3-Kesan negatif

    (ii)Mencemarkan imej Negara di Mata Dunia
    -Kedudukan Malaysia dalam senarai 16 negara berprestasi buruk dalam mengekang isu pemerdagangan manusia sememangnya mencemarkan imej negara. Hal ini menunjukkan negara lemah dalam mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang. Sekaligus menunjukkan negara umpama sarang
    (ii)Mengancam Keselamatan dan Keamanan Negara
    -Jenayah yang berlelusa mengancam keselamatan terutamanya wanita dan kanak-kanak yang diperalatkan untuk tujuan tertentu termasuk pelacuran, pusat hiburan dan rumah urut seta sebagainya. Sindiket atau mereka yang terlibat turut melakukan jenayah lain untuk mengaut keuntungan.
    (iii)Menjejaskan Hubungan Diplomatik Antara Negara
    -Penyeludupan dan pemerdagangan manusia melanggar hak sesebuah negara dan isu-isu yang berlaku menjejaskan hubungan diplomatik antara Negara. Isu-isu seperti penderaan malahan pembunuhan pembantu rumah menimbulkan rasa tidak puas hati antara negara yang terlibat
    (iv) Peningkatan Masalah Sosial
    -Masalah sosial bertambah merebak dalam masyarakat seperti berpeleseran, pelacuran, seks bebas, minum arak dan sebagainya. Penularan penyakit berjangkit. Penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi, penyakit kelamin, hepatitis dan sebagainya kembali menular dalam kalangan masyarakat

    4-Langkah-langkah mengatasi

    (i) Penguatkuasaan undang-undang
    -Akta Perlindungan Mangsa Penyeludupan dan Keganasan 2000
    -Akta Antipermerdagangan Orang 2007
    (ii) Memperketat kemasukan pelancong asing serta mengawal pintu masuk sempadan dengan lebih teliti
    -Kawalan kemasukan pelancong asing . Menutup peluang penyeludupan manusia berlaku. Kawalan menggunakan Akta Imigresen untuk mengesan kemasukan secara haram.
    (iii) Koordinasi antara kementerian
    -Penguatkuasaan yang bersepadu antara kementerian dapat membantu mengurangkan aktiviti ini. Contohnya koordinasi antara Kementerian Pelancongan dan Kementerian Dalam Negeri bagi membersihkan imej Negara.

    KESIMPULAN

    -Aktiviti jenayah ini yang mempunyai jaringan dan sindiket profesional harus dilihat secara menyeluruh dan jika tidak dibanteras secepat mungkin boleh menjejaskan imej prestasi dan nama baik negara di mata dunia terutama imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh.

    *INFO TAMBAHAN (PERBEZAAN PEMERDAGANGAN MANUSIA DAN PENYELUDUPAN MIGRANT)

    PEMERDAGANGAN MANUSIA

    1- Instrumen/ undang-undang antarabangsa yang terlibat adalah Protocol to Prevent, Suppress and Punish Trafficking in Persons, especially Women and Children di bawah UN Convention on Transnational Organised Crime.
    2- Elemen utama bagi membuktikan sebarang kesalahan berhubung dengan pemerdagangan orang adalah unsur eksploitasi dan ia boleh berlaku di dalam sesebuah Negara tanpa melibatkan aspek rentas sempadan. Ianya boleh juga berlaku di peringkat domestik
    3- Melibatkan elemen eksploitasi, manipulasi, ancaman terhadap mangsa yang terlibat. Eksploitasi berterusan dan berulang.

    PENYELUDUPAN MIGRANT

    1- Instrument/ undang-undang antarabangsa yang terlibat adalah Protocol Against The Smuggling Of Migrants By Land, Air And Sea di bawah UN Convention on Transnational Organised Crime.
    2 -Elemen penting di dalam penyeludupan migran adalah ianya mesti melibatkan unsur rentas sempadan
    3 -Melibatkan kerelaan orang yang diseludupkan dan keuntungan terhadap sindiket penyeludupan manusia. Kegiatan penyeludupan tamat apabila tiba di destinasi.

  • PENGAJIAN AM KERTAS 2 ~PENYELUDUPAN DADAH~

    PENDAHULUAN

    -Malaysia ialah sebuah negara yang sedang pesat membangun dan berhasrat menjadi negara maju mengikut acuan sendiri menjelang 2020. Namun demikian, pembangunan ekonomi yang pesat dan taraf hidup rakyat yang semakin meningkat turut mengundang pelbagai impak sosial terutamanya kes-kes jenayah. Antaranya ialah penyeludupan dadah.
    Penyeludupan ialah membawa masuk barang-barang bercukai atau larangan ke Malaysia atau keluar dari Malaysia secara tidak sah dan bertentangan dengan peruntukan undang-undang Negara.
    - Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.
    -Di Malaysia, lebih 60% kes penyeludupan dadah di kesan melalui jalan oleh nelayan tempatan dan asing,40% melalui jalan darat dan 95% dadah di seludup di Thailand.

    ISI

    1-Cara/taktik penyeludupan dadah

    (i)Menggunakan Teknologi Moden
    - Peyeludupan dadah kini semakin menjadi-jadi ada yang menggunakan herba sebagai alat untuk menyorokan dadah.
    -Kini aktiviti penyelidupan dadah semakin canggih, dengan adanya teknologi moden dadah dengan mudahnya diseludup masuk ke Negara kita.
    -Contohnya satu sendikit antarabangsa dirompin telah menggunakan alat komunikasi satelit sistem Inmarsat untuk berurusan dengan pengedar atau pembeli dadah di pasaran antarabangsa.
    -Peralatan tersebut juga telah digunakan untuk membawa dadah menerusi jalan laut.
    - Kecanggihan teknologi bukan hanya memberikan kebaikan kepada masyarakat malahan ianya juga membawa keburukan kepada masyarakat sendiri.

    (ii) Memperdayakan Orang Awam
    -Bukan itu sahaja, aktiviti penyeludupan dadah sering memperdayakan orang awam contohnya pelancongan yang mana suatu ketika dahulu pernah berlaku sendiri kepada rakyat Malaysia yang mana telah tertipu dengan aktiviti pelancongan percuma. Pada hal ianya merupakan salah satu teknik untuk menyeludup dadah masuk kedalam Negara

    2-Faktor-faktor penyeludupan/kemasukan dadah

    - Malaysia bukan negara pengekuar dadah. Bagaimanapun, dalam senario pengedaran dadah antarabangsa, Malaysia telah lama digunakan oleh sindiket-sindiket pengedaran dadah sebagai negara transit kerana:-

    (a) kedudukannya di laluan antarabangsa dari kawasan pengeluar candu "Golden Triangle" ke Australia, Eropah dan Amerika Syarikat;
    (:) sempadan daratnya dengan Thailand yang telah menjadi saluran utama pengedaran dadah dan bahan-bahan yang dihasilkan darinya dari kawasan "Golden Triange" ;
    (c) bersempadan dengan semua negara ASEAN yang setengah-tengahnya juga merupakan negara pengeluar dadah yang besar;
    (d) mempunyai garisan pantai yang panjang dan terdedah; dan
    (e) mempunyai sistem komunikasi yang baik;
    Kegiatan pengedaran dadah melalui Malaysia telah mewujudkan serta memenuhi permintaan dadah tempatan.

    3-Kesan Negatif Penyeludupan Dadah kepada Negara

    -Sendikit dadah mampu mengancam ekonomi Negara dan penyeludupan dadah ke Negara kita akan meningkatkan jenayah dikalangan masyarakat.
    -Sebagai contoh kita dapat lihat sejarah China melalui Perang Candu yang mana Negara Amerika telah membawa masuk candu melalui Negara Turki dan India.
    -Kemasukan Candu ke Negara China telah menjejaskan negeri China dari segi politik, ekonomi dan sosial.
    -Dari segi politik berlaku ketidakcekapan dalam pentadbiran, rasuah serta penyelewengan kerana ramai pegawai kerajaan telah menjadi penagih candu.
    - Dari segi ekonomi banyak wang China mengalir keluar kerana mengimport candu. Nilai import candu telah melebihi nilai eksport barang-barang lain. Keadaan ini telah memberi bebanan ekonomi kepada Kerajaan China.
    -Dari segi sosial, timbul masalah kesihatan dan keruntuhan akhlak kerana ramai rakyat China menjadi penagih candu.
    -Gejala dadah ini harus ditangani segera untuk mengelakan peristiwa Perang Candu berlaku di Negara kita.

    4-Kawalan ke atas pengedaran dadah antarabangsa

    -Generasi Bebas Dadah menjelang tahun 2015 selari dengan hasrat antarabangsa
    -Menggalakkan dan melibatkan pihak bukan pertubuhan kerajaan (NGO) terlibat dalam program pemulihan dan rawatan
    -Bersedia untuk menyokong dan bekerjasama dalam apapun usaha kerjasama untuk menghapuskan dadah
    -Malaysia juga bersedia menjadi penaja:
    # Draft Resolution on International Cooperation Against the World Drug Problem
    # Central Coordinating Agency on Drugs: National Anti-Drugs Agency (NADA)
    # Thailand-Malaysia Meeting on Narcotics Control Cooperation
    # Thailand-Malaysia- Cross Border Cooperation Mechanism
    -Dalam situasi ini kerjasama anatara Thailand dan Malaysia juga bernaung di bawah panji-panji ASEAN

    5- Penguatkuasaaan Undang-undang dalam membanteras penyeludupan dadah.

    (i)Penubuhan Agensi Dadah (AADK)
    -Melaksnakan program pencegahan
    -Melaksanakan program rawatan dan pemulihan
    -Meningkatkan system maklumat dadah dan dan menilai program kebersanan anti-dadah negara
    -Meningkatkan kerjesama serantau dan antarabangsa dalam usaha memerangi ancaman dadah
    -Memberi khidmat setia kepada Majlis Dadah Kebangsaan
    (ii)Jabatan Narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM)
    -Misi untuk memerangi dadah berbahaya sebagai musuh utama Negara dengan menguatkuasakan undang-undang untuk menyekat dan mengurangkan permintaan dan bekalan dadah berbahaya.
    (iii)Undang-undang Dadah
    -Akata Dadah Berbahaya, 1952
    -Akta Racun,1952
    -Akta Penagih Dadah (rawatan dan pemulihan)
    -Akta Dadah Berbahaya (langkah-langkah )
    -Akta Dadah Berbahaya (perlucutan harta)

    KESIMPULAN

    -Kesimpulannya, penyeludupan dadah mendatangkan keburukan pada imej negara. Oleh itu semua pihak perlu bekerjasam bagi membendung masalah ini.

  • PENGAJIAN AM KERTAS 2 ~RANGKAIAN JALUR LEBAR (BROADBAND)~

    PENDAHULUAN

    -Kepesatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
    atau Information and Communications Technology
    (ICT) di Malaysia tidak dapat disangkal lagi dengan
    kadar penembusan penggunaan Internet yang semakin
    meningkat.
    -Jalur lebar (broadband) adalah medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi.
    - Ia berbeza dengan jalur sempit(narrowband); kedua istilah merujuk kepada kelebaran spektrum frekuensi tersedia untuk penggunaan komunikasi.
    - Contoh yang nyata adalah ADSL, di mana 'suara' dan data berkongsi bahagian yang berlainan dalam dawai kuprum ('suara' dikendalikan di bawah frekuensi 3.3 kHz manakala data dikendalikan di atas 138 kHz).

    ISI (KEBAIKAN/PERANAN)

    1-Sebagai Alat Telekomunikasi


    -Broadband (Jalur lebar) bagi manusia senang mudah alih dan boleh menyambung gelombang telekomunikasi dengan baik.
    -Broadband (Jalur lebar) reka bentuk ia sangat kecil, ringan untuk membawa ke mana-mana
    - Boleh mengetahui anda berada di mana-mana tempat dengan menggunakan broadband (Jalur lebar). Memudahkan perhubungan

    2- Melayari Internet

    -Memudahkan penggunaan internet secara meluas. Melayari laman web contohnya www.yahoo.com
    - Mencari maklumat serta berita terkini.
    -Memudahkan orang ramai untuk berhubung. Contoh, bg mereka yang tingal berjauhan dan juga memudahkan pelajar dan guru melayari internet dalam mencari maklumat berkaitan pendidikan

    3- Memudahkan sesuatu urusan


    -Membuat bayaran mengunakan internet contohnya bayaran bil telefon atau bil elektrik.

    4- Memuat Turun Media

    -Dengan Jalur Lebar, kita boleh menonton video, memuat turun lagu mahupun mengeratkan kembali persahabatan yang sekian lama terjalin.
    -Kepilan emel yang besar seperti fail filem juga kini mudah dilakukan dengan Jalur Lebar.
    - Memuat turun video, lagu, serta aplikasi-aplikasi yang diinginkan.
    -Dengan menggunakan broadband, kita tidak perlu tunggu lama depan PC sehingga lima minit, semata-mata membuka e-mel apatah lagi hendak ‘download’ bahan.
    -Ia membolehkan kita menghantar maklumat ataupun menerima dengan pantas sehingga 40 kali ganda lebih pantas jika dibandingkan dengan modem berkeupayaan 56kbps

    5- Boleh di bawa ke mana sahaja.


    -Ringan, kecil- memudahkan untuk di bawa ke mana sahaja dan digunakan bila-bila masa tidak kira tempat.

    6 - Mendapat maklumat

    - Penghantaran data maklumat sangat cepat tanpa menggunakan kabel, secara frekunsi gelombang.
    - Jalur lebar dapat memberikan maklumat tanpa batasan samada dalam bidang politik , ekonomi mahupun sosial.
    - Melalui jalur lebar ini kita bukan sahaja dapat memperoleh maklumat dengan cepat malah kita juga dapat memperoleh maklumat dengan tepat dan padat.Dengan ini dunia hanya di hujung tangan kita

    7 - E-Pembelajaran: Pendidikan Secara Online

    -Kelebihan memperolehi pendidikan menerusi internet yang begitu besar meningkatkan lagi permintaannya dewasa ini.
    - Para penuntut tidak lagi dibebankan dengan yuran yang tinggi, keseluruhan tempoh pembelajaran dikurangkan, latihan boleh dilakukan untuk tempoh yang lebih lama, waktu pembelajaran yang lebih fleksibel dan tidak perlu untuk menjelajah ke tempat yang jauh.
    -Pendek kata, Jalur Lebar membawa universiti terus ke keselesaaan kediaman anda.
    - Memudahkan para pelajar untuk melakukan latihan bagi subjek akademik contohnya pada laman web www.my-terengganu.com

    8 - Perubatan


    -Di dalam penjagaan kesihatan, Jalur Lebar membolehkan pendiagnosan, rawatan dan konsultasi dilakukan dari jauh dengan barisan doktor pakar di seluruh dunia.
    -Mereka yang tinggal di kawasan pedalaman kini boleh mendapatkan penjagaan kesihatan dengan pantas.

    9- Perniagaan

    -Jalur Lebar juga menggalakkan perkembangan ekonomi menerusi e-perdagangan. Menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan dan menarik industri baru, jalur lebar turut menawarkan laluan ke pasaran serantau, kebangsaan dan seluruh dunia.

    10- E-Kerajaan

    -Maklumat terkini mengenai polisi, prosedur dan rangkaian program kerajaan kini lebih mudah diperolehi menerusi E-kerajaaan dan Jalur Lebar. Malah, anda juga boleh menjelaskan pembayaran cukai mahupun menyemak status saman anda secara online.

    11 - Pengumuman Awam

    -Jalur Lebar juga boleh membantu melindungi masyarakat awam dengan membolehkan maklumat dan prosedur disalurkan dengan pantas. Sistem amaran awal dapat membantu masyarakat untuk bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kejadian banjir, gempa bumi atau bencana alam yang lain.

    ISI (KEBURUKAN)

    1-Keselamatan

    -Broadband (Jalur lebar) apabila menghantarkan maklumat E-perdagangan, boleh menggunakan Intrusion detection systems (IDS) untuk mengesan kata laluan seseorang.
    - Broadband (Jalur Lebar) senang tercicir atau dicuri orang lain

    2-Mahal

    - Broadband (Jalur Lebar) Harga sangat mahal.


    3-Kelajuan Internet yang kadang kala menjadi lambat


    -Broadband (Jalur Lebar) kenal mengikut keadaan cuaca, apabila frekunsi gelombang tidak baik kelajuan INTERNET akan menjadikan lambat.
    - Bergantung kepada telekomunikasi perkhidmatan, jika mempunyai UMTS (3G) akan dapat kelajuan HSPDA sehingga 7.2 mb

    4-Terputus Hubungan Secara Formal

    - Kehidupan kita yang seharusnya lebih bersosial terganggu kerana jika kita menggunakannya tanpa had kita akan terputus hubungan secara formal.
    - Hal ini terjadi kerana kita akan berkomunikasi melalui 'SCREEN' yang dicipta oleh manusia sendiri.
    - Selain itu, melalui penggunaan jalur lebar ini juga boleh mewujudkan banyak perkara yang tidak diingini seperti penyebaran fitnah ataupun SANDER.

    ISI (LANGKAH YANG TELAH DI LAKSANAKAN KERAJAAN DALAM MENINGKATKAN JALUR LEBAR)

    1-Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (National Broadband Initiative NBI)

    -“Jalur lebar” bakal menjadi ungkapan popular di kalangan rakyat Malaysia apabila Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (National Broadband Initiative NBI) dilaksanakan sepenuhnya
    - Menerusi slogan nama “Jalur Lebar Untuk Semua”, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), yang menerajui inisiatif berani itu, akan memastikan semua rakyat Malaysia, sama ada di pinggir bandar, luar bandar dan pedalaman, mempunyai akses kepada perkhidmatan jalur lebar.
    Pengerusi MCMC Tan Sri Khalid Ramli berkata NBI bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah masyarakat yang berpengetahuan dan melangkah ke ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.

    2-Kerajaaan Sasar 50 peratus guna jalur lebar akhir tahun 2010

    -Kerajaan akan meneruskan usaha meningkatkan kadar penggunaan jalur lebar di negara ini sehingga mencapai tahap 50 peratus menjelang akhir tahun 2010 daripada hanya 24 peratus ketika ini.
    -Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berkata langkah itu adalah antara usaha kerajaan untuk meningkatkan lagi nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara ini.
    -Perdana Menteri berkata, bagi mencapai matlamat itu, Malaysia akan memperkenalkan Model Ekonomi Baru yang akan mengubah model ekonomi negara dengan pendekatan baru berlandaskan inovasi, kreativiti dan kegiatan yang bernilai tinggi.
    -Langkah segera ke arah mencapai matlamat itu, adalah menerusi pembaharuan menyeluruh yang telah dilakukan ke atas industri pasaran modal serta pengenalan langkah liberalisasi sektor perkhidmatan.
    -Najib berkata, antara langkah ke arah mencapai matlamat itu adalah dengan membangunkan prasarana komunikasi termaju yang menyambungkan 1.2 juta isi rumah dan premis perniagaan dengan jalinan gentian optik yang membolehkan pelanggan internet mendapat kelajuan antara 10 MBps (megabait sesaat) hingga 1GBps (gigabait sesaat).
    -Jaringan internet jalur lebar berkelajuan tinggi itu akan membolehkan rakyat, perniagaan dan agensi kerajaan meningkatkan daya saing masing-masing ke arah memajukan negara,

    3-Usaha Kerajaan di bawah kementerian Penerangan Komunikasi dan kebudayaan (KPKK)

    -Usaha Kerajaan di bawah kementerian Penerangan Komunikasi dan kebudayaan (KPKK) memberikan sejuta komputer percuma dengan syarat peserta terpilih di luar bandar melanggan khidmat jalir lebar dengan Telekom Malaysia (TM) adalah satu langkah untuk memastikan penduduk luar bandar tidak ketinggalan dalam menikmati perkembangan dunia teknologi maklumat.
    -Begitu juga dengan usaha Kerajaan mempertingkatkan khidmat jalur lebar di kawasan-kawasan pendalaman yang juga dilihat sebagai satu usaha untuk memastikan hasrat satu rumah satu komputer dapat dicapai.

    4-Pelepasan Cukai FI Langganan Jalur Lebar

    -Berdasarkan Bajet 2010, langkah kerajaan untuk memberi sabsidi kepada rakyat yang menggunakan jalur lebar merupakan satu kejutan yang baik bagi industri itu
    -Melalui usaha itu, lebih ramai orang akan menggunakan internet termasuk orang ramai di pekan kecil akan terdorong untuk menggunakan Internet
    -Kerajaan telah mencadangkan pembayar cukai individu diberi pelepasan cukai pada fi langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun dari tahun penilaian 2010 sehingga 2012.

    KESIMPULAN

    - Jalur lebar amat berguna buat semua, oleh itu usaha kerajaan dan semua pihak perlulah di tingkatkan agar memberi manfaat kepada semua di samping meminimunkan lagi kesan negetif berkaitan penggunaan jalur lebar.

  • PENGAJIAN AM KERTAS 2 ~TEKNOLOGI KOMUNIKASI~

    PENDAHULUAN

    -Teknologi komunikasi merupakan satu bidang yang berkembang pesat dan terus berkembang pada tahun-tahun yang akan datang.
    - Ia penting dalam aplikasi pelbagai bidang termasuk bidang perniagaan dan pentadbiran yang memerlukan keputusan dibuat dengan cepat, tepat dan cekap.
    -Tahun 1980 juga dikenali sebagai “Dekad untuk telekomunikasi” oleh sesetengah pihak.
    - Telekomunikasi telah berkembang dengan cepat sehingga bersaing dengan kadar pertumbuhan komputer.
    - Sejak kebelakangan ini telekomunikasi telah mendapat perhatian pihak pengurusan atasan.
    - Telekomunikasi sekarang dilihat sebagai satu sumber yang benar walaupun ia pernah dilihat sebagai "necessary evil".
    - Sebagai satu sumber, telekomunikasi berupaya menghasilkan pendapatan dan membolehkan mendapat keuntungan secara tidak langsung dengan menambah efisi pekerja, dengan mengagihkan maklumat yang bernilai dalam masa yang ditetapkan.

    ISI (KEBAIKAN/MANFAAT)

    1-Berbagai-bagai maklumat dapat disalurkan melalui perniagaan,perdagangan dan pentadbiran

    - Cepat dan tepat berbanding dengan sistem lama
    - Maklumat dihantar melalui sistem komputer berangkaian, wayarles, telefon, internet, bahan-bahan cetak, tele-sidang
    - Sistem Pejabat Terbuka - urusan pembayaran bil letrik, air, telefon, ASN, ASB dibuat di Pejabat Pos sahaja
    - Sistem komputer bank - urusan kewangan dilakukan dengan mudah dan pantas
    - contoh, GIRO, Maybank Kawanku - menggunakan Auto Teller Machine - komputer berangkaian
    Kerajaan eletronik, perkongsian maklumat melalui komputer yang dirangkaikan untuk kecekapan pentadbiran.

    2-Bidang Pendidikan

    - Penggunaan komputer dalam pendidikan, CAI
    - Tahun 1980-an, pendidikan komputer diperkenalkan di sekolah menengah terpilih
    - Wujud kelab-kelab komputer di sekolah - lahirkan pelajar-pelajar celik komputer
    - Sekolah Bestari - penggunaan aplikasi komputer multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah

    3-Dunia tanpa sempadan

    - Penggunaan satelit - Malaysia lancar MEASAT 1 pada tahun 1995
    - Satelit memancarkan isyarat komunikasi telefon, faks, televisyen, telesidang dan lain-lain
    - Satelit SITE kepunyaan India, PALAPA kepunyaan Indonesia
    - Siaran televisyen secara langsung ke seluruh dunia, menjalin hubungan manusia sejagat - Siaran CNN, NBC, BBC
    - Internet - rangkaian komputer antarabangsa - komunikasi sejagat (Global Village) - wujud masyarakat maklumat

    4-Keselamatan, penyelidikan dan kesejahteraan manusia

    - Satelit kaji cuaca, mengkaji perubahan cuaca dan memberi amaran ribut dan taufan
    - Hubungan kapal ke kapal -kecemasan, komunikasi dan laluan pelayaran
    - Topografi dan kajibumi - pemeliharaan hutan, kawal pencemaran, mengenalpasti kawasan logam dan kawasan perikanan

    5-Ketenteraan dan Pertahanan

    - Sistem satelit NAVSTAR kepunyaan Amerika Syarikat - rangkaian 18 buah satelit tentera
    - Berfungsi mengintip, mengesan kedudukan musuh, bilangan kereta kebal dan pesawat, stesen pelancar peluru berpandu mengesan kedatangan peluru berpandu ICBM dan pangkalan tentera musuh
    - Strategi peperangan ala Star Wars Amerika - dapat mengesan dan memusnahkan peluru berpandu nuklear sebelum tiba di bumi Amerika.

    6-Dunia hiburan

    - Pemain video, televisyen, radio, komputer, beriteks
    - Penggunaan antena parabola - wujud "Multi-channel Society"
    - Dunia jadi global - tanpa batas sempadan geografi, bangsa, budaya

    KESIMPULAN

    - Teknologi komunikasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan bangsa. Malaysia telah memperkenalkan Koridor Raya Multimedia (MSC) pada tahun 1999.
    - Penubuhan MSC adalah sebagai langkah kerajaan untuk menggunakan sepenuhnya keupayaan teknologi komunikasi dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
    - Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama dalam memastikan negara kita tidak ketinggalan dalam apa jua bidang dan teknologi terkini yang kebanyakannya lebih awal muncul di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun.

  • PENGAIJAN AM KERTAS 2 ~ GLOBAL POSITIONING SYSTEM (GPS)~

    PENDAHULUAN

    - Sistem Kedudukan Global atau Global Position System (GPS) adalah berasaskan ruang Global Navigation Satellite System (GNSS) yang membekalkan maklumat lokasi dan masa dalam cuaca semua, di mana-mana bahagian atau berhampiran Bumi, di mana terdapat talian tidak terhalang penglihatan kepada empat atau lebih satelit GPS.
    - Gps adalah suatu sistem navigasi yang memanfaatkan satelit sehingga Gps dapat memberikan maklumat posisi dan waktu suatu tempat dibumi dengan akurat.
    - Penerima Gps memperole isyarat dari beberapa satelit yang mengorbit bumi yang terdiri dari 24 susunan satelit, dengan 21 satelit aktif dan 3 buah satelit sebagai cadangan.
    - Dengan susunan orbit tertentu, maka satelit Gps boleh diterima diseluruh permukaan bumi dengan penampakan antara 4 sampai 8 buah satelit.

    ISI (KEBAIKAN/MANFAAT)

    1-Sebagai Pandu Arah

    -GPS pada mulanya dicipta untuk tujuan ketenteraan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat tetapi sekarang ia telah di gunakan oleh orang awam untk membantu pandu arah.
    - Alat ini merupakan keperluan dalam kenderaan seperti kereta bagi mereka yang banyak menghabiskan masa di jalan raya.
    - Fungsi GPS membolehkan pengguna mengetahui lokasi kedudukan dan arah yang hendak di tuju.
    - Kita tidak perlu menggunakan kompas dan peta lagi jika memiliki GPS.
    - Set peta pada alat ini boleh di kemaskini secara online melalui internet.
    - Kebanyakan alat ini menggunakan skrin sesentuh untuk menentukan tempat yang di tuju dengan memasukkan nama tempat tersebut sebelum memulakan pemanduan.
    - Perisian komputer akan mengesan lokasi dan menunjukkan arah yang sepatutnya di tuju bermula dari kedudukan semasa kenderaan.
    - Alat GPS bukan sekadar alat navigasi tetapi juga di lengkapi fungsi ejaan nama tempat yang di cari, fungsi-fungsi tempat menrik seperti senarai tempat makan, stesen minyak, transit, penginapan, pusat membeli belah, bank, tempat letak kereta, rekreasi, hospital dan lain-lain.
    - Ia turut mempunyai fungsi menyimpan laluan yang mungkin akan di perlukan pada masa akan dating.

    2-Militar

    - GPS digunakan untuk keperluan perang, seperti menuntun arah bom, atau mengetahui posisi pasukan musuh berada.
    - Dengan cara ini kita boleh mengetahui mana teman mana lawan untuk menghindari salah target, ataupun menetukan pergerakan pasukan.
    - Walaupun GPS baru dapat diakses oleh khalayak umum pada tahun 1994, tentara Amerika Syarikat telah mempergunakan teknologi GPS dalam perang teluk pada tahun 1990.
    - Teknologi GPS terbukti sangat vital bagi perang moden.
    - Amerika Syarikat menentukan sasaran didarat dengan cara menggunakan alat GPS.
    - Kemudian Smart Bomb diluncurkan ke lokasi yang ditentukan oleh GPS, untuk melakukan pengeboman dengan akurasi yang tinggi.

    3-Sistem Informasi Geografi


    - Untuk keperluan Sistem Informasi Geografi, GPS sering juga diikutsertakan dalam pembuatan peta, seperti mengukur jarak perbatasan, ataupun sebagai referensi pengukuran.
    - Memetakan sesuatu lokosi bencana
    -Memetakan sesuatu wilayah secara khusus.

    4-Pemantauan Gempa

    -GPS dengan tinggi ketelitian boleh digunakan untuk memantau pergerakan tanah, yang ordenya hanya mm dalam setahun.
    - Pemantauan pergerakan tanah berguna untuk memperkirakan terjadinya gempa, baik pergerakan vulkanik ataupun tektonik.

    5-Keselamatan

    -Untuk mengetahui lokasi jatuhnya pesawat terbang
    - Untuk mengetahui kedudukan tenggelamnya kapal laut
    - Untuk mengetahui kedudukan orang yang hilang di hutan.
    - Polis dapat menggunakannya sebagai alat untuk mengetahui tempat persembunyian penjahat dengan menyelipkan alat GPS berukuran micro secara diam – pada kendaraan atau pakaian salah seorang anggotanya.

    6-Kesihatan


    -Sebuah syarikat bernama Applied Digital Solutions, memanfaatkan teknologi GPS pada peringkat perubatan, “Digital Angel”.
    - Berfungsi untuk memonitor keadaan vital sesorang, dan dipakai di tangan dalam bentuk jam tangan.
    - Juga memanfaatkan teknologi GPS, untuk menghubungi ahli medik terdekat apabila pemakainya dalam keadaan kritis, dan tidak dapat menghubungi seseorang untuk pertolongan.

    7-Arkeologi

    Dapat digunakan untuk memetakan artifak / monumen
    bersejarah

    8-Bidang Aviasi Pesawat

    - Secara otomatis mengatur navigasi pesawat.
    -Semasa pendaratan dan semasa menentukan alur pesawat terbang.

    9-Rekreasi

    - Contoh, Anda sedang naik gunung dan anda menemukan suatu lokasi yang sangat indah dan ingin kembali ke lokasi tersebut,
    - GPS dapat digunakan untuk mengetahui lokasi lalu denga pencatatan koordinat lokasinya bersesuaian dengan peta agar dapat kembali ke lokasi tersebut.

    10-Perniagaan

    -Syarikat penghantaran barang dapat menggunakan GPS untuk mengetahui barang pelanggan sudah di hantar atau belum oleh pekerja.
    - Begitu juga, pelanggan barang tadi yang dapat mengetahui kedudukan barang kirimannya.
    - contoh, Syarikat kenderaan awam dapat menyewakan kenderaan terdekat ke lokasi penumpang dan mengetahui lokasi kenderaan yang di sewakan.

    KESIMPULAN

    -GPS amat berguna kepada semua.
    - Oleh itu, GPS perlulah di manfaatkan dengan sebaik mungkin agar dapat di gunakan dengan lebih meluas.
    - Tambahan lagi, kemajuan dalam teknologi dan permintaan baru terhadap sistem yang sedia ada kini telah membawa kepada usaha-usaha untuk memodenkan sistem GPS dan melaksanakan generasi akan datang satelit GPS III dan Generasi Sistem Kawalan Operasi(OCX).
    - Pengumuman dari Naib Presiden dan White House pada tahun 1998 telah memulakan perubahan-perubahan ini.
    - Pada tahun 2000, Kongres Amerika Syarikat yang diberi kuasa usahasama pemodenan, yang disebut sebagai GPS III.

  • PENGAJIAN AM KERTAS 2 ~TEKNOLOGI KOMUNIKASI~

    PENDAHULUAN

    -Teknologi komunikasi merupakan satu bidang yang berkembang pesat dan terus berkembang pada tahun-tahun yang akan datang.
    - Ia penting dalam aplikasi pelbagai bidang termasuk bidang perniagaan dan pentadbiran yang memerlukan keputusan dibuat dengan cepat, tepat dan cekap.
    -Tahun 1980 juga dikenali sebagai “Dekad untuk telekomunikasi” oleh sesetengah pihak.
    - Telekomunikasi telah berkembang dengan cepat sehingga bersaing dengan kadar pertumbuhan komputer.
    - Sejak kebelakangan ini telekomunikasi telah mendapat perhatian pihak pengurusan atasan.
    - Telekomunikasi sekarang dilihat sebagai satu sumber yang benar walaupun ia pernah dilihat sebagai "necessary evil".
    - Sebagai satu sumber, telekomunikasi berupaya menghasilkan pendapatan dan membolehkan mendapat keuntungan secara tidak langsung dengan menambah efisi pekerja, dengan mengagihkan maklumat yang bernilai dalam masa yang ditetapkan.

    ISI (KEBAIKAN/MANFAAT)

    1-Berbagai-bagai maklumat dapat disalurkan melalui perniagaan,perdagangan dan pentadbiran

    - Cepat dan tepat berbanding dengan sistem lama
    - Maklumat dihantar melalui sistem komputer berangkaian, wayarles, telefon, internet, bahan-bahan cetak, tele-sidang
    - Sistem Pejabat Terbuka - urusan pembayaran bil letrik, air, telefon, ASN, ASB dibuat di Pejabat Pos sahaja
    - Sistem komputer bank - urusan kewangan dilakukan dengan mudah dan pantas
    - contoh, GIRO, Maybank Kawanku - menggunakan Auto Teller Machine - komputer berangkaian
    Kerajaan eletronik, perkongsian maklumat melalui komputer yang dirangkaikan untuk kecekapan pentadbiran.

    2-Bidang Pendidikan

    - Penggunaan komputer dalam pendidikan, CAI
    - Tahun 1980-an, pendidikan komputer diperkenalkan di sekolah menengah terpilih
    - Wujud kelab-kelab komputer di sekolah - lahirkan pelajar-pelajar celik komputer
    - Sekolah Bestari - penggunaan aplikasi komputer multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah

    3-Dunia tanpa sempadan

    - Penggunaan satelit - Malaysia lancar MEASAT 1 pada tahun 1995
    - Satelit memancarkan isyarat komunikasi telefon, faks, televisyen, telesidang dan lain-lain
    - Satelit SITE kepunyaan India, PALAPA kepunyaan Indonesia
    - Siaran televisyen secara langsung ke seluruh dunia, menjalin hubungan manusia sejagat - Siaran CNN, NBC, BBC
    - Internet - rangkaian komputer antarabangsa - komunikasi sejagat (Global Village) - wujud masyarakat maklumat

    4-Keselamatan, penyelidikan dan kesejahteraan manusia

    - Satelit kaji cuaca, mengkaji perubahan cuaca dan memberi amaran ribut dan taufan
    - Hubungan kapal ke kapal -kecemasan, komunikasi dan laluan pelayaran
    - Topografi dan kajibumi - pemeliharaan hutan, kawal pencemaran, mengenalpasti kawasan logam dan kawasan perikanan

    5-Ketenteraan dan Pertahanan

    - Sistem satelit NAVSTAR kepunyaan Amerika Syarikat - rangkaian 18 buah satelit tentera
    - Berfungsi mengintip, mengesan kedudukan musuh, bilangan kereta kebal dan pesawat, stesen pelancar peluru berpandu mengesan kedatangan peluru berpandu ICBM dan pangkalan tentera musuh
    - Strategi peperangan ala Star Wars Amerika - dapat mengesan dan memusnahkan peluru berpandu nuklear sebelum tiba di bumi Amerika.

    6-Dunia hiburan

    - Pemain video, televisyen, radio, komputer, beriteks
    - Penggunaan antena parabola - wujud "Multi-channel Society"
    - Dunia jadi global - tanpa batas sempadan geografi, bangsa, budaya

    KESIMPULAN

    - Teknologi komunikasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan bangsa. Malaysia telah memperkenalkan Koridor Raya Multimedia (MSC) pada tahun 1999.
    - Penubuhan MSC adalah sebagai langkah kerajaan untuk menggunakan sepenuhnya keupayaan teknologi komunikasi dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
    - Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama dalam memastikan negara kita tidak ketinggalan dalam apa jua bidang dan teknologi terkini yang kebanyakannya lebih awal muncul di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun.

  • PENGAJIAN AM KERTAS 2 ~TEKNOLOGI LASER~

    PENDAHULUAN

    -Sains merupakan susunan ilmu pengetahuan yang dihasilkan daripada kajian tentang alam sekitar, manakala teknologi pula ialah aplikasi pengetahuan sains yang digunakan untuk manusia, industri dan kehidupan sehari-hari.
    - Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi telah memberi pelbagai sumbangan kepada manusia termasuklah penciptaan laser yang banyak membantu kehidupan manusia itu sendiri.
    - Perkataan “laser” sebenarnya adalah singkatan daripada frasa kata yang panjang, iaitu “Light Amplification Stimulated Emission Radiation”.
    - Ini membawa maksud sumber cahaya yang diperkuatkan hasil daripada rangsangan atau stimulasi pancaran radiasi.
    - Teori cahaya laser telah ditemui oleh pakar fizik yang terkenal iaitu Dr. Elbert Einstein pada tahun 1920.
    - Bagaimanapun, setelah 40 tahun kemudian, barulah teori tersebut dapat dipraktikkan.
    - Menurut rekod sejarah, penjana laser yang pertama dihasilkan oleh Dr. Mainamm dari Jerman dan bahan asas yang digunakan untuk menjana cahaya laser adalah batu delima (Rubi) yang diperbaiki.
    - Disebabkan laser tersebut diasaskan oleh batu delima maka digelar Laser Rubi.
    - Ciri cahaya laser berbeza dengan cahaya yang dihasilkan oleh lampu yang kita gunakan di rumah.
    - Tiga ciri utama yang ada pada cahaya laser adalah cahaya berketumpatan tinggi, sekata dan tidak mencapah.
    - Ciri-ciri ini merupakan faktor utama cahaya laser amat berguna dalam aplikasi teknologi moden.

    ISI (MANFAAT/KEBAIKAN)

    1-Bidang Hiburan

    -Cahaya laser banyak memberi sumbangan kepada manusia meliputi pelbagai bidang.
    - Antaranya ialah dalam bidang hiburan, aplikasi laser banyak digunakan, sebagai contoh penggunaan cahaya laser sebagai petunjukan cahaya dalam perasmian dan temasya-temasya besar.
    - Temasa Sukan Komanwel diadakan di Malaysia pada tahun 1998, cahaya laser digunakan untuk memeriahkan persembahan semasa upacara pembukaan dan penutupan.
    - Alat VCD dan CD yang kita gunakan untuk menonton filem atau mendengar lagu juga memerlukan cahaya laser yang terkena pada permukaan cakera akan terpantul kembali dan diperangkap oleh penerima yang kemudiannya menukar data atau maklumat kepada format agar dapat kita nikmati dalam bentuk filem atau lagu.

    2-Bidang Percetakan

    -Cahaya laser juga digunakan secara meluas dalam bidang percetakan iaitu menggunakan pencetak laser.
    - Laser digunakan untuk mengimbas drum dan fotokonduktif (seperti kamera merakam imej pada negatif) berdasarkan maklumat imej yang diterima.
    - Seterusnya, imej yang hendak dicetak itu kemudiannya dipindahkan ke atas kertas menggunakan dakwat (toner).
    - Imej yang diimbas oleh laser adalah lebih jitu serta tajam dan ini menghasilkan cetakan imej yang lebih hidup.
    - Konsepnya sama seperti mesin fotokopi, cuma mesin fotokopi mengimbas maklumat imej menggunakan lampu bercahaya tinggi dan imej tidak jitu kerana cahaya lampu tidak seterang cahaya laser

    3-Bidang Informasi dan Teknologi Maklumat

    -Penggunaan cahaya laser juga digunakan dalam bidang informasi dan teknologi maklumat.
    - Perkembangan aplikasi laser amat menggalakkan dalam bidang ini kerana dapat menghasilkan kabel sebatian optik yang membolehkan cahaya laser melaluinya.
    - Cahaya laser dikatakan mempunyai kelajuan yang melampaui kelajuan cahaya (kelajuan cahaya dalam vakum adalah 2.99979 x 10 m/s) membolehkan maklumat dihantar dalam bentuk digital dengan lebih efektif dan efisien.
    - Penggunaan kod bar pada barangan atau produk dalam pasaraya besar juga memerlukan laser.
    - Garis-garis yang berbeza jaraknya antara satu sama lain membolehkan laser yang mengimbas kod bar tersebut dan diterjemah kepada pelbagai maklumat, antaranya harga, jenis dan kod barang tersebut.

    4-Bidang Keselamatan

    -Dalam bidang keselamatan, penggunaan laser juga diperlukan terutama bagi tentera, polis dan juga pasukan keselamatan yang lain.
    - Sebagai contoh, dalam ketenteraan, laser digunakan untuk membetulkan bidikan senjata sebelum menembak sama ada pistol, senapang ataupun peluru berpandu.
    - Pihak polis pula menggunakan laser untuk mengesan kelajuan kenderaan dengan menembak laser ke arah kenderaan yang bergerak.
    - Dari segi keselamatan pula, banyak penggera sekarang ini menggunakan laser untuk mendapatkan ciri pengesanan yang baik serta lebih jitu.

    5-Bidang Perubatan

    -Laser memainkan peranan yang amat penting dalam bidang perubatan terutama penggunaan laser yang cukup sinonim dengan pembedahan mata.
    - Selain itu, aplikasi laser juga digunakan dalam aplikasi “dermatology” (berkaitan kulit) yang mana laser digunakan untuk merawat kulit atau membuang tanda-tanda pada pada kulit seperti tahi lalat.
    - Pesakit yang mengidap ulser gastrik juga boleh dirawat dengan laser di mana pancaran laser akan mengawal pendarahan yang berlaku dalam perut.
    - Pembedahan kecil pergigian juga dapat dilakukan dengan mudah melalui penggunaan laser.
    -Kaedah fotodinamik digunakan untuk mengesan sel-sel barah dengan memancarkan laser ultra ke dalam tubuh pesakit.
    - Laser dapat cepat menyembuhkan dan mudah rawatan
    - Kelebihan menggunakan laser dalam rawatan perubatan atau pembedahan dapat mengurangkan luka serta mengelakkan kehilangan banyak darah berbanding kaedah pembedahan terbuka menggunakan pisau pembedahan biasa.
    - Dan yang terbaru laser digunakan dalam proses berkhatan.

    6-Bidang Sains

    -Dalam sains, laser digunakan dalam pelbagai variati teknik interferometri, dan bagi spektroskopi Raman dan penguraian spektroskopi menggunakan laser.
    - Kegunaan lain termasuk pengesan jarak jauh atmosfera, dan kajian fenomena optik tidak lurus.
    - Teknik holografik menggunakan laser turut menyumbang kepada pelbagai teknik ukuran.
    - Laser juga telah digunakan di atas kapal angkasa saintifik Cassini-Huygens.

    7-Bidang Industri

    -Dalam bidang industri, laser digunakan untuk memotong, mengerudi dan menanda logam yang akan dikeluarkan.
    - Ia boleh digunakan untuk memotong bahan keras seperti intan dan titanium.
    - Hal ini dapat menjimatkan kos dan memudahkan kerja.
    - Misalnya, laser dapat memotong logam yang mempunyai ketebalan hingga tahap 30mm serta mampu memberikan ketepatan pada kadar lebih kurang 0.025mm.
    - Pengggunaannya membolehkan pengusaha pengindustrian logam mendapat keuntungan yang banyak kerana kerja pemotongan logam dapat dilakukan dengan cepat dan tiada pencemaran.

    8-Bidang Eletronik

    -Manfaat penggunaan laser adalah dalam eletronik kepenggunaan, telekomunikasi, dan komunikasi data.
    - Laser digunakan sebagai pemancar dalam komunikasi optik melalui gentian optik dan ruang bebas.
    - Laser digunakan bagi menyimpan dan mengambil data daripada cakera padat dan DVD, termasuk juga sebagai cakera magneto-optik.
    -Paparan cahaya laser (gambar) mengiringi banyak konsert muzik.

    9-Penciptaan Alat


    -Kebaikan penggunaan laser kepada manusia ialah dalam penciptaan alat.
    - Pada zaman ini, banyak alat-alat yang dicipta adalah menggunakaan teknologi laser seperti laser printer , kamera digital dan sistem keselamatan.
    - Penggunaan laser dalam printer telah mempercepatkan kelajuaan printer dalam mencetak.
    - Laser printer boleh mencetak 12,000 muka surat dalam masa sejam.
    - Laser printer yang mencetak maklumat yang berwarna-warni dapat mencetak sebanyak 100 muka surat dalam masa seminit iaitu 6000 muka surat sejam.
    - Penggunaan laser printer telah menjimat masa pengguna dalam menunggu bahan yang dicetak.
    - Masa yang dijimatkan dapat digunakaan dalam membuat perkara lain.

    10-Peralatan Pejabat

    -Teknologi laser menghasilkan peralatan pejabat juga merupakan salah satu faedah laser kepada manusia sejagat.
    - Contohnya,pen laser merupakan alat penunjuk yang canggih.
    - Alat pembaca jalur berkod juga dapat merakamkan maklumat barangan misalnya maklumat tentang jenis barang ,harga serta bilangan stoknya.
    - Dengan ini,jumlah jualannya dan simpanan stok dapat diketahui dengan segera.
    - Alat pencetak laser , penyalin laser, dan mesin faksimili laser memudahkan penghantaran maklumat.

    KESIMPULAN

    - Kesimpulannya,laser memang membawa kebaikan yang berbagai-bagai kepada kita,manusia.
    - Oleh itu,kita harus menghargai apa yang dimiliki dan mengubahsuaikan teknologi untuk memimpin negara kita ke ambang kecemerlangan.

1 2