Blog / MEDAN IKAN BAKAR PASIR PANJANG
Sunday, 29 June 2008 at 22:53
Hari Sabtu yang lepas aku pergi Seremban lepak-lepak ngan sepupu. Datang angin puting beliung kita orang, kononnya nak pergi makan ikan bakar di Padang Temu, Melaka. Dekat-dekat area Sungai Duyung. Tetiba tak jadi pulak sebab terlalu jauh dan kos perjalanan yang tinggi. Maka keputusan di buat untuk pergi ke medan ikan bakar di Pasir Panjang, Port Dickson.
Aku tak pernah pergi medan ikan bakar kat situ dan tak pernah tahu pun ada medan ikan bakar. So aku terpaksa follow kereta sepupu-sepupu ku. Sebelum semuanya ke Pasir Panjang, masing-masing keluar rumah awal sebelum maghrib. Bergerak dari Seremban selepas Asar. Ada yang ke Jusco dahulu, ada yang nak lepak kat tempat lain la, macam-macam lagi. Sepupu aku dari Kajang pula baru bertolak dalam pukul 6.30 petang. Aku takde tempat lain la kan… Pantai Port Dickson la aku tuju dulu.
Sampai di Port Dickson aku berehat sekejap sambil menunggu konvoi yang lain sampai. Sudah lama juga tak turun PD. Banyak nostalgia aku kat sini. Jatuh motor, kena cekup polis buat kawad cam la, merempit la.. macam-macam la. Zaman tu zaman study kat Politeknik Port Dickson. Terejalnyer bukan main. Hehhehe….. memang ternyata berbeza PD dahulu dan sekarang. Apabila sudah dekat mahgrib, aku bergerak ke Pasir Panjang.
Singgah di surau Telok Pelandok untuk solat maghrib dan bertemu dengan sepupu ku dari Kajang. Dua biji kereta sudah berjumpa. Selepas solat maghrib satu konvoi lagi tiba di surau dan bergeraklah konvoi ke Pasir Panjang. Setibanya di tempat kejadian.. hehehhe, tempatnya begitu tersusun dan cantik. Kelihatan samara-samar cahaya pancaran rumah api di atas air laut Kuala Pasir Panjang. Begitu nyaman sekali. Ewah!!!
Sesudah sampai apa lagi. Semua menu utama telah ditempah terlebih dahulu dan perlu menempah sedikit sahaja lagi. Bersantap la kumpulan konvoi tersebut dengan jayanya. Menu-menunya adalah….. Ikan Jenahak dibakar 5 ekor, sotong goreng tepung 2 kilo lebih, lala masak apa benda ntah, aku pun tak tahu berapa banyak tapi banyaklah, ikan pari masak merah 4 ekor, nasi lemak berapa bungkus ntah, otak-otak lagi, fuh pendek kata… menyengat habis…. Hahahhahaha….. terbang RM400 lebih malam tu. Hahhaha…
Kelihatan yang mana ahli keluarga yang lambat sampai, tertelan air liur sahaja la. Disebabkan lambat menempah menu dan datang lewat. Tetapi memang aku respect sebab dalam pukul 10.30 malam, masih ramai lagi hadir ke kedai makan tersebut meski pun mereka pasti tidak dapat menu yang istimewa. Akan datang akan aku pergi lagi sebab dah tahu ada tempat yang berdekatan daripada pergi ke Melaka. Kalau nak diikutkan di Klang juga ada, namun tidak sama langsung citarasanya. Walaupun kedai di medan ikan bakar muara, Tanjung Gila, Port Klang, itu sama syarikat dengan di Umbai, Melaka, namun aku rasa kurang sambutan dan agak mahal sedikit.
Dan semalam merupakan hari kopak poket sedunia. Dengan wang tolnyer, minyak petrolnyer lagi… memang boleh dikatakan.. awal-awal bulan ajerlah boleh dibuat perangai macam ni…. Hahhaha..
So kepada semua yang teringin nak ke Medan Ikan Bakar Pasir Panjang, Port Dickson…. Laluannya adalah laluan lama ke Melaka. Dari pantai Teluk Kemang ke Pasir Panjang dalam 30 minit lebih kurang. Sampai di pekan Pasir Panjang, cari laluan ke Kg Teluk berdekatan dengan tokong cina. Insya’allah sampai. Sesiapa yang tahu laluan ke kem PLKN Pasir Panjang, confirm boleh jumpa punya…. Hahahha selamat mentekedarah dan menghabiskan duit… yehaaaa… sekali jer sebulan… tak gitu…
Sedap giler beb…..
Chiao.
Please wait...
Comments 1
Putri78 10 July 2008
erm....sedap tol ko mentekedarah ekk..ckit ko tak ajak ekk..tak per.
sok aku balik kg aku g makan ikan bakar kat Tanjung Agas.haaahahh..