Blog 281

:) MY STORY FOR THOSE TO SHARE :)

Wei! bagi la rating... cit! Hantu ko.... hahahhha


  • Ramadhan dan aku... quit smoking!

    17 Julai 2013 bersamaan dengan 8 Ramadhan 1434 – sekejap jerk an. Punya la masa berlalu begitu cepat, kita ni makin lama makin tua dan berakal. Harap yang muda tu hormat la kita ni yang semakin tua… hahhaha. Mana tak nyer, pergi beli barang dah ada yang panggil pakcik.. dulu orang panggil abang, sekarang jadi pakcik la pulak… auwwww tua nyer aku.. hahhahahha

    So macam mana guys. Ok ke tidak semasa aku tak berceloteh dalam netlog ni. Jarang benor aku layan netlog sejak dah ada FB ni kan. Aku rasa bukan aku sorang jer yang jadi macam tu, macam-macam rasa dalam hati ni pun ada, nak tutup akaun netlog la, apa la…. Tapi tetap jugak ada lagi kat sini… hehee takpelah janji orang still tahu kita online and still alive… itu yang penting.. ahaks.

    Kalau korang semua nak tahu, aku dah quit smoking… dengan jayanya… hamper 6 bulan lebih jugaklah aku tak sentuh rokok tembakau ni. Tetapi aku still merokok guna e-rokok. Ala yang kecoh dalam tv kononnya kena haramkan la, kena ada undang-undang la.. propa semua tu. Yang pasti hidup aku lebih cergas dan tidak semput macam dulu, e-rokok membantu aku menghilangkan ketagihan tembakau secara total… so buat apa aku nak ikut ckp kerajaan bahawa e-rokok lebih merbahaya dari rokok tembakau… gilos! Propa! Propa! Propa!

    Bulan puasa ni tak boleh la mem’vapor’kan diri (istilah rokok elektronik) sama jer dgn rokok analog kan, tapi ada jugak yang bangga dengan diri mereka bahawa mereka tidak berpuasa. Malah ada yang mengatakan bulan yang puasa bukan aku yang berpuasa….. astaga! Kalau korang nak tahu budak yang bangga sangat dengan tidak berpuasa tu adalah salah satu geng group vapor dalam FB, hari ni habis semua geng2 vapor sekolahkan dia sampai terkedu2 dah. Sepatah pun tak boleh nak menjawab. Padan ngan muko….. bangga betul bila tak berpuasa… ish ish ish.. donia akhir zaman betullah… bangga dengan dosa-dosa…

    Oklah.. aku yang bercakap tak reti berenti ni pun ada gak dosanyer.. so maafkan jer lah yer… sorry tulisan dan ayat agak kucar-kacir hari ni tidak seperti selalu , tersusun dan penuh madah berhelah.. ewah.. apa-apa pun mesej yang nak sampaikan tercapai dan difahami oleh semua orang sudah ler…. Orait… salam Ramadan dan jaga diri baik-baik… Aassalamualaikum….

  • TAHUN 2012 - NEW BEGINNING AGAIN

    Rabu, 11 Januari 2012 – Pergh! Dah 11 hari rupanya. Pejam celik, pejam celik dah hampir 2 minggu kita semua mengharungi tahun 2012, tahun naga. Aku seperti biasa mempunyai azam baru yang lebih produktif sikit. Mencari sedikit penambahan dari segi kewangan dan amalan. Kewangan sekarang perlu lebih giat sikit sebab banyak sangat dah barang-barang dan keperluan yang harganya agak keterlaluan. Niat di hati tahun ini nak beli rumah, sebab dengar cerita deposit rumah akan dinaikkan ke 20 peratus dari harga rumah. Mampos aku kalau tak beli sekarang. Masalahnyer sekarang harga rumah yang sekangkang kera tu pun dah cecah nilai RM250k. Memang mencekik betullah.

    Tahun ini juga adik aku akan melangsungkan perkahwinan dia. Setelah sekian lama asyik duk memerap dalam bilik jer dunia dia, akhirnya berjumpa juga dia dengan gadis pilihan. Selama ini dia ni memang jenis square habis. Dunia dia hanya PS3 dan Xbox 360 dan tak lupa juga action figure Transformer dia. Abang-abang dia tumpang main game jer la kan. Hahahhaha….. baru minggu lepas dia bertunang, itu pun bertangguh atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan kelmarin.

    Raya Cina dah nak dekat dah. Masa ni memang syok kalau nak berbelanja sebab harga mesti turun gila-gila punya. Stok baju-baju pun mesti baru-baru yang tak pernah tengok pun ada. Al-maklumlah raya tokey-tokey la katakana, kita ni tumpang jer seronok. Aku rasa tak balik kampung sebab dengar cerita family dari kampung nak lepak Klang. Aku lagi suka, save la jugak nak ke Johor. Hehehhe…..

    Bila tahun 2012 ni bermula, bermula jugalah projek terbaru aku. Sebelum ini projek aku hanya tertumpu kepada pembelian barang-barang komputer terpakai dan recycle balik semua peralatan tu atau dijual sekiranya tidak berguna. Tetapi sekarang memandangkan dokumen semua sudah mencukupi, aku mula melangkah lebih jauh dengan melibatkan diri dalam recycle industrial wastage. Industri ini lebih besar sedikit prospeknya, jadi aku agak busy untuk menyediakan segala persiapan seperti company profile, presentation, research & development dan sebagainya untuk memudahkan aku menepis segala persoalan sekiranya berjumpa dengan client nanti. Perkara baru ini kita perlulah ada ilmu sebelum bermula, umpama sediakan peluru sebelum pergi berperang, takde peluru nanti kita yang mati berperang. Hahhahaha…..

    Walaupun kehidupan tahun 2012 ni agak sempit sedikit rezeki, tapi aku bersyukur dan aku harap Allah SWT dapat memberikan ganjaran dan rezeki kepada hambanya yang berusaha untuk meningkatkan tahap hidup. Aku harap usaha aku ini diredha oleh-Nya, Insya’allah.

    Kepada kengkawan semua, sekiranya ada cerita ceriti ceritu tentang industrial wastage seperti bahan-bahan besi, plastic, kertas atau sebagainya, silalah hantar mesej kat aku. Kalau prospek nampak bagus apa salahnyer kita kongsi bersama yer tak. Give and take la kata orang… ewah. Anyway hopefully friends can support me in any direction. Thank you very much. Ewah cakap London lak kiter… hhehehe

    Aku yang berhormat. :)

  • TALI SILATURRAHIM USAH DI RENGGANG

    Selasa 27 Disember 2011 – Hari ni bermula semula sesi bekerja selepas cuti Hari Natal. Bagi aku selepas cuti ker atau sebelum cuti, kalau dah nama bekerja, sama sahaja. Cuma yang perbezaannya sekarang, mood ada atau takde jersekarang. Kalau waktu-waktu macam ni, dah lama aku membuta setengah hari. Cuaca pulak hari ni tengah suam-suam gitu, menggalakkan sesi membuta tahap tertinggi. Hahaha…

    Sebenarnya mood aku hari ni ada malas sikit la. Tengok email tak berbalas la punca utama. Aku pelik betullah, client aku ni tak suka tengok email ker. Hantar email tapi tak berbalas jadi satu tanda tanya la pulak. Cuba kalau ada yang komen dalam facebook tu, amboi bukan main laju lagi balas. Tak payah disuruh tengok pun takpe. Salah satu mood aku down, sebab komisyen aku macam kena hold pulak. Semua ni sebab tak dapat jumlah purchasing aku daripada budak-budak warehouse. Orang nak pakai duit nak uruskan tahun depan punya kerja, kena hold la pulak. Kalau hold dibayar kemudian takpe, confirm dibayar bulan depan punya ni. Ish dah lewat sangat dah tu.. adoiii pening kepalo!

    Hari ni aku dikejutkan dengan perangai budak bermuka lawa tu sekali lagi. Waktu lunch aku tak keluar ke mana-mana, cuma ke 7 Eleven membeli sandwich dan air milo instant. So aku lunch dengan member aku dekat pantry. Tidak tahu yang perempuan tu hanya keluar tapau lunch dengan seorang lagi staff. Bila dia balik ke pejabat, sorang staff tu duduk ngan aku dengan member aku, lunch sesame. Tetapi budak perempuan yang cas cun ni, sanggup duduk berasingan dengan kita orang. Kecik hati tidak terkata la wei. Aku rasa bukan aku sahaja yang rasa kecik hati bila dia buat macam tu. Member aku tu pun kecik hati jugak. Teruknya perangai buruk sangka dia terhadap aku ngan member aku. Aku tak faham langsung.

    Inilah dikatakan bila dah Berjaya sikit, dia rasa diri dia dah cukup hebat. Aku rasa menyesal pun ada sebab dulu masa kereta dia rosak dua tiga kali kat parking lot, aku dengan member aku yang tolong dia. Tak sangka betul… kecewa sungguh rasa. Aku bukannya apa, sebagai seorang yang beragama Islam, kenapa perangai dia seperti memutuskan hubungan keislaman diantara aku ngan member aku. Aku terima sekiranya aku bersalah tapi aku tak faham apa salah aku. Kalau diikutkan hati aku, nak jer aku sekolahkan budak ni, tapi bila difikirkan dengan perangai dia yang tak seindah rupanya, aku naik malas nak tegur. Biar satu hari nanti bila dah terkena batang hidung sendiri baru dia tahu langit itu tinggi atau rendah. Ini baru bekerja dalam pejabat yang staff tak seramai 10 orang, kalau dia pergi ke tempat lain, aku rasa dia tak boleh survive dengan orang lain yang lebih pakar dalam bab pulau memulau ni.

    Biarkan ajer la. Aku hanya seorang insan biasa, bukan sempurna pun. Allah SWT Maha Mengetahui yang mana betul dan yang mana salah. Semoga diri dia ditunjukkan jalan yang benar dan tidak riak bila di atas nanti. Tak lama lagi dah nak berumahtangga so harap-harap jangan berlaku apa-apa yang tidak diingini bila dah berkahwin nanti. Jangan sangka berkahwin itu indah hanya kerana sudah berdua, banyak tanggungjawab lain yang dia perlu tempuhi. Ingatlah kalau tiada kawan-kawan dia pun takde apa-apa.

    Sesungguhnya aku kalau nampak dia di dalam kesusahan di mana-mana, hati aku belum mampu boleh menabur pertolongan apa ntah lagi nak bertanya sebab aku rasa aku tidak sempurna.

    Aku yang berhormat.

  • KONSER FENOMENA 30 TAHUN SEARCH

    Selasa, 13 Disember 2011 – Cuti tiga hari membuatkan aku rasa malas pulak hari ni. Biasa la kan cuti-cuti panjang ni, ditambah pulak dengan cuaca agak redup merundum jer, mata pun dok kuyu-kuyu jer.. nak kata aku dalam keadaan koya pun ada gak. Hahahah….. Tapi kerja-kerja yang ada mesti disiapkan bagi meneruskan hidup.

    Oklah straight to the point la kan. Aku sebenarnya ada dua tiket ke Konsert 30 Tahun Search di Mine Exhibiton Centre di Mines, Seri Kembangan, pada 17 Disember 2011. Aku ada dua option yang agak susah nak dibuat decision ni.

    Yang pertama kalau aku pergi ke konsert tu, aku nak pergi dengan sapa?

    Yang keduanyer pulak, aku rasa macam susah nak pergi sebab hari Sabtu tu aku kerja half day. Berkejar-kejar la pulak nak pergi mines nanti, tapi kalau tak pergi kang, nyesal tak sudah. bila lagi nak merasa pergi konsert dalam seumur hidup aku...



    Ok, pening-pening.... haiya!

    Aku yang berhormat.

  • ALAHAI.. MUKA LAWA, PERANGAI BURUK

    Khamis 08 Disember 2011 – Hari ni aku seperti biasa berada di ruang sempit kerja ku dan cuba untuk menyiapkan kerja-kerja yang terbaru untuk mencapai target purchasing aku. Agak banyak juga jumlahnya target yang perlu dicapai tapi aku gagahi juga untuk mencapainya. Hasilnya nanti bukan aku seorang sahaja yang dapat merasai, biarlah usaha lebih tapi penat lelah yang dicurahkan ada hasilnya, Insya’allah.

    Baru-baru ini situasi di dalam pejabat agak tegang disebabkan CEO agak kecewa dengan prestasi. Entah apa yang dikecewakan pun aku tidak tahu. Setahu aku department aku tidak pernah capai target yang ditetapkan, tapi bohonglah kalau aku cakap sentiasa capai target. Ada juga masa-masa yang tidak mencapai apa yang diharapkan tetapi masih lagi belum di bawah par. Yang menjadi mangsa kena marah, boss aku ler. Bila boss kena marah dengan orang atas, orang bawah kena preasure jugak la. Lumrah kerja, begitulah. Aku tidak kisah tentang semua itu disebabkan aku masih mampu memberikan apa yang syarikat mahukan. Tetapi yang menjadi pening dan punca kerosakkan society pejabat ini adalah dua orang purchaser yang ada. Aku pun tidak faham bagaimana nak diajar lagi tentang selok belok purchasing.

    Semua ilmu aku, aku dah tunjukkan. Bagaimana nak tackle pelanggan, bagaimana nak membeli barang-barang dan sebagainya, namun target yang dicapai tidak sampai di tahap yang membanggakan. Aku sendiri pening kepala disebabkan aku terpaksa cover budak dua orang ni. Yang menjadi amarahnya, bila diajar buat-buat faham tetapi langsung tak faham dan kalau faham pun tidak dipraktikkan. Aku senang jer dengan orang macam ni, aku dah tolong so kau kena tolong diri kau sendiri.

    Aku nak cerita pasal ada seorang budak di pejabat aku ni la. Orangnya agak manis, memang lawa cukup sifat semuanya. Bertudung dan sentiasa berbaju kurung. Solat tidak tinggal di pejabat. Aku sendiri pun kadang-kadang miss, terus terang aku cakap. Aku bukan nak mengaibkan sesiapa tetapi ini pertama kali aku jumpa seorang yang manis dan lawa dari paras rupa, tetapi buruk dari segi perangai dan tingkah laku.

    Selepas kejadian mesyuarat tempoh hari, perangai dia seperti ada yang tidak kena jer. Dengan aku dulu bergurau senda, tetapi sekarang nak bercakap ‘hai’ sekali pun payah nak di dengar. Aku ada buat salah ker. Aku ada selidik dan terdengar dari mulut kawan-kawan yang lain. Dia sebenarnya seperti cemburu yang boss aku tu asyik cover aku dengan seorang lagi budak di pejabat. Kalau diikutkan aku rasa boss aku tu layan sama rata jer.

    Dari pemerhatian aku, target yang tidak dicapai dan performance agak hambar, boss akan diamkan diri ker? Mesti dia tanya macam-macam kan? Kalau aku adalah punca mata pencarian kau yang kurang, aku rasa itu tidak adil. Banyak lagi pelanggan dalam Malaysia ni yang aku sendiri pun tak larat nak cover. Baru-baru ini dia tidak berpuas hati disebabkan komisyen aku sahaja dikeluarkan oleh pihak syarikat. Dia macam tidak berpuas hati. Aku rasa nak debuk pun ada jugak, kalau target kau tak capai, kau layak ke terima komisyen? Fikir sendiri la.

    Tetapi semalam aku betul-betul tak faham perangai dia. Budak aku seorang lagi yang dia anti jugak, duduk solat dalam bilik solat. Budak sengal masuk lepas tu boleh cakap ‘hai, terpaksalah!’. Astaghfirullah , kenapa perlu sampai begitu sekali kalau dah tahap membenci kawan sepejabat. Umpama sampai tahap nak solat sebilik pun dah tak nak. Ini yang aku cakap muka lawa tapi perangai buruk. Aku terus terang cakaplah, betul kata orang kalau kita sembahyang cukup 5 waktu sekali pun tapi kalau hati kita masih hitam pekat, jangan haraplah kita nak terlepas dari bisikan syaitan dan mudah dipengaruhi. Harap-harap dia cepat matang dalam kehidupan walaupun dah tak lama jer lagi nak kahwin. Kalau begini cara hidup dia, jangan kan dekat pejabat aku, di pejabat orang lain pun belum tentu dia boleh survive!

    Aku yang berhormat. :)

  • AKU DAN SESUATU.

    Khamis - 02 Disember 2011. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, dalam diam tak diam tahun 2011 semakin hampir meninggalkan kita dan semakin hampir juga tahun baru 2012. Azam ada yang tercapai ada yang tidak. Begitulah kita manusia bukan mampu mencapai apa yang kita idamkan dalam sekelip mata. Usaha lagi bagi menuju ke kehidupan yang lebih baik itu sudah mencukupi.

    Aku sebenarnya tidak tahu nak tulis apa tapi terasa pulak jari jemari ni nak menaip itu dan ini. Hari ni bekerja seperti biasa, ingatkan besok dapatlah cuti sehari memandangkan ada kegiatan yang hendak dibuat besok. Boss pulak cakap cuti dibekukan, terpaksa tangguh ler kegiatan itu hari Sabtu nanti. Gaji belum masuk lagi tapi kegiatan nak buat macam-macam. Terpaksa sekat mana-mana yang patut la. Beli apa yang perlu sahaja.

    Aku tak sabar sebenarnya nak menyambut tahun baru 2012 ni. Al maklum tahun depan adalah tahun Naga bagi calendar orang-orang cina. Tahun naga tu beb tahun depan. Makin berasap la nampaknyer. Hahahhaha…. Aku pun tak tau kenapa aku teruja sangat dengan tahun depan. Mungkin sebab ada something happen yang aku rasa kuat sangat sekarang ni. Hopefully apa yang aku rasa itu adalah benda-benda yang baik dan elok hendaknya.

    Cukuplah cerita pasal diri aku, cerita pasal persekitaran la pulak. Sekarang ni perhimpunan UMNO dah bermula. Aku cukup menyampah sekarang ni pasal perhimpunan ni, bukan sebab aku anti politik atau anti UMNO tapi aku cukup tak suka cakap jenis bergegar-gegar dalam masa bersidang tu. Kadang-kadang tu sampai rasa naik mual bila dengar wakil-wakil bersidang dengan sajaknyer la, pantun, syair… apa ke benda tu semua. Sepatutnya pentingkan misi masing-masing dengan target yang diberi. Kalau betul nak menang pilihanraya bukan jenis terpekik terlolong ngata orang lain itu dan ini. Fikirkanlah yer… aku malas nak tengok bila malam-malam kat berita.

    Baik aku layan Tentang Dhia. Hahahhaa… cerita melayu yang aku rasa kali kedua aku follow up. Sebelum ni aku layan Nur Kasih. Tapi entah kenapa Tentang Dhia ni aku boleh layan la pulak. Selepas Maghrib jer aku dah mengadap depan kotak tv. Stress ada, tension pun ada. Bagus betul yang buat cerita ni bermain dengan perasaan penonton. Emosi jer sepanjang masa. Hahahhaha eh eh aku lak yang emosi. Hahahhaha…

    Ok lah. Aku rasa cukup dululah. Ada keje ni. Ni pun selit sikit-sikit masa nak menaip benda-benda mengarut ni. Ok take care. Jangan buat hal.

    Aku yang berhormat. :)

  • SELAMAT HARI BAPA 2011

    18 Jun 2011 – Selamat Hari Bapa untuk semua ayah, papa, baba, abah, daddy dan pelbagai lagi panggilan yang menjurus kepada insan bergelar bapa. Aku hargai pengorbanan dan tunjuk ajar dari mu dan aku tidak akan mensia-siakan segalanya.

    Disebabkan ajaran disiplin dan budaya hormat menghormati telah diserapkan kepadaku, aku rasa diriku telah menjadi seorang insan yang agak elok di sisi pandangan masyarakat.

    Terima kasih.

    Selamat Hari Bapa 2011

    Aku yang berhormat.

  • GEGARAN GEMPA BUMI - AKU DAPAT MERASAKANNYA

    15 Jun 2011 – Sibuk sungguh diri aku minggu ni. Lepas jadi boss celup jadi macam-macam lak keje aku. Pagi tadi jer aku dah pergi ke Banting, menghantar tender ke Majlis Daerah Kuala Langat. Seperti biasa, harap-harap dapat la tender tu. Dapat jugak kumpul-kumpul buat belanja road tax kereta aku nanti. Kena pulak aku punya road tax clash dengan hari raya lak tu… Penin! Penin! Bulan depan jer dah kena renew road tax Iswara, bulan 8 lak kereta Viva.. tu yang pancit sikit bila difikir-fikirkan balik… hehe. Insya’allah harap-harap dapat harungi ujian ini sepenuhnya.

    Semalam peristiwa gempa bumi kecoh seluruh Malaysia. Gempa bumi yang berlaku di Sumatera sebanyak 4 kali dalam masa 2 hari berturut-turut, turut dirasai ditempat kerja ku. Gegaran sebanyak dua kali dapat dirasakan dan aku merasa agak pening sedikit. Kebiasaannya opis aku ni kalau lori besar lalu depan opis confirm gegar sikit2, tapi semalam memang terasa betul gegaran yang luar biasa. Dinding pun ada bunyi-bunyi krak krek sikit-sikit. Gerun jugaklah.

    Tetapi yang jadi pelik dan kelakarnya. Bila semua satu pejabat turun ke bawah dari tingkat 3, yang berada di bawah Cuma budak-budak pejabat aku jer. Takde satu pun pekerja daripada pejabat yang lain turun ke bawah. Tak senonoh betullah. Diorang tidak rasa ke gegaran yang agak kuat tu. Macam tak heran jer aku tengok la. Lantak ko la. Aku pun takkan nak jerit-jerit suruh turun lak kan… hahahaha..

    Pekerja baru masuk lagi hari ini. Nasib baik aku tak perlu nak assist dia kali ini. Aku malas nak turunkan ilmu, lagi pun aku agak sibuk kali ini. Persiapan untuk hari esok mesti disiapkan dahulu.Besok aku kena pergi ke Putrajaya untuk melihat barang-barang yang ada. Selepas itu aku kena pulak pergi ke opis dan terus ke BSKL untuk tujuan yang sama. Lepas tu hendak ke UDA Holdings untuk hantar dokumen dan juga untuk melihat barang-barang. Alhamdulillah kalau dah sampai tengok barang tu kira hamper 50% kerja aku akan berjaya.

    Rasanya pendek jer blog aku hari ini. Busy-busy pun sebab celoteh kejap. Hehehhe ok guys. Take care semuanya. Kalau rasa ada gegaran dekat kawasan rumah korang tu pastikan betul-betul tau. Bukannya apa, takut-takut gegaran tu bukan datang dari gempa bumi Sumatera, tapi datang dari rumah jiran sebelah…. Al-maklum quality time la katakan……Hahhahaaahaha….

    Aku yang berhormat.

  • HARI TERAKHIR AKU JADI BOSS CELUP

    10 Jun 2011 – Syukur Alhamdulillah, selesai sudah tugas-tugas aku menjaga syarikat selama tiga hari. Semua boss besar dah balik dari oversea. Nasib baik diorang semua dah balik dari outstation. Masa diorang takde pun semua dah sibuk Tanya aku pasal gaji. Macam aku handle gaji-gaji diorang. Aku sendiri pun tak tahu gaji aku bila masuk, lagi mau tanya aku. Mengelak cara baik jer la dengan diorang, lagi pun diorang faham jugak kenapa gaji belum masuk.

    Semalam aku bergerak ke Banting untuk membuat lawatan tapak di Majlis Daerah Kuala Langat. Janji pukul 2.30pm, tapi biasalah janji melayu, pukul 3.00pm baru diorang semua sampai. Masalah nak pecahkan pintu stor pun nak kena tunggu technician diorang. Sudahlah panas berdenting, masuk stor diorang lagi la panas. Bahang sudah badan aku dibuatnya. Habis satu badan basah… hehhehe banyak sangat air rupanya aku ni. Hahhaha…

    Bila tengok barang-barang diorang, semua dah rosak dan tak boleh pakai. Tapi dalam senarai bukan main hebat lagi mention. Satu set pc la, apa la… rupa-rupanya kondem semua. Yang peliknya tak satu pun syarikat yang disenaraikan hadir untuk datang ke tapak lawatan. Aku sorang je yang hadir. Harap-harap syarikat aku dapatlah menang sebutharga bagi barang-barang tersebut.

    Lepas semua tugasan di Banting dah selesai, aku terus balik ke Klang tetapi singgah di GM Klang, shop lot syarikat. Bagus la sales hari ni sebab pelanggan tu nak 5 unit pc. Aku pun baru nak kenal staff baru kat shop lot tu. Dilla nama dia, budak lagi baru umur 20 tahun. Aku nak tengok cara dia bekerja. Orangnya peramah bukan main, baru kenal aku sehari dah sembang macam dah lama kenal. Yang tak boleh tahan tu siap tanya aku soalan yang bukan-bukan.

    Salah satu soalan yang ditanyakan kepada aku adalah “Macam mana nak buat orang lelaki suka kepada kita?” Bila fikirkan aku sendiri pun tak tau nak jawab. Tapi aku jawabkan jugak la. Aku cakap orang lelaki akan suka kepada perempuan mengikut selera lelaki tu. Ada lelaki suka kepada perempuan sopan, ada yang suka perempuan aktif dan peramah, ada yang suka perempuan becok… macam-macam lagi la. Tapi takde sesiapa pun yang suka perempuan liar dan hidup tak teratur. Kalau ada pun memang niat dah terpesong jauhnyer, takdenyer nak jadikan bini atau gf. Percaya ler.

    Tapi aku nasihatkan dia. Jadi sahaja diri sendiri, tidak perlu mengubah cara hidup atau perangai kerana seorang lelaki. Tapi jangan pula suka nak menunjukkan perangai yang negatif sahaja. Banyakkan kelebihan perangai yang elok adalah lebih bagus. Kalau budak tu nak ikut cakap aku, ikut la.. aku pun tak paksa wooo….

    Hari ni hari terakhir budak-budak bercuti. Minggu depan bermulalah kembali sekolah, dan confirm jugaklah jalan jadi sesak balik semula… uwaaaa….. letih letih. Aku malam ni nak ke Kapar nak lepak kat sana. Tido satu malam je kot sebab aku keje besok, lagi pun bukan jauh sangat pun….

    Oklah aku dah kekurangan idea dah sekarang. So jaga diri semua, jalan agak sesak sekarang ni.

    Aku yang berhormat.

  • HENTIKAN ALASANMU....

    HENTIKAN ALASANMU

    Relakan sang bayu kini berpatah arah
    Relakan sang mentari memanah resah
    Usahlah kau paksa semua padamu pasrah
    Walau tak tiris kau genggam khazanah dunia

    Biarlah ribut berpuput bayu bertaut
    Biarlah suria membakar ke dasar laut
    Pasti rindumu tak mungkinkan larut
    Andai kasih yang kau semai semakin surut

    * Walau berlimpah sumpah kasih kau curah
    Tak bermakna jika hanya mainan
    Hampa dibibir saja
    Melingkar bicara dusta
    Biasan hasrat penuh pesona

    ** Cerminlah hasrat mu teman
    Putarkan gambar amalan
    Hentikan semua liar persoalan
    Yang kau taburkan sebagai alasan

    *** Luruskan coretan fikiran
    Remangkan paksi keimanan
    Leraikan desakan sunyi perasaan
    Yang menikam ke dasar keyakinan

    Solo

    Ulang * hingga ***

    Andainya kau tewas dalam menentang rasa
    Luruh apa yang kau khayalkan syurga
    Dayunglah ke muara dengan penuh tabah
    Pastinya kau kan tiba ke pangkuanNya…
    Ke pangkuanNya
    Ke pangkuanNya…

    Lagu: Addie M
    Lirik: Yunus Said

1 2 3 4 5 ...