Continue to Netlog

more seconds

biringbiring

male - 41 years, Malaysia
158 visitors

Blog / Meracik Ayam Hutan satu Sukan Tradisional

Tuesday, 6 January 2009 at 01:03



Saya berpendapat hobi meracik ayam hutan adalah merupakan satu sukan tradisional yang bagus dan perlu dikekalkan. Memandang ia adalah satu aktiviti hobi yang berbentuk sukan tradisional, maka segala kebaikan kebaikan aktiviti bersukan terkandung pada aktiviti ini. Di samping itu ia juga adalah satu cabang sukan yang mengekalkan warisan seni bangsa yang perlu dikekalkan untuk terus kekal oleh anak cucu kita.

Meracik ayam hutan adalah aktiviti masa lapang warisan orang tua-tua kita. (terutama orang orang Melayu) Aktiviti adalah hobi untuk menangkap ayam hutandengan menggunakan racik ( sejenis jerat yang direka khas) di banntu oleh ayam denak atau ayam pemikat sebagai umpan untuk membuatkan ayam hutan datang kepada racit. Denak atau pemikat selalunya ayam hutan yang sudah jinak dan mempunyai ciri-ciri yang khusus sebagai ayam pemikat, seperti suara yang dapat menarik ayam hutan hutan liar serta gaya memujuk yang baik.

Meracik ayam menggunakan peralatan yang amat tradisional (Racik) dan direka khusus dan mempunyai nilai-nilai seni warisan yang tinggi. Ketepatan racik didalam memerangkap ayam sangat tinggi sehingga 90% kebarangkalian menangkap. Ia adalah hasil tangan dan ideal turun temurun yang perlu dikekalkan.

Aktiviti amat sihat dari segi kesihatan, kerana ia memerlukan pergerakan yang banyak, dan akan meningkatkan kesihatan jantung dan juga fizikal. Lokasi aktiviti yang biasanya dikawasan semulajadi dapat mendaikan pengamal hobi ini dan mampu menghilangkan tekanan setelah lima hari bekerja.

Saya memanggil semua yang berminat untuk membincangkan topik ini..


Comments 3

You need to log in to post a comment. If you don't have an account yet, register now!

  • 28

    epujoe 2 October 2010

    ha22...nie sye suke...saye..time ujung minggu ari g racik ayam hutan tau...best....x makan pn x pe....


  • 41

    biringbiring 10 November 2009

    - ienazzts:
    baru ni dgr la..meracik aym hutan..huhuhu

    iya ke...?
    itulah hobi saya sejak 20 tahun dahulu...
    ianya boleh dikatan aktiviti riadah tradisi, warisan nenek moyang kita, macam fishing juga lah..
    tapi yang ini kita cuba tangkap ayam bukan ikan...
    sebenarnya amat susah kalau nak tangkap ayam dengan menggunakan teknik tradisi ini,
    tahun ini saya baru dapat tangkap dua ekor sahaja...
    tetapi aktiviti ni di luar amat sesuai untuk meklepaskan tekanan dan bagus untuk kesihatan dan untuk mengeluarkan peluh... :) jom lah ikut saya...


  • 36

    cantik650 6 August 2009

    awak kite x faham apa itu meracik ayam hutan. Cmner eik ...permainan ke bersabung ayam hehehe harap dapat penjelasan pasal menda ni thanq

Your rating: 0
no rating