Contact ruffey on Twoo ahakcekenak89's profile page

ahakcekenak89

male - 28 years, Shah Alam, Malaysia
68 visitors

Blog / sekolah kesayanganku yang kusanjung tinggi (SMK SEKSYEN 24(1

Tuesday, 28 April 2009 at 14:06

Lokasi
sekolah menengah seksyen 24 terletak dikawasan penempatan perumahan seksyen 24, Shah Alam...

Tenaga pengajar
sekolah ini dibuka pada 1 Disember 1993 dengan 41 orang tenaga pengajar, pengetua pertama ialah Pn.Normah Mohamed..

Pembiayaan
pembiayaannya adalah di bawah biayaan Bank Dunia(World Bank) dengan jumlah biayaan sebanyak RM 4 Juta...

Kelengkapan
dibahagikan kepada 4 blok setinggi 3 tingkat setiap satunya... blok A dinamakan Anggerik, blok B - Bakawali, blok C - Cempaka dan blok D - Dahlia..
sekolah ini dilengkapi dengan 32 bilik darjah, dewan besar, rumah hijau, bengkel kemahiran hidup, bilik seni, makmal sains, bilik sejarah, bilik geografi, pusat sumber(bilik tayangan & perpustakaan), bilik gerakan, bilik kaunseling, bilik lukisan kejuruteraan, dan bengkel kejuruteraan...
disamping itu, sekolah ini juga dilegkapi dengan bilik skim pinjaman buku teks(SPBT), bilik komputer, koperasi sekolah, kedai buku, bilik pengawas, bilik rawatan, stor sukan, dan surau...

Pelajar dan Tenaga pelajar
Pada tahun pertama sekolah ini dibuka (1993/1994), sekolah ini menampung murid2 peralihan hingga tingkatan 2.. sekolah ini jga pernah menempatkan pelajar2 dari 3 buah sekolah berhampiran yang menumpang sementara menanti bangunan sekolah mereka disiapkan iaitu smk seksyen 19, sm taman sri muda, dan smk alam megah...
mulai awl tahun 1996, pelajar smk seksyen 24(1) dibahagi kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang...
pada jun 1 2003, dengan pembukaan smk seksyen 24(2), sebahagian guru dan pelajar ditempatkan ke sekolah jiran... mulai tahun itu, bilangan pelajar sekolah semakin kecil...
oleh itu, mulai sesi persekolahan 2006, smks 24 kembali menjalankan persekolahan satu sesi dengan bilangan pelajar seramai 850 orang....
pada tahun 1998, smks 24 mencapai taraf sekolah gred A dengan bilangan pelajar melebihi 1000 orang... guru2 kanan mata pelajaran telah dilantik. jawatan Penolong kanan kokurikulum juga telah dipenuhi pada 1.6.2003.

pencapaian Peperiksaan
Sekolah ini telah melahirkan lulusan pertama Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 1995 dengan pencapaian 98%... seramai 268 pelajar telah menduduki peperiksaan sulung sekolah ini... Manakala pada tahun 1996 sejarah sekolah kembali terukir dengan kelahiran sulung lulusan Sijil Pelajaran Malaysia... seramai 78 orang calon telah menduduki peperiksaan tersebut dengan kelulusan 64.98%....

Erm..... inilah sejarah sekolahku yang tercinta....
sentiasalah ingat sekolah anda coz disana lah anda blajar banyak benda.... Hope u'll enjoy.... aku(ruffey---2002 to 2006 di smk seksyen 24)--- 1I, 2C, 3A, 4TK & 5TK.... all tk'rew the best....


Comment

You need to log in to post a comment. If you don't have an account yet, register now!
Your rating: 0
no rating