Blog / must_read

Friday, 14 December 2007 at 04:17

Janganlah kau angkuh melaungkan
Si dia kepunyaanmu
Atau kau kepunyaan si dia
Kerana hakikatnya
Kita tidak pernah memiliki sesiapa
Walau sekeping hati seorang insan
Tidakkah kau sedar
Hukum alam menyatakan
Menyintai tidak semestinya memiliki?
Manusia pandai berpura
Berlakon di pentas dunia
Dan bertopeng menutup rahsia
Tetapi hati
Tidak pernah berdusta pada empunya
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya.
Tidakkah kau sedar
Mungkin si dia melafazkan
Ungkapan cinta padamu
Tetapi hati dan perasaannya
Tidak pernah berniat begitu
Dia hanya berselindung
Di sebalik sejuta alasan
Dan kau
Begitu jujur dan setia menyintainya
Sehingga terlupa
Hukum alam menyatakan
Menyintai tidak bermakna memiliki
Sesungguhnya…
“Aku tidak pernah memiliki dirimu…”
“Dan kau jua tidak memiliki diriku.”
Mengertilah
Kita sebenarnya kepunyaan
Yang Maha Esa
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita
Kecuali Dia
Dia mengasihi hambaNya
Dia memiliki hambaNya
Dan ke pangkuan Dia kita akan dikembali

Tags:


Comments 1

You need to log in to post a comment. If you don't have an account yet, register now!

  • 25

    ana_iman 14 December 2007

    :) berkwnla kmu slg ada hati..
    bergembira slg ada teman dsisi
    bcnta slg ada yg sudi
    berikn ksh sygmu slg dikau hamba illahi

Your rating: 0
no rating