http://netlog.com/NurIndahNo NameNo NameNurIndahhttp://en.netlogstatic.com/p/tt/019/644/19644307.jpgMalaysiaSelangor NurIndah's profile page

NurIndah

female - 29 years, IN THE MIDDLE OF THIS FAKE WORLD, Malaysia


RSS feed

Blog / Tags / funny

Show all blog messages

Blog messages with the tag 'funny':


  • Lawak ke????

    Padah Menipu:
    Seorang lelaki pergi ke tandas untuk membuang air kecil.apabila tiba di pintu tandas dia membaca notis. Buang dulu bayar kemudian.
    semasa mamat ni tengah buang air kecil dia terbaca satu notis dalam toilet tu.

    BUANG AIR KECIL : 50 SEN

    BUANG AIR BESAR : 30 SEN

    Alangkah terkejutnya mamat ni.Jadi dia mendapat satu ilham. Selepas habis hajatnya ditunaikan diapun keluar la untuk membayar yuran tandas tersebut. Makcik penjaga tandas pun tanya la dia..

    Adik kencing ke buang air besar? untuk mengelakkan bayar harga mahal, mamat ni pun jawab la Saya Buang besar makcik, ni duitnya 30 sen

    Makcik tu cakap tak cukup. Semua yang kamu kena bayar 80 sen, sebab bila kamu buang air besar kami pasti buang air kecil sekali.. maka mamat ni pun dengan bengangnyer mambayar 80 sen kepada makcik itu...kuangkuangkuang..

    Pantun Balik Raya Pelbagai Dialek:

    Kelantan....
    Make ikke cicoh budu
    Jange lupo tamboh satar
    Kelik rayo taksir laju
    Nanti rayo dale sepita

    Terengganu...
    Makang ubi zamang jepong
    Makang kepok cicoh cuke
    Bulang pose mung bengong
    Bulang raye mung gile

    Pahang...
    Sepadan Pahang ada kasino
    Nasi dagang ikan patin
    Jange mu masam muko
    Raya makan rendang sadin

    Johor...
    Cegitu cegini awak suke
    Awak suke kite tak suke
    Esok luse hari raye
    Sama-sama bersuke rie

    Melaka...
    Hawau kau berak merate
    Kaki bengkak ulau patok
    Kalu balik naik kerete
    Jangan pandu kalau ngantok

    N. Sembilan...
    Masak lomak cili api
    Campo dongan! daun turi
    Hari rayo kolumpo sopi
    Tinggal penyamun dongan pencuri

    (org kolumpo jgn kocik ati!!)
    Selangor/K.Lumpur...
    Wa cakap lu wa tak tau
    Tapi wa tipu sama lu
    Raya jangan buat tak tau
    Angpau ada bagi gua dulu

    Perak...
    Gulai tempoyak ikan mayong
    Deroyan busok tebok tupai
    Pandu hemat ingat kampong
    Asal teman selamat sampai

    Kedah...
    Aloq Staq terketaq-ketaq
    Lapaq perut makan pau
    Macam mana tak ketaq
    Kena paksa bagi angpau

    Penang...
    Nasi kandaq kedai mamak
    Anak mami juai pesemboq
    Lepas raya usah dok triak
    Kalu ceti mai ikut dapoq

    Perlis...
    Padang besaq kecik aja
    Tempat siam lalu lalang
    Hari raya kita berbelanja
    Jangan sampai menambah utang

    p/s: dapat dari email

  • Kisah Buahan Tempatan & Orang Cannibal

    Pada satu hari 3 orang lelaki telah sesat ke dalam hutan.

    Mereka telah ditangkap oleh satu puak orang asli yang makan manusia (kira macam cerita cannibal holocaust ler ni).

    Ketua puak tu pun mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga lelaki itu utk dijadikan santapan.
    Ketiga lelaki itu pun merayu dgn sepenuh hati supaya mereka dibebaskan.

    Oleh kerana mereka merayu dgn bersungguh-sunggguh, ketua puak itu pun setuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat.

    Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah tempatan dalam masa sejam. Ah.. nie simple punya keje kata mereka dalam hati.

    Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut.

    Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 buah nenas. Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya, Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya, kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia! Kalau dia boleh bertahan, kita lepaskan. Lalu buah nenas itu pun disumbatkan kedalam punggung lelaki malang tersebut. Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun menjerit dan dia pun dibunuh.

    Kemudian lelaki kedua pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku bersamanya. Dia pun dikenakan tindakan yang sama. Oleh kerana buah ciku kecil, lelaki itu dapat bertahan sehingga buah ciku yang kelapan. Pada masa ini, tiba-tiba lelaki tu ketawa. Maka dia pun dibunuh.

    Apabila sudah mati, roh orang yang pertama pun berjumpa ngan roh orang yang kedua.

    Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang kelapan? tanya roh pertama.

    Jawab roh yang kedua, Aku nampak rakan ketiga kita tu keluar dengan membawa BUAH DURIAN!!

  • Salah Nombor Daa....

    Seorang lelaki mendial nombor telefon rumahnya dan didapati seorang wanita yang tidak dikenali menjawab.
    "Siapa ni?" lelaki itu bertanya.
    "Saya pembantu rumah", jawab wanita itu.
    "Kami tidak ada pembantu rumah", kata lelaki itu lagi.
    "Saya baru diambil bekerja oleh puan pagi ini", jawab si wanita.
    "Hmm..saya ni suami puan kamu. Puan kamu ada di rumah?", tanya lelaki itu.
    Pembantu rumah menjawab,
    " Puan ada dalam bilik di atas, bersama seseorang yang saya fikir suaminya".

    Lelaki itu menjadi marah lalu berkata kepada pembantu rumah tersebut, " Kamu mahu wang RM50,000?

    Pembantu rumah bertanya, " Apa yang perlu saya lakukan?"
    Lelaki itu memberi arahan," Saya nak kamu ambil pistol saya dalam laci dan tembak 'P*****r' itu dan 'jantan' yang bersamanya."

    Pembantu rumah terus meletakkan telefon; lelaki itu dapat mendengar bunyi tapak kaki dan kemudian dua das tembakan.

    Pembantu rumah kembali menjawab telefon, "apa yang saya perlu pada mayat2 tu?"

    Lelaki itu berkata,"buang mayat mereka dalam kolam renang di belakang."

    Dengan rasa hairan, pembantu rumah itu menjawab, "tapi tuan, rumah tuan ni takde kolam renang."

    Setelah lama terdiam, lelaki itu bersuara, Oops..! Ini nombor 65412322?"

  • Lawak Exam..

    Suatu hari di Fakulti Sains sebuah Universiti
    Tempatan..sedang berlangsung ujian berkaitan
    serangga..
    Ujian kali ini sungguh susah... Mahasiswa mesti mampu tahu untuk menentukan jenis dan nama serangga dari
    potongan-potongan kaki serangga yang diberikan oleh Pensyarah...
    Dua jam sudah berlalu. Tidak ada seorang pun yang boleh menjawab soalan ujian.
    Seorang mahasiswa yang amat kecewa.. memutuskan untuk keluar dewan Ujian... dia menghempas daun pintu dengan kuat... "Dummmm!!!!"
    Melihat keadaan itu... pensyarah didalam dewan marah dengan berkata..
    "Hey! suka hati mak bapak hang je hempas pintu tu ye?! Siapa nama kau !!!"
    Mahasiswa yang sudah terlanjur berada di luar segera menjulurkan kakinya ke pintu sambil berkata...
    "Nie kaki saya... encik... Cuba encik teka.. siapa nama saya?"

  • Kisah Kura-kura

    Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura kura) nak gi berkelah bersama sama. Kekura pertama membawa makanan, Kekura kedua membawa minuman,sedangkan kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun selamber jek lenggang perut. Didalam perjalanan tiba-tiba ujan pun turun dengan lebatnya deras, sehingga mereka tak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul perbualan di antara mereka.....

    Kekura I : "Ermmm..... salah sekor dari kita mesti balik untuk amik payung.
    Siapa yang nak pegi ni?" Kekura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat menuding Kekura III.
    Kekura III : "Tak nak ahhh. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini lagilah terlambat. Sure nkorang akan bedal makanan ni semua."
    Kekura I & II : "Taklah. Kita orang tunggu sampai engko datang."
    Kekura III : "Betul Kalau aku lambat 1 jam?"
    Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."
    Kekura III : "Kalau 3 jam ??"
    Kekura I & II "Kita orang akan tetap tunggu."
    Kekura III : "Kalau 1 hari ?? "
    Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."
    Kekura III : "3 hari "
    Kekura I & II :"Kita orang akan tetap tunggu."
    Kekura III : "4 hari "
    Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."
    Kekura III : "1 minggu? "
    Kura I & II : ""Kita orang akan tetap tunggu."
    Kekura III : "2 minggu?"
    Kekura I & II : ""Kita orang akan tetap tunggu!!!!!!! Enko pegi jek lah"

    Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun berangkat. Kekura I & II menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu. Kekura III tak jugak balik
    balik. Setelah dua minggu berlalu, Kekura I & II sudah tidak dapat menahan lapar.

    Kekura I : "Aku dah tidak tahan lapar ni . Kita makan jek lah "
    Kekura II : "Aku pun dah nak pengsan nih. Jom ahh kiter perabih makanan nih."
    Tiba-tiba Kekura III muncul dari semak-semak dan berseru: "Hoii!!!!!!!!!!!!!!!
    Nasib baik aku belom pegi lagi... kalau tak sure engkorang abiskan makanan
    ni kan kan?!!"