http://netlog.com/NurIndahNo NameNo NameNurIndahhttp://en.netlogstatic.com/p/tt/019/644/19644307.jpgMalaysiaSelangor NurIndah's profile page

NurIndah

female - 29 years, IN THE MIDDLE OF THIS FAKE WORLD, Malaysia


Blog / Tazkirah Ihya’ Ramadhan – Part 2

Wednesday, 3 September 2008 at 01:52

Assalamualaikum
Saudara dan saudari yg dirahmati Allah,

Selain dari amalan ibadat wajib dan sunat yg diperbanyakkan did lm bulan Ramadhan, kita perlu menjauhi perbuatan2 yg boleh menyebabkan puasa itu menjadi sia-sia.

Pertama : Hendaklah mengelak pandangan ke tempat2 yg dilarang. Rasulullah (saw) bersabda: “pandangan adalah seumpama anak panah drp syaitan. Barangsiapa takut kpd Allah, jauhilah dirinya drp melihat kpd maksiat. Maka Allah mengurniakannya dgn suatu (cahaya iman) yg kemanisan dan keghairahannya akan terasa dihati.

Kedua : Jagalah lidah drp berdusta, pebualan yg sia-sia, mengumpat hujjah menghujjah, bersumpah-sumpah dan sebagainya. Sabda Rasulullah (saw): “Mereka yg berpuasa dgn makanan yg halal tetapi mereka mengumpat semasa sedang berpuasa, maka keadaan puasa mereka semakin payah”.

Ketiga : Hendaklah kita berjaga-jaga drp mendengar sesuatu yg makruh. Samalah juga haram mendengar kpd sesuatu yg tidak sepatutnya disebutkan. Rasulullah (saw) telah bersabda: “Mengenai mengumpat, kedua-dua pengumpat dan orang yg mendengar keadaannya adalah sama berkongsi dosa.

Keempat : Lain-lain anggota jasad hendaklah dijauhi drp dosa dan perkara2 yg haram. Tangan jgn menyentuhinya dan kaki jgnlah berjalan ke arahnya. Mengenai perut, hendaklah berhati-hati agar ketika mengambil makanan, khasnya semasa berbuka (iftar), tidak ada yg memasukinya drp sesuatu yg diragu-ragukan sama ada halal atau tidaknya.

Kelima : Tidaklah digalakkan memakan sekenyang-kenyangnya semasa iftar walaupun makanan itu halal kerana maksud drp puasa kita tidak akan tercapai. Tujuan puasa adalah utk mengekang nafsu syahwat kita dan meninggikan keyakinan serta memperkuatkan rohaniah kita.

Keenam : Selepas menjalani puasa, hendaklah selalu berasa bimbang sama ada puasanya diterima Allah ataupun tidak. Beginilah hendaknya dilakukan kpd semua bentuk ibadah. Seseorang itu mungkin tidak menyedari bahawa bahagian-bahagian yg penting tertinggal. Hendaklah berasa takut2 mungkin amalan2 kita akan ditolak oleh Allah. Peristiwa2 begini byk diriwayatkan dlm hadis. Maka seseorang yg berpuasa bukanlah setakat berpuasa dgn ikhlas tetapi hendaklah dgn pengharapan agar puasanya diterima oleh Allah (swt)

Copyright : Tazkirah Ihya’ Ramadhan 1429/2008
SMKBB ‘08


Your rating: 0
no rating
RSS feed

Comments

No comments have been posted yet in English...

Post a comment:

You need to be logged in to post a comment.