NurIndah
female - 29 years, IN THE MIDDLE OF THIS FAKE WORLD, Malaysia
Blog / Tazkirah Ihya’ Ramadhan – Part 1
Wednesday, 3 September 2008 at 01:46
Assalamualaikum
Welcome or Marhaban Ya Ramadhan…
Saudara dan saudari sekalian, marilah kita berpuasa dgn meneliti pesan Rasulullah (saw) pd hari terakhir dlm bulan Syaaban:
“Wahai manusia! Telah datang kpd kamu 1 bulan yg agung lagi diberkati. 1 bulan yg terdapat di dalamnya satu malam (Lailatul Qadar) yg lebih baik drp 1000 bulan. 1 bulan yg Allah swt telah menjadikan puasa pd siang harinya sbg 1 amalan fardhu dan berdiri pd malamnya (berterawih) sbg 1 amalan sunat. Sesiapa yg cuba menghampiri Allah pdnya dgn mana2 amalan sunat maka seumpama seorg yg telah menunaikan 1 fardhu pd bulan2 yg lain dan sesiapa yg menunaikan 1 fardhu didalamnya adalah seumpama seseorg yg menunaikan 70 fardhu pd bulan2 lain.
Ia adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga. Ia adalah bulan simpati. Ianya bulan yg ditambahkan rezeki kpd org2 yg beriman. Sesiapa yg memberi seseorg yg berpuasa utk berbuka, maka ia merupakan pengampunan utk dosa2nya dan kelepasan dirinya dan neraka dan dia mendapat ganjaran puasa org tersebut tanpa mengurangkan sedikitpun dari ganjarannya. Sahabat2 r.a lalu berkata: ‘Tidaklah setiap dari kami mempunyai sesuatu utk diberi kpd org yg berpuasa utk berbuka’. Maka Rasulullah (saw) bersabda : ‘Allah swt memberikan pahala itu kpd sesiapa yg memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kpd org yg berpuasa utk berbuka’.
Ia adalah 1 bulan yg bahagian awalnya rahmat, pertengahanya keampunan dan akhir kelepasan dari api neraka. Sesiapa yg meringankan beban hamba-hambanya (pekerja2nya) pd bulan itu maka dia akan diampunkan oelh dan akan dilepaskan dari azab api neraka.
Perbanyakkanlah pd bulan ini empat perkara. Kamu meredhakan Tuhan kamu dgn 2 perkara dan 2 perkara lagi yg tidak boleh tidak kamu memerlukannya. Adapun 2 perkara yg kamu dpr meredhakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan yg disembah selain Allah swt dan kamu memohon istighfar drp-Nya. Sementara 2 perkara yg tidak boleh tidak kamu perlukannya ialah memohon syurga dari Allah dan meminta perlindungan dari api neraka. Sesiapa yg memberi minum kpd mana2 org yg berpuasa maka Allah swt akan memberinya minum dari telagaku (pd hari kiamat), dgn sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ked lm syurga”.
Copyright : Tazkirah Ihya’ Ramadhan 1429/2008
SMKBB ‘08
Comments
No comments have been posted yet in English...
Post a comment: