NurIndah
female - 29 years, IN THE MIDDLE OF THIS FAKE WORLD, Malaysia
Blog 49
Welcome 2 my Blog. U're invited to read and comments.... 
-
Your name in Japanese... Try It!
Nama dlm bahasa Jepun.. Cuba lah!
Apa nama anda dlm bahasa Jepun? cuba padankan setiap huruf dari nama anda dengan sukukata bunyi dari perkataan bahasa jepun ini. Nama yg bakal diperolehi mungkin panjang.
A- ka * B- zu * C- mi * D- te * E- ku * F- lu * G- ji
H- ri * I- ki * J- zu * K- me * L- ta * M- rin *
N- to O-mo * P- no * Q- ke * R- shi * S- ari * T-chi U- do *
V- ru * W-mei * X- na * Y- fu * Z- zi -
Maksud "KALAU" bg perempuan.....
Juzz for fun!! xder la sumer btol pon....
Maksud "KALAU" bg perempuan.....
1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?
2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!
3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.
4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.
5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju
lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh
kain-baju sekali, yek.
6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?
7.Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla
bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you. Rasa macam
nak jadi awek you je.
8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia
depan aku.
9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak
yang seronok.
10.Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin
lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan
berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak
kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.
Ini cuma contoh saja. Tapi, memang ia selalu berlaku. Kalau tak percaya, cuba tanya isteri atau awek masing-masing, betul tak cakap di mulut tak sama dengan niat di hati. Bukannya kaum perempuan ni tak jujur dalam
meluahkan isi hati mereka tapi, maklum la, kaum perempuan ni kan pemalu. -
Jawapan Bodow Tepat dan Kena
kalau ader sesaper yang tanya soklan yang membosan kan anda...anda leh
berikan jawapan yang boleh dier org tak kan tanya lagi.
1.semasa anda berada di setesen bas dan rakan anda bertanya "ko tunggu bas ke?"
anda jawab: tak ar..aku ngah tunggu kapal terbang nie,lambat tul sampai.
*************
2.ketika anda hendak mandi,dan rakan sebilik bertanya "ko hendak mandi ke?"
anda jawab : tak lah....aku nak main lelayang jap,ko nak join tak ?
*************
3.anda sedang menulis surat,dan rakan sebilik bertanya "aik?menulis surat nampak"
anda jawab : oh yer ker? tak perasan lak.tgn aku bergerak sendiri. lepas tu jotos kepala die dengan jotosan power lagi brutal dan anda
sambung lagi..." ah tu kan tgn aku jalan sendiri tuh,aku tak tahu "
**************
4.anda sedang makan nasi,dan org tegur..."makan nasi"
anda jawab : mata ko buta ke per..aku ngah minum milo ais nie!
**************
5.anda baru pulang dari kerje,dan jiran anda tegur "baru balik dari kerje ke?"
anda jawab : tak lah saya dari rumah nak pi kerje lah nie. opis saya dah pindah kat umah...dan umah saya dah pindah kat opis.
**************
6.anda sedang sibuk buat kerje,dan rakan anda sepejabat bertanya "eh!..ko sibuk ker?"
anda jawab : tak payah jawab anda terus kompang muka dia.
**************
7.anda sedang nonton tv citer melayu,dan rakan anda bertanya "citer melayu ke"
anda jawab : bukan lah..ni kan citer Space Cop Gaban Z menentang alien pemusnah
dari planet X. kau tunggu jap nanti Gaban Z kuar"
(jgn mare ye abg Gaban) -
Kenapa Samad.....????
Samad ada seorang isteri yg sarat mengandung. Dah nak sampai due melahirkan pon.. so, nak dijadikan cerita, 1 day, isteri si Samad ni dh sakit nak bersalin. Nak di bawa ke Hospital, masyaAllah rumahnye punya la jauh dari bandar, lagi pon Samad nih bukan berduit sangat. Nak tak nak, kena la panggil bidan kampung jer.
Ditinggalkan isterinya seorang di rumah menahan kesakitan, Samad pun pergi la panggil bidan. Mula-mula dia kena lalu ikut kebun getah. lebih kurang 1 kilometer lepas tuh, dia kena lalu ikut lombong bijih timah pulak. Jauh sangat perjalannan nih, bergegar motor buruk si Samad bila terpaksa lalu ikut batas sawah padi pulak. Akhirnya sampai la ke rumah bidan. Samad pun sampaikanlah hajat dia kepada bidan, lalu bidan pon ikutlah Samad balik ke rumahnya sambil membonceng motor si Samad. Sekali lagi Samad terpaksa lalu jalan batas Sawah padi, lombong bijih timah dan kebun getah. Apabila sampai aje di rumah, isteri si Samad ni dah pun selamat bersalin. Tak sempat-sempat nak tunggu Bidan datang. Suka hati la Samad bila tengok baby yg baru lahir tuh... Lalu dinamakan anaknya itu Fatimah.
Ada soalan sikit: kenapa Samad namakan anaknya Fatimah? hmm...ada sesape buleh tolong jawab tak?
-
Temanku S..
S..
Entah di mana, hilang tanpa berita
Mungkin hatimu dah benci jua
Pada teman yang jauh dimata
Tak tahu kenapa,
Secara tiba-tiba sepi tanpa kata
Adakah aku telah lakukan kesilapan
Hingga kau pergi tanpa pamitan
S..
Rindu pada teman,
Itulah yang aku rasakan sekarang
Dulu engkaulah penemanku di sini
Mendengar ceritaku, "mengutuk" aku
Tapi semua itu tiada lagi
Engkau biarkan aku sendiri di sini. -
Kursus BTN, Kem Besut
18 Julai 2007 - 22 Julai 2007 :
Aku nak kena attend Kursus BTN untuk Sistem Saraan Malaysia. Alahai, fikir2 boring pulak bila nak kena gi kursus nih. Leceh la.. kursus BTN, lain la kursus yang boleh pegi jalan-jalan... hahaha
(peberet aku jalan2 nih).
Tapi, nak tak nak, kena pegi jugak la, pasal aku sorang je staf kat jabatan aku yang belum attend kursus tuh.. cuma yang rasa cuak sikit, bila kengkawan yang dah pegi cakap kat aku, kursus BTN nih memang jenis nak mendera je la kejenya.. and 1 more thing, mengejar masa, tak sempat rehat.
Alahai, 'masak' la aku nanti..dah la aku nih jenis lemah.. mau nangis kang nih!!
-
Rindu Bertandang Lagi
Hmm.. Lately memang terasa rindu sangat kat dia tuh. Sebelum ni pun memang ada perasaan rindu tu, cuma aku tak layan sangat bila diingatkan hubungan antara aku dengan dia dah putus. Tapi bila lately ini juga dia mula call n sms aku, ingatan dan kerinduan itu kembali menerjah dalam memori.
Baru 2 hari lepas dia call nak jumpa aku. Well, kenangkan yang aku sendiri pun dah lama tak jumpa dia, aku terima la pelawaan dia. Tak banyak perkara yang kami bualkan, tapi yang nyata ada juga menyentuh tentang perhubungan kami yang lalu.
Agrhh...Kalau ikutkan hati memang aku nak mengaku saja depan dia yang aku masih sayangkan dia, lebih2 lagi bila dia tanya aku tentang itu. Tapi yelah... perempuan pun perlu ada ego sendirikan.. Biarlah dulu, buat masa sekarang pun aku tak terfikir nak ada komitmen dengan seseorang. Walaupun tak dinafikan aku masih sayangkan dia, dan aku tahu dia pun begitu. Mungkin antara kami masih perlukan masa untuk menyedari dan memperbaiki kesilapan masing2. Ataupun memang antara kami takde jodoh. Biarlah aku simpan kasih sayang yang pernah ada untuk dia sebagai kenangan terindah. Yang penting aku nak majukan diri aku dulu. -
Ntah Ler
Hmm... tak tahu la nak cakap manusia zaman sekarang. Kalau bercakap dialah yang baik, dialah yang bagus, dialah segalanya. Tapi pada dasar dan hakikatnya manusia ini tidak pernah lari dari melakukan kesilapan.
Tetapi malangnya, tidak pernah pulak nak menyedari kesilapan diri dan yang paling payah tidak mahu mengaku kesilapan sendiri. Apa ertinya berkawan jika tidak ikhlas? Tiada gunanya berkawan kalau hanya untuk mengambil kesempatan, dan bermuka-muka. "Cakap lawa konon" - Ayat Tan Sri P.Ramlee dalam citer 3 Abdul
.
Hipokrit, satu lagi penyakit yang tak pernah lari dari manusia. Mengaku diri tidak suka dan benci kepada orang hipokrit. Tapi apa yang boleh ditafsirkan kalau diri sendiri yang hipokrit? Sebenarnya aku terfikir juga, bila terpaksa menghadapi manusia seperti ini yang boleh dianggap kawan tapi cuma manis di depan, busuk di belakang
. ceh! macam longkang
. Bagaimana la nak menghadapi dan mengatasi manusia seperti ini; yang tidak pernah luput di duniawi ini... -
Aku pun sama
Jejaka......
Jika kau mahu
Biar kutaburkan mimpi indah ini
Ke ruang malammu
Atau
Jika kau gelisah di sana
Biar kuhembuskan bayu rinduku
Menghilangkan sejuta keresahanmu
Kerana sesungguhnya
Di sini aku pun sama
Mengharapkan mimpi dan kerinduan ini
Kau hiaskan
Di kamar hidupku -
Insan
Kita adalah insan
Menumpang atas dunia
Aku dengan caraku
Yang sederhana
Kita adalah hamba
Berbakti pada Yang Esa
Aku mencari sinar
Keredhaan-Nya
Kita sama sahaja
Bezanya cuma amalan kita
Engkau dan juga aku
Saling perlukan
Oh cinta yang murni
Sebagai ikatan
Yang kukuh di hati
Demi masa depan
Jangan dihancurkan
Hidup yang indah ini
Akibatnya merana
Jangan hancurkan
Hidup yang indah
Kita adalah hamba Yang Esa