http://netlog.com/NurIndahNo NameNo NameNurIndahhttp://en.netlogstatic.com/p/tt/019/644/19644307.jpgMalaysiaSelangor NurIndah's profile page

NurIndah

female - 29 years, IN THE MIDDLE OF THIS FAKE WORLD, Malaysia


RSS feed

Blog 49

:)Welcome 2 my Blog. U're invited to read and comments.... :)


  • Apa kata Dato'................

    * Kajian mengenai sikap seseorang yg dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.
    Pasal aku lahir Jun, so aku copy/paste kan kat sini.... :)

    KELAHIRAN JUN

    Berfikiran jauh & berwawasan.

    Mudah ditawan ker ana sikap baik.

    Berperangai lemah lembut.

    Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.

    Idea yang terlalu banyak di kepala.

    Bersikap sensitif.

    Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).

    Sukar melakukan sesuatu dengan segera.

    Bersikap suka menangguh-nangguh.

    Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.

    Cepat marah & cepat sejuk.

    Suka bercakap & berdebat.

    Suka buat lawak & bergurau.

    Otaknya cerdas berangan-angan.

    Mudah berkawan & pandai berkawan.

    Orang yang sangat tertib.

    Pandai mempamerkan sikap.

    Mudah kecil hati.

    Mudah kena selsema.

    Suka berkemas.

    Cepat rasa bosan.

    Sikap terlalu memilih & cerewet.

    Kurang mempamerkan perasaan.

    Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.

    Suka pada barang yang berjenama.

    Mudah menjadi eksekutif.

    Kedegilan yang tidak terkawal.

    Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

    *p/s: boleh dikatakan hampir ke semua sifat2 ni adadalam diri aku. Yang mana baik tu, alhamdulillah la. tp yang kurang baik tu, alamak! rasa malu pulak pada diri sendiri dan org lain. :) :) ermm.. agak2 boleh ubah tak? heheheh.... :)

  • V FOR VENDETTA

    [photo]14647478[/photo]

    Filem yg mula "release" pada 17 Mac 2006 dan diterbitkan oleh syarikat gergasi Warner Bros. Pictures Distribution, Warner Bros. Pictures International. Dibintangi oleh Natalie Portman a.k.a Queen Amidala & Hugo Weaving sebagai "V". Filem ini berdasarkan dari sejarah England tentang Guy Fawkes seorang ahli Revolusi yang bercadang mahu meletupkan Parlimen dengan GunPowder. :)

    Baru 2 hari lepas aku berkesempatan menonton filem ni. Itu pon kebetulan siaran movie di HBO dan Stars kurang menarik. V for Vendetta.... sebuah filem yang memaparkan perjuangan seorang pengganas yang berniat untuk mengembalikan keadilan di dalam pemerintahan kerajaan Britain pada tahun 2015. Ketika itu Parlimen England diketuai oleh canselor Adam Sutler dan konco2nya Mr. Creedy, Lewis Prothero "voice of England" dan Dr. Delia Surridge yang bersekongkol dalam jenayah tribunal yang membawa penahanan "V" sehingga dia terpaksa menggunakan topeng Guy Fawkes sepanjang hayatnya. Penyebaran wabak kepada kanak2 di St. Mary, pencemaran logi air yg menyebabkan ramai rakyat menderita dengan penyakit.

    Tindakan pertama "V" ialah menawan Jordan Tower dan menjadikan krew siaran berita sebagai tahanan dan turut menggunakan media itu untuk menyampaikan hasrat dan suaranya kepada seluruh rakyat England dan mengajak seluruh warga England bersamanya berkumpul menjelang malam 5 November pada tahun berikutnya. Keganasan "V" berlarutan dengan pembunuhan seorang demi seorang yang pernah terlibat dengan sejarah silam "V" yang menyedihkan. Kehadiran Evey watak lakonan Portman turut memberi kesan mendalam untuk filem ini.

    Aku bukanlah pengulas filem yang baik.. agaknya la. Cuma, aku ingin kongsikan satu filem yang amat memberi kesan kepada diri aku.. supaya berani, bebas bersuara. Rakyat tidak harus takut kepada kerajaan sebaliknya, kerajaan harus takut kepada rakyat. Ia mendedahkan konflik politik sebuah negara maju dan rakyat yang mahu menuntut keadilan diatas kekejaman yang dilakukan. Takde kena mengena dengan kerajaan kita, okey! Dan sekarang V for Vendetta menjadi antara filem kegemaran aku! PEACE!

    Lakonan portman memang best! Paling aku suka watak "V" - Hugo Weaving. Walaupun dlm filem ini, identiti "V" tidak diketahui kecuali mereka2 yang pernah terlibat dlm sejarah penganiyaannya, "V" tetap "mencuri" perhatian. Wataknya puitis, sopan-santun, bijak dan kadangkala berlagak. Mempunyai kenangan pahit yang tak mampu dilupakan sehingga mendorongnya untuk membalas dendam dan bertindak ganas. Lakonan yang cemerlang! :)

    "V" selalu sebut poem ni :-

    Remember remember the fifth of November
    Gunpowder, treason and plot.
    I see no reason why gunpowder, treason
    Should ever be forgot...



    [photo]14647485[/photo]

  • Talian Perkhidmatan 24 Jam

    Assalaamu'alaikum, Saudara-saudariku. ..

    Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:

    Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah".

    Tekan 1 untuk 'meminta'.
    Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
    Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
    Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."

    Atau....

    Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:

    "Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah
    sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya."

    Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat
    respons seperti ini:

    "Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,

    Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
    Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
    Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
    Tekan 4. "Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga &
    neraka,silahkan tu nggu sampai Anda tiba di sini!!"

    Atau mungkin juga Anda mendengar ini :

    Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok."

    atau...

    Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi."

    Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!!

    Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pern ah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi.

    Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434

    2 : solat Subuh
    4 : solat Zuhur
    4 : solat Asar
    3 : solat Maghrib
    4 : solat Isya

    Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini :
    28443483

    2 : solat Subuh
    8 : solat Dhuha
    4 : solat Zuhur
    4 : solat Asar
    3 : solat Maghrib
    4 : solat Isya
    8 : Solat Tahajjud atau lainnya
    3 : Solat Witir

    Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim & Hadis Rasul"

    Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil..

    Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!

    Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya

    Sabda Rasulullah S.A..W : "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi
    Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih laut"

    7 Kalimah ALLAH:

    1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
    2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
    3. Mengucap "Astaghfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
    4. Mengucap "Insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
    5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi
    sesuatu tak disukai dan tak diingini.
    6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan
    menerima musibah.
    7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang
    siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

    Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat. ...
    mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu... mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.

  • PERISTIWA 16 MEI...........

    Firstly selamat hari guru kepada semua guru2 di Malaysia. Aku rasa masih belum terlambat utk menulis pasal hari guru ni, memandangkan kebanyakkan sekolah2 di terengganu menyambut hari guru peringkat sekolah pada hari ini; 18 Mei 2008 sebab 16 Mei jatuh pada hari Jumaat, hari cuti di pantai timur.

    Bila tiba hari guru atau sambutan hari guru dibuat, aku mesti teringatkan kenangan semasa aku dibangku sekolah. Kenangan pahit dan manis bergelar pelajar yang sentiasa nakal dan ceria... hehehe..
    Tapi yg aku nak kongsikan disini ialah kisah aku dengan cikgu2 yang aku tak berapa nak suka dan yg aku paling suka. :)

    When i was 12, masa tu darjah 6.. standard six u know... hehehe
    aku paling tak berapa nak berkenan dengan sorang cikgu pompuan nih. Dia masa tu dh agak2 veteran la, mungkin dh 50 puluh umor dia kut... Cikgu Sabariah namanya.. aku mmg akan ingat dia sampai bila2 walaupon aku tak suka kat dia coz dia lah cikgu yg tarik rambut aku bila aku tak dapat jawab soklan matematik yg dia beri... Pengakuan ikhlas, aku mmg lemah maths... so bila aku tak dapat jawab soklan dia, di bantainya tarik rambut aku depan kawan2 lain.. malu beb!.. :) sejak tu, aku tak cakap dengan dia...walaupon dia guru kelas aku...Cuma aku sedikit terkilan.. mungkin aku berdosa pada dia kerana tak sempat minta maaf dengan dia coz cikgu Sabariah dh pun kembali ke rahmatullah pada tahun 1994 akibat Diabetes. Al-Fatihah utk arwah, semoga rohnya dicucri rahmat. :)

    Masa aku darjah 6 juga, ada sorang cikgu laki2 yg aku tak suka, namanya cikgu Abd. Ghani. Dia cikgu Bahasa Malaysia aku merangkap coach pasukan Bola Jaring sekolah aku. Sebelum tu, aku ok la dengan dia, coz dia coach aku kan, tp pasal satu kes aku jd sikit bengang dengan dia walhal itu adalah kesalahan aku sendiri. Gara2 tertinggal buku latihan karangan aku kat rumah, cikgu Ghani ni suruh aku balik rumah dan ambil buku latihan aku tuh... takde consider langsung.. rumah aku dh la jauh, aku gi sekolah jalan kaki masa tu. Terpaksa la aku pinjam basikal kawan aku nak balik rumah. Nasib baik aku pandai kayuh basikal. So, balik la aku ke rumah dengan hati yang bengang dan balik semula ke sekolah dengan buku latihan yang dia nak tu. Itu belom panas lagi. ada satu kes lagi, yg buat aku mcm kecik hati sangat dengan cikgu ni bila dia tak pilih aku utk pasukan bola baling daerah....sedangkan kwn2 aku yg sama dlm team bola jaring dengan aku tersenarai.... huhuhuhu sedih campur nak marah pon ada.... kenapa dia tak pilih aku???? :) at least jadi reserve ke..?? huhuhuhu.. sedey tau tak.. sejak tu, aku cam tak puas hati je la ngan cikgu Ghani ni, sampai la aku lepas sekolah, kalo aku jumpa dia kat luar, mesti aku wat "dono" aje atau larikan diri. Terukkan?!...aku ingat lagi, dia penah pesan kat kami, "kalo dh abis sekolah, terjumpa cikgu kat mana2 tegurlah..." tapi aku tak... mungkin rasa dendam tu ada lagi kut... :)

    Bila masuk sekolah menengah aku kerap tukar sekolah. 1st sekolah menengah; SM Seri Dungun. Disini takde pon kenangan yg terpahat coz setahun aje aku kat sini. Form 2-3 aku study kat SMTIZ. kat sini aku kena duk kelas belakang sket, budak2 dia ramai yg nakal. Aku dimaklumkan takde tempat kosong utk aku dikelas depan walaupon aku layak berdasarkan prestasi pencapaian aku dlm peperiksaaan akhir tahun semasa di sekolah lama. Tak kesah la, asalkan aku dapat belajar dan boleh sesuakan diri. Tapi, bila selalu bercampur dgn budak2 nakal, aku pon ikut jadi nakal. suka usik2 cikgu yg mengajar. Nasib baik guru kelas aku Cikgu Hasenah nasihatkan aku. katanya dia percaya yang aku takkan ikut perangai budak2 lain. dia ingatkan aku supaya belajar betul2 kerana dia tahu kemampuan aku yg sebenar. Sampai sekarang aku ingat cikgu Hasenah ni, tambahan pula dia juga bertugas disekolah yang sama dengan tempat aku bertugas sekarang. Begitu juga dengan sorg cikgu sains aku iaitu cikgu Abd Aziz. Dia juga bertugas di sekolah yg sama dengan aku. :)

    Selepas PMR aku berjaya tempatkan diri aku ke kelas aliran Perdagangan; kelas ke 2 selepas Aliran Sains Tulen. Tapi baru je 2 minggu, aku bertukar ke SM Sura, sebuah sekolah yg baru beroperasi dan aku ditempatkan di kelas pertama. Masa tu Aliran sains belum ada. Subjek Elektif yg aku ambil ialah Add Maths, Reka Cipta, Perdagangan & P.seni. Cikgu yang paling best kat sini ialah guru kelas aku Pn. Choo. Dia ajar bahasa Inggeris, subjek fave aku. Sorang lagi cikgu Hasnah, guru Add maths... dia nih garang giler, buat aku kecut perut aje bila dia masuk kelas. Tp satu yg buat aku suka dia ialah, dia faham apa yg student dia boleh dan tak boleh. :) :)
    Tapi dalam ramai cikgu ni, ada sorg cikgu PK HEM, cikgu Mat Zali namanya. Dia mmg tak tahan dengan aku. Dia ajar kelas aku matematik. Tiap kali dia masuk kelas, aku mesti nak bercakap aje dengan kawan sebelah. Padalah sume budak2 tau cikgu tu garang. sebelum dia mengajar kitaorg, aku pon takut dgn dia, pasal dia garang. tp bila dia mengajar, aku rasa dia dh tak garang dh. Mungkin itu yg buat aku naik lemak kot. :)Paling aku takleh lupa, masa topik apa ntah; yg nak kira sudut2 tu...*maklum le, tak reti maths...
    cikgu ni gunakan satu jangka sudut yg besar utk wat separa bulatan kat papan hitam. Aku dgn kwn aku dh bantai gelak dh.... :) aku rasa lucu sgt bila dia guna alat tu.... padahal kalo dipikirkan, takde yg lucu pon. Tapi cikgu ni cool aje, tak marah pon. Sampai la satu hari, aku dapat tahu dari sorang budak kelas aku; cikgu ni sudah bising2 pasal aku kat bilik guru. Katanya dia geram betul dengan aku, tiap kali dia mengajar, mulut aku asyik pot pet2... Start dari dari tu, aku pon jadi baik je... heheheh takut beb! Sebelum dia panggil aku masuk bilek HEM dia... baik aku berubah...:)

    Masuk tingkatan 5 aku dh berubah 100%. kalo masa form 4, tiap kali kerja umah maths dan add maths aku mesti tiru kawan. tapi bila form 5 aku belajar buat sendiri. Cikgu Hasnah byk tolong aku disamping kawan2 yg mana tak kedekut ilmu tu.. alhamdulillah, SPM aku dalam senarai target Pengetua utk pangkat 1. cuma add maths aku jgk yang kantoi... huhuhu.. takleh watpe dah.. ahhahaha :)

    Hari ini sambutan Hari Guru buat ke sekian kalinya. Macam2 acara sukaneka berlangsung kat sekolah
    utk cikgu2 dan kakitangan sertai. aku join gak acara pancing botol, dpt no.3 hahahah...
    Tapi bukan itu yang jadi topik utama... aku cuma teringatkan zaman kenakalan aku dulu.. yg mana membuatkan aku menyesal dan juga bangga dengan diriku. aku jadi rindu pada guru2 yg pernah mengajar aku dulu terutamanya cikgu Choo... Menyesal kerana menganggap kemarahan mereka pada aku sebagai benci dan bangga kerana aku berjaya menjadi aku sekarang walupon tak sehebat org lain..
    Terima Kasih Guru... Jasamu dikenang....
    :) :)

  • GREAT FRIEND

    MALAM TADI KAMU DAN KAWAN BAIKMU BERTENGKAR. KAMU MEMBUAT KEPUTUSAN TAK MAHU BERCAKAP DGNNYA KEESOKAN HARINYA. DIA SENYUM KEPADAMU.SEBALIKNYA KAMU MENGETAP GIGIMU KPDNYA. DIA MENCERITAKAN PERKARA YG BAIK TENTANG KAMU KPD KWAN2NYA YG LAIN. KAMU PULA MENYEBARKAN KHABAR ANGIN MENGENAINYA.

    DIA CUBA MENDEKATIMU DAN MENEGURMU. TAPI KAMU TOLAKNYA KE TEPI. BAGINYA KAMU SEORG KAWAN YG TERBAIK. KAMU PULA RASA DIA SEORG KAWAN YG PALING TERUK PERNAH KAMU JUMPA. DIA PUN MENULIS NOTA KPDMU DAN MENCERITAKAN SEMULA KENANGAN MANIS YG PERNAH KAMU DAN DIA KONGSI BERSAMA. KAMU PULA MENULIS SEMUA SAAT BURUK YG KAMU INGAT SEPANJANG BERSAMANYA. JAUH DI SUDUT HATIMU KAMU MENGASIHANINYA. TAPI DI HATIMU SUDAH PENUH DGN KEBENCIAN.

    KEESOKAN HARINYA KAMU JUMPA SATU NOTA DRPDNYA:

    DEAR_________,
    SAYA CUBA MEMBERITAHU KAMU SEMLM TAPI KAMU TAK BERI PELUANG UTK SAYA BERCAKAP. SAYA CUBA BERITAHU KAMU BERITA GEMBIRA TAPI KAMU TAKUT UTK MENDENGARNYA.SAYA CUBA UTK SENYUM KPDMU TAPI KAMU SAMBUT SENYUMAN SAYA DGN KEBENCIAN. SKRG NI KEADAAN SAYA SGT TERUK DAN MAKIN TERUK.

    SAYA MINTA MAAF SBB HARI NI SAYA TAK DPT BERJUMPA DGN KAMU. SAYA TULIS SURAT SEMASA SAYA DI HOSPITAL.SAYA SUDAH KESUNTUKAN MASA. SAYA MINTA MAAF SBB TERPAKSA BERITAHU KAMU SKRG. SAYA MINTA MAAF ATAS PERGADUHAN KITA,KAMU MMG SEORG KAWAN YG HEBAT. SAYA JANJI SAYA AKAN SENTIASA MEMERHATIKAN KAMU.

    SALAM KASIH SAYANG,

    ________________

    KAMU PUN BERLARI KE HOSPITAL UTK MEMINTA MAAF PDNYA. TAPI HANYA IBUNYA SAJE YG ADA DI SITU. IBUNYA MENEKAP MUKANYA DGN KEDUA BELAH TGNNYA. DAN DIA PUN MENANGIS.DIA MELUTUT DAN BERDOA SUPAYA TUHAN KEMBALIKAN ANAKNYA.

    KAMU SUDAH TERLAMBAT. KAMU BERHARAP DPT BERITAHU KAWANMU YG KAMU MINTA MAAF DAN UCAPKAN SELAMAT TINGGAL.

    PENGAJARANNYA:

    SEMUA KAWAN ADA MASA NAIK DAN TURUN.DAN KADANGKALA KAMU PERLU MEMINTA MAAF.JGN TUNGGU ORG LAIN MELAKUKANNYA DULU.SBB KAMU TAKKAN TAHU APE
    AKAN TERJADI ESOK HARI.

    KALAU KAMU BENAR2 SYGKAN KAWANMU DAN SANGGUP BERKAWAN HINGGA NAFAS TERAKHIR, TUNJUKKAN PDNYA YG KAMU BENAR2 MEMPUNYAI HATI DAN PERASAAN.


    KAMU MASIH BERHATI PERUT JIKA KAMU FWRDKAN EMAIL INI PD SEORG SHJ. TAPI JIKA KAMU TIDAK BUAT BEGITU, BOLEH KATAKAN YG BILA KAMU PERLUKAN PERTOLONGAN, TIADA SIAPA YG AKAN MEMBANTU KERANA KAMU TIDAK MENGINGATI SURAT INI.

    *Copy from email

  • Kenapa kepada aku??...

    Apa la punya nasib...:)
    Aurora_Angle ada pelawa aku untuk join trip yang dia buat ke Tioman pada 9th - 11th May ni, kalau tak silap aku. Tapi aku memang tak boley nak join masa tu, di atas beberapa sebab yang tak dapat nak dielakkan. Salah satunya dari sudut kewangan la coz ada perkara lain yang aku nak settlekan, pon kena guna al-fulus juga.
    Sesungguhnya..ceh! cam jiwang lak.. aku belom pernah jejakkan kaki aku ke pulau yang terkenal tuh.. hehehe ntah! belom ada rezeki lagi kut. So, sepatutnya bila ada chance like this, i have to grap it, rite! huhuhu.. takpe la.. mungkin next time boley join Aurora_Angle lagi... :)
    Yang membuatkan aku terpanggil untuk menulis blog ni adalah becoz aku bakal terlepas satu lagi trip besar iaitu ke Tanjung Balai, Indonesia... ape la nasib. It's gonna be 17th - 19 April. Macam aku cakap awal2 tadi la, kalau ikutkan kekurangan wang tu, memang aku takleh nak join dah ni, tapi IT'S FREE Beb! Sape tak nak ikut? Lawatan ke Tanjung Balai, Indonesia anjuran Persatuan Belia 4B dan Belia MAYC Daerah Dungun. Segala perbelanjaan ( tidak termasuk belanja sendiri ) ditanggung oleh pihak penganjur! Tapi trip ni untuk AJK sahaja, mcm aku...hehehe Nah.. engkau! Aku rasa cam dah menyirap je darah ni.. :) bukan marah tp geram coz apa la nasib aku, yang free punya trip cenggini pun tak boley nak join. Masalahnya terletak pada diri aku sendiri. On 17th i'll have my final exam. Sedeynya...huhuhu :)

  • Kekasih Gelap ku...

    Ku mencintai mu
    Lebih dari apa pun
    Meski pun tiada satu
    Orang pun yang tahu

    Ku mencintai mu
    Sedalam-dalam hatiku
    Meski pun engkau hanya
    Kekasih gelap ku...

    Ku tahu ku takkan selalu
    Ada untuk mu
    Disaat engkau
    Merindukan diriku

    Ku tahu ku takkan bisa
    Memberikan mu waktu
    Yang panjang
    Dalam hidup ku

    Yakinlah bahwa engkau
    Adalah cintaku
    Yang ku cari selama ini
    Dalam hidupku

    Dan hanya padamu
    Ku berikan sisa cintaku
    Yang panjang
    Dalam hidupku..

    *repeat
    Ku mencintai mu
    Lebih dari apa pun
    Meski pun tiada satu
    Orang pun yang tahu

    Ku mencintai mu
    Sedalam-dalam hatiku
    Meski pun engkau hanya
    Kekasih gelap ku...

    *p/s: Lagu Band Ungu...

  • JGN ADD KALAU TAK IKHLAS!!! - Ep. 2

    Assalamualaikum...
    1stly i wanna TQ pada sesapa yg respon kat blog aku ( tajuk yg sama ).
    Sorry kalau tak sempat nak qoute semua, so aku amik kesempatan tulis kat blog ni ajer...
    Bukan lah nak emosi sgt, aku sendiri pun kdg2 sibuk dan tak sempat nak qoute kwn2 tapi org yg aku ckp ni nampak sgt la wei!!!.. nak kata sibuk, on9 & qoute org lain leh ajer...
    Tetiba aku terfikir nak tulis blog tu, pasal aku rasa ramai juga org lain yg mengalaminya. tak bagus la aku rasa wat cenggitu, tapi aku hormati la pendapat korang yg berbeza dgn aku. Cuma aku tak puas hati bila aku check my frenlist ada je propic dia "hijau"...huhhuhu menyemakkan keadaan aje..
    Once again thanks 4 ur respons dan sorry juga kalo ada yg terasa...
    Maafkan Aku...........

  • JGN ADD KALAU TAK IKHLAS!!!

    Kadang-kadang aku rasa pelik gak la sebenor nya.. bukan apa.. yang aku tahu, kebanyakkan yang menggataikan diri join netlog ni pasal nak berkawan. Nak ramaikan kenalan...nak tukar2 fikiran tapi diorg nih kadang2 hipokrit la.. pasal apa aku cakap gitu? pasal sebelum add, dia lah yg nak berkawan.. ntah hape2 lagi la.. tapi bila kita dh accept, haramm... jgn kan nak bagi salam, kita tegur pon leh wat dono.. bengkek betul!! :) Dulu ada sorang member aku kat netlog ni cakap camni. Ye la, sibuk2 add dia, tapi bila qoute wat bodo aje...
    Tak payah citer pasal org la, aku sendiri kena camtu.. 1st, komen pic ajer.. ko nak jwb, tak nak jwb suka hati la pasal bukan fren pon..huhuhu. tapi yg bagusnya memula dia qoute pasal org komen pic dia kan.. pas tu dgn ikhlas hati lak ngaku nak jadi fren..add plak tu.. aiceh, aku yg dgn senang hati accept la pasal mmg niat nak kawan. bila dh kawan.. mcm tadi la aku ckp, jgn kata bagi salam, kita tegur pon dia leh wat derk aje... konon pasal hensem kot.. yg cun2 tegur boley ar jawab. yg underground cam aku ni kem salam je la kot. So.. korang2, kalo setakat nak add org lain untuk glamerkan diri korang ada member ramai tapi tak hargai kawan, baik takyah add. aku pon tak kebulur la nak kawan dgn korang yg cenggini perangainya.. mengabihkan beras ajer! Nasihat untuk korang dan diri aku sendiri. Mungkin aku pun ada terlupa kwn2 kat sini, tapi tak le sampai 3-4 kali qoute pon tak jawab... org laen leh plak ko jawab.. Blah la wei!! :)

  • AJL2008

    Wow!! what a great nite! hehehe... :)
    actually memang tengah suka @ happy sgt coz my fav song "ITU KAMU" berjaya dinobatkan sebagai Juara Lagu 2008. Well, harapan asal aku tak tinggi pon untuk Estranged.. just dapat untuk persembahan terbaik pun dh kira ok, pasal aku ada gak gatalkan tangan dan bazirkan RM3 untuk vote thier showmanship... :)
    Tapi bila miracle was happened.. ataupun dah sememangnye lagu ITU KAMU layak... so it's the winner!!! :) but, at 1st bila nak diumumkan Juara Pop Rock, mulut aku dh sebut Estranged... and it's true.. :) suka banget sihh...:) Lagian, bila nak diumumkan pula Juara Lagu 2008, mulut aku sebut lagi Estranged... betul jugak tuh...:) :) :)
    Mcm nujum gak la sket2.. hehehhe..
    apapun ITU KAMU memang best, melodi yang catchy, simple tapi menghiburkan... Liriknya pon tak sarat dgn bait2 kata yg memberatkan kepala otak. Cukup ringkas tapi padat.. pujian untuk golongan wanita. Tahniah untuk Estranged dan ITU KAMU.... Rich and Estranged memang best!!! :)

« 1 2 3 4 5