Continue to Netlog

more seconds
FriendLy_81's profile page

FriendLy_81

male - 32 years, Pantai Timur, Malaysia
12 311 visitors

Meet Friendly_81 on Twoo


Check his profile

Blog 223

AKU SENTIASA DITEKAN, DIPAKSA DAN DISEKSA UNTUK MELAKUKAN SESUATU YANG AKU TAK SETUJU SEPERTI BLOG NI. LECEH TUL! KEBANYAKAN APA YANG AKU BUAT ADALAH UNTUK MEMENUHI TEKANAN DARI SEKELILING. AKU TAK TERPENGARUH LANGSUNG NAK BUAT TU DAN INI KERANA KEUTAMAAN AKU ADALAH PADA KERJA. TAPI INILAH YANG TERPAKSA AKU HADAPI. SABAR LA WAHAI HATI. NI DIA UNTUK SEMUA. TERIMA KASIH. AKU DAH MENGGANAS DALAM INDUSTRI MEM'BLOG' KETIKA KEBANYAKAN KORANG MASIH BLUM CERAI SUSU LAGI! HAR FRAGIN' HAR!

*welcome to my blog*


  • Blog Hina Nabi Muhammad dan Islam muncul lagi.

    Laknatullah kepada penulis blog itu. Siapakah penulis blog itu?
    Baru-baru ini kita telah digemparkan dengan sebuah blog yang menghina Nabi Muhammad SAW iaitu blog http://adibahahmad.blogspot.com. Tapi kini muncul lagi sebuah blog yang sama, dan penulis rasa penulis blog ini adalah orang yang sama. Tetapi kali ini penulis blog tersebut tidak meletakkan gambar dan no tel seperti sebelumnya.

    Bace sambungan seterusnya di sini:

  • Elakkan memasang gambar peribadi dimana-mana laman web.

    Baru-baru ini kita telah dihebohkan dengan wujudnya sebuah laman blog yang menghina Nabi Muhammad SAW. Manakala mangsa blog tersebut adalah seorang wanita yang beragama Islam. Dan hingga ke hari ini, kita tidak tahu siapakah penulis asal blog tersebut.

    Baca selanjutnya disini : elakkan memasang gambar peribadi

  • Pengakuan mangsa penulis blog Adibahahmad

    Hari ini, sewaktu penulis membuka Utusan Malaysia, wanita yang nama dan gambarnya yang telah digunakan, telah membuat pengakuan yang beliau tidak tergamak untuk menghina Nabi Muhammad SAW. Wanita tersebut mengaku bahawa beliau telah dijadikan mangsa atas kes cemburu dan sebaliknya.

    Baca selanjutnya disini: pengakuan mangsa penulis blog adibahahmad

  • Laman blog menghina Nabi Muhammad?

    Astagafirullah alhazim. Satu Malaysia telah gempar apabila wujudnya satu lagi laman blog yang menghina Nabi Muhammad. Penulis telah mendengar tentang laman blog ni melalui berita TV3 semalam. Dan setelah penulis membuat tinjauan di sekitar blog-blog teman penulis dan juga Utusan Malaysia hari ini, penulis telah terjumpa laman blog tersebut. Laman blog tesebut ialah http://adibahahmad.blogspot.com/ , dan apabila penulis masuk dalam blog tersebut, segala isi kandungan blog tersebut telah di delete.

    Baca selanjutnya disini: http://friendly81.blogspot.com

  • Apabila Remaja Terlalu Bebas.

    Berbanding dengan 20 atau 30 tahun lalu, penulis tidak menafikan hakikat bahawa remaja kini semakin terkedepan. Kebanyakan remaja kini tidak lagi antisosial, mereka bijak berkomunikasi dengan orang sekeliling tanpa mengira paras dan agama dengan penuh rasa terbuka dan sefahaman. Mereka cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran, mudah berkawan dan tidak kekok untuk bergaul.

    Penulis bangga dengan remaja yang bijak bergaul dan bersahabat. Remaja yang bestari dalam pergaulan tentu sahaja mudah diterima dalam kelompok sosial tanpa diskriminasi dan pandangan serong. Pergaulan yang berjaya sekali gus dapat menjadi tanda aras bahawa remaja ini sedang meniti satu lagi kejayaan dalam hidup.

    Baca selanjutnya disini: apabila remaja terlalu bebas

  • Koleksi Gambar Anak Perempuan Penulis.

    saksikan koleksi gambar anak penulis disini.

  • Artis Malaysia dah tak peka tentang Agama.

    Makin lama, makin ramai Artis Malaysia kita yang tak ambil peduli tentang bab Agama. Sewaktu penulis menjenguk blog-blog yang penulis minati, penulis terjumpa dan terbaca tentang Artis Malaysia kita ni yang memakai subang salib.

    Read the full story in here: http://friendly81.blogspot.com/2008/12/artis-m...

  • Bantulah Adik Khadizah…

    Keterangan selanjutnya sila lawati blog friendly81blog atau Tawaubloggers.com untuk melihat gambar adik Khadizah.

    Nafasnya masih panjang, semangatnya begitu kuat dan ketika melihat raut wajahnya, adik Khadizah Binti Tinie, 9 tahun, begitu berharap agar dia masih boleh kembali riang sama seperti rakan-rakannya lain. Siapa menyangka, kejadian ngeri pelajar Tahun 3 Sekolah Kebangsaan Skim Cocos, Kunak ini dilanggar lori Isnin lalu membuatnya terpaksa berjuang dengan tabah dan cekal.

    Ketika menemui adik ini yang terlantar lemah begitu tersentuh apabila melihatnya seakan mahu berbicara dengan keluarganya, namun anak matanya sahaja yang menafsirkannya. Tawau Bloggers Unity (TBU) yang mengetahui kemalangan ini lewat daripada ahli TBU, Ezza, yang juga guru kepada adik ini agak tersentuh melihat penderitaannya dan hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui isi hati kami.

    Menurut cerita ahli keluarganya, Khadizah, seperti hari-hari biasa akan berkayuh basikal untuk pulang dari sekolah dengan rakan-rakannya. Dengan tanpa diduga, tayar basikal rakannya terlanggar tayarnya yang mengakibatkan dia hilang kawalan. Tiba-tiba sebuah lori 10 tan yang memuatkan kelapa sawit melanggarnya dan mengakibatkan kulit kepala Khatijah terkoyak, tangan sebelah kirinya patah dan rahang adik ini terlepas.

    Berat mata kita memandang , berat lagi bahu yang memikulnya. TBU dengan persetujuan ahli keluarga adik ini sepakat untuk membenarkan TBU menyiarkan kisah adik ini dengan harapan ada insan yang mahu menghulurkan bantuan derma bagi meringankan beban keluarga ini.

    Dijangka adik ini akan menjalani pembedahan pada tulang rahang dan tulang pipinya yang patah, pembedahan menggantikan tulang lengannya kepada besi serta pembedahan menampal lutut kirinya yang berlubang menggunakan isi paha kanan.

    Anda boleh menyalurkannya bantuan ikhlas kepada Bendahari TBU:

    Akaun Maybank : 160036869787
    Nama: NUR ANGRIANI BINTI NURJA

    Sila hantar slip pembayaran yang mengandungi maklumat transaksi yang discreenshoot atau discan ke email: tawaubloggers@yahoo.com.

  • Ucapan Khas: Salam Aidilfitri.

    visit my blog

    MENJELANG HARI RAYA, BERAKHIRNYA PUASA, BERGEMA TAKBIR SENJA, MENYAMBUT SYAWAL TIBA, MENYERI MALAM RAYA, TERHIAS INDAH RUPA.

    Kalau cerita pasal raya ni aku konfiden korang mesti cakap zaman raya kanak-kanak dululah yang paling meriah. Mula dari bab pilih baju raya, kasut raya, songkok raya sampailah bab nak raya rumah sape. Yelah, bab nak gi raya rumah sape ni kena plan bebetul.... kalau salah plan kurang dapat duit raya... muahahaa. Pastu hari raya ni jugaklah mak bapak tak kisah kita ngan kengkawan reramai nak pegi mana. Asalkan jangan tak balik rumah sudah. Kalau ada rancangan TV yang best tu, bolehlah singgah lepak lama jap kat rumah kengkawan. Pastu sambung balik jalan-jalan cari gaduh, ehhhh cari duit... Hehehe. Jadi bagi adik-adik yang masih bersekolah tu gunakanlah zaman korang ni sebaik-baiknya. Rasalah nikmat raya yang best tu... Jangan sia-siakannya. Bukan apa, bila korang dah besar panjang nanti dah tak tergamak nak buat aktiviti macam tu lagi dah.

    Dan pesanan yang terakhir, kesihatan dan keselamatan dimusim perayaan ni haruslah diberi perhatian. Nak balik kampung tu pastikan rumah ditinggalkan dalam keadaan yang selamat. Yang balik kampung naik kenderaan awam tu, check bebetul tarikh dan waktu perjalanan. Yang memandu tu pastikan kenderaan korang diselenggara dengan baik. Jangan mengada-ngada nak tolong tambah statistik kemalangan musin perayaan tahun ni.

    Aku bagi pihak keluarga, mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

  • Tawau Bloggers di Mini Konsert Stacy and Frenz.

    Malam semalam adalah malam yang cukup bertuah buat aku dan geng Tawau Bloggers yang lain, dah lah dapat beramah mesra dengan bekas pelajar-pelajar AF, kami juga dapat masuk percuma pada malam mini konsert itu. Memang cukup bertuah walaupun aku terpaksa balik awal sebab masalah yang tidak dapat dielakkan.
    Apapun mini konsert pada malam itu memang cukup meriah, walaupun ketiadaan Marsha dan Mama Rina, mini konsert pada malam itu mendapat tepukan gemuruh oleh para penonton yang hadir. Antara bekas pelajar AF yang beraksi pada malam itu ialah Candy, Stanly, Yazer dan Stacy. Kalau rasa tak cukup lagi, anda boleh masuk sini .

« 1 2 3 4 5 ...