FallenRevenge2
male - 46 years, Revenge Is Coming, Malaysia
Blog 25
Whatever
-
International Movies: Transformers 2009
Transformers2009: Revenge of the Fallen| 635 MB | 1.50 MIN | WMV-DVD RIP |1.44 : 1 | SDDS | Dolby Digital | DTS SDDS | Dolby Digital | DTS | Action | Sci-Fi | Thriller |
Tagline: Revenge is coming
MPAA: Rated PG-13 for intense sequences of sci-fi action violence, brief sexual humor, and language.
Company: DreamWorks SKG
Director: Michael Bay
PLOT: The battle for Earth has ended but the battle for the universe has just begun. After returning to Cybertron, Starscream assumes command of the Decepticons, and has decided to return to Earth with force. The Autobots believing that peace was possible finds out that Megatron's dead body has been stolen from the US Military by Skorpinox and revives him using his own spark. Now Megatron is back seeking revenge and with Starscream and more Decepticon reinforcements on the way, the Autobots with reinforcements of their own, may have more to deal with then meets the eye.
FULL SYNOPSIS & DOWNLOAD LINK -
International Movies: Transformers 2007
TRANSFORMER 2007| 1.36 GB | 1.44 MIN | AVI-DVD RIP | 2.35 : 1 | SDDS | Dolby Digital | DTS SDDS | Dolby Digital | DTS | Action | Sci-Fi | Thriller |
Tagline: Their war. Our world.
MPAA: Rated PG-13 for intense sequences of sci-fi action violence, brief sexual humor, and language.
Company: DreamWorks SKG
Director: Michael Bay
Cast: Shia LaBeouf, Megan Fox, Josh Duhamel, Tyrese Gibson, Rachael Taylor, Anthony Anderson, Jon Voight, John Turturro, Michael O'Neill, Kevin Dunn, Julie White, Amaury Nolasco, Zack Ward, Luis Echagarruga, Pat Mulderrig.
Plot: An ancient struggle re-erupts on Earth between two extraterrestrial clans, the heroic Autobots and the evil Decepticons, with a clue to the ultimate power held by a young teenager.
FULL SYNOPSIS AND DOWNLOAD LINK
1.36 GB -
Indonesian Movies: Ayat-Ayat Cinta
AYAT-AYAT CINTA
Adapted from Habiburrahman El Shirazy’s novel Ayat Ayat Cinta.
Director : Hanung Bramantyo
Artis Indonesia : Fedi Nuril, Rianto Cartwright, Carissa Putri, Zaskia Adya Mecca, Melanie Putria, HJ. Mieke Wijaya
Synopsis:
Fahri bin Abdillah (Fedi Nuril) is a poor, intelligent student who wins a scholarship to complete his graduate degree at Egypt’s esteemed Al Azhar University. Very disciplined and dedicated by nature, Fahri embraces his life in Cairo, completing his studies and translation of religious books with full enthusiasm, exactly according to pre-determined targets.
FULL SYNOPSIS & DOWNLOAD LINK
791.56 MB -
Salam Terakhir...
Buat teman² tersayang... hayati video ini....Salam Terakhir buat anda semua...Setakat ini dahulu karya-karya yg sempat direkacipta utk teman² di Netlog ini. Selepas berakhir bulan Jun, maka tiada lagi sumbangan karya utk teman² di Netlog. Semua aktiviti abg di Netlog ini juga turut terhenti...akaun still alive..datang lah melawat walaupun abg tiada, tinggalkan sebaris dua ayat...jika ada kesempatan waktu abg akan dtg menjenguk sekali sekala dan cuba membalas mesej yg ada.
Terima kasih kerana memberi keizinan dgn penuh kerelaan hati memberi peluang utk abg memahirkan diri dgn mencipta karya kreatif utk anda semua selama ini. Abg sgt² menghargai nya. Semua khazanah ini menjadi kenangan yg sgt bermakna buat abg.
Mana-mana karya yg terbaik, akan abg abadikan didlm website peribadi abg yg lain...
Maafkan segala salah dan silap selama kita bersahabat disini...anda semua tetap dihati...
Salam Terakhir buat anda semua,
Jadikan karya yg ada itu sebagai tanda ingatan tulus dan ikhlas dari abg.
Wassalam
Azman
Jun 16, 2009.
Salam Terakhir - Sudirman Hj. Arshad
Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang
Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu
Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan
Salam ku yang terakhir
-
Kisah & Tauladan: Kini aku lebih bahagia...
Jumaat, 5 Jun, 2009 - 11.50 am
♫krrrrinngggggg♪ kriiiiiinnnggg♪ kriiiinggggg♫
♫tipon.... tipon berbunyiiiiiii♪
Eh.... sapa plak tipon ditengah hari ni....?
Sambil aku membetulkan ikatan kain pelikat cap gajah duduk jenama kesukaan aku..hihi... seruan jumaat dah tiba...moh kita...hhihi
Aku: "Assalammualaikum....helooo...."
Org di talian: "Wa'alaikummussalam...." lembut ceria nada suara dia....
"Ani ni bang,.... abg dah makan? "...
dan dan aku teringat belum menghantar makanan kat isteri aku ni di sepital.... adeiiii tercuai plak aku.....sian berlapar plak dia....
Aku: "Belom... abg tengah bersiap-siap nak gi masjid, hari ni abg tak masak, bebudak tak de kat romah maleh ler abg nak masak...tak de selera nak makan sorang² "...
(anak² dah antar balik kg musim cuti sekolah, buat menemankan atok dan opah diorg...)
Isteri: " Abang sihat ? "
Aku: "Abang sihat walafiat,....rindu kat abg ya...." usik skit bini aku... hehhe
Isteri: ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, diam jer dia...
Aku: "lepas jumaat kang abg gi ke warong depan masjid tu beli makanan ya... syg nak makan pe? "
Isteri: "Nak makan pe ya ? " aikz dia tanya aku balik...adesss..
Isteri: "Ikot suka abg ler..beli ler pe pe yg patot....jgn berlebihan kang membazir plak .."
Aku: "Ye le ye leee.... tau le abg nanti.... sabar ya... de pe pe makanan lain ke kat sana wat "topup" sementara tunggu abg datang? "
Isteri: "Roti dan biskut tu ada lagi sikit...."
Aku: "Ayman cam ner keadaan dia"
Isteri: "Nih... abg.... nanti abg kemas le bilik kita tu elok² ya...pastikan semuanya kemas bersih dan tersusun, takmo de habuk, airkond tu pon abg jgn lupa bersihkan ya...
(hadoi..bini aku dah bagi perintah pulak daahhhh.....kool bebeh koooll...tak kan lewat antor makanan kena denda plak kotttt...kasihani lah suami mu ini.....)
Aku: "Katil kita tu nak dihias cam katil pengantin ke...? ngeh ngeh ngeh."..aku sakat bini aku...hehe
Isteri: "Ishhhh... abg nih....dah gatai ler tuh...". (heppp!!! bebudak dilarang baca kisah dan tauladan nih)
Aku: "Abeh tu... dah dok suh abg kemas bilik, dah tentu ler ingatkan nak honeymoon ke pe ke....ngeh ngeh ngeh..."
(tersengih jer aku...wat poyo...syg nya bini aku tak nampak...kalo dekat nih...sure aku kena cobet punya....huhu...)
Isteri: "Abg niiiihhhhh... org nak bagi tau niiiiii.... dokto kata, Ayman dah bole balik pada hari isnin nih..."
Aku: "Ishhh bior betul...? " dlm hati gumbira sungguh nya lah akuu dgn perkhabaran ini....
Isteri: "Apa plak tak betulnya... dokto kata sampai hari Ahad ini, jika kesihatan Ayman ok, Isnin dia akan discharge.."
Aku: "Alhamdulillah, syukur, segala pengorbanan kita terlerai juga akhirnya dgn berita yg mengembirakan.."
Isteri: "Alhamdulillah bang, syukur, kering dah airmata kita dgn ujian ini...."
Aku: "OK syg, dah lewat ni....kang terlepas plak solat Jumaat...emmm jgn biarkan perut tu tak berisi pulak,...kang sakit...abg juga yg susah...."
Isteri: "Sayang abang......"
Isteri: "Assalammualaikum bang..."
Aku: "W'salam, tengok² ler anak kita tu, itu lah harta dan anugerah utk kita, yg tidak ternilai"...
Isteri: "hmmmm"
♫tutttttttttttttt..♪.... abeh dah perbualan....
Kini aku rasa sgt bahagia, segala penderitaan bakal berlalu pergi.....pengorbanan yg sgt bererti..keperitan dan kesukaran tidak terungkap dgn kata²...kemanisan nikmat selepas melalui ujian dari sang pencipta, tidak terbicarakan Rahmat dan Keberkatan dari NYA.
♫Kriiiingggggg.... krrrriiiingggggg .... krrriiiinnggggg ♪
♪tiponnnn... tipon berbunyiiiiiii ♫
Halamak....nak menyelamat kan apa plak kali nih?.... nak pe lagi?.... pampes, tisu basah abes kot....???
Aku: "Assalammualaikum...heloooooo..."
Org ditalian: "W'salam,....Ayah... ni Hazmi....."
Aku: "Pe citer.....?"
Anak: "Jemi tak tau nak pilih IPT mana nak gi nih...."
Aku: "Jumpa ayah di Mesjid....lepas solat kang kita citer"....
Anak: "Ok..nanti jemi gi Mesjid ngan kawan..Assalammualaikum yah...)
Aku: "W'salam.....
♫tutttttttttttt ♪
bersiap² nak ke mesjid...all ready & has been prepaired...yes said go..
♫Kringggg..... kriiingggggg....kringggg ♪..
♫ tipon...tipon berbunyiiii....♪
♫Ada haiwan dalam bahaya......♪
Amik remote... totop tv..... -
Lirik: Kelip Kelip Ku Sangka Api
Malek Redzuan (Ooi Eow Jin / Habsah Hassan)
KELIP KELIP KU SANGKA API
Tiap hari melintas di sini
Kuharapkan dapat memandang mu
Sayangnya engkau persis tak peduli
Akulah seorang merindu
Jeling jeling kau tidak berpaling
Senyum diberi tiada balasan
Sikapmu sayang membuatku rungsing
Ku turut hati merana badan
( korus )
Berakit berakitlah ke hulu
Berenang renang ku ketepian
Bersakit biarku sakit dahulu
Bersenang denganmu kemudian
Kelip kelip ku sangkakan api
Sinar mentari membawa cahaya
Kau hilang ghaib sangkaku kau benci
Kiranya sengaja nak menduga
EYEMIND
Jumaat, Jun 5, 2009
-
Sudut Puisi: RONA KEHIDUPAN
RONA KEHIDUPAN
sinar pagi kemilau cahaya
suhu meningkat embun mengering
kicauan burung menyanyi²
alam terbentang rezeki dicari..
pulang unggas diwaktu petang
kicauan meriah bertemu keluarga
tidak kosong muncung di paruh
tersenyum sianak perut berisi.
Malam sepi kitaran alam
penat disiang malam berehat
nafas terhela tenang dan damai
beradu lena nikmat diberi.
Dinihari hening nan damai.
bangun lah jiwa temui pencipta mu
luahkan isi hati mu
hanya kepada NYA memohon ihsan
Azan bergema disubuh hari..
sayup memanggil jiwa yg mati
lapangkan minda mu ringan kan tubuh mu
ibadah menanti merawat nuraini mu
Salam ukhwah buat teman,
Ikhlas dari.
Azman
June 4, 2009
Redho lah wahai hati² yg keras...lembutkan lah..damaikan lah... -
Renungan Bersama: Di Fitnah Orang
Petikan dari Laman Web DarulNuman.com, "Penyalur Inspirasi Ummah"
Soal Jawab Agama.
Soalan ke 285. Bertajuk: Di fitnah Orang
Soalan:
Saya telah di fitnah oleh seseorang yang saya sendiri tak tahu siapa orangnya. Berpunca dari api fitnah itu, kini saya menghadapi masalah dengan seorang kenalan yang mana beliau telah tidak menegur saya buat beberapa ketika. Saya cuba untuk mencari kesalahan diri saya tapi saya hairan kerana kesalahan saya tidaklah sampai membuatkan beliau sanggup untuk tidak bertegur sehingga hari ini. Akhirnya saya telah mendengar kisah yang sebenar bahawa ada pihak yang mengada-ngadakan cerita sehingga beliau marah sampai begitu sekali. Masalah saya sekarang ialah saya hendak meminta maaf atas apa yang berlaku tetapi saya fikir bahawa itu bukannya kesalahan saya. Adakah saya perlu menghubungi atau menulis surat untuk meminta maaf atau sebagainya?
Jawapan:
Dalam kes ini anda dan rakan anda itu tidak bersalah kerana masing-masing menaruh perasangka antara satu sama lain disebabkan fitnah orang yang ketiga. Yang berdosa ialah orang yang menimbulkan fitnah antara anda berdua. Al-Quran menjelaskan menimbulkan fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh. Kerana itu jika timbul apa-apa kekeliruan antara anda dengan orang lain oleh sebab khabar angin hendaklah anda terlebih dahulu menyiasat kesahihan berita tersebut.
Dalam surah Al-Hujurat Allah SWT memerintahkan seseorang supaya berhati-hati menerima berita yang disampaikan oleh seorang yang fasik. Oleh kerana anda sudahpun mengetahui hakikat yang sebenarnya dan rakan anda itu tidak mengetahui hakikat yang sebenarnya, maka anda hendaklah memberitahu kepadanya keadan ini. Siapa yang betul atau siapa yang salah tidak timbul, kerana yang penting hubungan tali silaturrahim hendaklah dihubungkan antara anda dengan rakan anda itu semula.
Rasulullah SAW menjelaskan: Tidak akan memasuki syurga orang yang tidak menghubungkan tali silaturrahim. Para ulamak menjelaskan menghubungkan tali silaturrahim bukan bermaksud kita menghubungkannya dengan orang yang telah biasa kita kenali sahaja sebaliknya maksudnya yang sebenar ialah kita menghubungkan tali silaturrahim dengan orang yang memutuskan hubungan ini dengan kita.
Ini barulah yang dimaksudkan menghubungkan tali silaturrahim dalam Islam. Anda tidak perlu merasa segan untuk memulakannya, kerana perbuatan anda ini akan diberi ganjaran oleh Allah SWT, malah boleh jadi sikap anda ini akan menyedarkan rakan anda tentang kesilapan yang dilakukan oleh dirinya tanpa disedari. Dengan cara ini insya'Allah kekeruhan yang berlaku antara anda dengan rakan anda akan kembali pulih. Selain itu anda juga boleh menggunakan khidmat orang tengah yang dipercayai lagi amanah untuk menceritakan hakikat yang sebenarnya. Anda juga hendaklah menunaikan solat hajat dan membulatkan doa kepada Allah agar menghilangkan dari diri anda segala kekeruhan tersebut.
Renung²kan... "Ya Allah, jauhi kami dari azab siksaan kubur dan azab siksa api neraka." -
Renungan Bersama: Mengapa kamu berkumpul di sini ?
Gersang Bumi Tanpa Hujan, Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman, Gersang Jiwa Tanpa Amal.
Soalan:
Apakah hukum orang yang suka cakap besar dan tinggi padahal dia tidak tahu apa-apa?
Hamba Allah
Jawapan:
Rasulullah SAW berjalan melalui sekelompok sahabat yang sedang berkumpul.
Baginda bertanya; "Mengapa kamu berkumpul di sini ?"
Sahabat menjawab:
"Ya Rasulullah disini ada orang gila yang sedang mengamuk, sebab itu kami berkumpul di sini".
Kemudian baginda bersabda:
"Orang ini bukan gila, ia sedang mendapat musibah. Tahukah kamu, siapakah orang gila yang sebenar ?".
Para sahabat menjawab:
"Tidak ya Rasulullah".
Baginda menjelaskan;
Orang gila ialah orang yang berjalan dengan takbur atau sombong, yang memandang orang lain dengan pandangan yang merendahkan, yang membusungkan dada, berharap syurga Tuhan sambil berbuat maksiat, kejahatannya membuat orang terganggu. Adapun orang ini dia hanya sedang mendapat musibah".
Begitu hina orang yang sombong tapi bodoh di sisi Rasulullah SAW sehingga baginda menganggapnya sebagai orang gila. Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak akan masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya seberat biji sawi dari takbur (sombong). Dan tidak akan masuk neraka orang yang ada dalam hatinya seberat biji sawi dari iman". (Riwayat Muslim)
Renung² kan....sama-sama kita bermuhasabah diri. -
KEMBALI TERJALIN
KEMBALI TERJALIN - SLAM
Seperti mimpi perkenalan itu cuma seketika
Namun didalam hati dirimu ku terkenang jua
Engkaulah permata didalam genggaman tidak kusedari
Kaca yang bersadur keemasan terus kucari
Tertutup pintu hati, minda tak berfungsi diketika itu
Tak tahu menilai mana yang tulin mana yang palsu
Diakhir-akhir ini ketika aku dalam kesepian
Terasa kejahilan itu bagiku satu kerugian
Andainya disitu ada ruang
Bolehkah kiranya kumenumpang
Andai ada sisa kemaafan
Maafkan diri ini yang dulu melukakan
Berilah aku kesempatan
Kubuktikan erti keikhlasan
Andainya terpaksa aku rela
Menepis ego aku untuk kita (demi suatu masa)
Kupohon darimu ketulusan hati
Menjalin kembali perhubungan suci
PUSPA-HATI
Buang yang keruh, Ambil yang Jernih.
Eyemind
May 31, 2009
Klang Indah & Permai